Tuesday, December 6, 2011

Terimakasih MasterChef Malaysia !!

Musim cuti sekolah ni,rumah saya memang ceria sikit...lebih2 lagi bila anak2 berkumpul beramai2.Sebelum ni Nabila dan Haziq tinggal di asrama.Walaupun mereka berdua tinggal di asrama,masih ada 3 orang yang tinggal bersama saya.Sementara 2 orang anak bujang saya  yang besar, masih belajar di Bangi dan Penang.

Haziq,orang kuat makan saya dah balik...Izzah orang yang paling gembira dengan kepulangan Haziq,sebab dia kata melihat Haziq makan,membuat dia lebih berselera untuk makan...bunyi cam kelakar je!! Tapi memang benar,kalau hari biasa kami 5 beranak di rumah ni,sehari nak menghabiskan 2 pot beras pun seksa sangat...tapi belum 2minggu , beras 10 kilo pun dah nak habis!Tepung yang biasanya 4-5 kilo sebulan dah mencecah ke 8 kilo sebulan.memang seronok tengok anak2 makan dan selera mereka akan bertambah bila waktu hujan...hehehe..Ibunya jugak la yang jadi mangsa,asyik terperap kat dapur ......Dari sarapan ke makan tengahari,juadah petang dan makan malam.....

Musim cuti ni anak2 saya nampaknya pandai sikit membahagikan masa dengan aktiviti masing2,komputer pun dah boleh bergilir2 dengan cara baik,tidak lagi berebut2 macam selalu.Dah tu rajin pulak diorang melayan  novel...nak tergelak pun ada,tengok anak lelaki membaca novel,selalunya aktiviti gitu dipelopori orang pompuan je kan...hehehe...

Dan paling seronok bila diorang semua melayan Masterchef Malaysia....Hana yang bongsu tu pun tak ketinggalan.Sejak menonton program tersebut....memberi satu inspirasi pada anak2 saya untuk cuba memasak sendiri.Siapa sangka Haziq boleh masak nasi goreng sendiri,menggunakan bahan2 yang ada dengan kreatifnya,buat sambal telor untuk semua orang makan dan menawarkan diri membantu kerja2 di dapur..Nabila yang selama ini selalu nampak malas ke dapur pun sebenarnya ada bakat memasak,tapi sengaja tak mahu menonjolkan diri.Masakan diorang sedap sebenarnya...saya cuma bagi  tips sempoi je....dalam masakan tu ada rasa masin,manis, pedas dan masam.kira ok la!!

Hana dan Izzah pun,tak mahu mengalah...sebenarnya saya pun tak tau diorang mencabar sesama sendiri untuk membuat maggi paling best!Bila saya terdengar Hana jatuh terlentang baru saya perasan diorang berlumba untuk menyiapkan hidangan pantas.....Hana terjatuh masa nak buka peti ais untuk ambil limau kasturi..kikiki...lawak betul la,mujur dia tak apa2...tapi itu la kesan dari program Masterchef Malaysia yang berjaya membantu anak saya lebih berdikari dan berfikiran kreatif!!

4 comments:

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

Mereka patut tenguk Jr Master Chef Australia..anak2 seusia 9-12 tahun masak kalah kita orang lama...rasanya kalau anak2 puan tonton program tu pasti tak senang duduk dibuatnya.

a.T.i.e.Q.a said...

ke mana umpahnya kuah, kalau tak ke nasi? :D bes la ada pembantu didapur.. tak lama makteh boleh dok goyang kaki ;)

btw, Ezani masterchef tu kawan sekolah rendah saya! tapi saya x tengok pon la..

marinahunny said...

bagus lah..xde lah duk makan je..blh masak sekali, kasi mak plak makan ;)

hai said...

salam puan,
saya x melanggan channel tu...tp bila tgk kat youtube...mmg dasat budak2 tu kan!!Hana yg 7 thn tu pun dah excited nak cuba memasak,dah tentu tgk kwn2 sebaya yg memasak lagi teruja...mmg kalah kita dibuatnya oleh bdk2 Australia tu!!

salam atie,
harap2 diorang x panas2 tahi ayam la..cepat skt boleh bersara dari dapur...hihihi...boleh ke??emmm...dr.gigi ezani tu mmg kitg suka sbb dia sgt cool!!

salam marinahunny,
harapannya camtu la nanti...teringin nak relax n..rasa masakan diorang plak!!hehehe...