Thursday, July 16, 2009

LASAK DAN MENCABAR!!!

Mungkinkah kerana aku sukakan aktiviti sebegini yang menyebabkan aku kelihatan tidak begitu feminin pada pandangan teman2 kot atau memang aku jenis yang sempoi?????
















Ini program pertama yang aku sertai,iaitu xpdc berbasikal dari Temerloh- K.Lumpur,anjuran Jabatan Belia dan Sukan.Hari pertama program, kami bermalam di Bentong,dan diraikan dengan jamuan minum petang di rumah DO Bentong.Dari Bentong melalui jalan lama Gombak dan bermalam di Pusat Belia Antarabangsa,Cheras.Beberapa hari kemudian,berkhemah dan bermalam di Hutan Lipur Lentang, dan akhirnya berbasikal semula ke Temerloh....keseluruhan program 10 hari.....

Malam pertama di Bentong tu,aku bangun pukul 3am,menangis..tak tahan,rasa paha dan betis bagai dicucuk2 dengan jarum..bisa...nasib dapat member2 yang ngam, diorang siap tolong sapukan minyak angin...masa tu cuma ada 4 peserta pompuan je...Syam dan Utih jadi member baik lepas tu...















Ini semasa dalam perjalanan ke K.Lumpur,berhenti rehat...penat giler..ni dinamakan takde keroje cari keroje...Terlalu banyak kenangan manis dan terdapat juga insiden2 paling lawak... yang berlaku .....Selepas pada ini aku pernah juga mengikuti xpdc berbasikal anjuran Kelab Pengembara sempena hari Kemerdekaan iaitu xpdc berbasikal jelajah Pahang Barat.Dari Temerloh-Jerantut-Benta-Raub-Bentong-Temerloh.Teringat pulak masa berhenti rehat kat area sebuah kampung di Benta,ada la sorang makcik ni dia kata,"sian ke hokme ye,letihnye la ngayuh besikal,ngapanya, tak de bas ke???Adoi la makcik...terasa pulok kome ni cam orang pandir je!!















Ini merupakan program ke 2 yang aku sertai iaitu Kem Musim Cuti di Tasik Cini,selama 10 hari juga.Peserta program paling ramai aku rasa,iaitu 100 orang.Kami berkhemah,betul2 di tepi tasik Cini.Berbagai insiden yang berlaku,menyebabkan sebilangan peserta perempuannya mengalami histeria.Sehingga memaksa kehadiran 'bomoh' untuk memulihkan mereka dan mereka yang tidak pulih sepenuhnya di hantar pulang.Gambar di atas sewaktu melakukan pendakian ke Gunung Chini..malangnya kami hanya sempat membuat pendakian ke Bukit Botak kerana pihak penyelaras tidak mahu mengambil risiko untuk ke sana...tidak pasti kenapa jadi begitu...Tapi bunyi ceritanya kawasan gunung tu pun sangat misteri...Apa2 pun hanya yang dalam gambar tu je berjaya menamatkan misi hari itu,daripada 80 peserta....yeay!















Ini sewaktu aku berkayak di Tasik Chini,Tasik Chini memang menyimpan berbagai kisah misteri,aku berkesempatan mendengar berbagai2 cerita,dan sempat dibawa melihat kawasan yang kononya tempat seekor ular bersaiz besar bertapa...mungkin anaconda kot,aku mendapat petua dari orang tempatan,kalau pergi ke Tasik Chini,mula2 sekali mesti basuhkan muka dengan air tasik sambil membaca bismillah dan salawat ke atas nabi,insyallah tidak akan berlaku perkara2 yang tidak baik.Wallahualam!Tapi aku buat,Alhamdullillah,sepanjang aku dok kat situ..aku tidak mengalami peristiwa yang pelik2!
Bersama Kelab Pengembara juga aku pernah melakukan xpdc berkayak sempena bulan kemerdekaan dari Bentong-Temerloh,menyusuri laluan Datuk Bahaman....melalui Sg. Semantan hingga ke Sg.Pahang.















Ini pula program yang diadakan di Pulau Tioman,juga selama 10 hari.Program ini menggabungkan peserta dari negeri Pahang dan Johor.Kami bergambar sebelum memulakan perjalanan untuk mendaki Gunung Kajang,yang terletak di Kg.Juara dengan ketinggiannya melebihi 3000 m .Di sini,hutannya masih lagi terpelihara,kalau bernasib baik boleh melihat pelanduk atau binatang hutan secara semulajadi.Terdapat begitu banyak'bunga patma'atau dikenali sebagai rafflesia,bunga anggerik hutan yang cantik dan panoramanya memang menarik.Air sungai yang sejuk dan segar,tidak tercemar dan aku berani minum airnya tanpa dimasak,rasa cam minum air sejuk peti!.Kami juga terjumpa sebuah gua yang terletak tidak jauh dari puncak gunung.Air sungai mengalir melalui gua tu,memang cantik dan airnya sejuk giler dan menurut cerita..didalam gua tersebut tersimpan 'harta karun' yang di sembunyikan oleh lanun2 zaman dahulu.Kenapa tidak ada orang yang berani mengambilnya???Menurut cerita orang tempatan,ramai orang yang mati ketika mencari harta karun tersebut.















"Take 5!"Begitu la kaedahnya berjalan dalam hutan,sesekejap kang berenti...tunggu semua orang ada baru jalan balik...sambil2 tu nikmati la pemandangan yang menarik sambil menghayati ciptaan tuhan,sebab pemandangan kat situ tak terdapat di luar sini!!















Ni,merupakan puncak bukit sewaktu aktiviti pendakian sebuah bukit yang terletak di Lumut,Perak(aku tak ingat namanya).Semasa turun dari bukit ni,aku tergelincir dari ketinggian yang curam dan jatuh macam nangka busuk.Nasib tak cedera tulang belakang.















Ini merupakan aktiviti terakhir yang pernah aku sertai iaitu Program Pelayaran KLD Tunas Samudera.Program pelayaran selama 10 hari menaiki kapal layar Tunas Samudera.Destinasi kami bermula di Port Dickson-Lumut-Pulau Langkawi dan berakhir di Pulau Pinang.Masa mula2 aku naik ke kapal,rasa semacam je.. rasa terhuyung hayang,nampak lantai dek berbayang2.Bila dah lama sikit baru rasa ok.Orang kata tu kira cam nak mabuk laut,tapi alhamdullilah!Sepanjang perjalanan aku tak termuntah pun.Ramai juga yang termabuk laut bila angin bertiup kencang dan menyebabkan kapal di pukul ombak yang kuat.Kadang tu ada gak rasa takut bila time gitu.Bayangkan la dok kat tengah laut tu tak nampak apa2 pun...sekeliling kita air je,kalau jadi apa2 beserah pada Allah je la!















Ni bukan saja2 kena panjat,bila angin kuat kita terpaksa turunkan layar,jadi kena buka ikatan pada layar2 tu.Bila dah tak ada angin,kena panjat naik atas tu dan lipatkan balik layar.Berat woo..layar tu ,pulak tu ada 3 tingkat layar,nasib le sapa yang kena kat puncaknya.Ada sorang peserta lelaki yang kena betulkan layar kat puncak tu,masa tu pulak angin kuat,tak tau camana dia boleh termuntah dari puncak tu kena layar no 2,no 3 dan jatuh atas dek.Hehehe..pegawai kapal tu suruh dia bersihkan balik semua tempat muntah dia!















Ini bukan acara tarik tali,ini la caranya untuk nak menaikkan sauh ke atas...kononya la tu!!Sepanjang aktiviti di situ,memang mencabar, boleh la merasakan bagaimana kehidupan orang2 laut,macam tentera2 laut kita menjalani kehidupan ditengah laut,malah berbulan2 lamanya.Setakat 10 hari memang la best,tapi kalau lama sangat aku rasa...nanor jugak!!
Istilah2 yang digunakan oleh mereka juga ada perbezaannya seperti dapur-galley,tandas-rest room,kiri-port,kanan-starboardside(tah ya ,tidak ntah)bertugas sebagai pemerhati -watcher...tu je kot yg tertinggal sikit kat pala otak aku ni...















Ini la semua peserta yang sama2 menjalani program yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan bersama TLDM.Pengalaman yang sangat berharga dan tak mungkin aku lupakan....

10 comments:

endiem said...

hebat lah aok yek.. kalau koi tak sanggup nak manjat pencawang api kat simpang sg.isap tu.. gayat

Emblem of Purity said...

akak...akak keje dgn TNB ye :P

hai said...

endiem,
dulu masa muda,kederat ngan semangatnya lain,sekarang dah nak masuk senja ni koi tok berani nak kata la!!!

Emblem...,
TNB???gamoknya si endiem yang keje ngan TNB,akak ni keje berkejor je ngan bebudak kat rumah ni!!

relevan said...

Lasak juge deme ni ni yak..

hai said...

dedulu je..sekarang dah pencen!!

una_noche said...

perghh giler la kak hai..terbaekk..iron lady r...patut la hannah bole tahan hahahah...

ummu Masyitah said...

bestnyer...

hai said...

una_noche,
mana sama,kak hai masa bebudak tak lasaknya cam si hannah tu!!

ummu Masyita,
best masa itu je le...

NorRa09 said...

Tabikkkkkkkkk le dgn kelasakan deme tu.. agak2 ada tak antara bebudak ber-7 tu menurun hobi maknye ?

hai said...

emm...hampeh!! semua pun lembik je gayanya...