Monday, January 3, 2011

Eii... MAKBAPAK SEKARANG,OVER KE??

Hari ni hari pertama Hana,anak bongsu aku memulakan sessi persekolahan tahun 1.....Macam anak2 yang lain(6 orang sebelum ni),aku melayan mereka semua pun sama..hantar di pagar sekolah dan ambil setelah tamat waktu persekolahan.Aku percaya Hana boleh survive sendiri...cuma berbekalkan duit seringgit dan sebotol air bekal,aku mengharapkan Hana boleh menguruskan masa rehatnya nanti!Tak perlu bagi banyak,sebab dia dah makan tengahari sebelum ke sekolah.

Pukul 3 petang.... jiran belakang rumah menelefon,bertanyakan samada aku akan ke sekolah waktu rehat nanti...Aku bagitau dia yang aku tak pergi kot,kawan aku bercuti 2 hari untuk uruskan anaknya yang baru masuk tahun 1 tu!

Petangnya,semasa keluar pintu pagar sekolah,Hana menunjukkkan duit belanja sekolahnya yang tak luak pun....begitu juga anak sorang lagi yang maknya menunggu sama ngan aku kat luar pagar.Kenapa tak beli masa rehat?tanya aku...Dia bagitau yang terlalu ramai orang di kantin...ada kawannya yang bawa bekal menangis,tak dapat makan di kantin ,sebab kerusi penuh dengan makbapak yang melayan anak2 mereka makan ketika rehat.Sessi petang bukan hanya ada tahun 1 saja,termasuk tahun 2 dan 3,sepatutnya makbapak lebih prihatin pada pelajar sekolah yang lain.Aku pun heran dah macam trend,seminggu ni memang penuh makbapak kat sekolah....ntah apa yang diorang takut sangat nak tinggalkan anak kat sekolah ,kejap je pun!!

Bila aku imbas balik zaman aku sekolah sekitar tahun 70-80an dulu....mana la ada sangat makbapak yang melayan anak kat sekolah,pergi pun naik van/bas sekolah.Dah tu kita semua pun pandai je uruskan diri sendiri.Aku ingat lagi,masa hari pertama darjah 1 dah boleh terus main kejar2 ngan kawan2 yang baru,begitu cepatnya kita boleh sesuaikan diri...Takkan la zaman sekarang,semua pun dah semakin canggih dan anak2 dah semakin terdedah dengan berbagai2 kemudahan,kita masih takut anak tak makan!!Bukan bermaksud makbapak yang mengharapkan anak mereka boleh survive sendiri macam aku ni ha, tak sayangkan anak  tau!!Sapa yang tak sayang anak wooo.....

4 comments:

a.T.i.e.Q.a said...

wah..Hana dah sekolah. Haziq dapat mana makteh?

bila mak bapak menyibuk ni la anak susah nak berkawan..hehe. cuba biar, pandai la dia ikut kawan nanti!

hai said...

salam atie,
tu la tie...zaman kita sek.dulu...macam anak terbiar je kan..tapi suma ok...bereh!!!
haziq sek kat sek.men sultanah kalsom,damansara...huhuhu..jgn terpedaya...damansara kuantan...dok hostel...harap2 boleh la kurus skt..hihihi...kelasnya tingkat 4 tu!!

a.T.i.e.Q.a said...

salam makteh
haha, mati2 saya ingat kat damansara kl ni.. belom matang lagi tu..nanti dah besar kurus la dia

endiem said...

mak ayah dah gian balik nak sekolah..