Wednesday, July 1, 2009

RAMAI ORANG GILA KAT RUANGAN SEMBANG!!!

Baru2 ni aku diperkenalkan dengan iMesh,oleh adikku yang menghabiskan cuti semesternya di rumah aku.Ianya satu ruangan untuk bersembang di internet,adik beradik le ngan ICQ dan sedaramara ngan lain2 ruang sembang kot!Aku ni memang tak berapa nak celik IT jugak,saja je buat2 pandai,buat blog ni pun aku ikut panduan yang "3 minit membuat blog".Ya la kan..dah sesenja camni baru nak cuba buat macam2...

Dia pun download untuk aku,dan siap tunjukkan demonya sekali dengan bersembang ngan beberapa orang.Aku rasa cam menarik gak la.Kalau boring boleh gak aku bersembang2 sambil bertukar2 pandangan ngan orang lain.Aku pun dah tak berapa nak syok berborak ngan jiran2 aku ,pasal kalau bersembang kang mesti termasuk jugak tempias2 'buat ketupat' tu.Jadi aku rasa mungkin lebih baik aku dok diam2 dalam rumah sembang sesekali ngan member2 kat tenet ni....

Kali pertama aku online tu,aku seronok gak,pasal ramai orang yang masuk nak ajak borak...tapi mula aku rasa cuak semacam...ditambah lak dengan semua yang masuk tu menyoal dengan soalan paling bangang aku rasa...ada ke tanya 'buat apa tu'?'tak tido ke'?menyampah gak nak menjawabnyer....ada jugak yang cam nak menggatal je....Aku ni memang lurus sikit,tak reti nak bohong....bila orang tanya dah kawin?mestilah aku jawab ya...!hehehe..patut ramai orang nak bersembang ngan aku rupanya kat profile aku tu,memang la umur 39,tapi status aku 'single'.Aku tak sedar pun tentang kesilapan teknik yang berlaku sehingga adalah sorang mamat ni bagitau kat aku.Ha!terkejut aku,barulah aku edit balik...sebenarnya untuk registration tu,anak aku yang tolong buatkan...

Aku ni sebenarnya tak pandai nak pilih sapa yang aku nak borak,jadi aku tunggu je orang yang sudi nak bersembang.Yang ya nya aku tak belajar lagi cara nak ajak orang bersembang tu camana????Majoriti yang masuk tu,kaum lelaki....tapi yang tak bestnyer...kebanyakkan diorang ni boleh di kategorikan berpemikiran 18sx!Sorry la ....Tak kuaaasaaaa....akak, nak layan...orang2 gila abad ni!Aku mula terfikir kenapa kaum2 lelaki ni tak pernah ke berfikir benda lain yang lebih positif ?Pulak tu yang paling galak ni,semuanya yang berumur 40 an ke atas.Aku ingatkan lebih berusia seseorang tu lebih banyak kita boleh berkongsi sesuatu yang baik,bertambahnya umur bererti ajal kita semakin hampir.....Ni semua jenis tak sedar diri....nak mampos!Ada jugak aku bersembang ngan bebudak yang boleh dikira,peringkat adik2 ni lebih berhemah dan menghormati orang lain.

Aku ingatkan melalui ruangan bersembang ni kita boleh berdiskusi,meluahkan pendapat dan mendengar pandangan orang lain mengenai sesuatu yang boleh memberikan kita ilmu dan pengetahuan.Tapi nampak gayanya,cukup la setakat ini je kot,aku pun tak berani nak meneruskan niat murni aku ni bila suami aku kata ,ramai orang telah tertipu dengan mereka2 yang berada di ruang sembang ni....sumpah aku takut,tak rela akak terpedaya!

13 comments:

HBB said...

hehehe... kalau masuk ruang macam ni kena kuat iman... aku dah lama masuk ruangan mcm tu, dulu MIRC, kena pandai pilih ruangan. Ramai kwn2 MIRC aku golongan profesional spt pendakwaraya, majistret, editor surat khabar dsb. kami siap buat gathering. tp tu cerita hujung 90an. skrg tak join lg. cuma aktif kat fs n fb aje. YM skali skala tu pun ngan ex student.
bila main ruang macam ni, satu yg aku notis kita rasakan org di sebelah pihak tu bagus semuanya? ehehhehe.

una_noche said...
This comment has been removed by the author.
Xpuasati said...

MIRC, YM, iMesh, semuanye dah muak bagi gua. semuanye untuk orang nk memuaskan nafsu melalu jari, asyik sembang 18sx. Bila kita sembang baik2, ada chatter yang perassan ingat kita nak tackle dia.

Blogger ada terbaik untuk dapatkan informasi dan bacaan berguna, cuba akak baca blog basuh baju (Ilmu politik), Abang Terer(islamik sikit), Penagih ayam goreng(diari hidup dia yang agak cantik penulisannya), Hilangpunca(cite pasal Bola banyak).

betul tak gua cakap.

Basuh Baju said...

pergh...lelaki ni kalau saya jumpa memang sy bawak diorang gi jumpa tok mudim..biar sunat lagi sekali..

Abang Terrer said...

Kalo nak bertukar2 pendapat, aku rasa forum lebih sesuai dan serius, sbb ada registration dan moderator... ruangan sembang x ada benda2 tu, ramai la yg amik kesempatan...

Kalo tak ada tempat sgt, leh je YM teman... kalo free insya Allah teman layan... Teman confirm tak menggatal hehe...

hai said...

HBB,
aku memang insan yang lemah ..hehehe..
Xpuashati,
yes!akak sokong kau..X kuasa dah melayan haramjadah ni!Eh,blog2 yg ko suggest tu memang akak layan la..
BB,
diorang ni jenis yang x de wawasan cam ko!
Abang Terrer,
tak reti nak ber YM pulak..rasanya cukup la ngan FB yang satu tu!

Abang Terrer said...

Facebook ni bahaya... mengikut satu sumber yg boleh dipercayai, perisikan Amerika (CIA) menggunakan maklumat2 dlm Facebook, Friendster, MySpace utk membuat satu koleksi data-data peribadi manusia di dunia ni... Kalo masa register dulu tipu2, ok la.. kadang2 ramai yg jujur buat registration letak maklumat betul...

hai said...

Abang Terrer,
ya ke gitu...bahaya gak ek!tapi majoriti yang register kat situ mmg letak maklumat yg betul!

ummu Masyitah said...

akak,saya pun dah terkena gak.he he puas kena bebel lah ngan suami.

hai said...

ummu Masyitah,
tak sangka...sama la kita!!!

Emblem of Purity said...

Akak...dlm 15 tahun lepas takde benda2 tu semua kak. Lately ni penuh dgn benda2 mengarut tu kalau saya masuk 6 bulan sekali. Sana sini akan cakap arah ke situ2 je. Macam la takde benda lain nak cakap dlm dunia ni. Niat kita nak berkawan. Bila tanya benda2 mengarut tu naik menyampah jadinya. Akhirnya saya pencen.

Betul kata Abang Terrer tu, kalau akak nak berdiskusi atau bertukar2 pendapat selalunya ruangan forum lebih sesuai.

Dan sangat betul apa yang suami akak kata tu, memang sangat ramai telah tertipu.

hai said...

Emblem of Purity,
Ya la..akak memang serik dah,tak hingin nak join bende ngarut gitu....
setakat ni belum lagi masuk mana2 forum...hehehe...

HanafiaH said...

Assalamualaikum.. ni nak minta laluan untuk memperkenalkan pekesim - Pertubuhan Kebajikan ekonomi dan sosial islam malaysia. Satu pertubuhan berdaftar dan ditubuhkan dalam usaha membangunkan ekonomi ummah kita. Satu bantuan kewangan yang telah diperkenalkan untuk membantu sesama ummah termasuk golongan bantuan asal iaitu berjihad membantu golongan miskin, anak-anak yatim dan ibu tunggal. Bantuan merupakan wang tunai maksima Rm10,000 diberikan kepada sesiapa yang memerlukan batuan kewangan samada untuk peribadi atau perniagaan. Terbuka kepada sesiapa saja org islam yg berumur 18 keatas, bantuan tak perlu payslip, penjamin ataupun cagaran. Sila lawat laman web; www.pekesim.org untuk keterangan lanjut. Utk pendaftaran sms (percuma) pendaftaran pekesim*nama*no. ic*alamat*0132608598 (no. hp penaja)