Friday, December 23, 2011

NABILAH HUSNA.....

Semalam,kali ke 2 dalam hidup saya menunggu keputusan peperiksaan diumumkan secara "live"dari dewan sekolah......Kali pertama,tahun lepas semasa menunggu keputusan UPSR Haziq.Sebelum ni,3 orang anak saya yang teratas...dari UPSR hingga SPM,mereka uruskan sendiri.....Baru saya tau,betapa hebatnya debaran perasaan ketika berada di dewan,menyaksikan sendiri suasana yang berbagai ragam,sangat mengujakan.

Semalam saya menghantar Nabila,anak ke 4 ,juga merupakan anak sulong perempuan saya, ke sekolah untuk mengambil keputusan PMR nya.Nabila anak saya yang sejak kecil,mempunyai tahap IQ yang agak sederhana,berbanding anak sulong dan kedua saya.Di sekolah rendah, tidak pernah sekali pun dalam 6 tahun tu ,dia merasa duduk di kelas pertama.Dalam peperiksaan UPSR,dia cuma berjaya mendapat 3a2b.

Saya dan suami tau kemampuan dia agak terbatas,maka kami tidak meletakkan harapan terlalu tinggi.Walaupun begitu kami selalu memberi dorongan dan galakan supaya dia  melakukan yang terbaik untuk dirinya.Untuk merangsang semangatnya,ayah berjanji akan menghadiahkan trip ke Indonesia sekiranya mendapat 5a.

Semalam, selepas  diumumkan pelajar yang mendapat straight A....semua pelajar diarah mendapatkan keputusan masing2 di meja yang disediakan.Saya begitu yakin dia mampu meraih 5a,saya cuma memerhatikan reaksinya dari jauh sewaktu dia mengambil slip peperiksaannya.Sampai pada gilirannya, dia mengambil slip, bersalam dan mencium tangan gurunya,berlalu sambil memerhatikan slipnya....
Tiba2 dia menangis dan dipeluk oleh rakan2nya.Dia menangis sehingga  terduduk...saya yang memerhatikannya dari jauh,tiba2 rasa sebak,saya jarang melihat anak saya menangis begitu,tidak dapat menjangka apa sebenarnya yang berlaku....

Hati saya rasa tak tenang,terus saya mendapatkannya....."ibu....Bella dapat 7a....!!"tergamam kejap saya ,rasa nak nangis pun ada...memang mengharukan!!Saya  cam tak caya,saya ambil slip ditangannya....saya perhatikan namanya....takut tersilap slip...dan saya bilang a nya,eii...cam orang bengong plak!
Saya peluk dan cium dia...sambil ucapkan Alhamdulillah dan tahniah pada dia.
Alhamdulillah.....berkat usahanya dan doa ibu/ayah serta guru2nya......akhirnya membuahkan kejayaan buat dia.
Nampak macam saya tak yakinkan....sebabnya pada peperiksaan semester,nak dapat 2-3a pun payah!!Pada peperiksaan percubaan,dia cuma dapat 1a5b3c .....dan keputusan PMR ni dia leh dapat 7a1b1c...b untuk bahasa inggeris dan c untuk bahasa arab!


Masa ayah dia tanya,macamna result Nabila??Saya cuma jawab,tolong booking tiket ke Indon ok!!heeeee.........Semoga selepas ini,Nabila akan lebih berkeyakinan yang dia mampu melakukan sesuatu yang lebih baik dari ini!!

4 comments:

Fadh Rahman said...

Tahniah...moga terus berjaya di masa depan.

semut-terbersin said...

Huhu angah sebagai cousin nabila tumpang bangga! Wewit caya lah Billa! idup cucu arwah tok teh limah! Hip hip hooray!

hai said...

salam Fadh,
terima kasih...Insyallah!!

salam Angah,
Begitu la harapan makteh/eteh agar suma pun akan berjaya macam adik beradik korang...biar kita melakar sejarah kg.sawah...merubah sejarah idup arwah tok teh limah!!

rosnasywa said...

Puan Hai, mcmana nak contact puan. saya nak tanya pasal penyakit anak puan ini sebab anak sy kena jgk.