Friday, December 23, 2011

NABILAH HUSNA.....

Semalam,kali ke 2 dalam hidup saya menunggu keputusan peperiksaan diumumkan secara "live"dari dewan sekolah......Kali pertama,tahun lepas semasa menunggu keputusan UPSR Haziq.Sebelum ni,3 orang anak saya yang teratas...dari UPSR hingga SPM,mereka uruskan sendiri.....Baru saya tau,betapa hebatnya debaran perasaan ketika berada di dewan,menyaksikan sendiri suasana yang berbagai ragam,sangat mengujakan.

Semalam saya menghantar Nabila,anak ke 4 ,juga merupakan anak sulong perempuan saya, ke sekolah untuk mengambil keputusan PMR nya.Nabila anak saya yang sejak kecil,mempunyai tahap IQ yang agak sederhana,berbanding anak sulong dan kedua saya.Di sekolah rendah, tidak pernah sekali pun dalam 6 tahun tu ,dia merasa duduk di kelas pertama.Dalam peperiksaan UPSR,dia cuma berjaya mendapat 3a2b.

Saya dan suami tau kemampuan dia agak terbatas,maka kami tidak meletakkan harapan terlalu tinggi.Walaupun begitu kami selalu memberi dorongan dan galakan supaya dia  melakukan yang terbaik untuk dirinya.Untuk merangsang semangatnya,ayah berjanji akan menghadiahkan trip ke Indonesia sekiranya mendapat 5a.

Semalam, selepas  diumumkan pelajar yang mendapat straight A....semua pelajar diarah mendapatkan keputusan masing2 di meja yang disediakan.Saya begitu yakin dia mampu meraih 5a,saya cuma memerhatikan reaksinya dari jauh sewaktu dia mengambil slip peperiksaannya.Sampai pada gilirannya, dia mengambil slip, bersalam dan mencium tangan gurunya,berlalu sambil memerhatikan slipnya....
Tiba2 dia menangis dan dipeluk oleh rakan2nya.Dia menangis sehingga  terduduk...saya yang memerhatikannya dari jauh,tiba2 rasa sebak,saya jarang melihat anak saya menangis begitu,tidak dapat menjangka apa sebenarnya yang berlaku....

Hati saya rasa tak tenang,terus saya mendapatkannya....."ibu....Bella dapat 7a....!!"tergamam kejap saya ,rasa nak nangis pun ada...memang mengharukan!!Saya  cam tak caya,saya ambil slip ditangannya....saya perhatikan namanya....takut tersilap slip...dan saya bilang a nya,eii...cam orang bengong plak!
Saya peluk dan cium dia...sambil ucapkan Alhamdulillah dan tahniah pada dia.
Alhamdulillah.....berkat usahanya dan doa ibu/ayah serta guru2nya......akhirnya membuahkan kejayaan buat dia.
Nampak macam saya tak yakinkan....sebabnya pada peperiksaan semester,nak dapat 2-3a pun payah!!Pada peperiksaan percubaan,dia cuma dapat 1a5b3c .....dan keputusan PMR ni dia leh dapat 7a1b1c...b untuk bahasa inggeris dan c untuk bahasa arab!


Masa ayah dia tanya,macamna result Nabila??Saya cuma jawab,tolong booking tiket ke Indon ok!!heeeee.........Semoga selepas ini,Nabila akan lebih berkeyakinan yang dia mampu melakukan sesuatu yang lebih baik dari ini!!

Thursday, December 15, 2011

MALANG TAK BERBAU....

Kaki anak saya yang eksiden motor minggu lepas...Kejadian berlaku semasa dia dalam perjalanan ke kelas.Ini la yang dikatakan malang tak berbau....cedera kerana kecuaian orang lain.Tapi nak wat camnakan,mende dah berlaku.Apa pun,kami bersyukur kerana kecederaan dia tidak serius,cuma 10 jahitan di tumit.



Buat masa ni,terpaksa la dia menggunakan topang untuk bergerak,kebetulan exam pulak hujung bulan ni.....harap dia tabah menghadapi dugaan!!







Klakar la plak,bila kawan dia komen...kaki ko dah macam lipan belaan...hehehe...

Tuesday, December 13, 2011

SEDAR LA DIRI TU SIKIT !!

Semalam,Sek.Men berhampiran rumah saya telah dibuka sebagai pusat pemindahan banjir.Seramai dua ratus lebih orang telah mendaftar di situ,di sebabkan kedudukan sekolah yang hampir,maka pengerusi Taman perumahan saya ni telah mempelawa beberapa penduduk(kaum wanita) untuk meninjau dan memberikan bantuan yang di fikirkan sesuai.

Apabila mereka sampai,kelihatan 2 orang sukarelawan sahaja yang bertugas  memasak makanan untuk mangsa banjir,maka mereka membantu dengan menyiang sayur dan melakukan kerja2 penyediaan makanan.Apa yang sangat mengecewakan mereka,bukan sahaja pertolongan mereka tidak dihargai malah dengan sombongnya diorang(mangsa2 banjir) ni datang ke tempat memasak...dan meninjau2 sambil berkata,saja la nak tengok,bersih tak!!Jangankan nak ucap terimakasih,boleh pulak sebelum menjamah makanan tu,diorang mencium2 makanan sebelum dimakan....Bagi saya perbuatan mereka memang melampau dan biadap sangat,sehinggakan biskut kering dalam tin,yang diberi pun diorang cium2 dulu sebelum makan.Akhirnya kawan2 saya ramai lari balik...lantak korang la dok kat situ...dari niat nak buat pahala dah bertukar menjadi dosa la plak...dugaan!!huhuhu.....


Sepatutnya diorang ni(mangsa2 banjir) bersyukur la sikit,kerana telah diberikan tempat,makanan dan berbagai lagi bantuan,kalau rasa diri tu hebat sangat,tak layak makan makanan bantuan banjir,pergi la dok kat hotel2 yang berlambak kat bandar ni....banyak cekadak la pulak!!

Tuesday, December 6, 2011

Terimakasih MasterChef Malaysia !!

Musim cuti sekolah ni,rumah saya memang ceria sikit...lebih2 lagi bila anak2 berkumpul beramai2.Sebelum ni Nabila dan Haziq tinggal di asrama.Walaupun mereka berdua tinggal di asrama,masih ada 3 orang yang tinggal bersama saya.Sementara 2 orang anak bujang saya  yang besar, masih belajar di Bangi dan Penang.

Haziq,orang kuat makan saya dah balik...Izzah orang yang paling gembira dengan kepulangan Haziq,sebab dia kata melihat Haziq makan,membuat dia lebih berselera untuk makan...bunyi cam kelakar je!! Tapi memang benar,kalau hari biasa kami 5 beranak di rumah ni,sehari nak menghabiskan 2 pot beras pun seksa sangat...tapi belum 2minggu , beras 10 kilo pun dah nak habis!Tepung yang biasanya 4-5 kilo sebulan dah mencecah ke 8 kilo sebulan.memang seronok tengok anak2 makan dan selera mereka akan bertambah bila waktu hujan...hehehe..Ibunya jugak la yang jadi mangsa,asyik terperap kat dapur ......Dari sarapan ke makan tengahari,juadah petang dan makan malam.....

Musim cuti ni anak2 saya nampaknya pandai sikit membahagikan masa dengan aktiviti masing2,komputer pun dah boleh bergilir2 dengan cara baik,tidak lagi berebut2 macam selalu.Dah tu rajin pulak diorang melayan  novel...nak tergelak pun ada,tengok anak lelaki membaca novel,selalunya aktiviti gitu dipelopori orang pompuan je kan...hehehe...

Dan paling seronok bila diorang semua melayan Masterchef Malaysia....Hana yang bongsu tu pun tak ketinggalan.Sejak menonton program tersebut....memberi satu inspirasi pada anak2 saya untuk cuba memasak sendiri.Siapa sangka Haziq boleh masak nasi goreng sendiri,menggunakan bahan2 yang ada dengan kreatifnya,buat sambal telor untuk semua orang makan dan menawarkan diri membantu kerja2 di dapur..Nabila yang selama ini selalu nampak malas ke dapur pun sebenarnya ada bakat memasak,tapi sengaja tak mahu menonjolkan diri.Masakan diorang sedap sebenarnya...saya cuma bagi  tips sempoi je....dalam masakan tu ada rasa masin,manis, pedas dan masam.kira ok la!!

Hana dan Izzah pun,tak mahu mengalah...sebenarnya saya pun tak tau diorang mencabar sesama sendiri untuk membuat maggi paling best!Bila saya terdengar Hana jatuh terlentang baru saya perasan diorang berlumba untuk menyiapkan hidangan pantas.....Hana terjatuh masa nak buka peti ais untuk ambil limau kasturi..kikiki...lawak betul la,mujur dia tak apa2...tapi itu la kesan dari program Masterchef Malaysia yang berjaya membantu anak saya lebih berdikari dan berfikiran kreatif!!

Wednesday, November 16, 2011

HANA OOHHH HANA......

Alhamdulillah...tahun depan Hana dah naik ke tahun 2....melayan karenah Hana memang mengujakan.Maklum la anak bongsu....macam2 hal,kadang rasa gerammmm,ada masa melucukan....karenahnya yang memeningkan dan buat kita naik hangin...itu yang paling tak tahan!!!

Hana mewarisi semua karektor adik beradiknya....ada 6 orang atas pada Hana dan semua perangai abang dan kakak, Hana pulun sorang!Hana degil,nakal ,suka menyakat orang,ikut perangai Along.Bila datang angin dia mengamuk dan keras hati, ikut perangai Angah.Bila dia malas buat kerja sekolah,tak fokus dalam kelas dan suka berangan,ikut perangai Zakwan.Bila dia buat kerja ikut mood  atau merajuk,ikut perangai Nabila.Bila dia suka bermanja2 dan mengada2,ikut perangai Izzah.Eh,baru terperasan...Hana tak ikut perangai Haziq,abang kelima dia...sebab Haziq ni jenis yang paling baik dari kecik,dan yang tak banyak karenah....badannya tak pernah susut dari lahir hingga sekarang...asal perut kenyang ,dia diam!!Patut la Haziq selalu jadi mangsa...mangsa buli Hana...hehehe...

Untuk membolehkan dia menyiapkan kerja sekolah sangat menyeksakan!!Cikgu dia pernah cubit kaki dia sampai lebam sebab dia asyik berangan dan tak siapkan kerja yang diberi,sedangkan kawan2 yang lain dah siap 3-4 mukasurat!Semasa peperiksaan pertengahan tahun dia tinggalkan 3 mukasurat soalan sains,yg akhirnya dia cuma mendapat markah 28/100.Bila saya tanya kenapa tak siapkan ??Dia kata ingat boleh bawak balik!!Pada peperiksaan yang sama,kertas B.Malaysia pemahaman...ada satu artikel,kisah tentang sorang budak bernama Hana,ayahnya bernama Rahim...dia mempunyai 3 adik beradik..dan Hana bercita2 untuk menjadi seorang doktor!Jawapan pada soalan tu semua pun salah,sebab Hana menjawab soalan berdasarkan diri dia sendiri...perasan!!Bila ditanya siapakah nama bapa Hana..dia bulatkan a.Rahman....yang kelakarnya tu ada plak nama ayah dia dalam pilihan jawapan....dia buat adik beradik Hana 7 org.dan sepatutnya Hana bercita2 menjadi doktor..tapi dia bermati2an mempertahankan jawapan tu guru sebab dia berminat menjadi guru...sakit perut kami sekeluarga di buatnya.!!Hana...Hana...

Pada peperiksaan akhir tahun,saya cuba memberi pemahaman pada Hana bagaimana untuk menjawab soalan...tapi Hana ni jenis yang tak berapa nak fokus.Dia buat dengar tak dengar je ,bila saya beri dia latihan, dia tidor.Bila saya suruh dia membaca dia tarik muka dan mula la mengantuk,marah sikit nak nangis...ajar dia matematik,eh.. dia pulak yang mengajar saya...Akhirnya saya yang terpaksa ikut cara dia...huhuhu...

Hari ni bila saya terima surat jemputan ke sekolah untuk meraikan Hari Anugerah  Kecemerlangan Sekolah..saya dan suami rasa macam tak percaya!!Hana mendapat A untuk semua matapelajaran..Apa2 pun tahniah buat Hana dan kakaknya Izzah kerana mereka berdua layak  hadir ke majlis tersebut atas usaha mereka!Semoga Izzah juga akan mengekalkan prestasinya dalam peperiksaan UPSR pada tahun hadapan.Semoga anugerah yang diraih ini akan memberi semangat dan dorongan pada mereka untuk lebih berjaya ditahun hadapan...AMIN..

Monday, October 31, 2011

HARU.....BILA JIRAN SEBELAH MENGGANTUNG DIRI!!!

Apa perasaan anda bila mengetahui jiran sebelah rumah mati bunuh diri??Macam2 persoalan yang bermain diminda dan berbagai spekulasi yang timbul kan!!Saya terkilan juga,kerana dia membuat keputusan yang cukup mudah untuk mengakhiri hidupnya sebagai jalan keluar dari masalah.Saya tak tau apa masalah sebenarnya,dan saya kira,saya tidak layak untuk mengetahuinya.

Jiran saya ni cina...suami dia kerja di Terengganu...dan balik sekali sekala sahaja.Dia ada anak lelaki berumur 6 tahun,prasekolah.Dia juga bekerja...kebiasaannya sebelum pergi kerja,dia akan menghantar anaknya ke sekolah,dan waktu selepas sekolah anak dia akan tinggal di taska berdekatan sekolah.Pada hari kejadian,anak dia masih berada di taska sehingga jam 11 malam,selalunya mak dia akan ambil dia selewat2nya jam 6 petang.Akhirnya bila pihak taska gagal menghubungi mak dia melalui telefon,jadi mereka mengambil keputusan menghantar anaknya ke rumah.

Bila sampai di rumah ,kereta  dan motor ada di dalam pagar,rumah bergelap...pintu pagar tak berkunci,tapi pintu grill berkunci .Pintu sliding tidak berkunci dan tingkap sliding bilik terbuka luas.Pembantu taska dan anaknya memanggil berkali2,tapi tiada jawapan....akhirnya kerana lama dok melaung2,menyebabkan sekumpulan budak2 sekolah menengah yang lalu di hadapan rumah tu cuba menyelesaikan masalah.Diorang ambil lampu suluh dan menyuluh ke dalam bilik yang tingkapnya terbuka.Bila diorang ni sibuk  dok menyingkap langsir...ada yang merasakan macam terpegang tangan orang.Apalagi lintang pukang budak2 ni berlari keluar...

Akhirnya bila dah kecoh2 dengan budak2 yang terjerit2 ni,salah sorang  jiran terdekat merangkap pengerusi taman cuba untuk mententeramkan keadaan..Dia ingatkan jiran saya ni  malu dan menyorok,sebab dah sampai malam tak ambik anak,hinggakan orang tolong hantar balik.Jadi dia pun pegang tangan kawan tu sambil kata "madam its ok"!!Tapi bila dia pegang je tangan tu dia rasa tangan tu keras dan sejuk..hati dia terus rasa lain macam.Dia arahkan semua orang keluar dari kawasan rumah dan terus dia hubungi polis!

Selepas tu,pihak polis la pulak yang ambil bahagian,paling sedih bila pandang muka anak dia tu....kesian sangat.Mujur la bila pihak polis sahkan mak dia dah mati,pihak taska ambil dia untuk bermalam di tempat diorang.Kita cuma bagi alasan pada anak dia yang mami dia sakit,nak bawak pergi hospital,dan esok baru  boleh pergi hospital tengok mami dia.Budaknya cerdik sangat,boleh berkomunikasi 3 bahasa(cina,english n melayu)...tak pelat langsung...umur belum 2 tahun dah pandai bercakap(tak pelat) dan boleh baca ABC dan 123 dalam 3 bahasa tu!!Tu belum lagi dia bagi salam....sebijik cam bunyi orang islam bagi salam....sampai tak boleh beza..selalu jugak kawan2 menyumpah dia sebab diorang tersambut salam dia..huhuhu...Kerana simpati sangat kat budak tu,sampai ada yang berhajat nak ambik dia buat anak angkat!!

Wednesday, August 24, 2011

RAUNGAN DITENGAH MALAM!!

Mak oii....rupanya dah lama sangat aku tak menghapdetkan blogku ini....di landa kesibukan melampau + malas tahap kritikal!!Kerajinan yang mendatang ni pun disebabkan oleh mata yang tak boleh nak lelap semula selepas dikejutkan dengan raungan dan tangisan yang  berpanjangan anak jiran sebelah!Tau tak pukul berapa sekarang???Pukul 2.30 pagi.....aku pun tak tau apa masalahnya jiran aku ni....tapi memang maknya tahap kejam aku rasa,kalau iya pun anak tu ada buat salah ke hape,takkan la kuncikan pintu dan biarkan anak kat luar rumah pada waktu2 camni....melalak sekuat2nya...boleh bayangkan tak??Kesiannya kat budak tu!!

Jiran aku ni berbangsa cina,anak dia sorang je pun....dahtu  baru umur 6 tahun !Nakal tu memang la nakal sikit,tapi biasa la budak lelaki.Sebelum ni dah biasa dengar dia pukul anak dia....tapi arini memang gila la....dia boleh biarkan anak dia melalak tetengah malam buta,kat luar rumah plak tu!!Emmm...apa2 pun harap budak tu tak diapa2kan!!

Teringat la plakkan,masa aku budak2 dulu pun,mak  suka  kuncikan pintu dan biar kitorang(aku dan kak long) kat luar,sebagai denda atas kesalahan2 yang kitorang buat!!Aku pun pernah jugak kenakan denda yang sama pada anak2 aku ...cara alternatif selain dari merotan anak2 yang degil!!Itupun setelah aku rasa cara merotan tu sangat menyakitkan.Walaupun aku dan kak long meniru cara mak mendenda anak2 dengan menguncikan diorang kat luar rumah,tak ada la sampai anak2 kitorang melalak satu taman!!

Nak dijadikan satu hari tu,kebetulan aku sekeluarga bermalam ke rumah kak long.Al maklum la bila dah sepupu bertemu sepupu...bukan main sakan la anak2 kitorang tu naik lemaknya,tunjuk perangai masing2!!Dah sampai waktu tidur pun masih nak bermain,jadi kitorang pun suruh diorang dok kat luar rumah,ha main puas2...(tapi pintu pagar berkunci).Ntah macam mana anak sulong kak long bagitau dari luar rumah yang dia nak terberak....Aku suruh kak long bukakan pintu tapi kak long aku kata,eleh,tak yah layan..taktik je tu....oleh kerana dah tak tahan sangat, anak dia korek lubang dan melabur kat depan rumah...dan disebabkan kes tu,semua yang kena denda tadi akhirnya dapat masuk rumah semula....hehehe!!!




Friday, May 27, 2011

RAKYAT JUGAK YANG SELAMAT DIPERBODOHKAN!!!!!

Ini bil bulan terbaru...telah berlaku kenaikan tarif tapi kadar penggunannya untuk unit tidak ditunjukkan.


 dan ini bil bulan lepas ,perhatikan .. kadar cajnya untuk unit jelas....nampak tak?nampak.....nampak sangat menipunya....


Aku memang tengah hot ni.....haramjadah mende ...orang dok kecoh2 pasal kenaikan tarif elektrik???Aku pun dah naik blurr....Sebenarnya kita ni apa je pada pemerintah???Tukun ke batang kayu????Bengap sangat ke rakyat cam kita ni.....Sesuka hati je dibuatnya kita ni.....cam orang bangang!!

Aku baru baca kat Malaysiakini ......perhatikan bil elektrik rumah aku untuk bulan lepas dan bulan ni.....kat situ dah nampak kenaikan tarif elektrik tu.....ace perati betul2!!!Aku dapat bil elektrik ni minggu lepas lagi!Sekarang ni dah terang2 tarif tu memang dah naik....apa kisah la plak baru nak kaji ke bende!!!Eii....siapa yang sengal atau buat2 sengal ni?????Ha lepas ni pakat2 la tengok bil elektrik rumah memasing plak ok!!!

Sunday, May 22, 2011

"KILAUAN EMAS "LA PULAKKKK!!!!

Kat Malaysia nikan....tengah hangat dengan program realiti AF,Mentor...tak cukup dengan tu,ni nak tambah plak  program baru ...Kilauan Emas,syarat untuk menyertai program ni,mestilah berumur 45 tahun ke atas!!Huh!!Agak2nya seswai ke????.....layannzzzzzzzzzz..................

Monday, April 11, 2011

Tuesday, February 22, 2011

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَ...لَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk)

(QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”


Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.


Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Tolong tag kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya!!

 sumber-FB 

**harap kita mengambil iktibar bersama...saya pun baru tau!!

Sunday, February 13, 2011

BILA SELALU SANGAT BERCAKAP BERBAUR LUCAH....menteil atau mental??

Sepanjang cuti tahun baru cina aritu,aku dok sibuk berulang alik ke hospital....sampaikan kenduri yang dirancang kat rumah mak pun terpaksa dibatalkan.Semuanya gara2 Nabila,anak ke4 aku ditahan di hospital kerana disyaki Denggi.
Kesiannya Nabila....2 kali setiap hari kena ambil darah,yang paling tak tahan,darah dia susah betul nak dapat.Doktor sendiri pun tak boleh ambik...terpaksa dicucuk 2-3 kali baru boleh dapat.
Dah la kurang isi, berat tulang je,lebam abis tangan dah lengan dia dikerjakan.6 hari jugak la dia kat hospital...mujur doktor bagi cuti lagi,kalau tak kerja sekolah pun tak sempat siap!!
Kemudian rally demam berganti2 plak melanda anak2 yang lain,lepas sorang2 dibawa ke klinik..mujur la hanya demam virus je kot!!Alhamdulillah semuanya dah semakin sihat.....

Eh,lari jauh dari tajukkan... ok,mari kita fikirkan....kenapa ada orang yang suka sangat bergurau dengan perkataan2 yang double meaning??Itu ok lagi....sebab ada orang paham,ada jugak yang jenis kayu tu,tak ambik pot pun sebab memang tak paham langsung.
Masalahnya ada golongan yang jenis direct to the point(amboi spik inglish la plak)terus menggunakan perkataan2 lucah tu.Sapa suka suasana begini???angkat papan kekunci!!Tak tau la kalau memang ramai yang suka ...iyalah kadang ramai jugak yang suka berseloroh bab2 sensitif gini.....syok ooo!!!Tapi ada gak orang yang akan rasa meloya mendengar gurauan berbaur lucah gitu!!

Ni la golongan yang paling aku tak paham,  jenis yang tak kira dengan siapa,suasana dimana dan bagaimana....pendekata tak kira bila,samada dengan kaum lelaki atau perempuan,dia suka sangat bergurau dengan bahasa2 yang sangat lucah!!
Tak tau la kot, saja nak cari publisiti murahan...nak glamour lebih ....atau syok sendiri...ntah  apa la motifnya,.!!
Kategori orang begini patut kita letakkan dibawah status apa ek???menteil...(bahasa jawanya...mengada2,gedik atau gatal) atau memang dia mental(sakit jiwa)!!

Tuesday, January 25, 2011

INGAT SURIRUMAH TAK BUSY KE???

HARI NI...6am...pas subuh je,goreng maggie untuk sarapan,8am...pergi hospital(HTTA),appoiment Hana dengan pakar.
9.15am singgah Tabung Haji,simpankan duit tabung budak2,kemudian ke Yayasan Pahang,urusan biasiswa/pinjaman-ke Giant(cari roti)-Mini Pos,bayar suma bil..terpandang kat kedai buku sebelah tu,terpampang tajuk akhbar Metro "Fasha Jejai putus" ..terpacul dari mulut secara tetiba "padan muka!!opss..

10.40am sampai rumah,ambik Zakwan terus ke klinik-turunkan je dia kat klinik terus lari jap ke pasar -beli ikan patin sekor,bawal sekor,selayang 6 ekor dan  tamban 6 ekor.Pastu pergi semula ke klinik..adoi!!lamanya tersadai kat klinik...demam(suspek denggi)esok kena check darah lagi.

1.10pm sampai rumah  je terus ambik Hana,hantar ke sekolah...mujur sempat,dia masuk 1.25pm. tunggu Izzah keluar plak,pastu pergi beli asam boi...suami pesan,katanya batuk dia ok sikit lepas makan asam tu.Pastu gi bank ...

Sampai rumah dah dkt kul 2pm...baru nak masak....akhirnya lauk tengahari sambal telor dan ulam timun(jumpa dalam peti)x tau stok bila..tapi elok lagi!Emmm....Mujur la dapat suami yang sangat tak cerewet pasal makan dan tak pernah komplen ...sedap tak sedap belasah je..hehehe...sayang abangggg....!!!

Jam 3pm hantar Izzah ke kelas Fardu Ain,pastu kemas rumah....relax jap,5pm pergi ambik Izzah,minum petang,makan roti yang beli kat Giant.
Sibuk la sangat,sampai terlupa nak sidai kain yang dibasuh pagi tadi.....pukul 5.30pm baru sidai kain...huhuhu... 6.15pm ambik Hana dari sekolah...huh! baru leh relax dengan tenang....

Monday, January 24, 2011

KESENGALANNYA...MENGHIBURKAN!!

Mula mula tengok dia kat Utube...eii...malunya....nampak sengal giler....menyampah pun ada....tapi bila dah tengok lama2....hehehe....seronok la plak...gelak guling2,kelakar siot,tengok raja lawak pun x gelak sakan macam tengok gelagat dia!!

Baguss gak dia ni,memang ada bakat sebagai penghibur.Kalau tengah demam tengok dia memang boleh kebah!!!
Akhirnya aku terpaksa mengakui yang aku dah jatuh suka kat dia.....sesekali pikir dia pun manusia biasa macam kita...
Memang ramai yang tak suka dengan cara dia...ada yang kata dia menjatuhkan imej guru dan ada juga yang kata dia ni sakit jiwa...macam2 kritikan .....tapi dia buat derk je...cool  beb!!!

Mungkin dia ada sebab buat mende2 yang kita rasa pelik tapi dengan cara tu plak boleh buat dia hepi...so siapa la kita nak mengutuk2 dia.
Apa2 pun aku boleh bayangkan,kalau zaman aku sekolah dulu dapat cikgu yang cool cam dia....huh!!memang best la.....boleh wat gang...mesti seronok belajar ngan dia...mesti tak tensen sangat!!

Baru2 ni aku terjumpa blog dia......cikgu cool ......tapi tak dan lagi nak bertenggek lama kat situ....baca sikit2 je dulu.....
Tapikan setiap kali lagu ni berkumandang kat radio...fikiran aku mesti dok terbayangkan miming yang dia buat ni..kadang rasa cam orang gila bila senyum sorang2!Eiii....camna nak menghilangkannya dari kotak pikiranku ini....huhuhu...

Tuesday, January 18, 2011

BLURR!!!

Dah 2 minggu Haziq dok kat hostel...Alhamdulillah,suma pun berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tak diingini.

Dia kata abang2 senior suma baik.....
Dok plak sebilik ngan abang2 pengawas,termasuk Ketua Pelajar!

Dia kata,dia dah ada nama glamer.......Huh!bangga la tu....suma orang panggil dia Uncit/Mok!!Aku sengih je...

Dia kata  kebanyakan kawan2 termasuk senior...tak percaya dia dapat 5A(result UPSR)baru ni....heran gakkan....naper jadi camtu!!

Diorang  kata "eh,cam x caya arr...muka blurr camni dapat 5A!"

Aku pandang  Haziq.....dia sengih je!!

Monday, January 17, 2011

1 MALAYSIA DIA PUNYA!


Gambor ni koi cilok dari facebook 'Temerloh United'....mintok maaf le yak,tok mintok izin,tuan yang empunya!!
Ace perati betol2....koi tak reti nak ngabo mende,,geli ngat ati...heehee.. gamoknya ringan je tangan cekgu... ander makan penampo... eeeiii....tapi mesti cekgu tok sampei atikan, raser kesian pun ande!!

Sesekali koi raser budok ni kretip la jugok ,tok terpikir orang nok menjawab gitu!!Mujur soklan tu cuma 3 negeri,kalau ditanya suma negeri ni...mesti abih di senaraikan... .mak pahang,mak tiri selangor,sepupu johor,bapa saudara perak,moyang perlis,mak saudara kedah...hihihi...kire2nya 1malaysia ni dia punyer!!!

Saturday, January 15, 2011

MINYAK OH MINYAK !!!

Baru je baca kat blog relevan sokmo ,teringat plak....dulu masa tak ada gula pun cenggini....bila bekalan cukup je,harga terus naik!!
Bayangkan kenaikan gula dulu dari rm1.35-rm2.10 rasanya dalam jangkamasa yang pendek je!!
Kat rumah ni ,biasanya aku guna 7-8 kilo gula dan minyak pulak, 5 kilo untuk sebulan...kalau harga naik byk sangat...memang  terasa  arr...Pak2 menteri senang je cakap,suruh rakyat berjimat,hotaknya ngajor,kalo dah anak ramai2,macam aku ni..jimat celah mana lagi!!

Macam aku lagi la pulak,harapkan en.suami je yang kerja...Kita bukan la bodoh sangat....dah tau gaji banyak mana,memang la kita dah boleh bajet belanja setakat mana.Tak yah la sibuk2 nak ngajor camna rakyat nak membelanjakan gaji diorang.
Tapi kalau  harga barang asyik naik manjang,tapi gaji dok tang tu gak....memang sakit kepala la dok nak mengejas belanja bulan.

Tu baru masalah barang makan,belum lagi bab sekolah anak2....Sebenarnya aku tak kisah la sangat pasal persekolahan anak,sebab memang dah jadi tanggungjawab kita nak bagi ilmu kat anak2,kalau ikutkan tak  nak la berkira sangat.
Tapi terasa la jugak,bila yuran persekolahan dan pembelian buku anak aritu je,melebihi RM1000 untuk 5 orang.....tu tak termasuk bajet pakaian dan peralatan sekolah.

Ini masih  ada lagi pembelian buku2 yang tak termasuk dalam senarai masa beli buku aritu yang terpaksa dibeli.....tu belum lagi bajet untuk buku2 rujukan dan buku kerja.

Bagi anak2 yang terlibat dengan periksa besar cam PMR n SPM,ada yuran tuisyen kat sekolah yang perlu dibayar nanti....tu belum berbagai bayaran untuk ko kurikulum,pembelian t-shirt dan macam2 lagi.

Adoi ...masih tak hilang lagi penat.....masih tak hilang lagi lelah...masih tak hilang lagi semput.....
Tolong la!!!
Jangan la menyesakkan nafas kami lagi......

Tuesday, January 11, 2011

BELUM BERSUNAT,DAH PANDAI NGORAT!!!

Petang tu sewaktu pulang dari sekolah,muka Hana masam mencuka....
"kenapa ni?"tanya aku....

"Tadi kat sekolah ada budak tu mengorat Hana"!!marah je bunyinya....
Ek eleh...perasan,baru darjah 1,ada ke yang nak ngorat???

"Dia ngorat camner"??saja aku bertanya untuk kepastiaan....

Dia pun memuncungkan mulut dan keluar la bunyi tikus berdecit2,cam budak2 jantan sengal ngorat makwe tepi bas stand tu!!

Tergelak aku tengokkan muka Hana....lawak arr....
"Abis tu awak buat apa je..??"

"Apalagi Hana pukul la dia...."!!
Weii!!terkejut aku mendengarnya...."kenapa pukul dia,buat tak tau sudah la"!!

"Eiii...Hana gerammm tau!!"

Huhuhu....sentap hati mak nak!!!

Monday, January 10, 2011

EH!SUDAH TUKA KA???

Jumaat lepas aku join anak2 tengok program  "Raja Lawak Astro" musim ke 5...Sedih bila diorang "flashback" scene arwah Din Beramboi...Anak2 aku memang minat sangat kat Din Beramboi,kitorang melanggan Mustika,semata2 kerana ada Din Beramboi,dan selepas dia meninggal....semua orang kat rumah ni dah tak kuasa melayan Mustika dan akhirnya aku potong channel tu...Astro memang celaka,nak potong channel pun kena charge 10 hengget!!

Malam tu ingatkan Bob Lokman saje je buat gempak ...takmo  jadi juri,pastu pakaian dia pun dah bertukar.....Tapi rupa2nya bukan gimik,sungguh2 tu .....dia memang takmo jadi juri dah!!Apa2 pun suka arr tengok penampilan dia sekarang.Kalau tak silap la,hari tu mak aku pernah cakap,dia tu cucu Tok Kenali....

Emmm...seronok tengok perubahan diri orang....diri sendiri bila nak diupgradekan???...huhuhu....

Wednesday, January 5, 2011

HUJANNNN.....SEJUKKK......LAPARRR........

Sejak 2 menjak ni,cuaca agak sejuk,kejap hujan lebat,kadang renyai2....save bajet sikit,sebab dah lama tak on aircond..bermakna jimat sikit bil letrik!Masalahnya sekarang ni,tak boleh gak nak berjimat,sebab perut la plak buat hal...asyik lapar je....Jam ni la dia teringin nak makan macam2!!Akhirnya aku stokkan mee,kuetiow,sausage,bihun,tepung....macam2 la!!Maknanya bila rajin nak masak,bahannya dah menanti...eii..gitu ek, teruknya melayan nafsu makan!

Pastu hari2 dok menggoogle resepi2 kat tenet....banyak giler resepi...menjadi ngan tidak je(sedap atau tak)tu terpulang pada skill masing2 la....tapi paling best resepi kat
http://www.myresipi.com/....kalau sesapa nak mencuba resepi kat sini....boleh la mencuba resepi2 yang ada ramai orang dah try buat tu....sebab biasanya resepinya memang menjadik dan sedap....Aku paling suka pilih resepi yang mudah,ringkas,tak byk bahan,sukat pakai cawan....tapi sedap.(x larat ikut resepi chef wan,over bajet la bahan2 yang digunakannya tu)...

Tensionnya....hari2 tengok harga barang asyik naik....naik...kalau tiap2 bulan gaji pun makin naik...naik... sonok gak ek!!

Monday, January 3, 2011

Eii... MAKBAPAK SEKARANG,OVER KE??

Hari ni hari pertama Hana,anak bongsu aku memulakan sessi persekolahan tahun 1.....Macam anak2 yang lain(6 orang sebelum ni),aku melayan mereka semua pun sama..hantar di pagar sekolah dan ambil setelah tamat waktu persekolahan.Aku percaya Hana boleh survive sendiri...cuma berbekalkan duit seringgit dan sebotol air bekal,aku mengharapkan Hana boleh menguruskan masa rehatnya nanti!Tak perlu bagi banyak,sebab dia dah makan tengahari sebelum ke sekolah.

Pukul 3 petang.... jiran belakang rumah menelefon,bertanyakan samada aku akan ke sekolah waktu rehat nanti...Aku bagitau dia yang aku tak pergi kot,kawan aku bercuti 2 hari untuk uruskan anaknya yang baru masuk tahun 1 tu!

Petangnya,semasa keluar pintu pagar sekolah,Hana menunjukkkan duit belanja sekolahnya yang tak luak pun....begitu juga anak sorang lagi yang maknya menunggu sama ngan aku kat luar pagar.Kenapa tak beli masa rehat?tanya aku...Dia bagitau yang terlalu ramai orang di kantin...ada kawannya yang bawa bekal menangis,tak dapat makan di kantin ,sebab kerusi penuh dengan makbapak yang melayan anak2 mereka makan ketika rehat.Sessi petang bukan hanya ada tahun 1 saja,termasuk tahun 2 dan 3,sepatutnya makbapak lebih prihatin pada pelajar sekolah yang lain.Aku pun heran dah macam trend,seminggu ni memang penuh makbapak kat sekolah....ntah apa yang diorang takut sangat nak tinggalkan anak kat sekolah ,kejap je pun!!

Bila aku imbas balik zaman aku sekolah sekitar tahun 70-80an dulu....mana la ada sangat makbapak yang melayan anak kat sekolah,pergi pun naik van/bas sekolah.Dah tu kita semua pun pandai je uruskan diri sendiri.Aku ingat lagi,masa hari pertama darjah 1 dah boleh terus main kejar2 ngan kawan2 yang baru,begitu cepatnya kita boleh sesuaikan diri...Takkan la zaman sekarang,semua pun dah semakin canggih dan anak2 dah semakin terdedah dengan berbagai2 kemudahan,kita masih takut anak tak makan!!Bukan bermaksud makbapak yang mengharapkan anak mereka boleh survive sendiri macam aku ni ha, tak sayangkan anak  tau!!Sapa yang tak sayang anak wooo.....