Thursday, July 9, 2009

MAKAN ,JANGAN TAK MAKAN!!!


"Kalau gajah tu boleh dimakan,agaknya gajah pun awak makan!!"Itulah ungkapan yang pernah di ucapkan oleh akak ipar aku.Nampak sangat betapa bengangnya dia ngan aku pasal dia heran sangat,asal sebut makanan apa je, mesti aku dah penah makan atau teringin nak makan.Tapi jangan salah faham lak,maksud aku tu semua makanan yang halal je la...Sebenarnya akak ipar aku yang pelik,banyak sangat bende yang dia tak makan,tu dengki kat aku kot...hahaha...

Aku ni, hidanglah makanan apapun,aku tak kisah,janji sedap.Bagi aku yang penting rasa dulu,bukan susah nak mencuba sesuatu tu,kalau memang tak menepati selera aku,jawabnya itu kali pertama dan terakhir.Senang je kan apa nak disusahkan,ni kang belum makan lagi dah kata saya tak makan,saya tak suka!Pelik manusia ni,dah Allah bagi kebenaran untuk makan,tapi kadangkala sikap kita seolah2 menghina makanan itu.Ada tu,pandang semacam sambil mencebikkan bibir,seolah2 makanan tu menjijikkan.

Aku ni walaupun sedari kecik memang makanan asasi aku ialah telor,tapi alhamdulillah la bila dah semakin dewasa aku boleh makan macam2.Aku kalau bab ikan ni,aku suka semua jenis ikan tak kira laut ke,sungai, paya ke, tapi lambat sikit la kalau makan ikan banyak tulang tu,takut tercekik..Pertama kali aku makan ikan sungai ialah ikan Lais,fuh!sedapnya, isinya manis..,tapi rasanya dah hampir 20 tahun aku tak jumpa ikan tu.Ikan patin,baung,lampam tu dah jadi mainan je!Ikan tilan pun aku penah bedal ..teringat arwah uwan aku,jirus air panas pada badan ikan tu untuk nak buangkan kulit luar dia.Badan ikan tu bulat,sesekali cam bentuk ular pun ada,isinya putih dan manis...buat goreng pun sodap!Kak Long aku kata rasa cam makan ular sawa plak!Sengal.
Ikan laut yang paling aku suka,ialah ikan pari,tapi sedih gak,bila akak ipar aku kata "orang tak makan ikan pari ni".Tau pasal apa???Pasal suami dia,ambik ikan pari tu buat umpan untuk "membinto" ketam je...huhuhu...Aku penah makan sejenis ikan laut yang rupanya cam jenglot,ikan tu lembik cam tak de tulang.Aku masak kari,tapi ikan tu jenis yang tak boleh masak lama dalam kuah,silap2 tinggal tulang je...isinya hancur bersepai dalam kuah tu,tapi rasanya memang sedap.Ikan yu pun sedap,tapi leceh nak mengembalakannya,nak kena buang kulit dia dulu dengan air panas dah tu kalau tak kena gaya memasaknya ada rasa hanyir!Aku rasa kebanyakkan ikan yang ada dipasaran tu semua aku dah cuba makan.
Ikan puyu(betuk),sepat memang aku suka,lebih2 lagi kalau dah di buat pekasam,cuma ikan potak aku tak berapa suka,pasal tak berapa sedap!Ikan keli atau haruan dah jadi menu dalam rumah ni.Belut pun sedap,aku cuma geli nak siang tapi kalau dah siap masak,tak de hal la,bedal semacam!!!

Kalau setakat ayam/itik ni aku rasa tak de orang yang tak penah makan,tapi aku dah rasa daging angsa,tak berapa beza sangat ngan daging itik cuma dagingnya banyak la sikit!Ayam belanda aku tak pernah makan lagi.Tapi arnab,memang sedap dari daging ayam sebab rasanya lebih manis dari ayam.Kalau daging binatang hutan ni,aku cuma pernah makan pelanduk,kijang dan rusa je...teringin gak nak rasa landak ke...tapi daging rusa paling best!! Isinya halus,jauhlah rasanya ngan daging kerbau/lembu ni.Pelanduk ni ada bau hamis sikit,rasanya aku kurang gemar sikit!!!Aku pun tak pasti pelanduk ni sama ke ngan kancil...ke yang aku rasa ada bau hamis tu kancil...???

Dulu abang ipar aku,beli sate bagi kitorang makan,lepas habis makan tu,dia saja tanya mak aku,"mak!sedap tak sate ni?",mak aku kata" sedap la"...pastu dia kata "ni sate arnab".Apalagi otomatik,mak aku terus je muntah berlambak2...pucat muka abang ipar aku...padan muka dia!Sebenarnya sate tu bukannya sate arnab,sate ayam je..tapi dia sesaja nak test mak aku pasal dia tau mak aku ni jenis yang sensitif sikit.Ha..ambik nak, lepas tu mak aku melepek terusss...kesian mak..hehehe...mak aku ni memang kelakar,ikan sungai pun tak makan!!!

Alhamdullillah!!Suami dan anak2 aku semuanya jenis tak memilih makanan,kalau tak sedap tak makan, itu je!Tak kira la indian style ke chinese style,western semua ok..opss..kitorang belum penah lagi mencuba sushi....tapi aku pernah gak teringin nak rasa 'ulat sago' yang kat Sabah tu,tapi bila ada terbaca hukumnya haram so dah tak fikir pasal tu dah...

7 comments:

kuSut said...

wah...
sesungguhnya aku mencemburui org yg tiada pntang dalam makanan..
aku ni byk mende x boleh makan...huuuu

Basuh Baju said...

aku makan semua!haha

endiem said...

makan lah selagi boleh makan.. tapi kalu dah tak boleh makan.. akibat kencing manis, darah tinggi, gaut dan lain2.. toksahlah bermimpi nak makan yang bukan bukan. Makan kambing mula pitam.. makan banyak garam darah naik..

Hashim Zabidi said...

Yang macam ular tu ikan tilan namanya. Sebaiknya bakar dulu, buang kulitnya. Pastu buatlah apa saja, sedaaap. Landak ada musim rasa dagingnya pahit sikit. Kancil dan pelanduk spisis sama. Pelanduk besar, kancil kecik. Klu kena cara buatnya memang sedap.

Baguslah kalau takde yang tak gemar. Org yg ajak tak kecik ati,...

Emblem of Purity said...

Wohhh akak....adventurousnya makan.

cayoi said...

aku juga jumpa ramai spesis yg memilih makanan, sgt tidak meriah hidup mereka kan...

hai said...

kuSut,
Ya!Akak memang bersimpati, dengan orang2 yang terpaksa berpantang kerana berbagai alahan!!

BB,
menyesal kalo member belanja ni!!

endiem,
betul tu!!tapi koi teringat arwah pok sedara koi degil ngat,walau mengidap berbagai penyakit,dia kabo mende..."tak yoh la berpantang ngat,esok mati juge"!!gone nak dibuatnya..tak terkata mende la kome...

Pakcik Hashim,
oo...ikut gitu ye.ingatkan buah je ikut musim...tapi sekarang jarang dengar orang gi memburu dah!!

Emblem of Purity,
Masa tgh ada selera ni,bahan je la,...ramai orang kata selera bila dah tua2 nanti banyak ragam dan pantangnya...

cayoi,
aku tak kata sapa la...mak aku pun sama...memang rugi sangat la hidup mereka ni...tak menikmati kehidupan..hahaha...