Monday, August 24, 2009

AMBOI!!


Ek eleh!diorang plak yang rasmikan dulu.....Projek spa ayah baru je 80% siap, tapi anak2 yang paling teruja....
Hana yang paling malas mandi pun nampaknya dah semakin rajin nak mandi..tapi yang jadi mangsa mestilah ayahnya,pasal lepas ni mesti bil air melambung..hehehe....
Tengok le si Hana tu,test air dulu agaknya....sejuk ke tak??





Kesiannya!Perasan,cam mandi kat swimming pool la tuh!
Tempat sempit, mandi ramai2........Gambar2 ni aku rakamkan sehari sebelum puasa...kalau time puasa berendam camni,aku rasa
orang dewasa pun teringin!!





Ini bil air terbaru yang aku terima semalam...bil yang mengundang keresahan.Cuba peratikan...pertamakali ada tertera "subsidi kerajaan negeri".Maksudnya kerajaan negeri memberi diskaun hampir 50% dari jumlah sebenar yang patut di bayar!
Huh....terkejut jap!Jumlah sepatutnya aku bayar,RM82.35,cam tak caya je....Tak boleh jadi,lepas ni aku terpaksa menghadkan penggunaan air.


Kalau dulu kita sering melihat papan tanda projek2 ditepi2 jalan tu tertulis "Projek Barisan Nasional"...tapi kalau kita perasan sejak beberapa bulan lepas tertulis harga bersubsidi pada beberapa barangan makanan.Aku mula rasa musykil...adakah ini untuk menunjukkkan keprihatinan kerajaan kepada rakyatnya atau mungkin harga barangan tersebut akan mengalami kenaikan????
Tambahan pula gula asyik berkurangan di pasaran.....

18 comments:

Emblem of Purity said...

Akak...nanti kalau saya datang, reserve kolam tu utk saya sorang ye. Tak muat saya kalau Hana nak masuk skali dengan saya.

Masterzizoul said...

zaman budak-budak memang seronok, x de pae nak difikirkan sangat. seronok 24jam...time really flies

Tirana said...

Sakan budak-budak tu mandi..Anak-anak saya pun mula-mula masuk rumah yang ada bath tub, memang berendam sakan tapi lama-lama diorang jemu.

maiyah said...

salam.. sy pong nak reserve mandi, camne nak mandi dlm tu ek!

INTAN RH said...

Kecik ngat kolam tu, tak muat agknya klu koi nk numpang berendam...

endiem said...

janganlah diungkitkan subsidi tu, tak ikhlas namanya.. nanti esok mintak zakat fitrah subsidi.

zai said...

hmm...rasa2 dalam ekonomi gawat sekarang ni mcm2 boleh berlaku..mungkin perkataan subsidi tu adalah tanda2nya kot indirectly.

benludin said...

pi mandi sungai jeh

hai said...

salam Emblem OP,
No problem..dtg le..memang kolam tu diciptakan untuk sorang je dok kat dalam tu!!

salam Masterzizoul,
ya lah kan zaman kita dulu pun selalu mandi dalam kolah kat rumah...kalo mak tau siapla kena bantai!!

salam Tirana,
ha..ni baru dapat le ni!!esok2 jemu gak tu...

salam Maiyah,
boleh je...
sebenarnya buat mende ni untuk nak mandi susu ke lepas berlulur...hehehe..berangan.

salam Intan,
kalau sorang mesti muat je...

salam endiem,
koi risau bukan mende,takut kita kena bayor saman 63 juta tu!!

salam zai,
dengar citer,harga minyak akan naik bulan depan...agak2nya mungkinkah banyak lagi harga barang yang melambung naik!!

salam benludin,
masalahnya anok2 koi suka mandi kat Pulau Chekas je...jauh tu!!

ummu Masyitah said...

seronoknya main air,saya rasa cam nak join juga. hi hi.macam boleh kan?

hai said...

hbcgduffiuhjh jfnfkgjhrfkjhkufgrfj rfgrtfgughiurtghtjnhtjkgigjujjtoigj

abu muaz said...

kita yg bayar cukai tak payahlah tulis subsidike, projek dia buatke......macam dibuatnya kita bodoh.....malangnya pemimpin-pemimpin aku ni.

Semalam dah tersungkur kat permatang .....

relevan said...

Nak buka SPA ke hai?..nnti boleh kome dtg ramei2 join..

izman said...

kolah ke kolam mandi tu??

sesiap jadi kerajaan, itulah tanggungjawab mereka menjaga kebajikan rakyat.

Basuh Baju said...

ala, tu taktik kerajaan la tu..tak salah apa..bagi rakyat beringat..

hai said...

adoi la, mesti kerja si hana mengomen sengal kat blog ibu...hihihi..gian nak menaip sangat la tu...camana boleh terlepas kat dia tu!!

hai said...

salam Ummu Masyitah,
boleh je...marilah!!

salam abu muaz,
tu la pasal...cam nak menakut2kan kita je,ek!!

salam relevan,
koi tak berhajat nak bukak spa ...guna untuk sendiri je...kalo nak gi spa betul, tak mampu pulak!!

salam izman,
koi pun tak reti nak kata kolam ke kolah..tapi cuma nak buat untuk nak berendam lepas bersauna..hehehe...tak siap lagi!!

salam BB,
Taktik nak naikkan harga barang kot....atau nak bagitau kat rakyat ..jgn membazir!!

a kl citizen said...

subsidi ditulis nak mengabarkan benda2 baik yang diorang buat... benda2 tak baik diorang sorokkan....