Sunday, June 28, 2009

SEPANJANG PERJALANAN

BERSYUKUR DENGAN APA YANG KITA ADA!
Aku baru je balik dari menghantar rombongan pertunangan sepupu aku ke Felda Palong Timur di Segamat.Fuh!boleh dikatakan jauh jugak la,tapi rombongan kami punya la ramai ...berkonvoi 8 buah kereta.Pihak sebelah perempuan pulak buat kenduri 'bertunang' sampai tumbang lembu sekor,dasyat tu!Sebenarnya sepupu aku ni mempunyai 4 beradik,kesemuanya lelaki...Tapi aku tumpang gembira bila melihat sendiri pakcu dan makcu aku bukan main ceria kini,bila mereka dikurniakan 2 orang cucu perempuan hasil dari perkahwinan 2 dari anaknya itu.Semua menantu2 dia pun comel2 je...pandai gak sepupu2 aku ni mencari bini...Aku teringat kata2 mereka dulu,bila sering di perli kerana tiada anak perempuan"alah tak pe la,nanti dapat jugak menantu perempuan",bunyinya macam menutup kekecewaan hati.Sekarang ni bukan saja mendapat 3 menantu perempuan dalam jangkamasa yang singkat,malah sempat juga merasa menjaga cucu perempuan yang sangat menjadi idamannya sejak dahulu.Lihatlah kekuasaan Allah,setiap kekurangan ada kelebihannya dan setiap kelebihan ada kekurangannya.......Wallahualam!

CALON MENANTU!
Sepanjang perjalanan ke destinasi hari ini,mak tam(mak sedara)aku menumpang kereta kami.Melaluinya kami mendapat tahu bahawa sepupu aku dan bakal tunangnya ini merupakan anak sulung.Suami aku berkata, anak sulung dari perkahwinan pasangan sulung ini,sangat diingini oleh pengamal ilmu hitam.....kemudian kami melarat2 bercerita tentang menantu2 yang menjadi pilihan mertua.Tiba2 terkeluar cerita pelik dari mak tam, yang belum pernah aku dengar sepanjang hidup aku.Cerita ni melibatkan kawan mak tam yang mencari calon menantu untuk anak sulongnya,dia ingin bermenantukan seseorang yang dikhatankan cara kampong(disunatkan oleh Tok mudim)!Ringkasnya dia tidak mahu menantunya yang dikhatankan cara moden.Kelakarkan,apa relevennya menantu dan cara dia dikhatankan....bunyinya macam tak masuk diakal!Gara2 ingin bermenantukan lelaki yang berkhatan cara tradisional akhirnya,anak sulongnya yang kini berusia 37 tahun menjadi mangsa dan masih belum bertemu jodoh!Yang menghairankan selepas itu kesemua anaknya yang lain berkahwin mengikut pilihan masing2.Susah untuk mendapatkan menantu sebegitu pada zaman sekarang atau menyesal la tu....Manusia ni, macam2 ada................

Thursday, June 25, 2009

TANDA2 PENUAAN

Rutin harian Angah,anak aku yang tingkatan 5 tu ialah menghantar adiknya, Haziq ke sekolah dengan menaiki motosikal dan selepas itu dia akan terus ke sekolahnya pula.Malangnya pada hari Selasa lepas, tayar motornya pancit dan terpaksalah ayahnya menghantar Haziq,dan Angah ke sekolah sebelum dia ke pejabat.Rutin aku pulak,aku akan menunggu ayahnya balik makan tengahari dan akan menggunakan kereta yang sama menghantar Izzah yang bersekolah petang dan mengambil Haziq dari sekolah.Ayahnya akan sampai ke rumah pada jam 1.15 pm,Izzah masuk ke kelas pada pukul 1.25pm sementara Haziq balik pada pukul 1.20pm...jadi jadual diorang tu memang cantek!!

Tapi pada hari Selasa tu,puas aku dan Izzah tunggu punya tunggu,ayahnya tak balik2 jugak.Kalau aku nak talipon pun memang tak guna juga,pasal talipon dia dok elok ada kat atas meja depan.Menyampah betul aku,talipon ada,tak bawak pulak,ya tak ya aku tunggu jugakla sampai ayah dia balik sambil aku dok layan citer "The Good Old Days" kat NT7.Tup!Tup! jam dah pukul 2.00pm.Aku jerit kat Izzah,"dah la Izzah,pegi salin balik baju tu,takyah la sekolah arini...cuti jela".Muka Izzah muncung je,sambil tu dengar jugak dia membebel sambil masuk ke dalam bilik.Dalam kul 2.30pm barulah cik abang aku sampai rumah,terkejut gak aku..aik!apsal ada Angah sekali dalam kereta,bukan ke Angah akan balik naik bas sebab kelas dia habis pukul 1.30pm.Biasa2nya pun kalau berlaku tayar pancit ni dia akan pergi ngan ayah tapi balik sendiri,heran gak aku kenapa arini balik ngan ayah pulak.

Bila cik abang aku turun je dari kereta,dia terus tepuk dahi..."la,saya betul2 tak ingat Izzah sekolah,saya gi ambik Angah pulak".Aku malas cakap banyak,aku terus masuk dalam kereta sebab nak gi ambil Haziq yang dah rentung nunggu aku tu....kesian dia!Balik tu,aku cakap kat cik abang aku,yang tak reti nak bawak talipon tu kenapa?Tapi dia sengih je....sedarla tu salah dia!

Adoyai!Arini dia buat lagi,tunggu punya tunggu sampai Izzah terpaksa ponteng lagi.Ini semua pasal terlupa bawak talipon lagi!Geram betul aku,dah tau ada hal yang tak boleh nak dielakkan,patutnya dia call aku cepat,pasal aku boleh je naik teksi hantar Izzah.Ni dah la tak reti nak call,aku pulak tak leh nak call dia...pening kepala aku!Tapi dia nak call camna, no aku kat dalam talipon dia....Baik tak yah ada talipon,aku rasa tak ramai orang yang selalu sangat lupa bawak talipon cam cik abang aku ni.Tak pepasal je dalam minggu ni saja, 2 hari Izzah tak pergi sekolah!Dan 2 hari ni jugak la Haziq terpaksa menahan lapar,sebab lambat balik....Hai la abangku sayang......macam2!

Tuesday, June 23, 2009

PROGRAM,BEST!TAPI KANTOI LA PLAK!!!

"Kursus Melahir dan Membina Ushawan"merupakan program pertama yang aku sertai dibawah anjuran Jabatan Belia dan Sukan sekitar tahun `88.Wah!Hebat bunyinya tapi kursus tu cuma 3 hari je.Sebenarnya kursus ni disasarkan kepada golongan belia yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan dan kursus tersebut adalah untuk memberi pendedahan dan panduan bagaimana untuk mengendalikan sebuah perniagaan agar lebih ramai golongan ushawan berjaya dilahirkan.

Kebanyakan peserta program telah pun memulakan perniagaan masing2 dan selebihnya ada yang masih mencari2 ilmu untuk memantapkan diri sebelum bergelar ushawan.Aku??Hanya bercita2 untuk menjadi seorang ushawan,selain itu sekadar mengisi masa lapang hehehe...Aku tak ingat bilangan peserta yang menyertai kursus tu yang pastinya cuma 5 orang perempuan,termasuk aku.
Peserta2 dipilih dari beberapa daerah di seluruh Pahang.
Program itu diadakan di Tapian Gelanggang,Kuantan dan kami ditempatkan di sebuah bangunan 2 tingkat yang mempunyai beberapa buah bilik dan setiap biliknya dipenuhi dengan katil2 dua tingkat,tak ubah cam kat asrama sekolah.
Peserta perempuan ditempatkan di tingkat atas,sementara itu semua peserta lelaki ditempatkan di tingkat bawah.

Program yang dianjurkan sangat menarik dan sentiasa dipenuhi dengan berbagai modul dan aktivitinya berpanjangan sehingga ke malam.Kami diajar bagaimana untuk memilih sesebuah perniagaan yang bersesuaian dengan masyarakat setempat dan pemilihan lokasi yang tepat,mengenal pasti persaing dan cuba mencari strategi mengatasi pesaing,membuat penilaian semua jenis kos dan meletakkan harga yang sesuai.Menyimpan semua penyata/dokumen dalam setiap urusan jual/beli.Membuat akaun penjualan/pembelian dan belajar secara asas dalam penyimpanan kira2,akaun untung rugi dan kunci kira2.Terrer tu,3 hari belajar macam2,sedangkan aku belajar buat akaun dari form 1-3....pun teruk!

Program di mulakan pada pukul 8.00 pagi (selepas sarapan) -12 tengahari.(Program)
12.00 tgh (makan tgh/solat) - 2 petang.(rehat)
2.00 petang - 5 petang.(program)
5.00 petang(minum/riadah) - 7 petang.(rehat)
7.30 malam(lps magrib/mkn)- 8.00 mlm
8.00 malam - 10.00 mlm (program)
10.00 malam(minum/tido)..........
Best wo...atucaranya penuh beraktiviti dan asyik diselangi dengan program makan/minum je...dah la kursus free,penginapan free,makan/minum free,tambang pegi/balik pun free...apa nak lagi??Seingat aku la,aku cuma bawak duit RM 20 je masa tu...zaman tu kira besar gak!Apa2 pun tima kasih la Kementerian Belia dan Sukan yang banyak menyalurkan dana tersebut.

Walaupun program hanya berlangsung untuk 3hari 2malam(cam cuti2 Dr.Fazley plak)tapi kemesraan antara kami berlima berjalan dengan baik dan menyenangkan,meskipun datang dari daerah yang berbeza.Aku dari Temerloh,2 orang dari Cameron Highland,sorang dari Bentong dan sorang lagi dari Kuantan.Diantara kami berlima aku yang paling muda,kerana mereka semua berumur lingkungan 20 an dan telah mempunyai perniagaan sendiri.
Nak dijadikan cerita, pada hari kedua,di sebelah petangnya semasa memenuhi aktiviti riadah,kami bermain bolajaring di padang yang terletaknya di belakang bangunan asrama tersebut.

Tengah dok syok2 layan bolajaring sambil bergelak ketawa tu,tetiba je kitorang dengar bunyi ptss..ptss...dari salah sebuah bilik di tingkat bawah.Opss!Ada 3 orang mamat yang tidak dikenali sedang memerhatikan kami dari tingkap bilik mereka sambil tersenyum2 menggoda.Sesekali terdengar juga mereka berbunyi mengacah bila kakak2 tu cuba menjaringkan gol!Nasib baik tak ada sesiapa diantara kami yang ambil pot usikan mamat2 tu.Sebenarnya aku cukup alergik dengan lelaki2 yang kalau nak usha(ambil perkataan bdk sekrg)pompuan bunyi ptss..ptss gitu...sumpah, aku meluat sungguh!Di tambah plak,salah sorang mamat tu dok memetik gitar cam bagus je...emm nak tunjuk macho la konon!Bo layan...

Tapi pelik gak kenapa aku beria2 cam bengang ngan mamat 3 orang tu,sah2 la mamat tu tak mandang pun kat aku,pasal masa tu,aku ni ibarat budak hingusan je...dah tentu2 la kakak2 tu yang diorang nak usha pun,lagipun kakak2 tu suma pun ada rupa..eii..perasannya aku!Lupakan pasal mamat 3 orang tu.Selepas balik dari main bolajaring tu,kitorang terus je pergi mandi secara berjamaah.Almaklum la kitorang berlima je dok kat tingkat atas tu,takut jugak kalau gi sorang2.Dari dalam bilik air,kitorang dok berborak,membawak sampai ke depan pintu bilik tak abih lagi.Sementara yang sorang tu nak membuka pintu,aku letakkan semua kain basahan aku kat atas besi penghadang di beranda tu.Bila pintu dah dibuka,aku pun angkat balik semua khazanah aku tu tapi tetiba je,pup!ada sesuatu yang terjatuh dibawah.Kami semua menjenguk ke bawah,alamak!seluar kecik aku....kami berpandangan dan berderai tawa kami....camana ni???
Cilakak!Tak de bende lain yang nak jatuh,pasal apa yang itu jugak nak terjun ke bawah!Aku malu nak pergi kutip seluar kecik tu,jadi aku katakan "biarkan je la kak,segan la nak ambik".Semua kakak tu paksa aku suruh pegi kutip juga....aduh!seksanya aku masa tu.Ya lakan diorang pun malu jugak nanti kalau ada orang jumpa mesti kitorang berlima yang jadi suspeknya.Tetiba salah sorang kakak tu mendapat idea yang bernas...dia cadangkan supaya kami jatuhkan kain batik diatas seluar kecik tu,supaya kalau aku pergi ambik nanti,orang akan nampak aku hanya mengambil kain batik yang terjatuh je...cantek!!!

Maka,akhirnya berjaya juga la misi kami setelah kain batik tu di kembangkan beramai2 dan ditarget tepat jatuh menutupi seluar kecik tu.Aku pun dengan berdebar2 turun untuk mengutip kain batik yang menjadi mangsa tu.Adih!dih...baru aku sedar,rupanya benda alah ni jatuh betul2 kat depan pintu bilik mamat 3 orang tu.Kebetulan pulak pintu biliknya ternganga luas,ya Allah..harap2 diorang ni tak sedar dan tak nampak apa yang berlaku!Aku memberanikan diri,perlahan2 aku mengambil kain batik tu,sambil tu sempat lagi aku menjeling ke dalam bilik mamat tu.Kantoi!mamat 3 orang tu tengah dok atas katil cantek punya mengadap terus ke arah aku dan khazanahku,sambil tersenyum2 mengejek je aku rasa,siot tol!.Cepat2 aku berlari ke atas dengan perasaan yang malu giler,rasa nak sorok muka dalam sarung bantal!!

Selepas tu,aku berdoa sangat agar aku tak terjumpa lagi ngan mamat 3 orang ni,sumpah! malunya aku....Malam tu selepas habis program malam,kami semua heran kenapa di dewan,ramai sangat orang dan dari jauh kedengaran suara orang menyanyi.Disebabkan perasaan ingin tahu,aku berlima pergi menjengukkan muka.Ehh eahh..tak sangka pulak,semua orang tengah tengok mamat 3 orang tu sedang menyanyi.Fuh!Boleh tahan, best gak suara diorang tu,nyanyi sambil main gitar,yang sorang lagi gendang apatah...terpesona aku mendengar lagu2 yang jarang sekali aku mendengarnya.Akhirnya aku layan lagu2nya sambil diselang seli dengan pembacaan puisi dari grup mana tah, sampai la habis persembahan....aku respek kat diorang tu,pasal diorang buat persembahan sambil jual kaset sendiri...kadang tu kesian gak,pasal mamat yang sorang tu nampak poyo,dressing pun teruk,tgk kasut dia cam nak gi noreh je...tapi suara dia memang best!Sayangnya,aku tak de budget nak beli kaset diorang masa tu...tapi lepas tu aku jadi peminat lagu2 mereka.

Monday, June 22, 2009

TAKDIR ILLAHI.

2 hari lepas aku mendapat berita sedih ,apabila anak jiran yang baru berusia 6 bulan telah meninggal dunia.Apa yang menyedihkan kerana bayi tersebut tidak mengalami sebarang penyakit,dan masalah timbul selepas dia tersedak makanan(bubur nasi) yang diberi oleh pengasuhnya di sebuah Taska.Selepas itu, dia telah mengalami muntah sebanyak 3 kali dan wajahnya bertukar kebiru2an.Dengan itu pihak Taska telah membawanya ke Klinik berdekatan,dan kesnya terus dirujuk ke hospital.Pihak Taska menghubungi keluarga bayi tersebut dan mereka terus membawanya ke hospital,kemudian bayi tersebut dimasukkan ke wad icu.Selepas sehari dirawat, dia telah menghembuskan nafasnya pada 20.6 yang lalu.Setelah dibedah siasat,didapati terdapat nasi diparu2nya.

Aku rasa mungkin ramai dari kita yang merasa marah atau kesal dengan kejadiaan yang menimpa nasib temanku ini.Tapi tahukah anda bahawa keluarganya ini sangat penyabar dan tabah menghadapi dugaan Allah.Walaupun kehilangan satu2nya anak lelaki mereka(2 perempuan) tetapi dia menerima segalanya dengan redha.Dia tidak berhajat untuk mengambil sebarang tindakan terhadap Taska tersebut kerana bagi mereka ianya bukan satu penderaan atau kecuaian pihak Taska cuma satu kejadiaan yang tidak disengajakan dan mungkin hanya penyebab kematiaan anaknya.

Apapun aku rasa terharu dan menghormati pendirian mereka kerana setiap yang berlaku adalah ketentuan Allah.Hanya ucapan takziah yang dapat aku ucapkan,dan aku memikirkan sesuatu, mampukah aku menjadi seorang yang tabah sepertinya??

Thursday, June 18, 2009

BERHATI HATILAH















Cerita ni sebenarnya dalam bahasa CINA so di translate cerita nie dalam
bahasa melayu....
HATI-HATI bila pakai TUALA WANITA..
check dulu expired date...
Kualiti..
dan paling PENTING kebersihanya...
takot2 ada pulak telur binatang dekat atas tuala wanita tu...

Seorang pelajar cina berusia 17 tahun tak tau la dr negara mana telah
mengalami muntah2 mcm orang mengandung tu la kan....
Beliau seorang kanak2 miskin dan bapanya pula seorang penjual TUALA
WANITA...
disebabkan banyak tuala wanita yang expired,si bapa telah mengagihkan
tuala wanita itu untuk dipakai oleh anak dan isterinya..
Almaklumla kehidupanya yg miskin dan kalau buang tu rasanya satu
pembaziran kot pada keluarga mangsa tadi...
so anak2 dgn bini dia pon pakaila TUALA WANITA tu....
lepas maybe beberapa bulan si anak mengalami muntah,loya tekak mcm
orang2 mengandung tu...
Dengan segera si bapa membawa anak ke hospital untuk diperiksa ape
penyakit anaknya..
dan doktor memberi jawapan yang mengejutkan bahawa si anak telah
MENGANDUNG....
maka hairanla si anak..dia menafikan bahawa dia mengandung kerana dia
tidak mempunyai teman lelaki,masih bersekolah dan tidak pernah melakukan
hubungan seks..
Scan punya scan doktor memberitahu bahawa terdapat 20EKOR ANAK TIKUS
yang dikandungkan oleh pelajar terbabit...MUNGKIN KETIKA PERIOD TELUR2
TIKUS TELAH DISENYAWAKAN KOT DAN MASUK KEDALAM OVARI PELAJAR
TERSEBUT..MUNGKINN.....
doktor terpaksa membuat pembedahan ke atas pelajar tersebut kerana
didapati anak2 tikus terbabit telah tumbuh gigi dan dikhuatiri akan
memakan kesemua organ dalaman pelajar tersebut...
kesemua doktor sahaja yang berani melakukan pembedahan itu,...
pelajar terbabit kini disahkan tidak boleh mengandung lg kerana mereka
telah mencuci keseluruhan dalaman pelajar tersebut kerana dikhutiri
dijangkiti virus tikus yg kotor itu...

Moral of the story......
*NAK BELI PAD TU CHECK DULU EXPIRED DATE..
*MAKE SURE PAD YG DIBELI TU BEBAS DARIPADA KOTORAN ATAU TELUR2
BINATANGSILAP2 KANG ADA TELUR LIPAS BERANAK LIPAS LAK LEPAS NI...
*SAMA2 MENJAGA KEBERSIHAN DAN MEMASTIKAN KEJADIAN SEPERTI NIE TAK
TERJADI.(citer yang aku paparkan ini aku ambik dari inbox emel aku).Wallahualam!

Wednesday, June 17, 2009

JALAN2 KELANTAN.

Minggu lepas pada 10-11 Jun lalu,kami berkonvoi bersama Pokde sekeluarga ke Kelantan untuk menghadiri majlis perkahwinan anak sepupu aku(Abang Atan) yang memang bermastautin di sana.Ini merupakan kali ke 2 kami ke sana kira2 12 tahun yang lepas.Kami memulakan perjalanan melalui Raub ke Gua Musang dan menginap di Kota Bharu.

Kota Bharu telah mengalami perubahan yang ketara dan menjadi tumpuan pelancong dari serata pelusuk negeri dan kelihatan ramai juga pelancong asing di sana.Bandarnya tampak lebih ceria dan sibuk sekali.Tapi aku rasa sedikit keliru kerana di Kota Bharu kelihatan kurangnya papan tanda penunjuk arah,tidak seperti di Terengganu.Aku rasa mungkin ramai orang yang pertama kali masuk ke bandar Kota Bharu akan merasai apa yang aku rasa,Blurrr!

Setelah kami 'check in' di tempat penginapan,sebelah petangnya kami pergi ke PCB,kebetulan Pokde teringin nak makan sotong goreng tepung....wah!Kami rasa tak sabar juga,kerana di situ memang terkenal dengan hidangan sotong/udang goreng tepung. 12 tahun dulu pun kami pernah ke sana.Memang berbeza dengan dahulu,orangramai kelihatan terlalu ramai di sekitar pantai dan kawasannya sesak dengan kenderaan.

Kami memilih sebuah gerai,sayangnya ketika sepupu aku memilih sotongnya kelihatan terlalu banyak telor lalat pada sotong tersebut,dia fikirkan cuma satu tapi bila mengambil yang lain,keadaannya masih tetap sama maka dia mengajak kami semua ke gerai yang lain.Nasib tak order lagi.....Sebenarnya aku merasa sedikit terkilan dengan MPKB kerana tidak dapat menyediakan tapak yang selesa di kawasan gerai tersebut.Sepatutnya pihak MPKB menurap kawasan gerai dengan simen dan memasang atap yang bersesuaian.Ini kerana kawasan gerai yang hanya berlantaikan pasir sangat tidak sesuai.Bila setiap orang yang masuk ke gerai berjalan di atas pasir menyebabkan habuk pasir terbang ke udara,juga ramai peniaga yang tidak menjaga kebersihan makanan.Sayang sekali,tempat tersebut merupakan tempat tumpuan pelancong dan seharusnya pihak MPKB mengambil inisetif memperbaiki segala kelemahan yang ada di situ.

Malamnya,lebih kurang jam 10pm,aku bersama sepupu2 aku telah bergerak ke Wakaf Che Yeh.Suami aku dah tak larat,jadi dia layan mimpi je la..Dasat tu! ramainya orang kat situ..,kebanyakkan mereka yang datang tu adalah orang luar,sesak giler!Tempatnya luas jugak le sampai lenguh gak kaki nak menapak .Ramainya orang berjual tudung, kain baju,cam2 jenis buah,sayuran dan berbagai jenis makanan ,pendekata macam2 ada....Setelah berpusing2 beberapa kali aku cuma beli keronsang yang rega 2 hingget tu,buah mangga,durian(nabila teringin sangat nak makan)dan murtabak...hehehe tu aje!Aku rasa kalau takat tudung dan kain baju, kat tempat aku lebih murah dari tu aku boleh dapat so takyah la aku membuang duit.....

Keesokannya sempat lagi kami pergi ke Pasar Siti Khadijah dan bebudak ni dan lagi melawat ke muzium.Selepas itu barulah kami ke rumah pengantin.Seronok bertemu dengan Abang Atan dan isterinya Imah,anaknya yang kahwin ni si Fatin aku jumpa masa dia sekolah rendah je dulu.Rupanya kat Kelantan ni diorang sukati je nak kenduri hari apa,tak macam kita kat sini yang hanya buat kenduri hujung2 minggu je.
Fuh!Hidangan kat kenduri tu memang best!pertama kali aku jumpa masakan solok lada di majlis kahwin..selain tu ada ayam percik,acar timun,sambal belacan,ikan masin dan gulai kawah.Pergh!memang semuanya di masak seenaknya!Aku pekena makan dulu...pastu baru aku jumpa ngan sepupu2 aku,Mimi,Eza dan kami
berkumpul dan berborak je le sementara menunggu pengantin lelaki sampai.Sembang punya pasal aku pun tak peduli dah suami aku tah kat mana.Pandai2 dia le membawa diri..hehehe...
Tetiba je dia muncul,menyebabkan aku mula sedar diri dari sembang yang panjang..."eh,dah kul 3.30 ni"!Opss..baru aku teringat aku dah berjanji dengan kawan2 aku yang ada kat Kelantan ni yang aku akan singgah ke rumah mereka sebelum balik....Lagipun konvoi kami memang akan tamat di sini sebabnya diorang tu akan balik ke Raub dan kami akan balik ke Kuantan melalui K.Trengganu.So bye semua....






Selamat pengantin baru!!!














Kaum kerabat aku...











Eza n hero2nyer dan Kak Imah(mak pengantin)














Selepas balik dari majlis perkahwinan si Fatin,sempat pulak kami menyinggah ke rumah kawan2 yang pernah tinggal di Kuantan,dan telah berpindah ke Kelantan ni.Kebetulan bebudak ni pun sibuk nak berjumpa ngan kawan2 lama diorang.Buat Diana dan Zai ,terimakasih la atas layanan korang tempohari...syok gak ni rasa nak gi lagi....hehehe...terimakasih daun keladi....
















vietnemese rolls yang disediakan oleh Diana...sedap u!
disamping tu ada kek coklat,sandwich dan paling unik
air limau kasturi tu!














Hidangan tomyam sewaktu di rumah Zai...kenyang giler kitorang.








Amboi!Rancaknya, borak apa tu??






kesian Zakwan,tak de kawan.




















Izzah dengan geng ciliknya,Nisha dan Fatin.Anim,ko jangan nyibuk!














Nabilah seronok sangat dapat jumpa member2 lama.....
Anim,Nabila,Amy dan Qhadija..














Haziq tetap juara heavyweight campion mengalahkan Ariff















Diana dan Zai bersama babynyer Qistina Kaisara,(anak kelantan la plak).Dia ni mesti layan citer SpaQ n Kisah Kaisara!

Tuesday, June 16, 2009

SOS YONG TAU FOO.





























Pada 8 Jun lepas adalah hari ulangtahun Nabila yang ke 13, tetapi di sebabkan dia berada di kampung waktu itu,jadi kami tidak mengadakan sebarang upacara makan2 seperti selalu.Ketika bercuti ke Kelantan pada 10-11 Jun, dia hanya mahukan telekong untuk hadiah harijadinya. Pada hari Ahad lepas, sebelum dia balik ke asrama, kami hanya meraikannya dengan hidangan "yong tau foo"yang di buat oleh ayahnya.

Kebetulan suami aku akan mengadakan jamuan dengan menu yang sama di pejabat.Menurutnya lagi,dia diminta untuk memberikan tunjuk ajar kepada beberapa orang staffnya cara2 menyediakan sos yong tau foo.Memandangkan semua perbelanjaan dia yang keluarkan,jadi aku saja la mengusik,"Aik,biasanya kalau orang nak belajar,diorang la keluarkan modal,takkan semuanya atas sifu?"Dia kata"tak pa lah, saya belanja".Dasat tu,zaman sekarang kalau nak belajar apa2 semua kena berduit,ni dahla ajar free siap belanja lagi...hahaha...lepas ni sesiapa nak belajar datanglah berguru ngan suami aku,susah nak cari wooo....

Apa2 pun kalau ada sesiapa yang berminat nak masak sendiri,try la resepi suami aku ni.Kalau yang beranak ramai tu boleh la jimatkan sikit belanja...hehehe...

Sos yong tau foo:

bahan2nya:
1 senduk Sos manis . ( sos rojak berwarna merah)zaman aku kecik2 dulu,makcik jual rojak tu
campur sos tu ngan sengkuang,nenas dan timun.
2 senduk Cili kering dimesin.(kalau nak pedas lebihkan sikit).
2 senduk Cili sos.
2 sudu besar petis udang.
7 keping gula keret.(yang kecik).
2 senduk gula pasir.
2 liter air.

Caranya:
Campurkan kesemua bahan secara satu persatu dan digaul sebati,selepas itu barulah dimasak sehingga agak pekat.
Lebih enak jika di taburkan kacang yang di goreng dan ditumbuk serta sedikit bijan di goreng kering ketika sedia untuk dimakan.(seperti dalam gambar).

Monday, June 15, 2009

MARKAH TERTINGGI!!


Tengahari tadi ketika pulang dari sekolah Haziq kelihatan ceria je,tanpa ditanya dia terus bercerita yang hari ni dia dapat hadiah dari cikgu B.Inggeris.Sehelai tuala seperti di dalam gambar tu,itulah hadiah yang diberikan oleh cikgunya, kerana dia lah satu2nya pelajar yang dapat markah tertinggi subjek B.Inggeris bagi peperiksaan semester yang lalu.Wah!Bangga jugak,markah tertinggi tu,bila aku tanya berapa markah tertingginya tu??La...rupanya 60% je, beria aku gelak sakan!(itulah kesilapan yang telah aku lakukan).Betapa cikgu dia punyalah menghargai pelajarnya,walau tidak mendapat keputusan yang cemerlang tapi dia tetap menghargai pelajarnya dan cuba untuk memberikan semangat kepada pelajar2 yang lain.Aku telah memandang rendah ke atas keupayaan anakku sendiri,seolah2 menghinanya dengan gelakan itu,betapa sengalnya aku!

Haziq,pelajar tahun 5,di Sek.Keb.Fakeh Abdul Samad.Sekolah yang hanya 12km jauhnya dari bandar Kuantan.Dia ditempatkan di kelas yang ke 2 dari 7 buah kelas keseluruhan tahun 5 tersebut.Terdapat seramai 39 orang pelajar di kelasnya dan cuma Haziq yang mendapat B untuk subjek B.Inggeris itu.Sedangkan Haziq yang dok kat kelas yang ke 2 pun begitu,cuba bayangkan camana agaknya pelajar2 lain di kelas yang seterusnya.Sukar untuk aku membuat telahan,dimanakah kelemahannya bila ramai pelajar2 tidak dapat menguasai subjek B.Inggeris,sedangkan kedudukan sekolah ini bukanlah jauh sangat dengan bandar.Mungkinkah kerana majoriti pelajar2nya merupakan bangsa melayu dan cuma 1% je bukan melayu,atau mungkin kerana kurangnya kesedaran ibubapa untuk memberi tumpuan dalam subjek ni,atau mungkin pelajar2 itu yang tidak berminat untuk mempelajarinya??? Melihatkan senario yang berlaku,adakah wajar B.Inggeris diwajibkan lulus untuk melayakkan mendapat sijil SPM??

Aku merasa cukup terharu melihatkan semangat cikgu yang telah memberikan komitmen dan berusaha sepenuhnya terhadap tugas beliau.Aku juga merasa sedih dengan pencapaian anak2 kita di dalam subjek B.Inggeris ni,terlalu banyak kelemahannya dan aku rasa kita perlu berganding tangan membantu sedaya upaya kita agar mereka tidak terlalu jauh ketinggalan.Tidak sepatutnya kita meletakkan tanggungjawab itu semua dibahu para guru sekolah.Aku faham,tidak semua kita bernasib baik mendapat anak2 yang cemerlang IQ nya.Aku sendiri mempunyai seorang anak 'dysleksia'.(yang bermasalah dalam bidang akademik).Orang2 begini perlukan lebih perhatian dan lebih kesabaran kepada kita untuk membimbing mereka ke satu tahap yang boleh dibanggakan.

Kepada Puan Sharifah Sabariah,guru B.Inggeris Haziq,aku ingin merakamkan setinggi2 ucapan terimakasih diatas keprihatinan dan kasih sayangnya yang telah ditunjukkan dalam mencurahkan ilmu buat pelajar2nya. Juga, aku rasa sangat terhutang budi kepada Arwah En.Mubin,guru dysleksia yang pernah berusaha membimbing Zakwan dan memberikan aku keyakinan dan harapan kepada Zakwan bahawa dia pasti akan berjaya,jika lebih berusaha.....(untuk arwah, Al-Fatihah!)

Monday, June 8, 2009

NAIK PANGKAT!















Baru2 ni suami aku telah naik pangkat 'Datuk',secara tak langsung tentulah aku pun dapat title juga.Pangkat yang dianugerah oleh anak saudara sebelah suami aku,kerana dia baru saja melahirkan anak pertama dan 'baby' tu juga merangkap cucu pertama dalam keluarga sebelah suami.Wah!Aku peratikan yang paling teruja dan seronok lebihnya' tokpa' dan 'tokma' dia....yalah selama ni pun asyik dok layan kucing je.Kami pun tumpang gembira sama,cuma aku terkilan sikit kerana arwah mak mertua tak sempat melihat cicit pertamanya itu.

Suami aku tak kisah pun dengan pangkat barunya tu,tapi aku cam rasa tak selesa bila mereka memberikan aku gelaran 'tok'.Apalah aku ni,itupun nak di pertikaikan.Anak2 aku kata" ibu takut jadi tua ke"?Bukan masalah takut jadi tua ke,atau tak nak mengaku tua tapi aku rasa aku tak suka gelaran 'tok' tu je.Aku lebih suka dengan panggilan 'uwan' kot,pasal aku rasa panggilan tu sesuai dengan gelaran orang pompuan.Kalau 'tok' ni cam nak berebut gelaran ngan orang laki je....hahaha..panggilan pun jadi isu.Mungkin juga disebelah kaum kerabat aku,hanya menggunakan panggilan 'wan' dan atuk/aki jadi janggal bila dipanggil 'tok'.

Aku ingat aku je begitu,pak sedara baby tu yang bakal bergelar doktor pun lagi dasat,dah dia anak bongsu tentunya dapat gelaran 'pakcu' atau 'paksu' tapi dia pun tak nakkan panggilan itu.Abis nak panggil apa??Dia kata panggil dia 'Uncle Beckham',sabor je le!

SAMBAL HITAM DAN SAMBAL TEMPOYAK JERING.













































Pada bulan 3 lepas,aku menghadiri majlis perkahwinan sepupu aku di Temerloh.Bila dah duduk berlonggok beramai2 tu,mak ngah aku pelawa semua anak2 sedara dia datang ke rumahnya di Jengka,untuk mengambil buah jering yang berbuah lebat.Aku ni bukanlah nak 'ek' tak makan bende cam gitu,cuma aku tak suka makan jering atau petai mentah.Kalau dimasak sambal dengan ikan bilis dan campur tempoyak pulak,fuyoo..baru la ada umph!Aku bagitau kat mak ngah yang aku suka jering cambah je.(jering yang di tanam).ooohhh...rupa2nya semua sepupu2 aku pun mempunyai selera yang sama juga.

Oleh kerana itu,tercetus la idea mak ngah aku untuk menyediakan 'sambal jering tempoyak' untuk majlis perkahwinan anaknya pada 30.5. nanti.Kebetulan stok tempoyak dia banyak,dan dia ada masa lagi untuk menanam semua jering yang ada.Wah!kecur airliur kami mendengar perancangannya.Kami semua berpakat untuk tidak menguzurkan diri ke majlisnya,lebih2 lagi hari tu nanti bersamaan tarikh lahir aku,mak ngah kata boleh la aku tumpang potong kek,tentu best!

Malangnya,pada tarikh yang dijanjikan itu,tetiba je kakak ipar aku pulak mengadakan majlis tahlil untuk arwah mertua aku,jadi terpaksalah aku batalkan niat aku untuk ke rumah mak ngah.Perancangan awalnya memang aku akan ke Jengka dan kemudian ke Raub menghantar bebudak ni ke sana.Tukar plan, keesokannya baru la aku terus sahaja ke Raub,takkan nak ke Jengka lagi,jawabnya aku kena menggaras periuk la pulak!

Aku tak sangka,balik ke Raub kali ini aku telah mendapat sedikit stok 'belimbing rebus/hitam'.Asalnya aku nak suruh mak sedara aku carikan di pekan sari ke,tapi kebetulan di rumahnya memang ada.Jadi, dapatlah aku bawak balik sikit,tambahan pulak mak sedara aku membekalkan sekali maman yang telah dijeruk,oi..suka sangat!Dalam perjalanan balik tu aku singgah pulak ke rumah mak di Mentakab.Tak pepasal je,dapat pulak jering cambah(dia ambik kat rumah mak ngah) yang aku idam2kan tu.Apalagi,aku angkut la suma siap ngan tempoyak yang ada,pasal rumah aku dah kehabisan tempoyak.Ni nak kena tunggu stok tempoyak baru,mungkin dalam bulan 8 atau 9 ni.Alhamdullilah!Taklah kempunan aku nak makan sambal tempoyak jering,walaupun kena masak sendiri..

Ni aku sertakan resepinya sekali:

Sambal Hitam.

bahan2nya:

Ikan bilis yang ditumbuk(kalau banyak blendkan je,guna blender kering.)
Cili api, ikut suka kot.(tumbuk atau mesin kering)
belimbing rebus/hitam.(tumbuk hancur)
bawang merah sikit.(tumbuk)
caranya:
masukkan minyak masak banyak sikit(ikan bilis akan serap minyak),pastu tumis cili api,masukkan ikan bilis,pastu masukkan belimbing rebus dan bawang,goreng sampai garing dan kehitaman.(jangan sampai hangus dah le).gunakan api perlahan.Tak perlu letakkan garam tapi kalau rasa nak bubuh aji sikit terpulang,kerana belimbing tu dah masin.

Sambal ni kalau makan dengan nasi panas2 tu,tak yah lauk lain dah!

Sambal Tempoyak Jering.

Bahan2nya:

Jering cambah(di potong nipis2)
Cili api ikut suka..(ditumbuk halus)
Tempoyak ikut kuantiti yang nak di masak tu.
Ikan bilis sikit.(aku suka banyakkan jering pada ikan bilis)
Bawang besar dimayang.
Santan pekat sikit.

Cara2nya:
Tumiskan cili api,masukkan ikan bilis,pastu masukkan tempoyak,jering dan masukkan santan,akhir sekali masukkan bawang besar.Dari segi rasa,terpulang kepada masing2 kerana ada yang suka masin,ada yang suka manis sikit..biarkan ianya pekat sikit la.

Thursday, June 4, 2009

BERKONGSI KASIH


Kebiasaannya setiap kali cuti sekolah,anak ke 5 aku Haziq yang kini berusia 11 tahun pasti akan balik ke rumah atuknya di Raub.Ianya seperti rutin dalam hidupnya sejak hampir 7 tahun kebelakangan ini.Mungkin kerana aku pernah bermastautin dan dia dilahirkan di sana menyebabkan perasaannya agak lebih kepada keluarga atuknya di sebelah Raub.Dari hari pertama aku melahirkan dia pun Wan dia yang menguruskan urinya dan mungkin ditanamkan dekat dengan rumah Wan dia menyebabkan dia sukar untuk dipisahkan dengan Atuk dan Wan di Raub.Mungkin jugak kerana 'kecomelannya' sejak kecil tu menyebabkan dia menjadi kesukaan ramai..hehehe...

Apa yang nak di hairankan balik ke rumah wan dan atuk,biasa je la kan...tapi sebenarnya atuk dan wan yang aku maksudkan ini adalah mak dan bapa saudara aku iaitu wan dan atuk saudara dia.( atuk tu, adik abah aku).Aku rasa bukan setakat dia, tapi hampir kesemua anak2 aku berasa sangat selesa untuk balik ke Raub dibandingkan dengan balik ke rumah keluarga aku di Mentakab.Kekadang tu aku bimbang juga,takut mak dan abah terasa hati dengan sikap anak2 aku.Tapi pada luarannya aku rasa cam abah dan mak tak kisah kot,dalam hati mereka aku tak tau la!Kalau diikutkan,mak dan abah tak mungkin terasa hati sangat sebab mereka dah begitu mewah dengan cucu.Bayangkan la anak 3 orang yang dah berkahwin tapi cucu mereka dah 13 orang dan bulan 8 ni,nak dapat sorang lagi.Itu pun abah dah tak larat nak layan karenah cucu2nya yang ramai sangat hero,dan cuma 3 orang cucu perempuan yang ada.Mak aku pun dah mengidap darah tinggi selepas dah dapat beberapa orang cucu...

Berbeza dengan atuk kat sini, masih belum bercucu,walaupun mempunyai 5 orang anak dan salah seorang dari mereka telah pun berkahwin,tapi atuk masih belum ada rezeki nak menimang cucu sendiri.Mungkin kerana itu atuk dan wan suka kalau mereka bercuti ke rumahnya,ini ditambah lagi dengan mak2 sedara yang rajin melayan karenah budak2 tu.Al maklumlah mak2 sedaranya semua pun cikgu,mungkin ada skill yang menyebabkan anak2 aku seronok sangat nak balik ke sana.

Setiap kali cuti sekolah,begini la suasana rumah aku agak sunyi.Kali ini bukan saja Haziq malah Nabila pun bercuti ke rumah atuk.Kalau cuti akhir tahun tu,aku pernah tinggal dengan suami je,habis semuanya menyibuk kat rumah atuk.Kadang tu kalau aku tak menghantar mereka balik ke rumah atuk,nanti atuk pulak datang menjemput mereka,itulah lemaknya mereka ni.Dulu,suami aku pernah rasa tidak sedap hati untuk membiarkan anak2 aku bercuti ke rumah atuk,dia takut anak2 aku menyusahkan atuk dan wan.

Tapi setelah kami berbincang bersama dan demi memikirkan kegembiraan dan kepuasan di kedua2 belah pihak, akhirnya kami mengambil keputusan untuk membenarkan anak2 kami menghabiskan setiap cuti persekolahan mereka disana.Bagi kami,walaupun Allah telah menganugerahkan kami anak yang ramai,tapi semuanya kepunyaanNYA yang di pinjamkan kepada kami.Kami tidak punya harta dan wang ringgit yang dapat dikongsikan bersama orang lain tapi kami punya anak2 yang boleh kami berkongsi kasih sayang mereka!

Sekurang2nya diwaktu cuti persekolahan begini,mereka boleh memberikan sedikit keceriaan dan kegembiraan kepada atuk dan wan.Sesekali juga,bolehlah mereka memecahkan kesunyiaan rumah atuk dan memeningkan kepala wan dengan berbagai2 ragam dan karenah mereka.Antara orang yang akan tetap menjadikan dirinya wajib hadir disetiap cuti persekolahan itu dah tentulah Haziq.Anak aku yang paling baik dan tidak banyak ragam sejak kecil lagi,janji perutnya sentiasa terisi dan dia merupakan tong sampah dalam rumah ni....hahaha...kerana badannya tidak pernah susut sehinggakan ramai orang tidak menyangka bahawa dia salah sorang anakku.

Tuesday, June 2, 2009

PEROSAK RUMAHTANGGA ORANG?

Aku rasa serba salah la pulak bila entri yang lepas,telah menyentuh perasaan seorang teman.Sumpah!Aku tiada niat nak menyinggung sesiapa sekadar luahan hati dan simpati terhadap insan yang bergelar wanita teraniaya.Bagi aku tidak ada salahnya hidup berpoligami kerana agama kita juga membenarkannya.Apa yang menyebabkan masyarakat sukar menerimanya, kerana terlalu banyak masalah yang ditimbulkan oleh pengamal poligami itu.Jika poligami itu berjalan dengan suasana yang lebih aman dan mesra,serta dapat diterima oleh semua ahli keluarga yang terlibat,mungkin ianya lebih harmonis dan membahagiakan.

Kita selalu mendengar ungkapan ini "perempuan mana yang sanggup berkongsi kasih"?Benar!Aku juga mengakuinya,tapi kita juga harus sedar bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah sebuah pinjaman.Allah memberikan kita suami/isteri,anak2 dan segala harta benda yang kita miliki adalah bersifat sementara.Kita hanya diamanahkan oleh Allah untuk menjaga segala harta yang dipinjamkan dan bila2 masa jua Allah akan mengambilnya semula.Sesungguhnya kita memang tidak dapat lari dari segala macam dugaan atau takdir yang telah Allah tentukan untuk kita.Setiap perkara yang berlaku,hanya Allah yang lebih mengetahui!

Sebelum mengambil keputusan untuk menikah dengan suami orang atau dalam kata lain hidup berpoligami,cubalah kita menilai sejauh mana kemampuan kita untuk menghadapi berbagai permasalahan yang mungkin timbul.Menanggung apa jua bebanan yang menimpa dan sanggup menghadapi sebarang risiko serta memberikan komitmen yang lebih terhadap semua ahli keluarga suami.Fikirkan juga segala kebaikan dan keburukan yang akan wujud dengan keputusan yang telah kita buat.Perkara pertama yang perlu kita lakukan ialah:
1.Mendapat keizinan isteri pertama.
2.Mendapat restu kedua ibubapa kedua belah pihak.
3.Mendapat restu dari bakal anak2 tiri.

Kalau 3 ni boleh lepas, insyaallah cerah masa depan....
Perkahwinan yang akan didirikan,perlulah mendapat restu dari kedua ibubapa dari kedua2 belah pihak,dan lebih baik lagi mendapat keizinan dari isteri lelaki yang akan kita kahwini(part ni yang susah sikit)Perkahwinan juga bukan setakat perkongsian kasih diantara suami isteri malah melibatkan seluruh keluarga mereka berdua.Pastikan suami itu dapat memberikan keadilan yang sewajarnya.(ini yang payah dilaksanakan oleh para suami yang berpoligami).

Pada pandangan aku la,jika sememangnya kita telah terperangkap didalam situasi sebegini,seboleh2nya kita cuba mengelakkan diri dari meneruskannya.Jika ianya tidak berhasil,dan kita rasakan dialah lelaki yang terbaik buat kita,maka cubalah melakukan solat istikharah untuk mencari petunjuk Allah bahawa adakah pilihan kita itu benar.Jika kita mendapat petunjuk yang baik,maka teruskan segala perancangan yang baik itu.Banyakkan juga melakukan solat2 sunat yang lain,dan mohon keberkatan dariNYA.Jika itu sememangnya jodoh yang terbaik yang Allah telah tentukan buat kita,insyaallah segala2nya akan berjalan dengan lancar dan mudah!Yang penting niat pasangan itu untuk mendirikan rumahtangga kerana apa?Segala yang berlaku tentu ada hikmah disebaliknya dan tidak perlu risau dilabelkan sebagai 'perosak rumahtangga orang'atau'perampas suami orang'!

**Sekadar pandangan aku saja.Maaf jika ada yang tidak bersetuju atau menyinggung perasaan kalian.