Monday, September 28, 2009

JALINAN SILATURRAHIM DI HARI RAYA!!

Adusss...rupanya dah lama jugak saya tak menghapdetkan blog ni.....bz sesangat la tuh!!!Ingatkan lepas raya tak le sesibuk bulan pose,tapi rupanya lagi serabut.Semalam je saya mendobi 6 mesin kain baju....dah tu sejak dari hari raya tak berkesempatan melipat kain baju yang dah hampir sekerat bilik melambaknya.Rasa nak nangis bila terpaksa mengoperasikan keseluruhan rumah...nasib baik rumah tak besar mana.hehehe...dah jadi camni baru terasa bersyukur sangat, rumah tak besar!!Yang jadi camtu bukannya apa,kalau orang tak datang ke rumah, kita pulak dok bertandang rumah orang...tu yang nampak cam bz sangat.Program jalan2 raya je makan 3 hari...dari Raub-Temerloh-Kuantan...tupun tak sampai ke Pekan!!

Tapi tahun ni,bertambah seronok bila dapat bertemu dengan kawan2 masa zaman sekolah menengah dulu...kebanyakkan diorang ni ditemui semula kat FB....bayangkan dah hampir 22 tahun tak dengar khabar berita...alih2 diorang berpakat nak bertemu muka....Mula2 programnya nak dibuat di Taman Bandar, Indera Mahkota.Tapi disebabkan perjumpaan ni kurang sesuai kerana orang sibuk dengan aktiviti raya,maka saya syorkan buat di rumah saya dan ikut je sapa yang boleh hadir..maka terjadi jugalah perjumpaan yang tak seberapanya ini...walaupun gitu...terasa gembira melihat perkembangan kawan2....hahaha....bayangkan dulu semuanya muda remaja...sekarang dah jadi mak/bapak orang....biasa la kalau ada yang kembang/kuncup tu!!!Bangga tengok kejayaan diorang...wah,kereta pun canggih2...kalau ingat zaman sekolah dulu...nakalnya nauzubillah!!






Selepas ni diorang nak buat perjumpaan kali ke 2 secara besar2an tahun depan sebab ramai kawan2 yang dari Johor,Lembah Klang dan Kelantan yang ralat hati tak dapat datang.Semoga perjumpaan seterusnya nanti akan lebih meriah dengan kehadiran bekas warga TI Kuantan 86/87.

12 comments:

zai said...

Salam Hai...

Nampak seronok jer hari raya kali ni ?? Zai pun mcm hai gak ler...lama bercuti raya..balik rumah mcm tongkang pecah..tapi apa pun mmg penat pun berbaloi krn dapat plak bertemu kawan2 sekolah yang lama kan ? Zai sendiri dah lama tak bertemu rakan2 sekolah dulu dengar cite ramai yg tersadai kat KL..dlm fb pun tak ramai terserempak...harap2 semua masih bernyawa..bestla tgk gambar hai dengan kawan2 sekolah seme...jeles nie...hukhukhuk

hai said...

salam zai,
memang penat giler!!tapi macam zai kata seronok jumpa member2 lama...pulak tu bukan takat member kelas,kawan 1 sekolah.tapi setakat ni dah 2 orang kawan yang meninggal..sorang barah paru2,sorang eksiden!!
tu yang diorang suruh buat perjumpaan lagi...sebab teruja tgk perjumpaan ni berjaya ..hehehe....jgn jeles!!

relevan said...

Salam Hai..
Selamat mengopdet..
Seronok raya..ada reunion lagi..

ummu Masyitah said...

Salam,
waaahh meriahnya.mesti best kan dapat jumpa member lama.

endiem said...

Meriah weh raya kali ni..

izman said...

betul tu, mmg syiok betul kalau sesekali dapat jumpa member2 lama.apatah lagi yg dah lama tak jumpa.

ZULKIFLI BIN MOHAMED said...

Salam Hai,

"kunjungan pertama saya, salam kenal".

hai said...

salam buat kawan2 yang memberi komen...memang tak boleh digambarkan perasaan gembira tu dengan kata2 bila dapat bertemu dengan mereka2 yang telah lama terpisah...bertemu dengan suasana yang sangat berlainan dari zaman dulu.....yang bestnya sengal2 lama masih tetap ada!!

izman,
sedih gak tak berpeluang lagi berjumpa ex zaman tu..hahaha....gedik!!

syahbandar87 said...

cam meriah jerk
:)

abu muaz said...

waktu dialam persekolahanlah sangat-sangat kita rindui bila kita dah tua-tua ni. waktu kenakalan zaman remaja banyak meninggalkan kenangan.Tahniah berjaya kumpul teman-teman lama.

abu muaz said...

salam. jangan lupa jenguk saudara islam kita di Indonesia

hai said...

salam syahbandar,
ok la ..terasa gak kemeriahannya....lama tak jumpa mesti banyak citernya!!

salam abu muaz,
memang terasa rindu dgn zaman itu...terlalu byk sejarahnya....

nak jenguk camana tu???doakan kesejahteraan mereka .....