Wednesday, July 22, 2009

WASPADA DENGAN PINGGAN JENAMA "BONE CHINA"!!





























(berita harian 22 julai 2009)


KUALA LUMPUR: Umat Islam perlu berwaspada apabila membeli pinggan mangkuk dan perkakasan makanan seperti cawan dan piring daripada seramik kerana ada jenama tertentu mengandungi campuran tulang haiwan, termasuk tulang babi.

Tinjauan di beberapa gedung beli-belah di ibu negara mendapati tiada label diletakkan bagi memaklumkan pengguna bahan campuran digunakan untuk menghasilkan perkakasan itu.

Berbanding dengan kedai kasut yang biasanya meletakkan label ‘kasut diperbuat daripada kulit babi’ di ruang jualan, peniaga yang menjual pinggan mangkuk mengandungi campuran tulang haiwan tidak memaklumkannya kepada pembeli.

Pegawai Penyelidik Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Hatijah Hashim, ketika diminta mengulas, berkata orang ramai boleh mengenali perkakasan yang mengandungi tulang haiwan kerana kebanyakannya tercatat Bone China di belakangnya.

Bone China adalah istilah komersial digunakan pembuat perkakasan pinggan mangkuk yang mengandungi tulang haiwan.

“Berbanding penggunaan kaca dan tembikar sepenuhnya, perkakasan yang mengandungi tulang haiwan ditumbuk halus itu biasanya diimport dari Jepun dan United Kingdom. Ia dicampurkan bagi menjadikannya lebih berkilat dan cantik.

“Ia biasanya lebih eksklusif dengan harga mencecah RM8,000 satu set,” katanya.

Namun, katanya, peniaga sepatutnya lebih bertanggungjawab dengan meletakkan label di ruang jualan bagi memudahkan umat Islam mengenal pasti sama ada perkakasan dibeli dicampur tulang haiwan.
Bagaimanapun, beliau berkata, umat Islam boleh menghubungi CAP di talian 04-8299511 untuk kepastian.

Pengarah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin, berkata pihaknya pernah menerima aduan umat Islam yang khuatir mengenai penggunaan perkakasan seramik yang dikatakan mengandungi tulang haiwan.

“Namun, kami tidak dapat berbuat apa-apa kerana tidak mempunyai bukti kukuh. Pihak berkuasa perlu menubuhkan unit khas untuk membuat kajian makmal,” katanya.

Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zainal Abidin Jaffar, pula berkata pengguna yang ingin mendapatkan kepastian boleh membawa perkakasan itu untuk dianalisis oleh Unit Pemantauan dan Penguatkuasaannya.


**Saya terkejut juga membaca artikel tersebut,kerana setelah disiasat stok yang ada dalam simpanan saya memang terdapat satu 'tea set' yang tertulis' fine bone china'....
Mujurlah sejak memiliki set tu ,belum pernah sekali pun saya menggunakannya lagi...hehehe...sayang la konon!!Suami saya suruh saya sedekahkan je pada orang bukan Islam,tapi hati saya cam berat jugak la.Walaupun saya beli tu bukanla mahal sangat cuma RM299 je satu set,dah tu main kutu plak.Saya pun sebenarnya tak berapa arif pasal pinggan mangkuk ni.....
Tergerak gak hati,kalau tak yah guna tapi simpan je boleh ke agaknya????Itu la orang pompuankan,benda cam gitu pun masih rasa berat hati untuk dilepaskan...kalau buat hiasan cam dok agung2kan tulang babi je rasanya....Agak2 apa yang sepatutnya saya buat ek???

11 comments:

10 said...

ooooo... manyak problem la itu macam... apa kata hantar p makmal ke ape ke... camner?

zai said...

Astagfirullahal'azim...zai pun ada juga beli pinggan mangkuk mcm tu dulu2 tapi masih lagi disimpan tapi rasa2nya tak nampak pula tertulis perkataan BONE CHINA kat belakang tu..kena belek habis2 camni..kalau dah tak boleh pakai buat apa nak disimpan ye tak..baik buang jelah..takut benar jatuh haram dan berdosa simpan bekas najis mughallazah kat dalam rumah..nanti malaikat rahmat tak masuk pula.

MARINI said...

Terima kasih la Kak Hai sebab kongsi info. Kalau tak mesti tak tau pun. Mimi ni baru je congak-congak ingat nak beli Vantage...

Nampaknya takyah la kot. Mesti suka EN.Khaizu kalau bagi tau dia... Sebab dia pun bising mahal...

endiem said...

ini mesti check kat umah

relevan said...

erkkk..lor..kome guna pingan ni lah...wala...ishk2

hai said...

10,
tak padan rasanya nak anta ke makmal...ada ciput je!!

zai,
tak tahu la nak kata apa,kalau ikut pembacaan kat internet ni,bone china dan fine bone china tu ada beza...tapi rasa was2 la...ikut kata suami akak la kot..bagi je kat kengkawan yang bukan islam..nak buang rasa cam membazir plak!

MARINI,
hehehe..nasib baru plan...tentu EN.Khaizu senyum sampai ke telinga...

endiem,
check jgn tak check!!

relevan,
aok bior betul,tgk bawahnya tu dulu,takut bunga je sama...pinggan ni kadang bunga sama jenisnya beza!!

NorRa09 said...

Saya pun nak keluarkan stok .. takut nyimpan najis! tapi ramai bukan islam yang nunggu, nak.

hai said...

agak2 kalo jual kat diorang tu harga second ok ke?hahaha....

Package said...

kalau nak tahu lebih lanjut perbincangan mengenai bone china boleh ke blog ini, bagus link hurainya
http://mrsnorhobi.blogspot.com/2009/05/bone-china-haram.html

http://mrsnorhobi.blogspot.com/2009/07/jahil-ker-ambo-jika-ambo-jika-ambo.html

noorliza zulkifly said...

Kalo yg xda tulis bone china tu ape ker??? Adehhh

noorliza zulkifly said...

Takpe ke??? Salh eja lak