Tuesday, December 21, 2010

HILANGKAN KETAGIH ROKOK!!

Emmm...rupanya dah lama aku tak hapdetkan blog ni....Bukan la sibuk sangat,tapi kalau musim cuti sekolah ni memang tak merasa sangat nak mengadap komputer,berbaris anak2 menunggu giliran masing2,terpaksa la maknya beralah!!

Baru ni balik ke rumah mak di Mentakab,seronok tengok abah dah berenti merokok...Itu la kadang setiap musibah ada hikmahnya kan!!Dah setahun lebih abah berenti merokok(dulu boleh dikatakan perokok tegar),mak selalu bising,kadang katanya cam berganti puntung...abis je,hidupkan satu lagi!!

Tapi kerana mengalami katarak mata yang memerlukan pembedahan,maka abah terpaksa berenti merokok!Alhamdulillah,nampak ok dah tapi risau la plak,sebab dia dah gantikan rokok dengan gula2 hacks hitam tu!Memang la betul bila mak kata,"ok la makan gula2 hacks tu,50 sen sari je...kalau rokok dah dekat 10 hengget sari"!!Masalahnya,aku bimbang gak...tiap2 hari makan gula2 hacks tu,takut ada efek lain la plak...Orang kalau dah merokok ni memang payah nak kikis ketagihnya tu ek...Tu la pasal penagih dadah tu, susah nak hilangkan rasa ketagih diorang.

Suami aku memang tak merokok,jadi dia berusaha sangat supaya anak2 mengikut jejak langkah dia...tapi anak sulong aku penah la ngada2 cuba untuk merokok(curi2 merokok).Masa tu dia dah belajar di U,rasa dah besar sangat la tu!Bila ayah dia dapat tau,ayahnya hulurkan pada dia duit 10 hengget ngan 1 lighter....Ayah dia cabar dia untuk bakar duit 10 hengget tu....hehehe..terketar2 dia,tak sanggup nak bakar duit tu.Ayah dia bukannya apa,saja nak suruh anak dia berfikir,kalau dia menghisap rokok tu,sama je macam dia membakar duit!!Setakat ni nampak ok je,tapi kat tempat dia belajar tak tau la....harap2 dia pikir la sendiri.!!