Thursday, July 23, 2009



MELAYU HARI INI??

Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu

Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemulihan , dulu di Pudu

Dan di jalan, lumba haram , rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun s
apu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu
Di malam kemerdekaan dan malam t
ahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu


Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu

Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru

Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru

Apa pakaian Siti nak pakai itu pun nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak Melayu masih nombor satu
Asal bergaye sanggup makan nasi dan tokyu



Boleh tak jumpa Melayu di kedai buku?

Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu

Ada jugak tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa Melayu jadi begitu?

Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin
negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu

Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu

Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
pasal jambatan bengkok atau siapa dia penghulu
Dan suka sangat dengan budaya ampu mengampu
Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
Boleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu

Kata Nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu!!!!




By,
Someone
Somewhere

6 comments:

endiem said...

bagus A+

zai said...

Adeyy...Melayu, melayu..tak abis2 macam tu..kena plak sajak kat atas tu...Melayu mmg dah layu..

a kl citizen said...

wah best sajak menyindir ni...

Hashim Zabidi said...

Janganlah sampai malu jadi melayu,
Melayu tu ayu tapi pemalu...

hai said...

endiem,
hehehe..bukan koi nyer!

zai,
tertinggal,
Melayu juga mudah lupa!!

a kl citizen,
sesekali kena buat gitu...

Pak Hashim,
Melayu ayu,tapi pemalu tu..rasanya banyak masa zaman dulu je....bukan apa, melayu sekarang ramai dah tak ori pasal ramai dah kawin campur hehehe...

relevan said...

Melayu yang melayu...kala melayur guane yak?