Wednesday, December 16, 2009

SEKADAR BERKONGSI PENGALAMAN.

"Akak.. bole cite tak pasal dysleksia, saya interested nak tau sebab saya pernah tgk drama pasal tu kat TV3 dulu, tapi saya nak tau dengan lebih terperinci.. Akak tuliskah dalam new post nanti..Xpuashati"

Ini antara komen yang saya terima dari seorang teman blogger pada entri yang lepas,saya rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman tu tapi saya rasa biarla saya memulakannya dengan perjalanan kisah anak saya itu dari awalnya.
Sewaktu mengandungkan anak ke 3,saya memang tidak menghadapi apa2 komplikasi sama seperti mengandung dan melahirkan anak2 sebelum tu....sepanjang kehamilan memang tiada masalah kesihatan cuma berat badan saya tidak naik sangat...sampai  bulan pun,berat saya cuma 49kg je.. tapi Alhamdullillah saya ni jenis yang mudah bersalin..!!Oleh kerana waktu itu hanya anak sulong diwajibkan bersalin di hospital,jadi anak ke 2 dilahirkan di rumah dan kerana tiada masalah, maka anak ke 3 saya dibenarkan bersalin di rumah juga.Pagi tu saya merasa sakit seperti mahu bersalin sewaktu bangun untuk solat subuh...terus suami memanggil bidan di klinik berdekatan.Setibanya bidan dirumah, sakit tu terus hilang...selepas diperiksa oleh bidan,dia kata dah tiba masa untuk saya melahirkan...masalahnya saya tak de rasa nak bersalin pun..tak de rasa sakit....Saya kesiankan bidan tu,sebab katanya dia belum sempat solat subuh lagi..jadi saya suruh dia solat dulu.Dia tak berani nak meninggalkan saya kerana bila2 masa je saya akan bersalin...akhirnya bila puas menunggu ..dia membantu memecahkan air mentuban memandangkan saya masih tidak merasa apa2...sedangkan baby dah nak keluar...

Akhirnya saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang beratnya cuma 2.5 kg .Sewaktu lahir anak saya tidak menangis...tak seperti bayi2 yang akan test suara diorang yang nyaring tu bila menjenguk ke dunia ni....Sepanjang hari tu memang dia hanya tidur dan tak menangis langsung,saya pulak yang berusaha memberikan dia susu..Saya mula rasa tak sedap hati,begitu juga suami.. kami membayangkan anak saya ni mungkin bisu sebab dia tak berbunyi sepanjang hari.Kebetulan klinik swasta di belakang rumah je,jadi suami mengajak doktor tu datang ke rumah....setelah memeriksanya,doktor tu mengatakan anak saya belum cukup matang untuk lahir..x paham saya!!Dia tonggengkan kepalanya kebawah dan menepuk tapak kakinya...baru la kami dengar suara dia menangis....perlahan macam bunyi anak kucing!!

Ketika berumur 3 hari ,saya perasan ketika dia menarik nafas kelihatan wajahnya bertukar kebiru2an.Saya beritau pada suami,cepat2 dia membawa anak ke klinik dan aritu juga anak saya dikejarkan ke hospital  Mentakab dengan ambulan.Itu la pertama kali anak saya dimasukkan  ke dalam inkubator dan diberikan bantuan oksigen untuk bernafas,betapa luluhnya hati saya melihat tubuh kecil itu berselirat dengan tah apa2 wayar diseluruh badannya. ..Dan bermula detik itu jugala,anak saya sering diserang astma dan di tahan di wad seperti menjadi satu kebiasaan.Setiap kali dia di serang astma,terasa begitu sengsaranya dia bertarung dengan nyawa...betapa sukarnya dia memaksa diri untuk menarik nafas,kadang terasa bagaikan nafas tu bisa terputus tiba2..Ya Allah,...ketika itu hanya tuhan je yang tahu perasaan saya ,terkadang saya ingin memohon agar penyakitnya tu dipindahkan saja kepada saya,tak sanggup melihat penderitaannya.

Menjelang umurnya 7 bulan,dan entah kali keberapa sudah dia sering keluar masuk ke hospital,akhirnya doktor dapat mengesan melalui sinar x-ray yang dilakukan,didapati jantungnya besar sebelah.Ketika doktor mengabarkan berita itu,hati saya begitu kacau sekali....tambahan pula doktor pakar sendiri tidak pasti apa puncanya begitu...Anak saya terpaksa dirujuk ke IJN pula,oleh kerana anak saya merupakan pesakit dari hospital tersebut maka saya terpaksa mengiringnya dengan menaiki ambulan.Bayangkan la masa tu bulan puasa,ambulan dipandu laju...kita yang dok kat belakang tu rasa macam di ayak2.Sampai di IJN saya dah pening kepala...rasa nak termuntah,tapi saya kuatkan semangat, hati saya tak senang selagi belum tahu apa penyakit yang anak saya hidapi.

Selepas menunggu hampir sejam lebih untuk diperiksa,akhirnya saya mendapat keputusan bahawa anak saya menghidap sejenis penyakit jantung yang digelar PDA,apa tu??Menurut doktor yang memberikan penerangan kepada saya ..ketika didalam perut,semua bayi mempunyai 3 saluran  darah yang akan masuk dan keluar ke jantung dan apabila saja bayi lahir, secara otomatiknya satu saluran itu akan tertutup dengan sendirinya.Dalam kes ni semasa dia dilahirkan,tidak berlaku proses penutupan secara otomatik tersebut,menyebabkan darah yang dipam ke jantung berlebihan dan melimpah ke paru2 menyebabkan paru2 tu selalu lembab.Itu la puncanya anak saya sering di serang astma,tidak boleh berlari,mudah penat dan tercungap2,selalu tersedak ketika minum dan mudah berlaku jangkitan melibatkan paru2.Saya tak pasti adakah penerangan doktor dan pemahaman saya ni benar,kerana saya sendiri keliru ketika itu!!

Ketika pulang dari IJN ke  hospital Mentakab,saya dah semakin lemah..denyutan dikepala semakin laju,selaju ambulan yang dipandu....sesampainya saya di hospital ,saya terus ke bilik air...termuntah!!Mujur juga anak saya baik dan tidur je,selepas dia diberikan ubat tidur sewaktu melakukan pemeriksaannya di IJN..Saya betul2 melepek lembik,tak bermaya dan serik rasanya menaiki ambulan!
Berbalik pada keputusan  dari pihak IJN,anak saya perlu menjalani pembedahan untuk menutup satu saluran yang terbuka itu,tetapi kerana dia masih kecil maka pembedahan tersebut hanya boleh dilakukan ketika dia  berumur 2 tahun keatas.

Kami berasa lega,seminggu sebelum raya anak saya telah pulih dan dibenarkan balik.Tahun tu giliran sebelah suami,maka kami balik ke kampungnya di Pekan 2 hari sebelum raya.Sehari sebelum raya,anak saya di serang astma semula dan ditahan di hospital Kuantan pula,maka merasa la saya beraya di hospital tahun tu!!
Kali ni anak saya di serang demam yang agak pelik kerana demamnya tidak kebah walau diberikan ubat demam.Setelah dibuat pemeriksaan, doktor mendapati  pangkreas anak saya membesar dan dia disyaki menghidap 'thalasemia'!!Pelik,susah untuk kami mempercayainya dan membayangkan betapa anak saya akan menjalani hidup yang agak sukar ......Alhamdulillah,bukan semua pendapat doktor tu benar, kami bersyukur sangat rupa2nya anak saya bukan penghidap thalasemia'tapi di serang demam virus yang menyebabkan pangkreasnya membesar.

Sewaktu anak saya berumur setahun setengah kami telah berpindah ke Raub kerana suami bertugas di sana.Ketika usianya  2 tahun lebih,anak saya di serang demam,dan dimasukkan ke hospital Raub,memang dah tabiat dia asal demam je,dia akan tidur sepanjang hari tanpa makan.Kalau tak pun dia akan mintak nak minum milo je. Oleh kerana kesian melihatkan anak yang tak berselera,suami saya membelikannya buah2an untuk menarik minat selera anaknya.Anak saya cuma makan 3 biji anggur je,terus dia diserang batuk yang  menyebabkan dia termuntah2 dengan teruknya....oleh kerana dia muntah bercampur dengan darah ,maka pihak hospital merasa panik dan dengan segera memindahkan anak saya ke HKL.Saya tak rasa dia muntah darah kerana sebelum ni memang berlaku pendarahan hidungnya ,mungkin kerana kepanasan sebab dia demam.Jadinya darah yang keluar tu cuma lebihan darah di hidungnya je...Lagipun memang perkara biasa bagi kami kerana dia mudah berdarah hidung bila demam.

Akhirnya sekali lagi saya terpaksa menaiki ambulan mengiring anak yang dipindahkan ke HKL.....seksa betul rasanya.Di HKL,suasananya agak sibuk dan terlalu ramai pesakit .Kita belajar dari pengalaman,baru la kami tahu rupanya anak saya bukan saja tidak boleh makan tembikai,anggur juga merupakan makanan yang memberi kesan sampingan yang dasyat buat dia.Setelah menerima rawatan beberapa hari,tiba2 kami dikejutkan oleh doktor yang ingin melakukan pembedahan kerana mendapati batunya tertinggal di dalam perut dan tidak turun ke bawah.Sekali lagi kami menghadapi situasi yang sukar,mujurla arwah mak mertua saya seorang yang pandai mengubati pesakit angin pasang,dengan bantuan dia dibuatnya urutan di perut anak saya dan selepas tu bila doktor buat pemeriksaan semula,dia dapati anak saya tidak bermasalah dan tak jadi untuk dibedah!

Tidak lama selepas tu anak saya selamat menjalani pembedahan menutup satu saluran darah ke jantungnya itu di IJN.Saya pun tak berani sebenarnya untuk mengatakan itu adalah pembedahan kerana proses yang dilakukan adalah paling moden iaitu hanya memasukkan alat kecil yang seperti coil ubat nyamuk dimasukkan melalui celah kelangkangnya dan melalui kamera mereka memasukkan coil tersebut ke saluran darah yang terbuka tu untuk menutupnya.Alhamdulillah selepas itu,dia mula menunjukkkan perkembangan yang agak baik,kerana kurang di serang astma dan boleh bergerak cergas dari sebelumnya.
Masalah kesihatan semakin baik ,tapi timbul pula masalah lain kerana dia kurang berkomunikasi,dan tidak berminat untuk berkomunikasi.Dia tidak begitu mengambil perhatian bila kita memanggil atau bercakap dengannya.Ibarat kata,dia buat derk je....Sewaktu membuat pemeriksaan susulan di HKL,doktor pun jadi bingung bila dia tak melayan doktor sewaktu doktor tu berkomunikasi dengannya.Doktor suspek dia kurang pendengaran menyebabkan kesnya dirujuk ke jabatan audiologi di HUKM di Titiwangsa.Selepas dibuat pemeriksaan,dia didapati normal dan tidak ada kecederaan atau kelainan pada gegendang telinganya.Yang pastinya saja begitu....
Walaupun begitu ,kita nampak perkembangan otaknya agak ok,sebab dia akan menunjukkkan perhatian yang lebih pada barang2 yang dia suka.Contohnya dia suka pada komputer,seboleh2nya dia cuba mencari jalan bagaimana nak menghidupkan komputer tersebut.Sewaktu dia berusia hampir 2 tahun,dia dah tau dimana dia perlu pergi kalau dia gagal menghidupkan komputer.Komputer saya waktu tu diletakkan di dining hall tapi kami terpaksa menggunakan wayar yang panjang kerana suis yang digunakan diambil dari plug dalam bilik,maklum la rumah sewa.Jadi dari situ kita boleh lihat,untuk mencari punca suis tu dia jalan ikut wayar tersebut....

 panjangnya , nanti saya sambung kembali....

Friday, December 11, 2009

JUST TRY!!

 Saya dapat citer ni dari seorang kawan yang menerima msg dari anaknya..tak tau la kalau benda ni cerita lama tapi cuba la kalo nak tgk hasilnya....

"cuba umi buka microsoft word, taip Q33NY." "Kod apa ni?" aku ingin tahu. "Nombor pesawat yang melanggar WTC dulu.Umi tukar saiz font tu kepada saiz 48. Umi highlightkan Q33 NY tu kemudian tukar kepada font Wingdings." Subahanallah! Apa aku nampak- gambar sebuah kapal terbang melanggar menara. Disusuli... lambang tengkorak dan yahudi. Cubalah ... subahanallah, allahuakbar... aku menarik nafas panjang.

Wednesday, December 9, 2009

TAK SAMPAI HATI!!

Beberapa bulan lepas sewaktu balik dari kerja,kereta suami dilanggar dari belakang.Nak kata cedera teruk tu,tak le sangat cuma nampak gak la kemek sikit dan alarm untuk nak detect halangan di belakang sewaktu reverse dah jadi sasau.....kadang asyik berbunyi,kadang tu senyap langsung!!Kebetulan orang yang melanggar tu kawan  sepejabat menyebabkan dia rasa serba salah untuk nak claim ngan kawan dia tu,sebab kereta kawan tu pun teruk gak ...Menurut suami,kawan dia tanya berapa dia perlu  bayar??Tapi dia tak sampai hati nak ambil duit kawan tu....saya mencadangkan pada dia,tak perlu ambil duit,suruh je kawan dia hantar ke workshop dan dia berurusan terus dengan tokey tu.....tapi suami kesian kat kawan tu, dah le kena repair kereta dia sendiri,nanti nak kena repair kereta kita pulak,sedangkan dia cuma berjawatan penghantar notis je........

Semalam sewaktu balik dari kerja,kereta dia kena langgar dengan motor pulak.Kejadian yang berlaku di tarffic light tu berpunca dari motor2 yang mencilok2 diantara kenderaan yang berhenti.Salah sebuah motor yang mencilok tu terlanggar motor lain, menyebabkan sebuah motor terlanggar bahagian kanan kereta suami ...bukan takat kemek malah goresan dari pedal motor tu melongkahkan catnya!!Penunggang motor yang terlanggar kereta suami tu terjatuh dan dia tak sampai hati lalu turun mengangkatkan motornya,sambil melihatkan kesan kecederaan keretanya...sempat lagi!!Katanya walaupun  nampak kesan pada keretanya ,tapi dia lebih kesiankan penunggang motor yang terlanggar keretanya tu sebab dia seorang tua yang dah berusia sangat!!

Monday, December 7, 2009

Bapa nampak 4 anak tenggelam - Empat beradik mati lemas dalam tali air



Jenazah empat adik-beradik yang mati lemas dalam tali air ladang kelapa sawit Kota Shahbandar, Rompin semalam.
ROMPIN - "Saya lihat keempat-empat anak saya tenggelam timbul dalam air sebelum kesemua mereka hilang daripada pandangan."
Demikian luahan sedih seorang bapa, Samsuri Maulana, 46, yang kehilangan empat orang anak sekali gus termasuk sepasang kembar di tali air di ladang kelapa sawit di Kota Shahbandar di sini pada pukul 1.30 petang semalam.
Empat anak Samsuri yang mati lemas ialah anak kembarnya yang berusia 15 tahun, Mohd. Shukri dan Syafiqah, Mohd. Syafik, 12, serta Nursyakirah, 7.
Sebelum kejadian, Samsuri bersama empat orang anaknya yang maut, isterinya, Saeyah Mohd. Noor, 38, serta sepasang lagi anak kembar mereka berusia enam tahun, Nur Ainon Syahirah dan Nur Ainon Syariah pergi ke ladang itu untuk memancing ikan.
"Sampai di tali air di ladang itu, keempat-empat anak saya (mereka yang mati) meminta kebenaran untuk mandi.
"Ketika mereka berjalan untuk mencari tempat cetek, Nursyakirah tergelincir ke dalam tali air menyebabkan tiga lagi anak saya cuba menyambar tangan Nursyakirah tetapi mereka juga terjatuh," katanya ketika ditemui di Felda Keratong 3 di sini semalam.

***Belum habis lagi rasa sedih dengan kejadian yang menimpa 2 orang pelajar masterskill semalam,dalam kemalangan yang berlaku di KBMall .Hari ni dikejutkan pula dengan berita ini..Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa dan harap bersabar menerima ujian Allah.Siapalah kita untuk menolak semua takdir yang telah ditentukan,diberikannya kita rezeki yang melimpah dan sampai masa diambilnya semula!!Dari Allah kita kita datang dan kepadanya juga kita kembali......memang cukup memedihkan, kerana dengan sekelip mata pasangan tersebut kehilangan 4 orang permata hatinya .....

BENGANGNYA!!!

Hana anak bongsu saya yang berumur 5 tahun,bangun awal pagi ni...masa tu saya baru  nak menggosok baju kerja ayah dia...Saya tanya dia" kenapa bangun pagi2 ni?"Dia kata dia tak boleh tidur....saya tanya dia" kenapa tak  boleh tidur??"Dia kata "Hana ni ada penyakit".Terkejut gak saya..."sakit apa?"Dia kata "sakit otak serius".....adoi la...nak tergelak pon ada dengar jawapan dia...gitu la selalunya Hana,ikut sedap je nak cakap apa....Teringat beberapa minggu lepas semasa menonton  TV kat rumah mak saya...tah cerita apa...al kisahnya masa tu suami perempuan tu balik rumah dan dia tak layan isteri dia sebab dia tahu isterinya tu curang,,jadi isteri tadi naik ke balkoni sambil menyumpah2 kat suami dia...mak saya ni kata "ha..padan muka, laki dia dah tau..tu nak buat apa lagi"??Biasa la orang tua suka membebel sensorang...pastu selamba je Hana menyambung kata2 mak saya"apalagi bunuh diri je la"...Saya dan mak berpandangan,terkedu....camana dia terfikir boleh cakap camtu!!!
Baru2 ni saya terkejut melihat bil telefon yang baru sampai.... tercatat panggilan ke 999...ni mesti kerja si Hana....naik hangin sekejap,nasib le penyata je sampai, kalau polis yang sampai ..naya..terbayang cam iklan kat TV tu...Saya bagitau dia,kalau dia buat lagi  camtu...nanti polis boleh tangkap dia...dia buat muka selamba dia je..gerammmm!!
Sekarang ni dia selalu mintak buatkan FB untuk dia...camana nak buatkan untuk dia sedangkan dia baru je kenal abc....akhirnya saya bagi dia gunakan FB saya sebab dia cuma berminat nak main games kat situ je....masalah timbul bila dia memandai2 terhantar mesej kat seseorang yang tak dikenali....mesej yang dihantar tu pulak sekadar abjad...abc  gitu...mungkin tak puas hati...orang tu membalas mesej tersebut.Oleh kerana saya ingin membetulkan keadaan saya menjelaskan hal yang sebenar...tapi rasa sakit sangat bila orang tu balas dengan kata2 "tak masuk akal"!!Dia ingat saya ni mempermainkan dia agaknya...zaman sekarang ni bercakap benar pon salah!!

Tuesday, December 1, 2009

KERAJAAN KAJI CADANGAN TARIK BALIK SUBSIDI GULA

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang mengkaji cadangan pelbagai pihak supaya menarik balik subsidi gula dalam usaha mengurangkan kadar pengambilan gula di kalangan rakyat Malaysia.
Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kementerian memandang serius cadangan tersebut dan keputusan sama ada mahu memansuhkan subsidi gula akan dibincangkan di peringkat Kabinet tidak lama lagi.
"Kami masih membuat penelitian sama ada mahu mengurangkan atau memansuhkan terus subsidi gula yang diberi kerajaan.
"Kami akui subsidi gula yang diberi amat tinggi justeru kami sedang mengkaji cadangan beberapa pihak supaya memansuhkannya memandangkan gula bukanlah satu keperluan di negara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Kurangkan Pengambilan Gula anjuran Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) di sini hari ini.
Beliau berkata setakat ini kerajaan memperuntukkan RM720 juta setahun bagi menanggung kos subsidi gula bagi mengekalkan harga gula bertapis pada paras RM1.45 sekilogram.
Ismail Sabri bagaimanapun berkata harga gula dijangka mencecah RM2.45 sekilogram tahun depan jika kementerian mengambil keputusan untuk memansuhkan subsidi gula. Katanya antara faktor cadangan pemansuhan subsidi itu dipertimbangkan ialah kerana Malaysia satu-satunya negara yang membekalkan subsidi gula kepada rakyat.
Selain itu katanya ia sebagai menyokong usaha mewujudkan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat negara ini.
Terdahulu, Presiden CAP S.M. Mohd Idris turut menggesa kerajaan agar menghapuskan subsidi gula selepas beberapa persatuan pengguna lain turut mencadangkan usul yang sama baru-baru ini. BERNAMA

**Mungkin bermula tahun depan kita akan menikmati kenaikan harga gula....kalau benar gula bukan barang keperluan kenapa harga beras yang menjadi makanan asasi rakyat negara ini,tidak berlaku penurunan harga pun!!Releven ke jika harga dinaikkan,kononya akan mewujudkan gaya hidup sihat di kalangan rakyatnya...sedangkan harga rokok yang mencanak naik pun, tak diendahkan oleh perokok2 .....kalau ini benar2 berlaku,saya pasti harga air dan kuih atau apa saja produk yang terlibat dengan penggunaan gula pasti akan berlaku kenaikan juga!!!

Monday, November 30, 2009

MUDAHNYA BERMAIN DENGAN TALAK!!

Kes 1
Sambil duduk bersantai di hadapan rumah sepasang suami isteri berbual mesra....
Isteri: Bang!Saya rasa nak gi potong rambut la esok....
Suami:Ish,tak yah la,awak nampak cantik dengan potongan rambut camtu....
Isteri: Ala..panas tau..tak tahan saya!!
Suami:Saya kata tak yah tu tak yah la ....
Isteri: Kalau saya potong gak awak nak buat apa?
Suami:Kalau awak potong jugak....kira jatuh talak 1!!!
Beberapa bulan kemudian si isteri telah dengan tidak sengaja memotong rambutnya.....Bila suaminya balik dari kerja petang tu dia terperanjat melihat isteri dia berimej baru dan terus teringat kata2 yang penah dia lafazkan pada si isteri beberapa bulan lepas....
Apalagi petang tu kecoh ....si suami rasa menyesal dengan kata2nya dan si isteri tak abis2 melayan tangisannya....akhirnya mereka dinasihati oleh seorang ustaz agar merujuk semula setelah di beri khutbah panjang!!

Kes 2
Seorang suami yang sangat berjaya dengan kerjayanya telah berhajat untuk beristeri ke 2,lalu memohon keizinan dari isteri pertama.Malangnya isterinya tidak dapat menerima permintaan tersebut dan mengamuk.. ..Ekoran dari itu si isteri telah membuat surat perjanjian yang mengatakan sekirannya si suami berkahwin juga maka dengan itu secara otomatiknya talak akan jatuh terhadap dirinya!Si isteri telah pergi ke pejabat untuk memaksa si suami menandatangani surat tersebut..oleh kerana takut timbulnya perkara yang akan menjatuhkan air mukanya maka si suami terpaksa menurunkan tandatangannya...

Kes 3
Seorang lelaki telah berkahwin secara rahsia di Thailand......Setelah diketahui oleh isteri yang pertama, dia telah dipaksa untuk menceraikan isteri yang baru dikahwini oleh isteri pertama dan ibu mertuanya dengan cara melafazkan cerai talak 3 kepada isteri ke 2.....Oleh kerana isteri pertama mengugut untuk membunuh diri jadi dia secara tidak rela telah melafazkan  talak tersebut berpandukan kata2 yang di aturkan oleh ibu mertuanya!!Masalahnya yang timbul sekarang dia sendiri tak pasti samada talak itu benar2 jatuh atau tidak??
Emmm...begitu mudah dan beraninya orang sekarang bermain2 dengan talak!!

Tuesday, November 24, 2009

MINGGU YANG SIBUK!!

Rasanya dah lama sangat tak meghapdetkan blog ni...bukan takat tak cukup masa,malah asyik berebut komputer ngan anak2...maklumla diorang dah abis exam!!Minggu lepas merupakan minggu paling sibuk...kononnya la!!Hari Selasa lepas aku terpaksa ke Temerloh sebab abah dipanggil untuk buat pembedahan matanya...sepatutnya dia dijadualkan masuk ke wad pada hari Khamis.Suami aku menyuruh aku balik tengokkan abah,aku pula rasa berat hati nak meninggalkan rumah sebab anak ke2 aku akan menduduki peperiksaan SPM keesokannya.Sedih sangat bila dia bersalaman sebelum aku bertolak ke Temerloh!Pada pagi Rabu tu,subuh2 lagi dia dah hantar mesej supaya aku mendoakan dia!!Mujurla  adik aku yang belajar di Kedah tu baru mula bercuti...jadi dia yang membawa abah balik dari Gombak ke Temerloh...Dari petang Selasa hingga ke hari Khamis aku asyik berulangalik ke hospital dari Mentakab -Temerloh....Abah pulak dari mula masuk wad sehingga ke malam...bacaan tekanan darahnya tinggi giler melebihi 200....cukup meresahkan!!

Alhamdullillah keesokannya sebelum dibedah tekanan darahnya dah mula turun dan normal....bukannya apa kalau tinggi sangat dah tentu pembedahan tu ditangguhkan...tu yang buat kitorang risau sgt!!Akhirnya,abah selamat menjalani pembedahan tu dan abah dibenarkan keluar pada tengahari Khamis.Abah mengarahkan kitorang terus ke Bera sebab dia nak mengambil bonus hariraya yang sepatutnya dia dapat semasa hariraya yang lalu...dah nak masuk raya haji...masih belum dapat lagi duit hari raya tempohari.....!!

Kami sampai ke Felda pukul 12.30 tengahari dan disambut oleh penolong pengurus,dia minta kami datang semula pada pukul 3 petang sebab pegawai yang bertugas memegang kunci yang menyimpan duit tu,keluar!Ini merupakan kali ke 4 abah aku datang hanya untuk mengambil duit sebanyak RM350...dari sebelum hari raya sehingga lepas raya....Alasannya pegawai yang bertugas tak ada,duit tak ada,dah dimasukkan ke bank...dan bermacam2 alasan.Aku pun tak faham kenapa la susah sangat nak dapatkan duit sendiri pun macam nak mintak sedekah!!Orang yang bertugas tu pun satu hal..kalau rasa memang dah sibuk sangat serah la tugas tu kat orang yang selalu dok kat pejabat.

Pada mulanya aku bercadang akan balik pada hari Sabtu,sebab anak2 aku akan bercuti ke rumah atuk sedara di Raub...jadi boleh la suami aku bawak budak2 tu balik dan ambil aku sekali....tapi aku dapat sms dari ustazah kelas Kafa agar aku dapat menghadiri majlis penyampaian hadiah pada hari Ahad.Malam tu aku telefon suami minta pandangan dia..dan selepas abis kerja malam tu dia terus datang menjemput aku pukul 1.30 pagi...sampai ke rumah dah hampir pukul 3 pagi...mengantuk dan penat sangat!!

Bila anak2 ditinggalkan dengan ayahnya je..bayangkan rumah camana...aduss!!hujan pulak tak berhenti2 ..kain baju berlambak2 tak berbasuh,rumah bersepah.... memang pening!!Hari Sabtu, terpaksa menghadiri majlis penyampaian hadiah di sekolah rendah....Alhamdulillah tahun ni mereka berdua dapat hadiah..jadi tak la berdengki, sebab tahun lepas Izzah sorang je dapat.Tahun lepas Izzah cuma dapat untuk subjek terbaik tapi tahun ni dia dapat untuk tempat ke2 dalam kelas dan subjek terbaik!!Sementara Haziq dapat tempat ke2 dalam kelas....harap2 mereka boleh mengekalkan prestasi di tahun depan.

Pagi Ahad pula kami menghadiri majlis khatam quran dan penyampaian hadiah di sekolah Kafa....Izzah dapat hadiah tempat pertama untuk tahap 1....dan selepas pulang dari situ,kami bersiap2 untuk menghantar Haziq balik ke kampung.....bertolak dari rumah dah hampir pukul 3...sampai di Raub pukul 6 petang.Selepas maghrib bertolak ke Mentakab pula,sebab ada 2 orang yang nak dok kat Mentakab.Pukul 11 malam baru bertolak balik semula ke Kuantan...memang meletihkan tapi kerana dah berjanji terpaksa tunaikan juga.!!

Minggu ni rasanya aku akan sibuk berperang dengan kain baju yang tak kering2...alhamdullilah,hari ni nampak cerah sikit walaupun matahari cam malu2 nak keluar..tapi dah banyak kain yang mula mengering..huh! rasa nak muntah tengok kain baju yang bertimbun mintak dilipat!!

Monday, November 9, 2009

KISAH BENAR 2

Masa tu sekitar tahun 88....Kak long aku janji nak belanja aku makan dengan duit gaji dia yang pertama.Aku ingat lagi hari tu hari Sabtu,kitorang keluar 5 orang termasuk kawan sekerja Kak long.Diorang ni semuanya baru je bekerja dan zaman tu kebanyakan company telah memulakan pembayaran gaji melalui mesin ATM.Jadinya inilah pengalaman pertama diorang menggunakan mesin mencucuk kad,untuk keluarkan duit!!

Lokasi bank kepala rimau tu di bangunan Dayabumi.....oleh kerana kali pertama menggunakannya  maka mereka ni rasa teruja sangat...Aku ni memang tak tau apa2 sangat masa tu hanya tengokkan je diorang ..Memula Kak long masukkan kad tu ke dalam mesin,terus keluar arahan yang bertulis "sila masukkan kod pengenalan anda"...pastu dengan bangganya dia menekan beberapa nombor...tapi tetiba je kad dia terkeluar semula sebab mesin tu kata no yang dia tekan tu salah....Kak long dah mula gabra dia kata apsal lak tak boleh ni...kad dah masuk betul,no pun dah tekan betul...apa yang tak kenanya???Jadi kitorang cadangkan dia cuba lagi sekali.....jadi dia pun mencuba sekali lagi...tapi berlaku juga seperti situasi tadi...dan akhirnya....kad dia terus tak keluar2 lagi....kena telan!!

Bila kawan2 yang lain pulak keluarkan duit..tak timbul plak masalah cam yang Kak long hadapi..kenapa ek....rupa2nya ....no yang sepatutnya dia tekan tu "pin no" yang bank bagi..tapi kerana kesengalan dia, dia tekan no kad pengenalan dia....sabo je la....kitorang ketawakan dia bagai nak rak...dan jawabnya kempunan malam tu aku nak rasa makan belanja dia...dah tu ,jadi kerja la hari isnin tu dia terpaksa pergi ke Dayabumi semula untuk ambik kad dia yang kena telan tu!!!huhuhu.......

Sunday, November 8, 2009

KISAH BENAR.

Kejadian ni berlaku beberapa tahun lepas...Kak Nor seorang surirumah yang mempunyai 5 orang anak.Pagi tu masa dia tengah sibuk mengemas , telefon rumahnya berdering....Kak Nor terus mengangkat gagang dan memekapkan ke telinga,lalu dia  menyapa dengan "hello".....terdengar suara seorang lelaki yang menjawab dengan "hello, boleh cakap dengan aboh...."?Kak Nor rasa heran juga,tapi dia terus je menjawab "aboh tak de".Pemanggil tu tanya lagi..."Aboh gi mana??"....Kak nor jawab balik "la... aboh dah mati!!"Dengan nada terkejut lelaki tu tanya  Kak Nor...."eh!awok ni sape??"Kak Nor tanya dia balik "Dah,awok yang telepon koi..awok nok cakap ngan sape.?"Koi ni sebenornya nak cakap ngan rasid...." Kak Nor terus je memotong..."ha...kabo la nok cakap ngan rasid  ...koi ni bini dia...dah awok tanya ke aboh koi,aboh koi dah lama meninggal!!"Jadi kepada sesiapa yang membuat panggilan ke rumah orang tu berhati2 le...jangan main terjah je.....!!

Thursday, November 5, 2009

2 KALI BERBOHONG!!

Pagi tadi aku mendapat panggilan dari seorang wanita ....bila aku hello je dia terus tanya..."boleh saya tahu awak ni sapa?"Eh sesuka hati je menanya orang gitu,dah tau tak kenal buat apa nak call...bercakap dalam hati je le...aku pun terus tanya dia"awak ni sapa??"Dia kata saya dari tut..tut...."saya tengah semak senarai panggilan telefon kami dan nombor anda ada dalam list ni..dan panggilan ni di buat pada bulan lepas...ada sapa2 ke yang puan kenal bekerja di sini?".Aku ni tengah basuh pinggan masa dia call ...tetiba tanya plak gitu..terus jadi blurr....rasa cam mamai pun ada....Dengan yakinnya aku menjawab "saya tak penah call pejabat ni,dan saya tak kenal sapa2 pon!!"..."Boleh saya tau puan ni dimana sekarang??"Aku rasa cam tak yakin je...tak tau camana ringan je mulut terkeluar "Trengganu"!!Dia ulang plak balik dengan suara terkejut "Ha..Trengganu??"
"tak pe la puan,terima kasih!"

Lepas letak telefon aku berfikir kejap....ada ke sesapa yang aku kenal keje kat opis tu,ke sesaja je orang nak mengenakan aku, maklum la zaman sekarang macam2 taktik diorang guna untuk memperdayakan orang lain ..tu belum lagi ngan panggilan hangit la....tapi apa2 pon aku rasa lega pasal aku tak bagitau tempat tinggal aku yang sebenar...hehehe..Trengganu...aku tersenyum sendiri...padan muka ko!!

Sambil dok layan pinggan semula,hati aku semakin tenang dan ingatan kembali pulih...ek eleh..baru la aku teringat...bukan ke classmate aku penah sebut dia keje kat pejabat  tut..tut....ha...betullah dia ada call aku bulan lepas..sembang dekat setengah jam lamanya....hehehe....hampeh!!Ishhh..bertuah punya kawan, ada ke gunakan telefon opis,bersembang ngan aku...huh!..mampos aku...tak pepasal je melibatkan aku yang tak berdosa ni!!!
Jadi bagi mereka2 yang bekerja tu aku nak berpesan la...jangan la meyalahgunakan kemudahan di pejabat tu macam reta mak bapak korang...hehehe....dan tanpa disedari aku juga telah melakukan 2 pembohongan....pertama aku kata tak kenal dan kedua lokasi aku berada sekarang.....nasib la labu!!

Wednesday, November 4, 2009

SEKADAR BERKONGSI

"Maklumat dr Ustaz Harun Din..planet Marikh (yg terdekat dgn bumi)telah mengalami pusingan terbalik pada bulan 9 yang lepas.Planet yang berhampiran dengannya juga akan mengalami kejadian yang sama.Maka akan terjadi kejadian matahari naik disebelah barat yang juga tanda2 besar kiamat....lalu pintu2 taubat ditutup!Kata para astronomi, bumi hanya menunggu masa saja...Info ini tidak didedahkan secara meluas dan telah dihentikan oleh NASA kerana ia menguntungkan pihak ISLAM.Ambil peringatan samada benar atau tidak,atau sejauh mana kebenarannya...sama2 ...harap tidak meninggalkan solat!!"Wallahualam........maklumat diperolehi dari sms.....pagi ini!!.
** satu malam tu, dalam minggu lepas keluarga saya menyaksikan bulan mengambang dikelilingi oleh bulatan besar ...sangat cantik dan ramai orang di kejiranan saya yang keluar melihatnya!!Saya cuba mengambil gambar tersebut tapi tak berjaya sebab guna kamera cikai je..!!!

Sunday, November 1, 2009

REZEKI KE ???

Adoi la....ni dikira rezeki ke beban???Semalam anak sulong aku bawak balik 3 ekor arnab siap dengan cage dan bekalan makanan arnab tu.....kawan dia bagi!!Tengokkan arnab tu yang montel2 memang la geram.....comel sangat....tapi jadi satu keje la plak nak kena uruskan bahan kumbahan dia..part ni yang aku lemah ni.Anak aku memang suka kat binatang peliharaan,tapi hari ni dia dah balik hostel.Banyak la dia punya songeh...dia yang sanggup nak bela...pastu dia dah blah gitu!!!

Amboi....Ayah dia pun cam suka je...dan2 berangan nak buatkan cage yang besar sikit...sian kat arnab tu cam susah je nak gerak.....seksa!!Anak2 yang lain suma pun suka....Hana,anak yang bongsu  siap tanya "boleh tak kita  mandikan dia?"Dia memang la....aritu anak kucing baru lahir dimandikannya...arwah terus!!

Tapi papepon layan la gambar2 yang sempat dia snap sebelum balik ke hostel.........eiii...comel kan!!



Tuesday, October 27, 2009

PANGGILAN HANGIT!!

Sememangnya dah menjadi peberet aku setiap pagi  mendengar radio HotFm.Sebabnya keletah dj2nya yang ceria sangat membantu aku dalam menaikkan mood aku untuk bertugas.Agak2 kalo basuh periuk tu sambil layan radio,laju sikit menggosoknya......kalo tak, rasa mengantuk tak abis lagi...antara rancangan yang ke udara waktu pagi tu ialah segmen panggilan hangit.Kadang tu rasa memang syok gak dapat pedajalkan orang,tapi adakala  rasa melampau sangat bila anak2 mengenakan mak bapak diorang.....

Pagi tadi,panggilan hangit yang selalunya menjadi gurauan tu bertukar menjadi kisah benar la pulak....apa kes???Ni mamat mana yang buat keje bodo,kononnya nak menghangitkan isteri dia dengan memohon kebenaran untuk berpoligami....Dj2 sengal tu ingatkan saja nak berguarau manja ngan isteri dia..rupa2nya kes dia tu sebenarnya adalah realiti...suami dia memang nak kawin lagi tapi cam takut2 nak cakap.Ada ke patut dia seolah2 menggunakan media untuk menjadi pengantara untuk memberitahu isteri dia.....(mungkin dia dapat idea.. kalo nak mintak cerai boleh gunakan media).

Oleh kerana tu maka kes dia tu dijadikan isu dan dibuka kepada pemanggil2 untuk memberi komen...Aku rasa bangga sangat sebab tak ada orang yang menyokong tindakan suami dia walaupun dari pemanggil lelaki!!Ramai orang bersimpati dengan isteri dia,dan betul juga kenyataan dari isteri dia yang cara suami dia tu tak kena langsung.....dan ramai pemanggil kata suami dia memang tak gentleman!!

Aku pun terfikir,jantan jenis apa suami dia tu,berani nak kawin lagi, tapi takut nak bagitau isteri.....Agak2boleh ke orang camni menjadi suami yang adil???Sedangkan dari awal dah nampak kelemahan dia sebagai seorang lelaki pengecut!!!!

**Aku harap lelaki yang buat keje bodo tu bukan  Echam  sebab kalo tak silap aku, dia kata ada antar 'panggilan hangit" untuk nak menghangitkan seseorang!!! hehehe......

Monday, October 26, 2009

SIBUK BERKEBUN!!!

Sejak kebelakangan ni saya busy dengan aktiviti berkebun,rasa seronok plak sebab boleh memulakan strategi bagaimana untuk dapatkan hasil dengan kadar yang cepat dengan pilihan berbagai jenis tumbuhan yang sesuai dan boleh menggunakan kreativiti untuk mencantikkan kebun selain dari mendapat  pulangan yang baik.
Dengan duit hasil yang kita perolehi tu,boleh la kita meluaskan kebun dengan membeli peralatan untuk pertanian seperti traktor,mesin penuai...bukan tu je,malah boleh beli rumah sekali yang dipenuhi dengan binatang2 peliharaan di kebun tu..seronok kan kalau kita mempunyai kebun yang sebenar!!Apa2 pun inilah aktiviti yang paling mengasyikkan saya di FB bermain farmville!!

Emm.. bukan takat tu....saya ada juga membela ikan di happy aquarium...dan membuka sebuah cafe ..yang kelakarnya minggu lepas saya dapat sms dari seorang kawan...smsnya bertanyakan saya..."aku dengar sekarang ko aktif kat FB?"So saya jawab le..."aku memang busy ngan kebun,ikan n cafe"....boleh plak dia tanya balik..."ko bukak cafe kat ner"???Tergelak saya.......

Tuesday, October 20, 2009

Cuba baca ni... Be..be..betul ka....?

Sleep paralysis

Kena tindih / Sleep paralysis

Janganlah kite ni selalu tuduh hantu le, jin le.....tahyul semua tu.Fenomena kene tindih....kepercayaan dan kebenaran..
just to share.... aku baca segmen pengalaman menyeramkan dalam book and readings, byk sgt orang dok citer pasal pengalaman kena tindih ni........ betul ker kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu?

Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan seluruh badan,hujung jari, terasa berat kat dada...nampak mender2 pelik2 (hantu, makhluk hitam dan sebagainyer) ....
kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena....aku pun jujur pernah ade pengalaman kena 'tindih' ni masa skolah menengah dulu....aderla dalam 3-4 kali jugak....masa tu aku sedar....boleh bukak mata separuh..... aku tau aku sedar....tapi takleh gerak...kadang2 geram, sbb takleh gerak.....pastu 5 minit baru leh gerak....aku dulu pun takut...mmg ingat kena hempap dah...lps boleh gerak tu seram sejuk jer..... tapi, setelah aku masuk U belajar pasal tubuh badan manusia..... baru la aku tau kebenaran dia..... ni aku nak citer sket pasal fenomena hempap/tindih atau nama medical nyer 'sleep paralysis'

Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur'....adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara).. ... temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis)

ok, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement.... .waktu nyenyak ni, bijik mata kiter gerak2) stage.....otak akan bagitau badan kita suruh rehat...so, badan kite kira macam switch off kejap.....REM atonia (tader muscle tone)......

ok, otak kiter pun ader switch off button....dipanggil reticular activating system RAS.......bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni......so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jer yang on.....kirenyer screensaver laaa or hibernate... so,, bila kita bangun, RAS switched on balik......kita sedar fully awake state....tapi kadang2, electrical signal tak diactivate kan oleh otak suh switch on balik badan kiter...... maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika... before otak activate balik......mmg menakutkan tapi benar..... tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full..kadang2 partial atau sebahagian jer...tu ader yang boleh gerakkan ibu jari, tp badan lain lumpuh etc....
Satu lagi, sleep paralysis ni selalu jugak datang skali dengan hallucinations(halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak mender bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa mender sentuh/hempap dll..)

Sebab2 atau mender2 yang boleh mentrigger sleep paralysis:
1. tidor dalam posisi terlentang terlalu lama
2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)
3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidor la ni....penat sgt)
4. stress yang byk kat otak...masalah keluarga, kewangan bla2
5. pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung, kayuh beskal....heheh extreme sgt contoh aku ni)
6. orang yang ader penyakit narcolepsy

So jangan lagi kata kena hempap ngan hantu... Korang lagi hantu sebenornye..........

Tapi kalau korang yang terutamanaya kaum wanita tu kalau celik jer mata tiba2 kena tindih dek laki jangan la korang baca ayat Kursi tu..nanti tebakar lak laki...bacalah Alhamdulillah!!!!.....

Heheheeeee…..

***artikel ni saya ambil dari FB seorang kawan!!!

Sunday, October 18, 2009

RUMAH TOK KERAMAT!!

Saya nak minta maaf kalau entri saya sebelum ini memeningkan kepala...mungkin nampak cam tak logik,tapi saya hanya ingin berkongsi cerita dari orang2 yang rapat dengan saya.Jadi terpulang kepada para pembaca untuk mempercayainya atau tidak kerana itu hak individu dan tiada paksaan untuk mesti mempercayainya... .

Arwah aki  saya(keluarga sebelah mak) pernah menyewa sebuah rumah di Kg.Bukit Keramat,Mentakab,sekitar tahun 60 an...lokasi tersebut letaknya bersebelahan dengan sek.keb.cina Chung Hwa dan berhadapan dengan kuil hindu di jalan Mentakab -Temerloh .Tuan punya rumah tu mengikut sejarahnya bernama Ab.Samad,berasal dari Kg.Berisu Melaka.Dia juga dikenali sebagai 'tok keramat' oleh penduduk sekitar bandar mentakab pada ketika itu.Mengikut cerita waris tok keramat ni,dia dilahirkan dengan bau yang sangat busuk dan sepanjang dalam 40 hari selepas lahir tu dia dihurung oleh langau dan orang2 kampung tak sudi untuk melihatnya kerana baunya yang busuk dan hanyir.Tapi selepas itu,bau tu hilang dengan sendirinya.Saya tak berani nak melabelkan siapa tok keramat ni..tapi  mengikut ceritanya lagi....kalau tok keramat ni menahan bas atau teksi tapi mereka tak nak berhenti,tiba2 je bas atau teksi tu akan rosak dan dengan sendirinya akan terhenti... bila dia naik je bas tu akan elok semula.

Menurut cerita orang tempatan di Mentakab,tok keramat ni suka pakai bush jaket labuh warna hitam lusuh dengan kain pelikat..Dia selalunya akan datang makan/minum di kedai di bandar tu.Pernah berlaku bila ada orang yang nak makan tengahari di kedai tu berkata"emm...sedapnya makan nasi ni kalau ada petai"!Tak semena2 dia menghulurkan  petai yang di ambil dari dari bawah meja je...Tok keramat ni jenis yang disenangi ramai kerana dia tidak menyombong dan kelihatan seperti orang tua yang daif...

Kalau tak silap saya, rumah tok keramat tu dibina pada tahun 1936.....binaan strukturnya berdasarkan rumah melaka dan bertangga batu marmar..... rumah tu siap ada pintu gerbang yang bertulis dalam bahasa jawi "sahaja begitu bagi tiap2 org yang sabar"!!Kawasan rumah tu dikelilingi dengan pokok2 ciku di hampir keseluruhan tanahnya lebih dari seekar....terdapat juga beberapa jenis pokok buah2an  lainnya seperti nangka,belimbing, rambutan,kuini,bacang dan beberapa jenis pokok lain....

Dalam tahun 60 an ,Tok keramat tu sendiri yang datang berjumpa arwah wan saya dan mengamanahkan dia untuk tinggal menjaga rumah dan rumah2 sewa miliknya.Mengikut cerita mak2  sedara saya,ketika itu Tok Keramat tu kelihatan uzur dan berkerusi roda,datang ditemani anak angkatnya...dan tak lama selepas tu Tok Keramat tu meninggal dunia.

Pada hari tok keramat meninggal,kebetulan mak saya ada balik ke rumah arwah wan saya.Mak saya dipelihara oleh kakak sulongnya yang berkahwin dengan seorang tentera dan tinggal di sebelah utara.Menurut cerita mak saya,pagi tu dalam pukul 7.00 pagi,dia baru masuk bilik air bila dengar suara budak memberi salam...kelihatan sepasang budak dalam umur 10 dan 8 tahun di muka pintu dapur,berbaju kurung/melayu putih,berkain/sampin hijau macam uniform budak sekolah agama.Mak saya menjawab salam dan bertanya dia nak apa??Dia terus tanyakan Arwah aki saya....dalam hati mak saya terdetik kata2,sibuk je budak2 ni, ..pagi2 cari abah nak apa???Pastu mak saya bagitau dia bahawa abah dia dah keluar...terus budak2 tu kata tak apa la!!Bila mak saya berpaling semula budak2 tu dah tak ada lagi...mak saya cuba cari budak2 tu..tapi mereka hilang begitu.......terus mak saya jadi takut!!!

Tengahari tu arwah aki saya didatangi oleh seorang perempuan berpakaian putih, yang mendakwa dia isteri tok keramat ,dan dia memberitahu bahawa tok keramat telah meninggal subuh hari tu!!Kemungkinan budak berdua tu adalah anak2nya....walahualam!!

**saya telah dapatkan sekeping gambar rumah tok keramat, sayangnya dah 4 kali mencuba tapi tetap gagal untuk saya uploadkan ke entri ini...tak tau dimana salahnya...insyallah saya akan cuba di entri yang berikutnya!!!

Tuesday, October 6, 2009

ANAK GHAIB!!

Baru je pagi semalam bertemu seorang sahabat yang tiba2 bercerita tentang kisah kawannya yang kehilangan anak dalam kandungannya kelmarin.Menurut ceritanya,kawannya tu dah mengandung 7 bulan tapi ketika bangun pagi dia dapati tilamnya berdarah dan merasa perutnya kosong.Setelah membuat pemeriksaan di hospital,doktor mengesahkan dia tidak mengandung sedangkan dia telah menjalani pemeriksaan rutin bagi ibu2 mengandung.

Dia bertanya saya,"awak percaya tak cerita ni?Saya selalu baca kat majalah je,cam tak caya "!Saya bagitau kat dia...kisah camni dah biasa berlaku.....Kalau nak diikutkan mak sedara saya sendiri mengalami pengalaman sebegitu sewaktu mengandungkan anak ke2nya.Sewaktu dia mengandung, dia sering bermimpi dimandikan oleh seorang perempuan tua, 'mandi dengan berbagai jenis bunga'.Kadang bila dia sedar dari mimpi.,rambut dia terasa basah dan badan rasa segar...cam orang baru mandi.Ketika kandungan berusia 7 bulan dia bermimpi orang tua yang sama menyikat rambut dia dan tiup kat ubun2 dia.Dia mimpi bersalin pada usia kandungan 9 bulan,bila dia sedar hanya terdapat sedikit je darah dan perut dia dah kempis....doktor juga mengesahkan tidak ada tertinggal apa2 dalam perut dia!!

Kemudian dia pernah bermimpi,melihat anak dia ..lelaki!!Dalam mimpi tu ...dia diberikan ayat untuk datang melihat anaknya di alam mereka.Menurut dia ayat yang diberikan tu ayat dalam quran je...tapi kalau nak balik semula ke alam kita  ayatnya lain pulak.Oleh sebab mak sedara ni jenis yang penakut giler...dia kata dia takut jadi cam citer ali baba bujang lapok...kan si kassim baba tu tak ingat jampi serapah nak keluar dari gua tu....hahaha...macam tu le dia, dia takut tak ingat ayat2 tu,nanti dia tak lepas nak balik....Kitorang penah tanya dia kenapa tak tulis ayat tu...dia kata " haaah ye tak terfikir plak"!!Ya lah zaman tu tahun 70 an...orang2nya kurang kreatif!!

Cuma saya rasa sedikit peliknya dalam kes ni sebab, semasa mak saya mengandungkan saya pun, mak saya pernah bermimpi yang sama....didatangi orang tua yang sama,dimandikan menggunakan peralatan yang sama,dirumah dan tempat  yang sama,pengalaman ni diceritakan oleh kedua2 adik beradik setelah saya berusia 30 an....seronok mendengar kisah mereka yang saling ia mengia,macam sesuatu yang realiti walaupun mimpi....dan mereka juga terkejut kerana bayangan mereka dalam mimpi tu semuanya sama....bermakna pengalaman tu telah dirasai dulu oleh mak saya kerana saya lebih tua dari sepupu saya yang hilang tu dengan perbezaan 4-5 tahun gitu....Cuma ada sesuatu yang mungkin menyelamatkan saya..kerana dalam mimpi  tu,sewaktu meniup ubun2 mak saya dia ada memberitahu,bahawa kalau mak saya melahirkan anak lelaki ..namakan dengan nama 'mohamad syukri'...Alhamdulillah saya ni perempuan,kalau tak ntah ghaib jugak kot...hihihi....

Saturday, October 3, 2009

KESIANKAN PERUT KITA!!

Semenjak menyambut hari raya hingga ke hari ini...terlalu banyak sangat jemputan ke rumah terbuka,dalam pada tu ada juga yang mengambil kesempatan di bulan syawal ni, buat kenduri bertunang dan kenduri kahwin!!Dari hari raya pertama saya dok menonggang air batu je...mana taknya hampir kesemua rumah yang saya kunjungi menghidangkan air batu.Tak kira la beraya di bandar ke atau di kampung....mereka semua telah menikmati arus pemodenan..dan kesemua rumah memang mempunyai peti sejuk!!

Yang parahnya,perut saya yang semakin memboroi...hehehe...gamaknya urat2 dan semakin mengembang.....itu belum bab2 makan.Di majlis2 rumah terbuka pula berbagai2 jenis hidangan yang menggoda disajikan...adoi,membuat kita rasa teruja....akhirnya perut jugak yang jadi mangsa!!Kalau selepas menjalani ibadah berpuasa sebulan tu boleh turun 2 kilo...di bulan raya ni rasanya dah naik 4 kilo la pulak.

Bukan itu je,bagi orang2 yang memang ada penyakit...bulan raya ni ,seperti lupa pada penyakit yang ada...makan ikut sedap je.Akhirnya saya dengar ramai yang tak sihat selepas raya....kena gout la,darah naik,dan paling sedih pagi ni bila kawan baik suami pula kena stroke....yang hairan tu dia tidak menghidap sebarang penyakit.......harap2 dia cepat sembuh!!
Insaf rasa diri...rasanya minggu depan dah kena mula berpuasa semula!!

Monday, September 28, 2009

JALINAN SILATURRAHIM DI HARI RAYA!!

Adusss...rupanya dah lama jugak saya tak menghapdetkan blog ni.....bz sesangat la tuh!!!Ingatkan lepas raya tak le sesibuk bulan pose,tapi rupanya lagi serabut.Semalam je saya mendobi 6 mesin kain baju....dah tu sejak dari hari raya tak berkesempatan melipat kain baju yang dah hampir sekerat bilik melambaknya.Rasa nak nangis bila terpaksa mengoperasikan keseluruhan rumah...nasib baik rumah tak besar mana.hehehe...dah jadi camni baru terasa bersyukur sangat, rumah tak besar!!Yang jadi camtu bukannya apa,kalau orang tak datang ke rumah, kita pulak dok bertandang rumah orang...tu yang nampak cam bz sangat.Program jalan2 raya je makan 3 hari...dari Raub-Temerloh-Kuantan...tupun tak sampai ke Pekan!!

Tapi tahun ni,bertambah seronok bila dapat bertemu dengan kawan2 masa zaman sekolah menengah dulu...kebanyakkan diorang ni ditemui semula kat FB....bayangkan dah hampir 22 tahun tak dengar khabar berita...alih2 diorang berpakat nak bertemu muka....Mula2 programnya nak dibuat di Taman Bandar, Indera Mahkota.Tapi disebabkan perjumpaan ni kurang sesuai kerana orang sibuk dengan aktiviti raya,maka saya syorkan buat di rumah saya dan ikut je sapa yang boleh hadir..maka terjadi jugalah perjumpaan yang tak seberapanya ini...walaupun gitu...terasa gembira melihat perkembangan kawan2....hahaha....bayangkan dulu semuanya muda remaja...sekarang dah jadi mak/bapak orang....biasa la kalau ada yang kembang/kuncup tu!!!Bangga tengok kejayaan diorang...wah,kereta pun canggih2...kalau ingat zaman sekolah dulu...nakalnya nauzubillah!!






Selepas ni diorang nak buat perjumpaan kali ke 2 secara besar2an tahun depan sebab ramai kawan2 yang dari Johor,Lembah Klang dan Kelantan yang ralat hati tak dapat datang.Semoga perjumpaan seterusnya nanti akan lebih meriah dengan kehadiran bekas warga TI Kuantan 86/87.

Tuesday, September 15, 2009

MARILAH BERJIMAT!!

Kepada sesiapa yang berminat untuk membuat kordial sendiri,boleh la menyediakannya sendiri.Selain dari menjimatkan,rasanya pun sedap cam rasa air berkarbonat yang warna hijau tu..hehehe!!

Untuk membuat kordial jus epal bahan2nya seperti didalam gambar
sebotol (kecil) oren sunquick,1 botol pewarna hijau epal,1 botol essen pisang dan 3 kilo gula.Masakkan kesemuanya dan agak2 le jgn terlalu pekat dan jgn terlalu cair....sekian.





cornflakes madu

Ini la antara kueh raya yang aku hasilkan..semua ikut citarasa anak2..sebab budak2 yang paling seronok nak menyambut raya...tapi perasan tak,semua kuih2 ni dok kat dalam paper cup hahaha....ni la kerja orang paling rajin....janji rock..hihihi...tak le, janji ada .....untuk kuih bubble rice tu...kuih paling senang nak sediakan,tak perlu guna oven pun...aku selalu ajar kawan2 yang merungut tak leh sediakan kuih raya pasal tak ada oven....tapi kalo dah malas tu macam2 le alasannya!! 
Kuih yang last sekali tu,baru la kuih favourite bapak budak,biskut buah...sian buat gak la untuk dia,tu pun kacang goreng salut tepung aku tak sempat lagi nak buatkan....aku ni semua bende pun kalau boleh nak buat sendiri.Tu la pasal sibuk mengalahkan chef wan.




biskut sarang semut






Nasib baik baju bebudak ni dah siap jahit..lega sikit,tinggal nak guntingkan rambut diorang je...itu pun aku buat sendiri je..kalau boleh,semua pun nak berjimat!!Nasib baik gak Angah dilahirkan berbakat menggunting rambut...jadinya rambut anak2  lelaki,Angah
yang uruskan.                                

                                                                   

Sunday, September 13, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI LEBARAN!!

ASSALAMUALAIKUM!

SIBUK BENOR AKU ...DI SEPANJANG BULAN RAMADHAN NI.....TAK BERKESEMPATAN UNTUK MELAWAT KE BLOG KAWAN2....SORI LA YEK!!MUNGKIN SELEPAS RAYA NI TAK LA SIBUK NGAT!!AKU AKAN BALIK KE KAMPUNG....KAMPUNG KE??BALIK KE RUMAH KELUARGA DI MENTAKAB DAN AKAN KE RUMAH SEDARA MARA DI RAUB....SEBENORNYA MAK/ABOH KOI ORANG FELDA.....HEHEHE...TAPI KERANA RUMAH PENEROKA DIA BARU JE SIAP,JADI DIA LEPAK KAT MENTAKAB...MUNGKIN TAHUN DEPAN BARU BOLEH BERAYA KAT  DALAM  FELDA.

DI KESEMPATAN YANG ADA INI INGIN AKU MENGUCAPKAN "SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN" BUAT SEMUA TEMAN2 DAN PENGUNJUNG BLOG NI.......SALAM SAYANG BUAT SEMUA!!!

BUAT MAIYAH..TERIMA KASIH KERANA KAD RAYA TU...HEHEHE..MAIYAH JANGAN KECIL HATI..AKAK DAH KATA AKAK NI TAK RETI NAK AMBIK AWARD KE, KAD KE..PASAL KEJAHILAN AKAK  NGAN TENET NI....JANGAN MARAH TAU,NANTI TOLONG AJAR BUAT BLOG YANG CANTIK CAM BLOG MAIYAH TU!!!

Tuesday, September 1, 2009

RAGAM BERTARAWIH.

Alhamdulillah!Tahun ni saya masih lagi berpeluang bersembahyang tarawih di masjid.Seronok melihat orang ramai yang berpusu2, mengimarahkan semua masjid2 dan surau2.Ramai yang tidak mahu meninggalkan peluang keemasan yang berlaku di bulan Ramadhan ini,dan peluang ini belum tentu akan dinikmati lagi pada tahun depan jika tidak diizinkan oleh Allah.Paling meriah bila melihat berbagai jenis telekung dengan pelbagai warna bunga dan sulaman yang berbagai2...seperti pertunjukan fesyen...hihihi...sempat pulak tu menjamu mata!!

Saya cuma kurang faham dengan segelintir jamaah yang hadir bersama anak2 kecil....adakah sesuai anak2 yang di bawah 3 tahun mengikuti ibubapa ke masjid??Saya pernah dibawa oleh mak saya bersembahyang di surau setelah berumur 5 tahun...seingat2 saya,zaman tu kanak2 semua bersembahyang di saf belakang dan kami tidak bermain seperti anak2 sekarang yang berlari,bergurau senda dan membuat bising...tipulah kalau saya katakan kami semua sangat khusyuk bersolat...kadang tengah solat boleh bergurau dan berbisik2 sesama kami...apa taknya ada yang sengaja menindih telekung sewaktu sujud,dan yang tukang tindih tu sujud lama2...menyebabkan kita tak boleh nak bangun.Ada juga yang mencucuk punggung kawan sewaktu sujud.....akhirnya kami akan ketawa...tapi tawa kami sangat perlahan kerana takut dimarahi oleh mak2 kami nanti....mak saya memang garang kalau kena sengatan ketam dia..lebam!!

Saya rasa ramai orang merasa kurang selesa ketika bersolat,bila tiba2 bergema tangisan anak2 yang sekecil setahun dua gitu...dan kalau saya la ibunya saya tak akan rasa khusyuk dan senang hati untuk bersolat.Tahun lepas ada seorang ibu yang membawa anaknya berusia dalam 3 tahun...kebetulan dia duduk disebelah saya.Sebelum memulakan solat dia memberikan sebotol air Milo untuk anaknya minum mungkin cara itu boleh mendiamkan anaknya sebentar.Ketika kami bersolat tu,anaknya boleh pulak main pusing2 diantara maknya dan saya...dan dok depan mak dia.Bila dah beri salam tu,mak dia menegur anak dia punya la lembut...geram je saya sebab saya ni jenis yang kasar kot...bukan apa,anaknya sikit pun tak endahkan kata2 mak dia..kalau saya dah memang dapat sedas dua...

Tak lama tu dia dapat seorang kawan yang sebaya...mereka main lari2 kat belakang para jamaah sambil ketawa2...tapi sesekali dia akan masuk celah saya dan mak dia dan lari kat depan beberapa jamaah lain dan keluar ikut celah2 jamaah lainya....tak tau camana, agaknya dia baru je minum sebotol Milo dan bawak pulak berlari2...tiba2 dia termuntah kat atas karpet masjid...Bayangkan la,tak ke menjadi kerja mak dia terpaksa pulak membersihkan karpet tu....dan akhirnya mak dia tak dapat meneruskan solat!!!

Saya bukan tak setuju,para jamaah membawa anak2 ke masjid tapi saya rasa kena la pilih umur yang sesuai dan tidak mengganggu jamaah yang lain.Sebenarnya saya baru je masuk tahun kedua bersolat tarawih di masjid.Sebelum ni saya terikat dengan anak2 yang masih kecil....sekarang anak bongsu saya dah berusia 5 tahun tapi saya tak berani lagi nak membawanya kerana dia ni jenis yang tak makan saman..saya bimbang semasa kita bersolat dia akan tawaf satu masjid tu!!

Kita ni pergi bersolat nak mencari pahala yang lebih tapi,saya melihat ada juga jamaah yang sangat mementingkan diri sendiri.Mereka meletakkan kereta sesuka hati dan menyekat kenderaan orang lain untuk keluar.Saya cukup tak faham dengan manusia2 jenis camni...sepatutnya mereka boleh berfikir secara logik dan matang....tak pepasal je boleh menimbulkan kemarahan orang lain!!

Monday, August 31, 2009

CEPATNYA MASA BERLALU..

Adusss...rindu rasanya nak berblog....haritu tak de peluang sangat nak bermanja2 ngan pc ni...asyik berebut ngan anak2..maklumla cuti sekolah!!Jangan harap la aku nak guna...sesama diorang pun dok bergaduh...Hari ni baru la ada ruang sikit.....tapi masih juga tak dapat nak updatekan entri yang berserabut kat kepala ni......sebabnya bulan pose ni pun nampaknya lebih bz dari biasa......Sibuk melayan permintaan anak2..yang teringin nak makan itu ini....tapi yang bagusnya mereka tak mintak bende yang menyusahkan!!Semalam sebelum Nabila balik ke hostel,dia hanya mintak nak makan sambal telor...ahaks!Sekejap je rasanya masa berjalan.....dah 11 hari kita berpuasa!!!

Monday, August 24, 2009

AMBOI!!


Ek eleh!diorang plak yang rasmikan dulu.....Projek spa ayah baru je 80% siap, tapi anak2 yang paling teruja....
Hana yang paling malas mandi pun nampaknya dah semakin rajin nak mandi..tapi yang jadi mangsa mestilah ayahnya,pasal lepas ni mesti bil air melambung..hehehe....
Tengok le si Hana tu,test air dulu agaknya....sejuk ke tak??





Kesiannya!Perasan,cam mandi kat swimming pool la tuh!
Tempat sempit, mandi ramai2........Gambar2 ni aku rakamkan sehari sebelum puasa...kalau time puasa berendam camni,aku rasa
orang dewasa pun teringin!!





Ini bil air terbaru yang aku terima semalam...bil yang mengundang keresahan.Cuba peratikan...pertamakali ada tertera "subsidi kerajaan negeri".Maksudnya kerajaan negeri memberi diskaun hampir 50% dari jumlah sebenar yang patut di bayar!
Huh....terkejut jap!Jumlah sepatutnya aku bayar,RM82.35,cam tak caya je....Tak boleh jadi,lepas ni aku terpaksa menghadkan penggunaan air.


Kalau dulu kita sering melihat papan tanda projek2 ditepi2 jalan tu tertulis "Projek Barisan Nasional"...tapi kalau kita perasan sejak beberapa bulan lepas tertulis harga bersubsidi pada beberapa barangan makanan.Aku mula rasa musykil...adakah ini untuk menunjukkkan keprihatinan kerajaan kepada rakyatnya atau mungkin harga barangan tersebut akan mengalami kenaikan????
Tambahan pula gula asyik berkurangan di pasaran.....

Wednesday, August 19, 2009

MENJELANG RAMADHAN.

Baru2 ini, aku terima surat dari Astro,memaklumkan bahawa harga pakej akan dinaikkan kerana kenaikan kos siaran sukan.Tak larat gak dari harga RM 72.90 -RM 88.90.Akhirnya kami mengambil keputusan memotong saluran kartun dan mustika.Kesian Hana...tapi kira ok lagi la pasal dia masih boleh tengok "Ceria".Itu pun kalau diikutkan nak ambik seminima mungkin...tapi kesian pulak kat Angah,sebab dia suka tengok bola.Dia ni jenis yang tak layan rancangan2 cam AF ke,anak wayang,jangan lupa lirik...kirim salam je la!Kalau kami potong saluran sukan,nampak cam kejam sangat...ayah dia kata,tak pe la tahun depan kalau dia dapat belajar ke lain baru kitorang potong.

Ramadhan semakin mendekat...nampaknya semua orang pun bertambah sibuk dengan berbagai2 persiapan menjelang bulan puasa ini.Pagi tadi aku ke pasar,terkejut bila melihat harga bawang putih RM4 sekilo...sedangkan sebelum ni sekitar RM 1.90 (paling mahal pun).Ubi kentang pun dah naik ke RM 2.40 sekilo...Amboi!belum papehal harga2 barang dah mula naik,ni belum lagi ditambah dengan masalah kekurangan gula...Bengang gak kalau tak de gula,pasal aku memerlukan stok gula lebih dari biasa!!

Hari Ahad lepas,aku buat eksperimen pertama selepas membeli sebuah mesin pengisar soya(persediaan dalam bulan pose).Sebenarnya mesin ni kitorang tengok kat rumah akak ipar aku...dia dah guna sejak tahun lepas.Mesin ni memang best!(bukan nak promosi..pasal aku tak jual pun).Cuma nak bagitau,sesapa yang suka membuat air soya sendiri..boleh la dapatkan mesin ni...memang menyenangkan...sebab mesin ni mengasingkan hampasnya dan hasil air soya yang diperolehi sangat pekat!Sebelum ni aku terpaksa gunakan blender,pastu tapis dengan kain dan di perah menggunakan mesin pemerah kelapa.Itu pun tak larat nak pusing pemerah kelapa tu menyebabkan hampas soya tu tidak kering betul.Sayang, sebab pati soya tu tak keluar habis!!


Ini le rupa mesin tu......
rupanya mesin ni boleh buat jus buah2an/mesinkan kelapa untuk dapatkan santan/mesinkan ubi untuk dapatkan hampas ubi di buat bingka/mesin beras dan beras pulut...aku ingatkan untuk buat soya je.....hihihi.....
Dah 2 kali Angah buat air buah,sekali tu carrot,pastu dia buat air epal dan jambu batu...


Sebenarnya anak2 aku memang sukakan air soya dan taufu fah..jadi kalau aku nak membeli selalu..tak larat juga, sesekali kalau nak merasa taufu fah mau berabis RM1o...pasal anak2 aku je 7 orang campur mak ayah sekali...parah gak!Tu baru dapat sejenis makanan je....Tu la pasal,aku kalau bulan puasa ni memang tak pernah membeli kat Bazaar Ramadhan tu.Semua juadah berbuka, aku buat sendiri kecuali sesekali kalau nak merasa makan murtabak,barulah membeli...
Ini la hasilnya...ari tu aku buat air soya dan taufu fah sekali!Bagi kat jiran belakang rumah..dia kata boleh la bisnes bulan pose ni,dia berangan nak mengorder nanti...hehehe..aku kata, rentikan..biarla anak2 aku makan puas2..nanti kalo dia nak,aku boleh bagi je....sebab kalau buat setengah kilo kacang pun tak larat nak makan...dapat banyak!


Sebenarnya keluarga aku jenis yang suka berbuka dengan makanan ringan atau manisan.Jadi aku terpaksa menyediakan menu kuih muih yang berbeza setiap hari...biasanya aku akan menyediakan makanan yang menjadi kegemaran anak2,secara tak langsung aku meraikan mereka di bulan pose ni.Biasanya selepas tarawikh baru le kitorang pekena nasi.Bab lauk2 untuk nasi ni,diorang tak kisah...apa2 aje..tidaklah macam separuh orang yang perlukan lauk2 spesial.Waktu sahur lagi mudah,anak2 aku lebih suka makan nasi goreng atau makanan berasaskan telor je.Pendekata di bulan pose ni bukan saja aku boleh berjimat,malah aku juga merasakan tak banyak menghabiskan masa di dapur seperti selalu!!Jadi boleh la memanfaatkan masa yang terluang tu dengan amalan yang lain!!

Kepada teman2 blogger dan kepada mereka yang selalu berkunjung di blog ni aku ingin mengucapkan Selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan al Mubarak.
Semoga dengan kedatangan Ramadhan ini akan dapat menyucikan hati dan fikiran kita agar dapat menjalaninya dengan tenang dan aman.Mudah2an kita diberi petunjuk dan hidayah Allah dan dibukakan pintu rahmat dan keampunan dari NYA!!.... INSYALLAH...

Sunday, August 16, 2009

TAK SANGKA BOLEH JADI BEGINI!!!

Alhamdulillah!Mula2 sekali saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada para pembaca yang saya hormati sekalian...saya berasa terhutang budi dan gembira kerana dengan komen2 yang diberikan dapat memberikan saya kekuatan untuk melakukan sesuatu tindakan yang saya sendiri tidak pasti mampu melakukannya sebelum ini.Saya percaya setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.Bila saya bermuhasabah diri,saya rasa kehidupan yang saya lalui selepas mengalami peristiwa yang tidak diingini itu telah banyak mengubah diri saya menjadi seorang yang lebih positif.

Selepas peristiwa itu,saya lebih banyak menyendiri dan lebih banyak menghabiskan masa dengan aktiviti di rumah.Saya cuba menenangkan hati dengan mengaji,menanam pokok2 dan mencuba resepi2 baru.Kebetulan pula suami saya masukkan line internet ke rumah,maka bermulalah aktiviti saya di alam siber pula.Sebenarnya saya ni,tak la begitu mahir menggunakan komputer,untuk mendaftarkan emel saya,Along yang tolong buatkan.Tercetusnya idea untuk mempunyai blog sendiri selepas saya melayari beberapa blog di internet.Jiwa tengah kacau,saya fikir jika saya mempunyai blog sendiri mungkin saya dapat melupakan segala kesedihan hati saya di sini, kerana saya akan sibukkan diri dengan aktiviti yang baru.Untuk membangunkan blog ni,saya terjumpa "3 minit membuat blog"...jadi saya mengikut arahan di situ dan berjaya menghasilkan blog ini.Itupun hampir sekerat hari saya berfikir,nama apakah yang sesuai untuk saya letakkan untuk blog saya ni.Puas meminta idea dari anak2,akhirnya bila saya meminta pendapat suami..dia kata "ala, hentam je la"!!Jadi begitulah sejarahnya...oleh kerana saya membuat blog ni dengan lain perkataan 'main redah je', maka saya rasa ok jugak la saya gunakan ungkapan "Hantam saja la"!!

Sebenarnya saya tidak begitu yakin, bahawa saya boleh mengatur ayat yang boleh menarik orang untuk membaca entri saya kerana saya tidak mempunyai pengalaman langsung dalam bidang penulisan. Walaupun saya mencurahkan hasil coretan yang tidak begitu baik, dibandingkan dengan orang2 yang berpengalaman,saya rasa gembira dan lebih menyeronokkan lagi bila ada orang sudi membaca dan memberikan komen2nya di sini.Kadang2 saya merasakan mereka seperti kawan2 yang telah lama saya kenali....Kemudian seorang kawan yang baru berpindah ke Kelantan memberi idea kepada saya untuk membuka akaun Facebook,menurut dia walaupun kami berjauhan tapi masih boleh bersembang seperti biasa.Saya mengambil masa 2 hari untuk mendaftar di Facebook,aduh!sengal betul....untuk nak upload gambar2 di Facebook dan di blog pun saya terpaksa bertanya kawan2 dan sepupu .

Tapi saya gembira sangat,selepas mempunyai Facebook,tak semena2 saya bertemu dengan ramai bekas kawan2 baik saya semasa belajar di sekolah menengah dan ada juga ketika di sekolah rendah...kadang macam tak caya...kawan2 saya tu semua dah terpisah lebih daripada 20 tahun lalu.Kuasa Allah,saya hilang sorang kawan,tapi dia gantikan kegembiraan saya dengan bertemu kawan2 yang lain di internet ni.

Begitu juga,tahun ni merupakan tahun pertama saya berjaya menggunting baju2 raya anak2 saya,sebelum ni semua mak saya yang buat.Saya memang tidak berminat dengan aktiviti menjahit,tapi kerana terpaksa saya boleh la menjahit baju2 kurung yang telah digunting.Sebelum ni dah banyak kali mak saya mengajar,tak pernah masuk juga dalam kepala saya.Alhamdullillah,tahun ni...saya rasa seperti diberi keberanian untuk saya mencuba sesuatu yang baru...rasa tak sabar nak tunjukkan hasil kerjatangan pada mak saya...mesti mak terkejut!!Saya bukan saja berjaya membuat baju kurung,malah baju mini kurung dan baju punjabi berseluar sekali.Apa2 pun saya bersyukur dan berserah segala2nya kepada Allah, kerana hanya DIA yang mengetahui apa yang tersurat dan yang tersirat!!!ALLAHUAKBAR!!

Thursday, August 13, 2009

BANTULAH AKU!!!

Sebenarnya aku ingin berkongsi permasalahan yang dah lama bersarang dalam hatiku ini,tapi aku sendiri tak tahu nak bermula dari mana??Aku cuba juga untuk mengajar hati ini untuk melupakan segala yang terjadi tapi setan dalam diri ni begitu kuat mempengaruhi .Aku tidak pernah mengharapkan berakhirnya begini,tapi apakan daya...bukan aku yang memulakannya.Mungkin juga kesilapan datang dari diriku ini...Ya Allah,aku telah mencuba....tapi....aku tak berdaya....walau dimulut berkata ya,tapi dihati seperti tiada keikhlasannya......

Kami berlima berkawan baik,kenal pun kerana duduk setaman...kami semua adalah surirumah kecuali S yang menjalankan perniagaan di pekan sari/pasar malam.Aku dan S sebaya,manakala 3 yang lain kira pangkat adik2.Keakraban kami,kami selalu ke pasar bersama dan adakala bersarapan di luar atau di rumah salah sorang antara kami secara bergilir2.Jika ada kelapangan kami akan keluar menemani yang lain ke bandar atau kemana2.Biasanya aktiviti begitu,melibatkan kami berempat kerana S agak sibuk dengan urusan bisnesnya.

Disamping perniagaan yang sedia ada,kebetulan masa tu dah dekat nak raya si S menjual aksesori ktistal dan emas celup.Oleh kerana dia merayu2 kat kitorang ni dan kerana nak menjaga hati kawan jadi aku pun ambik la seutas gelang yang berharga RM40,si Z ambik barang dalam harga RM150 ,si F ambik barang dalam harga RM700,cuma D yang tak ambil apa2.Mereka ni berani ambik camtu kerana si S kata boleh bayar hutang dan sukahati,tiap2 bulan ikut suka nak bayar berapa.Oleh kerana aku ni cuma ambil satu je,jadi aku bayar cash.

Gelang tu aku belikan untuk Nabilah,masa tengahari Hari Raya pertama gelang tu dah putus,jadi aku marah la Nabilah,pakai tak sampai sekerat hari dah putus..ganas!!Selepas beberapa bulan baru aku tau rupanya barangan yang aku beli tu memang tak berkualiti langsung,itupun setelah mereka berdua ni bukak cerita yang anak2 diorang pakai sehari dua dah putus.Konon takut member terasa taknak la bercerita!Aku pun memang terasa hati jugak,barang yang aku beli dari S tu sebenarnya berharga RM5 je kat luar.Tapi tak kisah la benda dah lepas lagipun rugi sikit je!!

Tapi bagi si F,dia rasa sangat tertipu,setelah membayar secara ansuran sebanyak RM200,dia terfikir untuk memulangkan barangan tersebut setelah dia membaiki segala kerosakan.Kami ber3 memang tak bersetuju dengan cara dia,takut timbul masalah dengan si S,tapi dia berkeras juga...kami nak buat apa kerana dia fikir itu hak dia terpulang lah!!!Kebetulan masa tu memang kitorang dah menjauhkan diri dari S ni ,kerana banyak tindakan dia yang tidak kena dan telah banyak kali membuat kami terasa hati.Bukan itu saja,tindakan dia menyeranah jiran berhampiran rumah aku juga sangat mengejutkan.Jiran tu bersalah kerana berpakaian seksi!!Memang dia agak seksi,tapi kami tak kisah sangat sebab dia ada suami,jadi bukan masalah kami!Si S datang meludah didepan jiran tu,masa jiran aku nak bukak pintu kereta...Dia salahkan jiran aku yang seksi tu kerana laki dia tak boleh nak sembahyang sebab tak khusyuk ...nak angkat takbir,ternampak jiran yang seksi ni.... S ni bercakap dengan nada yang kuat tah berapa ramai orang mendengarnya.Jadi berlaku la perang mulut antara diorang...sehinggakan si S ni menggelarkan jiran tu dengan kata2 GRO Tua....kitorang malas nak masuk campur...lantakla diorang!!!

Pagi tu F pergi memulangkan barang2 tersebut,dan menurut cerita si F,S kata tak perlu pulangkan dan dia kira segala bayaran yang belum dibuat tu kira halal!Sebelah petangnya aku terima msg dari S."Terima kasih atas ajaran korang"!Rupa2nya msg tu dikirimkan juga kepada Z dan D.Z dan D malas nak melayan jadi diorang tak balas pun...tapi tak tau camana aku tergerak hati nak membalasnya,lagipun aku tak puas hati dia menuduh2 orang sesuka hati.
Aku balas"jangan menuduh orang sembarangan,siasat dulu...cubalah muhasabah diri...kenapa orang buat begitu,mungkin ada salah dan silapnya"!Dia balas balik msg aku"ko la muhasabah diri ko tu, kalo tak takkan tuhan bagi ko anak terencat"!!aku rasa nak nangis baca msg dia....sampai hati dia boleh hantar msg camtu.Aku balas semula "Alhamdullillah!hari ni Allah dah tunjukkan kat aku sapa ko yang sebenarnya....soal anak terencat bukan masalah ko,semua pun anugerah dari Allah,maknanya ko menghina ciptaan Allah!"Dia tak mahu mengalah atau memikirkan kata2 yang dia lepaskan sebaliknya dia membalas semula "Allah pun dah tunjuk kat aku,sapa ko!"hehehe...tak de modal dah, tah apa2...tak kuasa aku melayannya!

Walaucamana pun ,aku memang terasa sedih sangat...selama 2 tahun dia berkawan ngan aku,adakah dia ikhlas sebenarnya???Tergamak mengeluarkan kata2 yang sangat menghiris perasaan.Anak aku yang terencat tu sebenarnya normal,cuma mata sebelah tu juling,memang la kurang dari segi rupa...kadang tu ada gak gagapnya..dan dia memang bermasalah sejak dari lahir...menghidap berbagai masalah kesihatan.Pelajarannya agak kurang dari adik beradik yang lain.Tapi aku bangga juga bila dia boleh dapat 1A1B3c masa peperiksaan UPSR dulu.Tahun ni dia akan menduduki PMR.

Tak terfikirkah dia,walaupun kita sempurna dan memiliki anak2 yang sihat,tapi kalau Allah tiba2 menguji kita dengan penyakit dan mengambil sedikit dari kenikmatan yang dia telah berikan kepada kita,agaknya apa yang dia rasa saat itu???Beberapa bulan lepas tu,anak sedara dia lalu depan rumah aku nak pergi ambik result SPM,jadi aku ni menegur la dia,lagipun waktu tu dia tengah bersembang ngan anak aku kat depan pintu pagar rumah aku!Aku pun anggap budak tu cam anak2 aku je...walaupun hubungan aku ngan mak sedara dia tak baik takkan la aku nak bermusuh ngan budak2.

Petang tu aku terima msg dari dia "kenapa tegur anak sedara orang,jaga je la anak ko tu baik2,betina sial"!!Bayangkan le camana perasaan aku masa tu....apa salah aku,besar sangat ke dosa aku sampai mengeluarkan bahasa sekesat itu...apa yang mampu aku lakukan cuma menangis..saat aku membuat catatan ni pun aku sedang menangis.Sampai bila2 pun aku terbayang2 perkataan itu.....sedihnya tak dapat diterjemahkan dengan kata2!!Sebelum tu aku tak kisah sangat,anak2 aku bermain dengan anak dia dan pernah juga masa hari raya aku ajak anak dia masuk ke rumah.Tapi selepas dia menghantar msg ke2 tu aku terus menjadi orang yang keras hati..Aku tukar no telefon aku,dah tu aku larang anak2 aku bermain dengan anak2 dia..aku tak sanggup nanti anak2 aku dihina pula.Anak2 dia pulak jenis yang tak boleh terkena langsung,apa2 sikit jenis suka mengadu!!Itu pun kerana anak, dia boleh bergaduh ngan jiran lain....sampai sekarang aku buat tak nampak je anak2 dia!!

Ada jugak si D,menasihatkan aku untuk memaafkan perbuatan dia,tapi aku rasa terlalu berat untuk memaafkannya kerana aku tak rasa aku yang bersalah.Dia ni pulak jenis yang tak nampak kesalahan sendiri,ego tinggi dan selalu rasa tindakan dia saja yang betul.Sebenarnya sebelum ni pun dia cuba melaga2kan antara kami berempat,tapi alhamdullillah hubungan kami jadi semakin erat dan keburukan dia yang semakin terserlah.Kadang2 aku terfikir jugak apa yang sebenarnya dia dengkikan sangat dengan aku...dari semua aspek sebenarnya dia melebihi aku,cuma aku lebih satu je..bilangan anak....dan lagi satu mungkin juga dia bengang kot..walaupun kami sebaya dia nampak lebih tua dari usia.....dan ada beberapa kali orang bertanyakan pada dia anak ke??sambil menunding jari ke arah aku....wakaka!!!(nak bagi mood hepi balik).

Sebenarnya hati aku juga selalu tak tenteram bila memikirkan perselisihan yang berlaku.Aku cuba untuk memaafkan dia tapi hati aku cam belum bersedia untuk memaafkannya dengan seikhlas2nya.Ada rasa yang terbuku di hati....tak tau camana nak diluahkan perasaan sebenar.Sekarang ni pun aku simpati gak kat dia bila aku tengok orang2 kat taman ni pun nampak dingin je ngan dia. Mungkinkah aku perlu mengambil sedikit masa lagi??Mungkinkah sampai juga masanya kami saling bermaaf2an kembali??Bulan Ramadhan semakin hampir,bukankah waktu terbaik untuk bermaaf2an tapi....Aku benar2 keliru dengan perasaan sendiri.....boleh ke orang cam ni dibuat kawan????

Wednesday, August 12, 2009

YA ALLAH,JAUHI LA KAMI DARI ANCAMAN WABAK!!!

Pagi semalam Angah,anak aku telefon dari sekolah,dia diarahkan oleh pihak sekolah untuk balik kerana demam.Terkejut gak aku,malam tadi elok je bersembang dalam kul 12 malam tu sihat sangat..pagi ni tetiba je demam!!Tu la kan kalau Allah nak bagi sakit kejap je....siapa la kita nak melawan kuasaNYA.
Dalam kul 2 petang tu aku bawak Angah ke Klinik Kerajaan,itupun selepas ayah dia paksa kitorang pergi,kalau ikut kitorang memang malas pun sebab stok ubat demam,selsema dan batuk masih banyak.Sampai je kat situ,Angah terus dipanggil kat depan kaunter yang suspek influenza,siap bagi mask.Lepas tu dia terus ke bilik khas,jadi tak la lama sangat aku menunggunya.

Angah memang demam tapi yang buat dia nampak lemah je, pasal dia diserang sakit kepala yang amat sangat!!Dia dapat ubat demam,batuk dan antibiotik,lepas balik tu dia terus telan semua ubat2 tu dan tido.Malam tu,masalah baru pulak timbul...mata dia dah bengkak la pulak.Rupa2nya dia alergik antibiotik..salah sikit je dah dapat penyakit lain pulak.Aku tak heran sangat..pasal aku pun dah biasa jadi camtu sejak di sekolah menengah dulu!Aku pernah kena gitu,2 hari pulak nak tunggu bengkak kat mata tu surut.
Semalaman Angah tak boleh tido,dia kata sakit kepalanya tak reda langsung,pastu dia mengadu sakit pinggang dan kaki dia rasa lenguh!Aku rasa tak sedap hati gak,harap2 tak melarat la demamnya.Keesokkannya kami ke klinik tu semula,sampai je kat depan klinik..orang punya la ramai macam nak masuk panggung!!Tempat parking kete pun penuh,terpaksa la cari parking jauh.Panik kejap,apsal ramai sangat orang yang sakit ??Aku terus ajak Angah ke Farmasi,malas nak berurusan dengan doktor atau MA.Nasib baik farmacist tu ok,dia tukarkan ubat dan bagi ubat selsema kat Angah sebab dia tgk dalam senarai ubat semalam tak ada ubat selsema tapi Angah tengah selsema.

Dalam kul 10 pagi,telefon berdering...Hana anak aku yang 5 tahun tu angkat.Aku dengar dia menanya pemanggil tu "Nak cakap dengan sapa"?....pastu dengar lagi "Ala!Tau dah..mesti pakcik ni, jangan nak mengada la"!!Aku pun terus ambil telefon pada tangan dia,biasanya Arafat adik aku tu mesti nak bercakap ngan aku."Hello!" aku menyapa....tetiba"Hello!Saya guru kelas Muhammad Harith,boleh saya bercakap dengannya?"Ops..cikgu Angah rupanya,percakapannya berslang cina,memang sebijik macam yang pakcik Arafat selalu mengajuk cakap cina kalau bercakap dalam telefon...hehehe..padan la Hana dah tersalah dengar!!!

Sekarang ni pun demam Angah masih tak kebah juga,tapi sakit kepalanya dah beransur sihat.Aku dah sediakan air kelapa dan belikannya kurma,sebab aku terbaca kat blog 'tatkala hatiku berbisik'...ada beri tips untuk melawan H1N1.Harap2 Angah akan sembuh seperti sediakala,dia pun dah rasa ralat hati sebab dapat cuti sampai 4 hari.Bukannya apa dia takut ketinggalan pasal tahun ni tahun paling bermakna baginya ,sebab dia calon SPM tahun ni.Anak2 yang lain pun dah dikenakan perintah berkurung sejak petang tadi...bengkek je Hana sebab dia dah tak boleh keluar main cam selalu.Jadinya petang ni dia asyik melanyak ayah,mungkin nak tunjukkan protes kot,tapi akhirnya dia yang tertewas....tertido kepenatan!!

Monday, August 10, 2009

SEBENTAR DI ULU DONG.

Hari Sabtu lepas, selepas subuh kami sekeluarga balik ke Raub,tujuannya untuk mencari durian untuk dibuat tempoyak.Almaklum la dah dekat dengan bulan puasa ni,lagipun stok tempoyak tahun lepas pun dah habis.Perjalanan pagi tu sangat redup dan ada dibeberapa tempat seperti berkabus.




suasana berkabus di Mentakab sekitar jam 9.15am






Kami sampai di rumah mak sedara di Dong dalam pukul 11,selepas menyinggah di Bandar Raub dan Gali.Selepas berehat dan makan tengahari, kami meneruskan perjalanan menghala ke Ulu
Dong untuk melawat kebun yang dah lama tak dijenguk.... hehehe..perasan!!Aku cuma pergi bersama suami,Mokde dan kawan suami aku.Budak2 semua tinggal kat rumah je takut diorang boring!!




Begini la keadaan kebun yang aku pergi tu....mencuram giler!!





Sebenarnya,kebun yang aku redah ni,kepunyaan(Halim) kawan suami aku ketika mereka sama2 bertugas di MDR dulu.Kira kawan lama je la,tapi dah jadi cam sedara bermusim la plak,sebab tiap kali musim durian,maka terjengul la muka kitorang kat kebun dia!Rupanya kebun dia ni luas la jugak agaknya ada dalam 7-8 ekar.Luas tu tak kisah la sangat,tapi dia punya berbukit tu yang aku tak tahan tu!Bayangkan la masa kami mengutip buah durian yang tergolek kat lereng2 bukit tu...huh!sangat mencabar.Mokde aku kata padan la reganya mahal kalau gini gaya la mengutipnya sikit punya seksa nak bawak naik ke atas.Aku dan Mokde menarik guni durian tu,agaknya ada 10 kali berenti..terasa cam nak mendaki gunung pun ada..memang curam weh!!




ini lah kedudukan kebunnya, dok kat puncak bukit!





Selepas tamat misi aku menaikkan seguni buah durian tu,rasa tak hingin dah nak mencarinya lagi.Lepas tu Halim menunjukkkan kepada kami,jika inginkan buah dokong dan duku Trengganu kami terpaksa ke destinasi lain pula.Mula2 aku rasa seronok untuk pergi ke tempat itu,tapi selepas Halim menunjukkan lokasinya menyebabkan kami terus tawar hati!Kalau tadi kami menurun bukit kali ni lokasinya memanjat bukit tinggi....mak datuk!!!




kat hujung atas bukit tu,kebun dokong dan duku Trengganu!!






Tapi aku respek kat orang2 di Ulu Dong ni mereka semua memang rajin,kalau aku ada tanah camni..eiii tak boleh nak gambarkan ..mampukah aku mengusahakannya sebegitu rupa.Menurut Halim tanah yang dia usahakan bermula pada tahun 88.Kalau tengok diseluruh kawasan tu memang kaya dengan pokok2 buah2an.Di kawasan tu juga terdapat banyak pokok kantan,sempat juga aku mencantas beberapa kuntum.Menurut Halim lagi,pendapatan sebulan dengan menjual bunga kantan pun boleh mencecah RM1,000.Tu belum cili api yang tumbuh melata...seronokkan!!









Inilah durian2 yang terkumpul...tapi belum lagi campur dengan durian2 untuk dibuat tempoyak yang di beri oleh Halim, Mokde kata dapat lah dalam segantang!Jadila...itupun,aku berhajat nak ke K.Lumpur keesokannya untuk menghantar durian dan tempoyak kepada adik beradik di sana pula.



suami aku sampai tersembam nak membawanya ke atas..hehehe..






Apa2 pun terimakasih daun keladi harap2 tahun depan kalau menjadi kome datang lagi.......




Ini lah Halim,tuan punya kebun...badan kecik je....







Amboi! Penat sangat le tu.....semua keletihan semasa dalam perjalanan balik!!

Friday, August 7, 2009

NAKALNYA ALONG!!!

Pengalaman mengandung,dan melahirkan anak memang satu pengalaman yang paling indah dalam hidup.Aku bersyukur kerana Allah telah memberi aku peluang merasainya, namun mendapat anak yang agak lasak,nakal,terlebih kretiviti juga sangat mencabar kesabaran aku.Karenah dan kenakalan anak sulong aku memang banyak meninggalkan berbagai kenangan dalam hidup kami sekeluarga,antaranya...jom layan!!

Masa tu dah nak senja,biasa la waktu hampir senja ni memang waktu paling sibuk bagi kaum2 ibu cam aku,tambahan pulak masa tu aku masih dalam kategori berkerjaya..sibuk nak menyediakan makan malam.Along yang ketika itu berusia 3 tahun sedang bermain dengan Angah yang berusia 1 tahun lebih.Tetiba aku dengar Angah meraung...terkejutnya aku bila aku tengok Along tengah mengadap Angah sambil pegang putik kapas yang berdarah dah tu,muka dia nampak panik je .Bayangkan la,camana perasaan aku masa tu,jadi tak tentu arahnya bila tengok darah meleleh dari telinga Angah.Aku jerit panggil ayah dia,sambil tu aku dah mula nangis sama.Ayah dia cepat2 ambik Angah dan terus bawak ke klinik yang kebetulan kat belakang rumah aku je.Masa tu, keluarga aku tinggal selang 4 pintu je dari rumah aku,jadi senja tu memang gempar la di kejiranan kami.Doktor kata darah yang terlalu banyak menyebabkan dia tak pasti telah mengenai gegendangnya ataupun tidak,dia menasihatkan kami membawa Angah ke Hospital Besar keesokannya,tambahnya lagi biar darah tu kering dulu,baru senang nak buat pemeriksaan.Bila dengar penjelasan doktor begitu,menyebabkan aku lagi kecut perut...pada saat tu,sukar untuk aku menerima kenyataan seandainya, anak yang aku lahirkan normal akan menjadi tuli!!

Belum lagi perasaan aku reda,heboh pulak Along hilang dari rumah.Aku ingat dia pergi ke rumah mak sewaktu aku dan ayahnya sibuk berurusan di klinik,tapi menurut mak dia pun tak perasan kemana Along pergi.Ah, sudah!!..Jadi satu kerja la pulak orang kena mencari dia,ini semua berlaku gara2 dia takut sendiri la tu!!Hampir setengah jam jugak orang ramai dok mencari dia,akhirnya abah aku berjaya menemui lokasi persembunyiannya.Rupa2nya dia menyorok kat bawah meja bulat kat rumah mak,zaman tu memang trend meja bulat siap dengan skirting yang labuh.Abah aku hanya menemui lokasinya je,tapi dia suruh aku atau ayah dia yang pujuk Along keluar..Kalau tengok dari segi tempat dia sembunyi tu,memang orang tak terfikirkan yang dia boleh dok kat situ dekat sejam lamanya!!Malam tu kami pujuk dia elok2 dan pesan padanya supaya tak melakukan perbuatan itu lagi....begitulah Along,kenakalannya banyak melibatkan ramai orang!!

Keesokannya,berlaku satu masalah pula, Angah tak boleh duduk, bila dia duduk je dia tak boleh imbangkan badan,dia terjatuh ke tepi atau terlentang ke belakang. Bila kita dirikan dia,dia jalan terhuyung hayang,pastu terus jatuh....buatkan jiwa aku tambah kacau!!Setelah diperiksa oleh doktor pakar di Mentakab,baru la aku rasa lega...Syukur Alhamdulillah,Angah tak pekak..doktor kata luka tu berlaku di dinding telinga saja!!Habis kenapa Angah tak stabil..asyik nak jatuh je???Doktor kata dia akan normal dalam masa sehari dua ni,sebab dia cuma mengalami masalah bengang..pasal terlalu banyak darah(cecair) yang memenuhi kat dalam telinga dia.Alhamdullilah selepas tu Angah sihat seperti biasa!!
******************************************
Di kampung suami aku ramai sangat orang yang membela lembu,malangnya tuanpunya lembu2 ni tak reti nak mengandangkan lembu2 mereka.Jadi di kampung tu bersepah dengan taik2 lembu dan berlakulah pencemaran bau yang amat kritikal.Kalau nak ditegur kang semua pun sedara mara,apatah lagi tok empatnya pun sama, dua kali lima...abis nak buat camna???
Disebabkan setiap kali balik ke kampung,anak2 aku akan dijamu dengan pemandangan kawanan lembu dan taik lembu,jadi Along menggelarkan kampung tu dengan nama "Kampung Lembu".Ni kalau orang kampung tau...maroh deme!!!

Pagi tu,kitorang ikut arwah tok dia ke rumah waris dia dihulu,kami hanya berjalan kaki,semasa dalam perjalanan balik tu,kebetulan kami terserempak dengan beberapa ekor lembu.Along ni memang berani,sesekali dapat melihat lembu secara live tentu sangat teruja bagi seorang budak berusia 4 tahun ketika itu,dia mendahului semua orang,tak sabar nak tengok lembu dekat2.Mula2 ok je,kitorang pun buat tak kisah la,tapi tak tau bila masa dia ada sebatang kayu ditangannya.Dia pegi kat sekor lembu tu dan terus jolokkan kayu tu kat bontot lembu tu,ha...apalagi,secara spontan la lembu tu bagi back kick...ambik nak!!.dia tercampak ke belakang terus terduduk.Arwah mak mertua aku terus berkejor"Allah,cucu aku!!...Tapi aku memang tak tahan nak tergelak sangat...nampak real tu,melayang...jadi aku gelak je la....nasib dia tak apa2..Tapi dia memang terror, cuma terkejut sikit tapi haram tak nangis pun!!
**********************************************
Semasa dia berumur 6 tahun,kitorang menyewa di sebuah rumah yang bersebelahan dengan Hutan Simpan Rotan Tunggal di Raub.Kebetulan jiran dibelakang rumah tu,berbangsa India dan memelihara berbagai jenis binatang peliharaan,dari anjing,kucing,ayam,itik,angsa dan beberapa spesis burung merpati .Al maklum la tinggal bersebelahan hutan jadi serba mak nenek binatang yang dibelanya.Disebabkan rumah aku dan rumahnya bertemu dapur,jadi aku tak kisah la kalau ayam, itik atau merpatinya masuk ke halaman aku untuk mencari makanan.Kadang tu memang aku sengaja membuang lebihan makanan tu kepada binatang peliharaannya .Dalam banyak2 binatang tu Along dan Angah cukup tertarik dengan burung merpati,dan burung merpati peliharannya sangat jinak, boleh tangkap gitu je.

Satu petang tu,Along dan Angah bermain di belakang rumah,tapi aku dengar kecoh semacam je..aku pun menjenguk,menyirap darah aku....Along tengah bagi burung merpati tu minum air paip dengan cara mengangakan mulut merpati tu,cam tadah air dalam kole je dibuatnya mulut merpati tu!!
Apalagi merpati tu kelemasan agaknya terus tak bernyawa...bila aku jerit suruh lepaskan,memang merpati tu dah lembik.....Aku pun panggil aci ,aku bagi balik merpati dia,dan cerita kat dia yang anak aku dah bunuh merpati tu!!Kesian pulak kat aci tu,dia kata banyak2 merpati tu,yang mati nilah yang paling jinak dan paling disayangi oleh anak lelaki dia!!Lagipun spesisnya payah nak dapat kat Malaysia.Hati aku berkata juga,tu la nasib ko merpati,apsal la ko jinak sangat!!Dapat gak Along sedas dua ngan aku petang tu.

Balik dari kerja petang tu,aku citer la dengan ayah dia pasal Along punya kes ...nampak sangat la ayah dia pun rasa kesal dengan kejadian tu,kebetulan anak lelaki aci tu,merupakan staff dia kat opis.Masa minum petang tu,ayah tanyakan Along.."kenapa awak bagi burung merpati tu minum"?Along kata"tadi Along kasi dia makan lepas dia dah makan,Along kasi la dia minum!!"adoi.....la anak tak abih2 buat hal!!!

Wednesday, August 5, 2009

SAPA LAGI PANDAI????

Beberapa tahun lepas aku tinggal di daerah Pekan,rumah yang aku sewa tu berhadapan dengan kawasan reserved TNB,jadi ianya dipenuhi belukar dan seperti hutan simpan.Di situ terlalu banyak kera yang mendiami kawasan tersebut .Oleh kerana kawasan sebelah dalamnya telah dibangunkan maka kera2 tersebut semakin banyak berhijrah ke arah taman kami.Kebetulan pula,ada manusia yang suka menjadikan semak2 sebagai tempat pembuangan sampah jadi beraya sakan la kera2 ni di kawasan itu!!

Kera2 kat sini memang berani betul,dia akan datang mengoperasikan hampir kesemua tong2 sampah yang menghadap ke hutan tu...habis semua sampah bertaburan di jalan.Ada juga yang meletakkan batu besar di atas penutup tong,tapi tak tau camana punya cerdik le binatang ni...lepas jugak dia membukaknya,dia tolakkan batu tu sikit2 sampai batu tu terjatuh ke bawah...Kera2 ni bukannya dia takutkan kita,silap2 dia yang kejar kita...kadang tu,bila kita halau2 dia....fuh! dia menganjing kita balik ...Ada masa , dia boleh main berlari kat atas atap2 rumah orang.Ada sekali tu,terjerit jiran belakang rumah aku,dia ingat sapa pulak dok mengintai dia tengah memasak, cantekk je.. dia ngulur kepala memandang ke bawah dari atas bumbung!!Tapi satu je kelemahan kera ni, dia takut dengan orang lelaki...kalau ada orang lelaki dok kat depan rumah,bercempera larinya,tak berani dia nak datang...kenapa??Aku pun tak tahu!!!

Tapi ada la satu hari tu,laki kawan aku ni cuba untuk mencari kebenaran...dia tak percaya yang kera hanya takutkan pada orang lelaki sahaja...jadi dia pun memakai kain batik bininya,siap dengan bertudung lagi,lepas tu dia pun berjalan ke arah kera2 yang banyak tu...kitorang hanya memerhatikan dia dari jauh je....Tetiba,bertempiaran kera2 tu lari bila sedar kehadirannya...sama reaksinya bilamana kera ni berhadapan dengan orang lelaki.....
Jadi dia pun berpatah balik ke arah kami,sambil tu dia mengomel,"eh!pelik betul menatang ni,kawe nyamor jadi orang betine pun die tau"!!Lepas tu bini dia terus je menyampok"awok ingat die bodo,die pun tau tengok...awok tu,pakai kain, pakai tudung tapi haram tok bebaju..die pun pelik....orang pompuan mende gitu"!!!Hihihi..memang keje pandir!!