Wednesday, March 31, 2010

MARILAH BERKONGSI CERITA!!

Adik saya pernah dok kat kaherah,mesir..dia kata oren sunkist kat sana punya la murah..50 sen sekilo....sebab terlalu banyak sangat,x larat nak makan...dia dan kawan2 dia buat masak pajeri...gantikan nenas ngan oren!!Jadilah pajeri oren....bunyi cam kelakar ek,tapi dia kata rasanya sedap je sebab ada rasa masam2 manis...kalau nak tau sedap ke tak,apakata cuba buat sendiri.

Ada sesapa tak yang nak berkongsi pengalaman camni....atau sebelum ni x pernah makan makanan tu tapi sebab perkahwinan atau berhijrah ke sesuatu tempat...suka dengan makanan yang baru tu!!!Ya la kadang kala, perkahwinan tu melibatkan 2daerah, 2 negeri,2 negara atau melibatkan berlainan bangsa,tentunya menjadi suatu pengalaman yang menarik untuk dikongsikan...tu sekiranya berkahwin sorang,kalau ada 2-3 cawangan lagi,dan melibatkan 2-3 buah negeri lain lagi ....huh!pohpalih weh!!

Saya,sebelum berkahwin dulu tak pernah makan ikan tamban,rupanya sedap giler ikan tamban goreng....memula dulu tak berani juga nak mencuba sebab saya takut makan ikan banyak tulang!!Serik rasanya bila tercekik tulang ikan.Rupanya nak kena ada caranya juga,ikan tamban tu kena kelarkan rapat2 dari bahagian atas sampai ke hujung ekornya,dan perlu goreng garing2 baru boleh makan!!

Faktor  berhijrah ke negeri lain atau negara lain juga,boleh menyebabkan  kita terpengaruh dengan cara masakan dan menggemari makanan tempatan di situ dan akhirnya menjadi sebahagian dari makanan kegemaran kita.....betul tak??

Monday, March 29, 2010

KISAH ORANG POMPUAN!!

Semalam aku gi kat sebuah pasaraya ,tau2 je la hujung minggu macam ni tentu la nak memenuhkan peti ais dengan stok ikan ,sayur untuk seminggu...Huh!orang punya la ramai,maklum le ramai dah dapat gaji gamoknyakan...Tapi dalam orang ramai bersesak2 tu eh,sempat jugak orang  bergossip,kalau ia pun carilah pot yang sesuai  kan..baru la best sikit.....ahaks!!
Aku ni bukannya kesah pun diorang  nak bergossip ke hape..lantak la kan..tapi yang aku bengang tu,dia lepak kat tepi bakul cili api,susah le aku nak memilihnya....dah tu masa aku dok nak pilih cili api tu,sikit pun diorang tak reti nak berganjak,sayang benor nak tinggal citer diorang tu....pastu ada la sorang tu dok jeling2 kat aku,takut aku dengor citer dia kot...eii..geramnya aku....rasa nak je ku cilikan dia....!!!!.

Wednesday, March 24, 2010

LAMA BERCUTI DARI BERBLOG!!

Wah!Lama betul x menjenguk blog....walaupun seminggu je cuti sekolah, sempat gak cuti2 malaysia lagik....Sesekali buat kerja giler memang memenatkan.Apa ke taknya,kami bergerak dari Kuantan pada Sabtu minggu lepas,jam 4 petang...kononya nak mengelakkan cuaca yang panas,maklum la cuaca sekarang ni panas semacam je...Destinasi yang kami tujui ialah ke Kuala Perlis,Itupun kami melalui Batangkali untuk menjimatkan masa.Oleh kerana perjalanan ni terlalu jauh jadi kami membuat pemanduan yang sangat santai....dengan mengambil kira waktu berhenti rehat tah berapa kali dan tidor di RnR Bukit Gantang untuk beberapa jam.....orang kat situ punya la ramainya,meriah cam waktu siang...cadang nak lelapkan mata kejap,tapi hampeh...bisingnya bukan main lagi..yang paling x syok,enjin2 lori berlawan2 dengan bunyi enjin2 bas express....sudahnya saya dok peratikan para peniaga kat situ...bestnya diorang,pukul 2-3 pagi pun pelanggan tak putus2,memang mahsyuk betul...

Akhirnya kami sampai juga ke destinasi yang dituju pada jam 6 pagi.,ah...penat weh!!Selepas solat subuh di stesen petronas,kami terus ke jeti Kuala Perlis dan bersarapan sambil menunggu feri seterusnya ke Pulau Langkawi.Sampai di Langkawi dalam pukul 10 pagi,terus ke tempat penginapan dan kami melayan mimpi semula....zzzzzz...Selepas zohor baru la kami keluar mengisi perut yang lapar,sambil tu pergi melawat kawasan pekan Kuah.Langkawi sekarang memang berbeza,pembangunannya semakin pesat,kenderaan semakin banyak,terasa kesesakannya....ala malas nak citer pasal Langkawi ni sebab semua orang dah pergi pun...yang x berapa nak puas hati,ialah semua tempat2 yang kita nak pergi tu mesti ada bayaran masuk....yang tak laratnya semua pun mahal giler....ye la kalau setakat datang honeymoon ok la kot ni datang ngan anak2 yang ramai....beratus gak tu,kalau nak masuk ke sesuatu tempat!!
Kalau 15 tahun dulu,pergi ke makam mahsuri,cuma ada makam dia dan rumah mahsuri,tapi sekarang leh ada plak 2 biji rumah lagi...iaitu rumah Datuk Pekerma Jaya dan rumah Panglima Hitam.Siap dengan muzium Mahsuri lagi,dan kompleks perniagaan pun dok kat situ.Sesekali rasa cam x sesuai bila kawasan makam mahsuri tu dibuat beria2 camtu,seolah2 cam mengagung2kan Mahsuri..Sepatutnya orang2 yang pergi kat situ,sedekahkan la al-fatihah ke....tapi ada gak dengar citer,yang makam mahsuri tu terletak dalam kawasan tu tapi bukan tempat yang diwartakan makam dia sekarang ni..walahualam!!


Secara keseluruhan,rasanya barang2 kat Langkawi tu,tak la murah sangat......mungkin yang betul2 murah arak ngan rokok kot....yang lain tu kena pandai2 jugak la pilih tempat...sebab harganya agak berbeza2 di setiap kedai....tapi minyak gamat yang di jual di kawasan makam mahsuri memang murah,15 botol cuma 8 hengget je.Kami berpuashati dengan makanan di sana,sedap dan berpatutan....tak de la terkena ke!!
Kami hanya bermalam di Langkawi untuk 2 malam je,dan selepas keluar dari Langkawi,kami terus ke Padang Besar,dah terlanjur sampai ke sini,jadi kita jalan je la.....Ok gak la,kawasan shopping kat situ luas jugak la...dari tak beli apa2 jadi  kami hanya belikan anak2 patung untuk budak2 ni....huhuhu..tapi yang sebenornya saya dah berjanji dengan Hana,jadi terpaksa tunaikan janji.!!Haziq dan la beli baju chelsea,siap dengan seluar harga RM20...tapi kainnya cantik gak la!!Hala balik tu kononya nak bawak budak2 ni melawat ke Gua Kelam,tapi sebab masalah signboard,akhirnya selepas mendaki dan menuruni bukit,alih2 dah terlepas ke Wang Kelian....redah je la....rupa2nya kat area situ pun ada kawasan untuk pelancong membeli belah tapi kedai2nya tak la cantik dan agak bersepah...ramai gak orang datang ke situ.Masalahnya peniaga2 di situ majoritinya berbahasa siam...bukan tu je,barangan diorang pun dijual dalam bath,dan menggunakan matawang Thailand!Kelakar gakkan,kalau nak tawar menawar gunakan kalkulator je..hehehe....sabo je la!!

Oleh kerana keesokannya kami akan menghadiri kenduri kawin anak kepada seorang kawan lama,jadi malam tu kami bermalam pulak di Alor Star.Sebelah malamnya kami meronda2 sekitar bandar sambil pekena kueteow kerang ...kebetulan adik saya  belajar di Insaniah,jadi ajak dia join sekali.Saya tertarik sangat dengan restoran Radix Fried Chicken(lupa nak ambik gambar).....fuh!memang terasa bangga tengok restorannya yang besar(2 tingkat tu)dan cantik,setanding dengan KFC,kalau mereka boleh manage dengan baik, insyallah ...kita akan ada pilihan untuk memilih restoran yang diyakini halal dan diusahakan oleh orang kita!!Harap2 perniagaan mereka berkembang di seluruh malaysia....di Sg.Petani pun nampaknya dah ada.

Keesokannya sebelum ke rumah kenduri,sempat jugak kami ke Pekan Rabu,di pusat bandar Alor Star.Ingatkan Pekan Rabu tu cam pekan sari ke,rupa2nya ianya sebuah bangunan ala2 Pasar Siti Khadijah atau Pasar Payang gitu.....kat situ memang seronok tengok berbagai barangan yang dijual....tapi kami berminat untuk mencari ikan pekasam je.....ikan sepat memang mahal sikit dibandingkan dengan ikan lain...tapi kalau dah digoreng semua ikan pun rasa sama je....ikan sepat pekasam RM20 sekilo dan ikan2 lain macam puyu,lampam dan beberapa jenis ikan yang lain tu,RM10 sekilo!!Boleh la..janji sodap....selepas membeli beberapa jenis barang,kami terus ke kenduri dan selepas tu bermula la ekspedisi kami untuk meneruskan perjalanan kembali ke rumah......hari Khamis baru sampai ke rumah,memang penat giler..dah sampai rumah,paham2 je la aktiviti mendobi pun bermula...adoyai.....tu la sebabnya x de masa nak berblog ke hape....!!

Thursday, March 11, 2010

TAK PE LA NAK,KAMU DAH BERUSAHA!!

Semalam keputusan SPM 09 telah diumumkan....pagi2 lagi anak ke2 aku dah bersiap untuk ke sekolah...malam sebelumnya dia layan bola ,tak tidur sampai ke pagi....nervous sangat gamoknya!!Pukul 8 pagi dah keluar dari rumah...melihatkan keadaan dia menyebabkan aku juga rasa berdebar semacam!!
Jam 10.30 pagi masih lagi tak mendengar khabar dari dia...hati aku mula rasa tak senang,jadi aku telefon dia...."keputusan tak keluar lagi"!Itu jawapan yang aku terima...sehinggalah pukul 11 pagi,sekali lagi aku menelefon...jawapannya tetap sama....biar betul dia ni,kata pukul 10 pagi dah boleh ambik keputusan!!
Pukul 11.45 pagi baru aku dapat panggilan dari dia..".ibu,angah dapat 5A2B2C"...Aku terus menyahut Alhamdulillah!!.....tapi bunyi suaranya cam tak berapa gembira je...terdengar dia mendecit.."tapi BI angah dapat C la...camana ni???Dia memperolehi gred C untuk subjek Biologi juga....sementara gred B untuk Add Math dan Fizik.

Angah agak terkilan sangat dengan keputusan BI tu,sebab semasa peperiksaan percubaan dia memperolehi gred A,dia juga merasakan kemungkinan demam selsema yang menyerangnya pada hari peperiksaan kertas BI dan Sejarah mempengaruhi keputusan yang dia terimanya..aku teringat gak masa hari dia demam tu,dia kata sakit kepala sangat,dan sehinggakan dia tak sedar hingus menitik2 kena kertas jawapan.BI,.hiss...habat!!
Tapi walau apa pun aku cuba menenangkannya....ramai juga yang tak mendapat keputusan seperti yang diharapkan...aku kata padanya,bahawa dia perlu bersyukur,kerana keputusannya tidak la begitu teruk dan jangan terlalu kecewa kerana dia telah berusaha sebaik mungkin.... selepas ni dia boleh mencuba memohon kesemua IPT yang sesuai....semoga masih ada sinar yang diharapkan.....kami sentiasa mendoakan yang terbaik!!

Sunday, March 7, 2010

FUNGUS @KURAP @KENAN




Pada bulan November,bermulanya cuti sekolah akhir tahun lepas saya ke rumah mak...mak menegur saya kerana dia perasan yang pada kepala si Hana anak bongsu saya tu terdapat kesan botak kecil di kepala......2 hari sebelum tu pun saya perasan gak,saya syak dia mencukur rambutnya dengan pencukur ayahnya,maklum la dia ni jenis lasak jugak!!Tapi mak saya tetap mengatakan botaknya tu bukan kerana pencukur sebab botaknya tu bulat cantik je...dan kelihatan juga seperti ada habuk2 putih di tempat yang botak tu....botaknya tu pun tak la besar sangat,cuma sebesar hujung jari kelingking....

Selepas balik dari rumah mak,saya membawa dia ke Klinik Kerajaan...MA tu  mengatakan kesan botak tu di sebabkan oleh sejenis kurap yang dipanggil "tinea corpotis",sori kalo salah eja...selepas menggunakan krim dan makan ubat antibiotik....kesan botaknya semakin merebak dgn lebih besar...seperti gambar yg pertama....Saya pergi semula ke Klinik bila saya rasa ianya tidak berkesan,maka MA tu merujuk kepada doktor klinik,selepas tu doktor memberikan  ubat yang lain dan meminta saya datang semula selepas seminggu.....Selepas seminggu,botaknya tu bukan saja semakin merebak lebih besar malah membengkak dan kelihatan seperti berisi nanah....Kali ni,doktor dah cam mati akal,dia leh kata kat saya...."Saya tak reti la nak buat apa dah ni,saya buat surat refer ke pakar la".....dan akhirnya Hana di rujuk ke doktor pakar.....untuk berjumpa pakar,appoinment yang di beri 2 minggu lagi....Huh!lambatnya...kepala dia dah semakin teruk...dan saya cuba berikhtiar berubat secara tradisional.....perubatan tradisional plak kata,kesan yang berlaku ni di sebabkan oleh "kenan"!!!

Kenan??...Takkan la Hana dah 5 tahun, baru nak kena kenan.....tapi menurut pakcik tu,kenan ni boleh terkena pada kanak2 sehingga berumur 7 tahun dan selepas tu ianya akan bertukar menjadi "badi".Menurut pakcik tu,biasanya kenan yang berlaku di kepala cam yang Hana kena ni disebabkan oleh kucing.....Saya pun cuba mengimbas kembali,huhuhu.....saya rasa cam betul la plak kata pakcik tu...saya memang tak membela kucing,dan bukan tak suka pada kucing,tapi  kucing2 yang tak bertuan ni suka bertandang kat rumah saya,mungkin sebab saya suka beri diorang makan kot...cuma satu saya tak berkenan ngan kucing ni bila dia suka meleseh2 kat kaki...naknya masa saya tengah basuh pinggan ke,memasak ke....aww...geli......kadang2 tanpa sengaja memang saya tertendang dia..tapi tak la sampai terpelanting.....ianya berlaku secara spontan....sebab geli,meremang bulu roma.....heee..jadi beringat2 la ....tak boleh berkasar ngan binatang ni......

Pakcik tu cuma membekalkan "air tawar" yang telah dibacakan ayat2 al Quran,dan air tu digunakan untuk minum dan sebahgiannya dispraykan ke kepala Hana....Alhamdulillah....selepas tu memang nampak kesannya bila kerapkali air tu dispraykan di kepala,semakin banyak nanah yang keluar.....rasanya untuk merawat kepalanya yang bernanah tu telah habis 3 pack 400gm kapas.... .Saya tetap juga membawa Hana berjumpa Pakar kulit...dan setelah 2 kali berulang ke hospital,dan dibekalkankan dengan berbagai jenis ubat,nampaknya kepala Hana dah semakin pulih dan kelihatan rambut pun telah mulai tumbuh.....

Tuesday, March 2, 2010

SASPEN!!

Semalam, sewaktu aku hendak keluar dari rumah,mengambil anak yang balik dari sekolah...tetiba berhenti sebuah kereta peronda polis betul2 depan pagar rumah.Kelihatan 2 orang anggota polis di dalamnya....Hati aku terus berdebar kencang,sebab x penah lagi polis datang ke rumah begini....Hati aku mula tertanya2,apa yang dah berlaku ni??Ingatanku terus terbayang kepada anak2 dan suami.....kaki dan tangan terasa sejuk,x tau bagaimana untuk menggambarkan perasaan aku ketika itu......
Salah seorang dari anggota polis tu turun dan terus menghampiri aku ...."Assalamualaikum,maaf kalau saya mengganggu,nak tanya sikit,rumah sebelah ni nak bagi orang sewa tak?".........adoi!!sabo je la.......