Monday, August 10, 2009

SEBENTAR DI ULU DONG.

Hari Sabtu lepas, selepas subuh kami sekeluarga balik ke Raub,tujuannya untuk mencari durian untuk dibuat tempoyak.Almaklum la dah dekat dengan bulan puasa ni,lagipun stok tempoyak tahun lepas pun dah habis.Perjalanan pagi tu sangat redup dan ada dibeberapa tempat seperti berkabus.




suasana berkabus di Mentakab sekitar jam 9.15am






Kami sampai di rumah mak sedara di Dong dalam pukul 11,selepas menyinggah di Bandar Raub dan Gali.Selepas berehat dan makan tengahari, kami meneruskan perjalanan menghala ke Ulu
Dong untuk melawat kebun yang dah lama tak dijenguk.... hehehe..perasan!!Aku cuma pergi bersama suami,Mokde dan kawan suami aku.Budak2 semua tinggal kat rumah je takut diorang boring!!




Begini la keadaan kebun yang aku pergi tu....mencuram giler!!





Sebenarnya,kebun yang aku redah ni,kepunyaan(Halim) kawan suami aku ketika mereka sama2 bertugas di MDR dulu.Kira kawan lama je la,tapi dah jadi cam sedara bermusim la plak,sebab tiap kali musim durian,maka terjengul la muka kitorang kat kebun dia!Rupanya kebun dia ni luas la jugak agaknya ada dalam 7-8 ekar.Luas tu tak kisah la sangat,tapi dia punya berbukit tu yang aku tak tahan tu!Bayangkan la masa kami mengutip buah durian yang tergolek kat lereng2 bukit tu...huh!sangat mencabar.Mokde aku kata padan la reganya mahal kalau gini gaya la mengutipnya sikit punya seksa nak bawak naik ke atas.Aku dan Mokde menarik guni durian tu,agaknya ada 10 kali berenti..terasa cam nak mendaki gunung pun ada..memang curam weh!!




ini lah kedudukan kebunnya, dok kat puncak bukit!





Selepas tamat misi aku menaikkan seguni buah durian tu,rasa tak hingin dah nak mencarinya lagi.Lepas tu Halim menunjukkkan kepada kami,jika inginkan buah dokong dan duku Trengganu kami terpaksa ke destinasi lain pula.Mula2 aku rasa seronok untuk pergi ke tempat itu,tapi selepas Halim menunjukkan lokasinya menyebabkan kami terus tawar hati!Kalau tadi kami menurun bukit kali ni lokasinya memanjat bukit tinggi....mak datuk!!!




kat hujung atas bukit tu,kebun dokong dan duku Trengganu!!






Tapi aku respek kat orang2 di Ulu Dong ni mereka semua memang rajin,kalau aku ada tanah camni..eiii tak boleh nak gambarkan ..mampukah aku mengusahakannya sebegitu rupa.Menurut Halim tanah yang dia usahakan bermula pada tahun 88.Kalau tengok diseluruh kawasan tu memang kaya dengan pokok2 buah2an.Di kawasan tu juga terdapat banyak pokok kantan,sempat juga aku mencantas beberapa kuntum.Menurut Halim lagi,pendapatan sebulan dengan menjual bunga kantan pun boleh mencecah RM1,000.Tu belum cili api yang tumbuh melata...seronokkan!!









Inilah durian2 yang terkumpul...tapi belum lagi campur dengan durian2 untuk dibuat tempoyak yang di beri oleh Halim, Mokde kata dapat lah dalam segantang!Jadila...itupun,aku berhajat nak ke K.Lumpur keesokannya untuk menghantar durian dan tempoyak kepada adik beradik di sana pula.



suami aku sampai tersembam nak membawanya ke atas..hehehe..






Apa2 pun terimakasih daun keladi harap2 tahun depan kalau menjadi kome datang lagi.......




Ini lah Halim,tuan punya kebun...badan kecik je....







Amboi! Penat sangat le tu.....semua keletihan semasa dalam perjalanan balik!!

10 comments:

maiyah said...

salam.. wah buah durian, my peberet heee, suka wat tempoyak ek macam mak saya mesti wat tempoyak pastu borong kat kedai buah jer, kalau bleh masuk utan satu pengalaman tu

Ms Diamond said...

ada lg ke buah derian? kat cni dah takde. slalu buah ujung2 ni tak brapa nk sedap. kat umah mak koi byk stok tempoyok :D

hai said...

salam maiyah,
tempoyak ni bukan takat akak je...anak2 pun suka..dah ada yang mengorder ikan patin tu...suruh masak gulai asam tempoyak!!

salam Diamond,
Byk lagi...Kat sana buahnyer gugur berperingkat2,aok bayangkan le..hok yang tengah berputik pun ada..!!!mok sedara koi kate..tgk la dunia akhir zaman,kala zaman dulu,taknye ade gitu!!Koi rase bukan org pahang la kala tok nyimpan tempoyak!!hehehe...

a kl citizen said...

orang yang berbudi pada tanah memang takkan rugi

endiem said...

bunga kantan tu laku bulan posa nanti..

relevan said...

Ngape aok te ..tak ngajok kwn pergi sekali...sampae hati aok...sedih ni..nanti musim derian akn dtg jgn lupa kwn..derian blah Raub org kata mmg bes..

a.T.i.e.Q.a said...

tak nampak pokok durian pon?
tapi duriannya dah selamat masuk perut!! terima kasih ye makTeh~

hai said...

salam a kl citizen,
memang betul,murah rezeki!!

salam endiem,
itu dah tentu..jgn naik rega dah le!!

salam relevan,
la..koi mana tau aok nak gi...tak pe la ade rezki thn depan la pulok..!! kat belah Ulu dong ni masih byk lagi buah deriannye..tapi memang betul,derian kat u.dong memang bes!!koi dengornya kala beli kat kebun2 disitu dapat le reganya dalam 1.50-1.70 sekilo.silap2 cam mok dare koi dapat beli RM1 sebiji.

Atie,
ada,pokoknya dah tinggi2,pokok petai pun ada!!hehehe...sama2!!

NorRa09 said...

kira ulu dong tu cam bukit tinggi lee...cuma yang syoknye ulu dong orang melayu yang membangunkan kebun dan dusun berekar2.

hai said...

yess..betul sangat,apa yang kita boleh banggakan pasal, itu le dusun orang melayu yang menjadik..walaupun dok kat ulu,tapi ekonomi orang kat situ nampaknya lebih subur dari kita yang dok kat luar ni!!!