Tuesday, July 14, 2009

TERUK SANGAT KE AKU NI???

Tak silap aku 2 bulan lepas aku terjumpa semula dengan Gee,kawan zaman sekolah yang dah hampir 10 tahun tak jumpa.Dia datang berkunjung ke rumah aku dalam keadaan aku tidak sempat menyediakan juadah yang sebaiknya.Jadi kedatangannya petang tu, aku cuma menyediakan pau goreng dan air teh o je...Aku pun tak faham kenapa kawan aku ni cam tak caya je,yang pau tu aku buat sendiri,siap tanya lagi intinya tu aku buat juga ke??Dia kata "nasib baik ko kata inti ni ko beli ,kalo tak aku nak rasa kagum sangat ngan ko ni".Tak lama selepas tu,aku dapat message dari seorang lagi kawan kitorang yang dok kat Seremban,June.Dia minta resepi pau goreng,yang menurutnya,Gee dah bercerita tentang pau goreng buatan aku tu!




pau goreng..









2 minggu lepas,kebetulan June balik ke rumah maknya di Pekan,jadi aku dan Gee mengambil kesempatan berjumpanya,maklumla dah hampir 20 tahun tak jumpa,sejak abis sekolah,ni dah dalam pantang anak ke 4 baru jumpa semula..Jadi banyak la cerita dari zaman sekolah,hingga masalah anak2 dan yang paling kelakar si June dan Gee ni cam tak caya plak aku ni berkebolehan jugak la dalam bab masak memasak ni.June kata"Hai,ko tau tak,kalo dengar si Gee jual citer pasal pau goreng ko ni,kira kalo aku ni lelaki bujang,tak sabar aku nak masuk meminang".Hahaha..dasyat tol diorang ni ngutuk aku je...aku pun tak faham apa yang tak kenanya ngan aku ??? Diorang ni tak perasan kot,anak aku 7 orang,kalau tak reti memasak,kebulur la anak2 aku!!

Si June siap tanya aku lagi,"eh!cuba cerita ko pandai masak apa"??Sengal tol la!Bila diorang ni excited bercerita pasal member aku kat Kemaman si Eg tu dah jadi tokey roti sekarang,so aku ni offer kat June,"ko kalo setakat nak belajar buat roti,meh aku ajarkan"...ek eleh!Diorang kata,"betul ke ko reti ni"?? "Aku rasa cam tak caya je yang ko ni pandai masak,kalo tengok ko zaman sekolah dulu,ko ni jenis yang tak ada masa depan"....Siot! tol,patut la diorang ni asyik gelakkan aku je....





simple mini pizza coz tak de chesse..







Tengahari semalam,classmate aku pulak telefon,selepas abis sekolah memang tak pernah lagi jumpa dia semula.Dia tanya "ko tengah buat apa tu?"Kebetulan aku tengah masak,so aku jawab la "tengah masak ni".Eh,dia boleh ketawa panjang plak,"Aku cam tak caya dengar ko tengah masak,aku tak boleh nak membayangkan camana ko tengah masak tu,sebab aku rasa ko ni reti buat kerja2 adventure je..."EH! Apasal suma member2 aku fikir aku gitu,ek!!Aku betul2 tak faham....aku ni bukannya jenis tomboy ke,nak kata lasak tak la lasak mana pun tapi betul ke satu masa dulu,teruk
sangat ke aku ni????

7 comments:

Xpuasati said...

Waaa.. Gua baru nak start diet ni... akak dah buka cite pasal makanan pulak... terliur kak oii... Kontra dengan entry terbaru gua la kak..

kuSut said...

hahaha...
mcm mana agaknya kisah silam akak ni...
nape kwn2 x yakin akak ni ada bakat masak memasak...hahaha

congrats sista...
nnti aku berkunjung ke sana, jamu pau jugak ek...nampak sedap je...huhu

hai said...

kuSut,
Ala!Zaman sekolah tu biasala dik...kalau ternakal skit,hidup tak ceria la plak!!
Pasal pau tu,dtg la ....insyallah,tak kempunannya!!

sue-ab said...

ok la tuh...aku lagi tak pandai..

semut-terbersin said...

eh mmg makteh pandai masak pon..biskut raye pon tere nih..kitorang kekadang siap amik resepi dari die..

hoo br saye tau makteh nakal yeh dedolu?

eL said...

Waaa...rindunya dgn akak. haaa kak...apa lagi? takkan tulis je buat pau, buat piza bagai...hulur2 la resepinya. Ke kena dtg sana makan yang dah siap? :P

hai said...

semut...,

tak le nakal sgt..budak dedolu nakalnya ibarat cam budak yang paling baik sekarang hahaha...

Emblem....,

bukan taknak bagi,masalahnya resepinya main agak2..tak ikut sukatan..takut orang tak reti nak ikut.Kalau nak datang makan dan belajar sekali tak de hal...sentiasa dialu2kan!Biasanya pon kawan2 kat sini akak tunjuk cara nak buat sekali...sebenarnya doh pizza,pau goreng dan donut tu,bahannya dan caranya sama je....3 dlm satu....hehehe...