Tuesday, November 24, 2009

MINGGU YANG SIBUK!!

Rasanya dah lama sangat tak meghapdetkan blog ni...bukan takat tak cukup masa,malah asyik berebut komputer ngan anak2...maklumla diorang dah abis exam!!Minggu lepas merupakan minggu paling sibuk...kononnya la!!Hari Selasa lepas aku terpaksa ke Temerloh sebab abah dipanggil untuk buat pembedahan matanya...sepatutnya dia dijadualkan masuk ke wad pada hari Khamis.Suami aku menyuruh aku balik tengokkan abah,aku pula rasa berat hati nak meninggalkan rumah sebab anak ke2 aku akan menduduki peperiksaan SPM keesokannya.Sedih sangat bila dia bersalaman sebelum aku bertolak ke Temerloh!Pada pagi Rabu tu,subuh2 lagi dia dah hantar mesej supaya aku mendoakan dia!!Mujurla  adik aku yang belajar di Kedah tu baru mula bercuti...jadi dia yang membawa abah balik dari Gombak ke Temerloh...Dari petang Selasa hingga ke hari Khamis aku asyik berulangalik ke hospital dari Mentakab -Temerloh....Abah pulak dari mula masuk wad sehingga ke malam...bacaan tekanan darahnya tinggi giler melebihi 200....cukup meresahkan!!

Alhamdullillah keesokannya sebelum dibedah tekanan darahnya dah mula turun dan normal....bukannya apa kalau tinggi sangat dah tentu pembedahan tu ditangguhkan...tu yang buat kitorang risau sgt!!Akhirnya,abah selamat menjalani pembedahan tu dan abah dibenarkan keluar pada tengahari Khamis.Abah mengarahkan kitorang terus ke Bera sebab dia nak mengambil bonus hariraya yang sepatutnya dia dapat semasa hariraya yang lalu...dah nak masuk raya haji...masih belum dapat lagi duit hari raya tempohari.....!!

Kami sampai ke Felda pukul 12.30 tengahari dan disambut oleh penolong pengurus,dia minta kami datang semula pada pukul 3 petang sebab pegawai yang bertugas memegang kunci yang menyimpan duit tu,keluar!Ini merupakan kali ke 4 abah aku datang hanya untuk mengambil duit sebanyak RM350...dari sebelum hari raya sehingga lepas raya....Alasannya pegawai yang bertugas tak ada,duit tak ada,dah dimasukkan ke bank...dan bermacam2 alasan.Aku pun tak faham kenapa la susah sangat nak dapatkan duit sendiri pun macam nak mintak sedekah!!Orang yang bertugas tu pun satu hal..kalau rasa memang dah sibuk sangat serah la tugas tu kat orang yang selalu dok kat pejabat.

Pada mulanya aku bercadang akan balik pada hari Sabtu,sebab anak2 aku akan bercuti ke rumah atuk sedara di Raub...jadi boleh la suami aku bawak budak2 tu balik dan ambil aku sekali....tapi aku dapat sms dari ustazah kelas Kafa agar aku dapat menghadiri majlis penyampaian hadiah pada hari Ahad.Malam tu aku telefon suami minta pandangan dia..dan selepas abis kerja malam tu dia terus datang menjemput aku pukul 1.30 pagi...sampai ke rumah dah hampir pukul 3 pagi...mengantuk dan penat sangat!!

Bila anak2 ditinggalkan dengan ayahnya je..bayangkan rumah camana...aduss!!hujan pulak tak berhenti2 ..kain baju berlambak2 tak berbasuh,rumah bersepah.... memang pening!!Hari Sabtu, terpaksa menghadiri majlis penyampaian hadiah di sekolah rendah....Alhamdulillah tahun ni mereka berdua dapat hadiah..jadi tak la berdengki, sebab tahun lepas Izzah sorang je dapat.Tahun lepas Izzah cuma dapat untuk subjek terbaik tapi tahun ni dia dapat untuk tempat ke2 dalam kelas dan subjek terbaik!!Sementara Haziq dapat tempat ke2 dalam kelas....harap2 mereka boleh mengekalkan prestasi di tahun depan.

Pagi Ahad pula kami menghadiri majlis khatam quran dan penyampaian hadiah di sekolah Kafa....Izzah dapat hadiah tempat pertama untuk tahap 1....dan selepas pulang dari situ,kami bersiap2 untuk menghantar Haziq balik ke kampung.....bertolak dari rumah dah hampir pukul 3...sampai di Raub pukul 6 petang.Selepas maghrib bertolak ke Mentakab pula,sebab ada 2 orang yang nak dok kat Mentakab.Pukul 11 malam baru bertolak balik semula ke Kuantan...memang meletihkan tapi kerana dah berjanji terpaksa tunaikan juga.!!

Minggu ni rasanya aku akan sibuk berperang dengan kain baju yang tak kering2...alhamdullilah,hari ni nampak cerah sikit walaupun matahari cam malu2 nak keluar..tapi dah banyak kain yang mula mengering..huh! rasa nak muntah tengok kain baju yang bertimbun mintak dilipat!!

12 comments:

relevan said...

Tiada kat kata lain yang dapat kawan berikan Hai...''Sabar je lah''..walau pun sebz mana..apdet tetap apdet..

Webmaster@Echam said...

Patutlah lama tak hupdet.. bz ngat rupanyer... Takpelah kak hai.. Nak wat camne. Banyak tanggungjawab aok tu...

a kl citizen said...

assalammualaikum

patutlah lama tak update ya...
nak buat camana, kan.
superwoman memagla cam gitu.

selamat menyambut aidil adha ya

maiyah said...

moga abah akak akan cpt sembuh

Fadh said...

walau sesibuk mana sekali....






farmville dan cafe word jgn dilupakan hahahaha...

masa balik bera aritue,jumpa juki?hahahaha

eL said...

Akak, itu baru diorang mintak di hantar ke rumah dalam negeri Pahang jugak, dibuatnya sedara mara merata negeri, haaa...jenuh pulak nak menghantarnya. Sampai abis cuti sekolah pun, tak habis negeri nak dihantar :-)

endiem said...

dua tiga hari nampak cerah sikit, bolehlah mendobi sakan.

Hashim Zabidi said...

kueh raya kurban tak buat ke? kalau dah kain baju bnyak tak berbasuh, gone gaya?

Saya syorkan carilah pembantu rumah yg lasak, cantik, tak gitu?

hai said...

salam relevan,
sabar la ni ...kalo tak ,lama dah lari...hehehe...

salam Echam,
gitu le gayanya dah memang tugas!!

salam teacher,
selamat hari raya aidil adha!!

salam maiyah,
alhamdulillah sihat dah..cuma kena berpantang makan je la...

salam Fadh,
hehehe..cafe n Fv tu kadang bukan koi buat...koi x perasan kalo terjumpa dia pon..tapi Bera sekarang dah banyak berubah...rumah2 papan tepi2 jalan dah bertukar ke rumah batu..byk perumahan dibangunkan...nampak meriah!!

salam el,
hmm...tak kuasa la nak ngantor jauh2..kira dalam pahang ni pon letih dah weh!!

salam endiem,
alhamdulillah..nampoknya kering semua...huh! nok melipat la plak!!

salam pak Hashim,
tu la rasa cam malas je...x tau nak buat kueh apa..ni tgh mikir nak masak menu apa untuk raya...anak saya kata x yah masak le ibu..esok kita gi beraya je kat rmh org..bertuah punya anak!!
tak kuasa saya nak ambik pembantu yag cantik gitu..bior la saya berkorban dan sakit badan dari sakit hati kemudian hari..hahaha....selamat hari raya aidil adha!!...

Pyanhabib said...

selamat hari raya haji!

abu muaz said...

Salam. Lama saya tak singgah di sini.

mazru said...

sabor kak hai..sabor...

widget te kena letak atas..baru bile org masuk je blog ni dia terus main lagu