Thursday, August 13, 2009

BANTULAH AKU!!!

Sebenarnya aku ingin berkongsi permasalahan yang dah lama bersarang dalam hatiku ini,tapi aku sendiri tak tahu nak bermula dari mana??Aku cuba juga untuk mengajar hati ini untuk melupakan segala yang terjadi tapi setan dalam diri ni begitu kuat mempengaruhi .Aku tidak pernah mengharapkan berakhirnya begini,tapi apakan daya...bukan aku yang memulakannya.Mungkin juga kesilapan datang dari diriku ini...Ya Allah,aku telah mencuba....tapi....aku tak berdaya....walau dimulut berkata ya,tapi dihati seperti tiada keikhlasannya......

Kami berlima berkawan baik,kenal pun kerana duduk setaman...kami semua adalah surirumah kecuali S yang menjalankan perniagaan di pekan sari/pasar malam.Aku dan S sebaya,manakala 3 yang lain kira pangkat adik2.Keakraban kami,kami selalu ke pasar bersama dan adakala bersarapan di luar atau di rumah salah sorang antara kami secara bergilir2.Jika ada kelapangan kami akan keluar menemani yang lain ke bandar atau kemana2.Biasanya aktiviti begitu,melibatkan kami berempat kerana S agak sibuk dengan urusan bisnesnya.

Disamping perniagaan yang sedia ada,kebetulan masa tu dah dekat nak raya si S menjual aksesori ktistal dan emas celup.Oleh kerana dia merayu2 kat kitorang ni dan kerana nak menjaga hati kawan jadi aku pun ambik la seutas gelang yang berharga RM40,si Z ambik barang dalam harga RM150 ,si F ambik barang dalam harga RM700,cuma D yang tak ambil apa2.Mereka ni berani ambik camtu kerana si S kata boleh bayar hutang dan sukahati,tiap2 bulan ikut suka nak bayar berapa.Oleh kerana aku ni cuma ambil satu je,jadi aku bayar cash.

Gelang tu aku belikan untuk Nabilah,masa tengahari Hari Raya pertama gelang tu dah putus,jadi aku marah la Nabilah,pakai tak sampai sekerat hari dah putus..ganas!!Selepas beberapa bulan baru aku tau rupanya barangan yang aku beli tu memang tak berkualiti langsung,itupun setelah mereka berdua ni bukak cerita yang anak2 diorang pakai sehari dua dah putus.Konon takut member terasa taknak la bercerita!Aku pun memang terasa hati jugak,barang yang aku beli dari S tu sebenarnya berharga RM5 je kat luar.Tapi tak kisah la benda dah lepas lagipun rugi sikit je!!

Tapi bagi si F,dia rasa sangat tertipu,setelah membayar secara ansuran sebanyak RM200,dia terfikir untuk memulangkan barangan tersebut setelah dia membaiki segala kerosakan.Kami ber3 memang tak bersetuju dengan cara dia,takut timbul masalah dengan si S,tapi dia berkeras juga...kami nak buat apa kerana dia fikir itu hak dia terpulang lah!!!Kebetulan masa tu memang kitorang dah menjauhkan diri dari S ni ,kerana banyak tindakan dia yang tidak kena dan telah banyak kali membuat kami terasa hati.Bukan itu saja,tindakan dia menyeranah jiran berhampiran rumah aku juga sangat mengejutkan.Jiran tu bersalah kerana berpakaian seksi!!Memang dia agak seksi,tapi kami tak kisah sangat sebab dia ada suami,jadi bukan masalah kami!Si S datang meludah didepan jiran tu,masa jiran aku nak bukak pintu kereta...Dia salahkan jiran aku yang seksi tu kerana laki dia tak boleh nak sembahyang sebab tak khusyuk ...nak angkat takbir,ternampak jiran yang seksi ni.... S ni bercakap dengan nada yang kuat tah berapa ramai orang mendengarnya.Jadi berlaku la perang mulut antara diorang...sehinggakan si S ni menggelarkan jiran tu dengan kata2 GRO Tua....kitorang malas nak masuk campur...lantakla diorang!!!

Pagi tu F pergi memulangkan barang2 tersebut,dan menurut cerita si F,S kata tak perlu pulangkan dan dia kira segala bayaran yang belum dibuat tu kira halal!Sebelah petangnya aku terima msg dari S."Terima kasih atas ajaran korang"!Rupa2nya msg tu dikirimkan juga kepada Z dan D.Z dan D malas nak melayan jadi diorang tak balas pun...tapi tak tau camana aku tergerak hati nak membalasnya,lagipun aku tak puas hati dia menuduh2 orang sesuka hati.
Aku balas"jangan menuduh orang sembarangan,siasat dulu...cubalah muhasabah diri...kenapa orang buat begitu,mungkin ada salah dan silapnya"!Dia balas balik msg aku"ko la muhasabah diri ko tu, kalo tak takkan tuhan bagi ko anak terencat"!!aku rasa nak nangis baca msg dia....sampai hati dia boleh hantar msg camtu.Aku balas semula "Alhamdullillah!hari ni Allah dah tunjukkan kat aku sapa ko yang sebenarnya....soal anak terencat bukan masalah ko,semua pun anugerah dari Allah,maknanya ko menghina ciptaan Allah!"Dia tak mahu mengalah atau memikirkan kata2 yang dia lepaskan sebaliknya dia membalas semula "Allah pun dah tunjuk kat aku,sapa ko!"hehehe...tak de modal dah, tah apa2...tak kuasa aku melayannya!

Walaucamana pun ,aku memang terasa sedih sangat...selama 2 tahun dia berkawan ngan aku,adakah dia ikhlas sebenarnya???Tergamak mengeluarkan kata2 yang sangat menghiris perasaan.Anak aku yang terencat tu sebenarnya normal,cuma mata sebelah tu juling,memang la kurang dari segi rupa...kadang tu ada gak gagapnya..dan dia memang bermasalah sejak dari lahir...menghidap berbagai masalah kesihatan.Pelajarannya agak kurang dari adik beradik yang lain.Tapi aku bangga juga bila dia boleh dapat 1A1B3c masa peperiksaan UPSR dulu.Tahun ni dia akan menduduki PMR.

Tak terfikirkah dia,walaupun kita sempurna dan memiliki anak2 yang sihat,tapi kalau Allah tiba2 menguji kita dengan penyakit dan mengambil sedikit dari kenikmatan yang dia telah berikan kepada kita,agaknya apa yang dia rasa saat itu???Beberapa bulan lepas tu,anak sedara dia lalu depan rumah aku nak pergi ambik result SPM,jadi aku ni menegur la dia,lagipun waktu tu dia tengah bersembang ngan anak aku kat depan pintu pagar rumah aku!Aku pun anggap budak tu cam anak2 aku je...walaupun hubungan aku ngan mak sedara dia tak baik takkan la aku nak bermusuh ngan budak2.

Petang tu aku terima msg dari dia "kenapa tegur anak sedara orang,jaga je la anak ko tu baik2,betina sial"!!Bayangkan le camana perasaan aku masa tu....apa salah aku,besar sangat ke dosa aku sampai mengeluarkan bahasa sekesat itu...apa yang mampu aku lakukan cuma menangis..saat aku membuat catatan ni pun aku sedang menangis.Sampai bila2 pun aku terbayang2 perkataan itu.....sedihnya tak dapat diterjemahkan dengan kata2!!Sebelum tu aku tak kisah sangat,anak2 aku bermain dengan anak dia dan pernah juga masa hari raya aku ajak anak dia masuk ke rumah.Tapi selepas dia menghantar msg ke2 tu aku terus menjadi orang yang keras hati..Aku tukar no telefon aku,dah tu aku larang anak2 aku bermain dengan anak2 dia..aku tak sanggup nanti anak2 aku dihina pula.Anak2 dia pulak jenis yang tak boleh terkena langsung,apa2 sikit jenis suka mengadu!!Itu pun kerana anak, dia boleh bergaduh ngan jiran lain....sampai sekarang aku buat tak nampak je anak2 dia!!

Ada jugak si D,menasihatkan aku untuk memaafkan perbuatan dia,tapi aku rasa terlalu berat untuk memaafkannya kerana aku tak rasa aku yang bersalah.Dia ni pulak jenis yang tak nampak kesalahan sendiri,ego tinggi dan selalu rasa tindakan dia saja yang betul.Sebenarnya sebelum ni pun dia cuba melaga2kan antara kami berempat,tapi alhamdullillah hubungan kami jadi semakin erat dan keburukan dia yang semakin terserlah.Kadang2 aku terfikir jugak apa yang sebenarnya dia dengkikan sangat dengan aku...dari semua aspek sebenarnya dia melebihi aku,cuma aku lebih satu je..bilangan anak....dan lagi satu mungkin juga dia bengang kot..walaupun kami sebaya dia nampak lebih tua dari usia.....dan ada beberapa kali orang bertanyakan pada dia anak ke??sambil menunding jari ke arah aku....wakaka!!!(nak bagi mood hepi balik).

Sebenarnya hati aku juga selalu tak tenteram bila memikirkan perselisihan yang berlaku.Aku cuba untuk memaafkan dia tapi hati aku cam belum bersedia untuk memaafkannya dengan seikhlas2nya.Ada rasa yang terbuku di hati....tak tau camana nak diluahkan perasaan sebenar.Sekarang ni pun aku simpati gak kat dia bila aku tengok orang2 kat taman ni pun nampak dingin je ngan dia. Mungkinkah aku perlu mengambil sedikit masa lagi??Mungkinkah sampai juga masanya kami saling bermaaf2an kembali??Bulan Ramadhan semakin hampir,bukankah waktu terbaik untuk bermaaf2an tapi....Aku benar2 keliru dengan perasaan sendiri.....boleh ke orang cam ni dibuat kawan????

27 comments:

Tirana said...

Give yourself time to forgive. Sambil2 itu berusaha untuk hilangkan segala rasa negative terhadap S. Dalam keadaan ni mudah sikit sebab semua orang dah tahu perangai buruk dia jadi orang lain tak salahkan kita jika kita bersikap negatif pun. Saya pun pernah hadapi masalah spt ini... Dalam diam2 saya maafkan, walaupun teman itu tidak datang memohon maaf. Bila kita dah maafkan, hati akan menjadi tenang..cuma persahabatan tidak seperti sebelumnya. Saya adakan jarak dengan dia supaya tidak ada apa2 perkara lagi yang boleh dijadikan sebab untuk dia maki hamun dan menyebabkan hati saya terguris kembali.

maiyah said...

salam.. maafkan aje dia tapi biarkan dia dengan dunia dia sendiri, dia telah menghina ciptaan Allah, entah apalah yang menantinya dimasa akan datang

Webmaster@Echam said...

Salam Kak,
Sabar je kak. Paling penting untuk ketenangan hati aok, aok maafkan je dia. Mesti pasni aok sentiasa tenang walaupun Si S tu bikin ribut. Dah perangai dia camtu kan. Lagipun semua orang dh tau dia jenis camtu. Nak cakap apa lagi. Dengan org camtu tak guna kalau nak bertekak pun. Mungkin hari ni hati dia belum terbukak untuk fikir semua tu. Tentang dia hina anak aok tu banyakkan bersabar. Mak ayah mana yang tak terguris kalau org cakap camtu kat anak2 tersayang. Yang penting, aok jaga anok aok tu sebaik mungkin. Kalo aok dah takde pun nnt bukan jiran2 tu yang nak sedekahkan Al Fatihah hari2. Anok2 jugek....

endiem said...

Koi ni bukanlah pakar kaunseling.. tapi nak jugak bagi pandangan.
1. Sabar
2. Orang semacam S tu memang dia sakit, oleh itu kita jangan ambik hati pada orang yang sakit.
3. Kita tak mampu merawat orang yang sakit seperti itu. Kalau demam ke boleh lah jugak bagi panadol atau nasi rendam.
4. Buat masa ini biarkan saja " dia dengan dunia dia dan kita dengan dunia kita"
5. banyak banyak berdoa . Biar tuhan bukak pintu hatinya serta dapat mengobat hati dia yang sakit.
6. Yang pentingnya kita jangan berjangkit dengan penyakit dia.

relevan said...

Ishk aok yak..guana kwn nak nolong?..tlg dengor je boleh yak?..

zai said...

Salam Hai..

Sbnrnya itulah masalah kejiranan kaum Melayu nie..Zai dah pernah alami masalah spt itu. Biasala manusia rambut sama hitam tapi hati lain2..Tapi zai bukan jenis berdendam..walau org tak melayan pun zai masih menegur dan senyum bila terserempak demi utk menjaga amaran Allah agar menghormati jiran..

Walaupun berbekas juga dengan sesetengah pihak, kita harus yakin Allah melihat apa yg kita buat janji. Biarlah orang memandang hina dan memburuk2kan kita asalkan kita bersikap buruk..Allah lebih tahu biarlah dia yang membalas penganiayaan orglain terhadap kita.

Abang Terrer said...

Salam...

Pandangan saya yg jahil ini:

1. Hntr msj/surat/lisan yg akak minta maaf kalo ada buat salah, dan juga dah maafkan salah2 dia juga. Then lepas tu, terpulang, akak buat dono cukup la. Bukan apa, supaya akak "lepas" dari tggjawab memutuskan silaturahim. Esok2 di akhirat bila ditanya, akak dah boleh jawab.

"Tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa kepada saudaranya lebih dari tigas hari, maka jika telah berlalu tiga hari itu, hendaklah dia bertemu dengannya dan memberi salam kepadanya. Jika saudaranya menjawab salamnya, maka kedua-duanya akan sama-sama memperoleh pahala. Jika dia tidak menjawab salamnya, nescaya dia akan menanggung dosanya sedangkan yang memberi salam itu sudah terlepas dari dosa tidak bertegur sapa itu"
(Riwayat Abu Daud : riwayat dari abu daud ini daif tetapi terdapat riwayat sahih dari al-bukhari)

"Tidak masuk syurga sesiapa yang memutus silaturrahim" ( al-Bukhari)

"...dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata."
(Surah Al-Ahzab: 56-58)


2. Jika akak mengalah dgn menghulur salam maaf terlebih dahulu, yg untungnya tetap akak kerana dosa-dosa akak dah diampuni. Org yg sedang memutuskan silaturahim keampunan dosanya ditangguh oleh Allah s.w.t. seperti maksud hadis ini:
"Dibuka pintu-pintu syurga itu pada hari Isnin dan Khamis, Setiap orang yang tidak mempersekutukan Allah dengan sesuatu apapun akan diampuni, kecuali seseorang yang sedang
dalam permusuhan dengan saudaranya. Dikatakan:Tangguhkanlah keduanya sampai mereka mau berdamai. Tangguhkanlah keduanya sampai mereka mau berdamai. Tangguhkanlah keduanya sampai mereka mau berdamai."
(Hadits riwayat Muslim)


3. Menghina ciptaan Allah seperti org cacat etc. Tak perlu hurai lagi, semua org tau apa hukumnya mempersendakan ciptaan Yang Maha Pencipta? Dan apa hukumnya jika seolah-olah tidak redha dgn rukun Iman yg keenam (qada dan qadar)?


4. Err... mgkin keluar topik sikit, tp rasanya emas tak boleh jual secara ansuran. Haram hukumnya. Nasib akak beli cash.

SIREH JUNJUNG said...

salam dari nenek..
pesanan nenek...dunia nie terlalu kecik dan kita manusia nie terlalu kerdil dibandingkan dgn DIA yang maha mengetahui segalanya.

Tidak salah memaafkan sesama insan wlau seberat mana sekali pun...Sb kebaikan org yang buat salah tu akan dapat kan kita...

Biarlah dia dgn dunia dia...
Bykkan berdoa agar dia di buka kan pintu hati menemui hidayah dan di ampunkan kesalahan nya.

Setiap kejadian pasti di byar dengan cash...
Hanya kita berdoa agar kita dapat di ringankan apa jua masalah yg akan kita tempuhi di hari2 mendatang dgn lebih waras dan tenang.

salam dari nenek

hai said...

salam Tirana,
Terimakasih kerana sudi berkongsi pendapat dengan pembaca2 di blog Tirana.Saya rasa sangat terharu,dan ditambah dengan back ground music tu membuat hati saya menjadi lebih sayu...Terima kasih juga kepada mereka yang telah memberikan komen2 yang dapat memberikan sedikit kelegaan dan membuka minda saya untuk belajar memberi kemaafan.
Memang benar kerana kelukaan ini juga banyak mengajar saya untuk lebih berhati2 dalam memilih kawan,lebih berhati2 dalam menjaga pertuturan,bimbang membawa kepada salah faham.Saya lebih banyak menghabiskan masa dengan aktiviti dirumah,dan antaranya saya menghabiskan masa menziarahi dari blog ke blog...sekurang2nya saya mendapat banyak ilmu disini.Dan pertama kali saya mengusahakan blog saya dengan pengetahuan yang amat cetek!!Tapi saya rasa gembira dengan apa yang saya buat setakat ini.. Selepas membaca semua komen2 tu, saya rasa sedikit tenang dan saya pasti ketenangan itu akan menjadi milik saya jika saya berlapang dada dan memaafkan dia...insyaallah!!
Saya sangat2 menghargai keprihatinan Tirana...terimakasih!!

hai said...

salam maiyah,
Ya, saya akan memaafkan dia...kita hanya manusia biasa..yang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan...cuma saya memerlukan masa...memujuk hati yang terluka..mungkin dah sampai waktunya saya perlu mengalah kerana saya mengimpikan kedamaian hati!!

hai said...

Salam Echam,
Selama ni,memang akak dah banyak bersabar dan mengalah dengan dia...kerana kelemahan dan kelembutan kita orang sentiasa cuba untuk mengambil kesempatan dan kerana beralahnya kita juga dia sentiasa berasa bahawa dia berada di pihak yang benar!!
Kerana kesabaran yang ada juga, akak tidak pernah membalasnya,walau dengan kata2..hanya yang mampu sekadar memendam perasaan..dan itulah yang paling menyakitkan!!

hai said...

salam endiem,
Aok la orang yang paling tepat membuat andaian...memang pada pandangan kawan2 rapat akak kat sini..dia memang tergolong jugak dengan orang2 yang sangat sakit...
Itu la sebabnya akak cuba menjauhkan diri dari dia dan hanya mendiamkan diri.cuba bayangkan..ibaratnya kita melayan orang gila..semakin kita layan,semakin gila la kita!!!lepas ni aok boleh jadi kaunselor!!

hai said...

salam relevan,
terimakasih kerana sudi mendengo!!

hai said...

salam zai,
memang benar manusianya hati lain2..itu la masalah saya ,saya tidak menganggapnya begitu..bagi saya kalau berkawan sepatutnya kita mesti berkawan dengan penuh keikhlasan.rupanya ada juga orang yang berkawan hanya untuk mengambil kesempatan dan mencari kepentingan sendiri.Ini adalah kes pertama yang saya pernah lalui...sebelum ni saya dah dok kat beberapa tempat..tak pernah berlaku sebegini rupa!!malah hubungan dengan jiran2 lama masih lagi berpanjangan hingga kini..
Tapi saya bersyukur dipertemukan dengan orang yang begini kerana saya dapat merasai pengalaman yang amat berharga dalam hidup saya...saya banyak belajar ....
Setelah membaca komen2 di sini,tiba2 hati saya rasa terubat dan saya menghargainya....saya rasa saya telah dapat memaafkannya dengan hati yang tenang..mudah2an malam ni saya boleh tidur lena!!

hai said...

salam Abang,
Akak sangat menghargai pandangan dan pendapat awak... tindakan akak yang pertama adalah akak akan memaafkannya dulu...Biarla kita yang mengalah ,janji akak akan beroleh ketenangan dalam menjalani kehidupan ini...kadang2 terasa juga ibadat yang kita lakukan seolah2 sesia...
Untuk berbaik seperti dulu mungkin tidak kot..sekadar menghormati sesama manusia ...mudah2an dia berubah.
Dan mudah2an dia juga sedar yang selama ini dia bukan saja menghina ciptaan tuhan..tapi dia selalu mengungkapkan kata2 "kalau tak kerana aku,laki aku tu,tak merasa hidup senang cam sekarang"!
berkenaan barangan kemas tu sebenarnya hanya barangan emas palsu je...

syahbandar87 said...

ye betul tu kak..yg penting bermula dr diri kita dlu..maafkn dr hati kita dlu.biar kte yg mengalah.walaupun bkn kte yg bersalah.x pe..tuk kebaikkan bersama

hai said...

Salam nenek,
saya memang telah lama menyimpan niat untuk memaafkannya,mungkin kerana saya terlalu memendamkannya menyebabkan saya tidak rasional untuk mencari jalan yang terbaik sebab sering berperang dengan perasaan sendiri.Setelah saya meluahkan segala yang terbuku dihati...dan menilai semua pandangan dan pendapat orang lain saya merasa seperti di berikan satu kekuatan untuk membuat keputusan yang tepat untuk saya merungkaikan segala permasalahan!!apa2pun saya ingin mengucapkan terima kasih pada nenek!!

hai said...

syahbandar,
harap2 selepas ni hati akak akan lebih tenang dan bahagia.Sekarang ni pun terasa lapang sikit!!



*****Kepada semua yang memberikan komen2 diatas,walaupun saya tidak mengenali anda,saya menganggap andalah sahabat saya, dan saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan menghargai pendapat anda semua...mudah2 Allah merahmati anda sekalian.Wassalam!!

NorRa09 said...

1. kat mane pun org cam S tu mmg adekkk..
Maafkan je dia kerana dia mmg jenis Kurengggggggggggg.. nak marah2 buat sakit ati kita je silap2 kang kita lak sama sewel dgn diaa...

2. Biar je dia dengan dunia hasat dengki dia kerana dia tu mmg x buat kawan..buat cam tak nampak je..

3. Yakinlah Allah tahu siapa yang benar dan siapa yang salah dan allah akan menentukan pengajaran buatnya yang paling setimpal.

lili11 said...

Betapa berat mata memandang berat lagi bahu memikul. akak ni nak nasihat pun, terasa diri sendiri amat kecil dan kurang. Kalau boleh meringankan beban yg ditanggung, nak akak cakap agar diletakkan peristiwa suram tu jauh di dasar hati ... Janganlah membenci die. Cuba memaafkan die dan biarlah die ngan kerenahnya. InsyaAllah suatu hari, Allah akan buka hatinya.

hai said...

salam Nor,
sekarang ni dah rasa ok...dah malas nak layan perasaan ...kita rasa tak seronok dan hati selalu tak tenang.
Harap2 dia benar2 berubah..

salam lili,
Saya rasa,saya mampu melakukan cadangan lili tu...(tak berani nak panggil akak,takut saya lagi tua.hehehe..)Sekarang ni pun dah berkurang rasa marah dan sedih!!T.Q

Emblem of Purity said...

Akak, kalau kita ikut perangai macam dia, otak kita pun sama tahap macam dia. Kita kan bijak dari dia, so toksoh buat macam dia.

Macam budak-budak pulak dia marah cakap dengan anak sedara dia.

a kl citizen said...

harap-harap dah bertambah tenang...
saya bersetuju ngan tirana...
belajar memaafkan...
setiap kali terserempak ke.. istighfar banyak2
minta Allah tenangkan hati kita dan ampunkan dosa kita...

hai said...

salam Emblem O P,
Tu la pasal akak fikir...buat apa nak layan perasaan sendiri..lama2 kita pun boleh terjangkit penyakit dia ...
macam budak2??tu belum part dia gi sekolah..jumpa budak2 yang gaduh ngan anak dia...siap suma kena warning...masalahnya,
anak dia..nakalnya nauzubillah!!

salam teacher,
Alhamdullilah!saya rasa dah semakin tenang..dan dah tak rasa sakit hati lagi...masa mula2 dulu saya kerap juga membaca surah yassin untuk menenangkan hati..tapi bila saya dah memaafkan dia..2-3 hari ni,saya rasa lebih ceria....Semoga Allah mengampunkan dosa2 saya selama ini!!

Masterzizoul said...

salam. sedih gak dengar citer nie. Tak sangka ada gak manusia hatinya sebusuk bangkai. Sabar je lah kak. Tuhan akan tunjuk nanti.

Vanderlin said...

lambat saya nak komen KA nye crite ni... sbb saya kenal mereka2 nih...hihihi. Saya di belakang KA. S tetap looser...di dunia dan akhirat (mungkin). Dia yg merasa sakitnya kehilangan sahabat seperti KA... Itu KA kena ingat dan memaafkan seseorang tu penawar hati. Sbb tu KA boleh tidur berdengkur...hihihi!kirim salam kat D, F dan Z...salam sayang!

hai said...

Alhamdulillah!
perasaan sekarang ni lebih ceria...macam tak caya pose tahun ni dah boleh sampai ke surah yusof....tak tau camana boleh membaca dengan lancar(semuanya dengan kuasa Allah)...kalau tak setahun nak boleh qatam quran..hehehe...insyallah KA sampaikan salam buat si F,Z dan paling special buat si D tu....salam sayang kembali!!