Tuesday, July 28, 2009

BENARKAH MENYANYI DIDAPUR,DAPAT LAKI TUA???

"Anak dara tak boleh menyanyi di dapur,nanti dapat laki tua"!!Itulah ungkapan yang sering saya dengar sewaktu kecil dahulu.Orang2 tua marah sangat kalau mendengar anak2 dara mereka menyanyi didapur.Saya pernah tanya,apa kena mengena menyanyi dan dapat laki tua???Nampak sangat cam tak releven langsung,tapi orang2 tua zaman dulu cukup pantang kalau anak ke, cucu mereka bertanya.Silap2 gaya soalan kita dijawab dengan bebelan yang panjang.....

Saya memang suka sangat dengan aktiviti menyanyi,ya la..ramai bebudak memang cukup terhibur dengan acara nyanyian kan?Dari sekolah tadika membawak ke sekolah rendah tu memang tak tinggal dengan berbagai program nyanyiannya.Dari lagu2 'nursery rhymes' ke lagu2 nasihat,patriotik hingga ke lagu2 koir.Itu belum dikira acara menyanyi kat tangga flat saya tinggal,ramai betul bakat2 terpendam yang ada!Waktu itu lagu2 Sanisah Huri,Sharifah Aini,Rahimah Rahim,Uji Rashid..pendekata lagu2 zaman 70 an la yang menjadi pilihan mereka.Bukan setakat nyanyi je,siap dengan 'eksyen'nya sekali ..memang dasat le!!

Dulu ,saya pernah menyimpan angan2 nak jadi penyanyi,saya pun tak tahu bagaimana saya pernah dijemput menyanyi di sebuah sekolah menengah ketika berusia 9 tahun.Semangat makin berkobar2 bila menjadi johan sekolah sewaktu darjah 6.Tapi tak tau dimanakah semangat tu semakin menghilang bila saya semakin meningkat dewasa dan mula dikuasai perasaan malu!!Alhamdullillah!!Nasib baik saya tak meneruskan impian saya tu...

Malangnya,menyanyi tu seolah2 telah menjadi sebati dalam hidup saya dan kesannya saya tidak dapat mengikis tabiat suka menyanyi dalam rumah.Tak kira la kat bilik,dapur malah tempat yang paling seronok menguji suara ialah kat tempat jin bertendang,bilik air,rasa cam dok dalam studio rakaman!Saya senyap tak senyap waktu tidur,waktu boring nak nyanyi dan waktu abah ada kat rumah.Tau pun takut abah dengar!!

Semasa saya tingkatan 3,saya masih lagi dengan aktiviti nyanyian saya yang dok terlalak2 tak kira masa tu.Masa dulu mana la ada set karaoke cam sekarang,abih2 dok dengar radio/kaset,tak pun tengok orang nyanyi kat tv.Jadi kadang tu saya nyanyi tak yah guna alat bantuan pun...hehehe..unplugged lagi!Kebetulan di sebelah rumah saya tidak berpenghuni,dan di hadapan pula terdapat beberapa orang budak bujang yang menyewa rumah tu.Mereka pekerja2 yang bertugas menyiapkan projek apa pun saya tak tau.Saya tidak pernah ambil kisah pasal budak2 bujang ni,tapi mereka selalu bertegur sapa dengan mak saya.

Budak2 tu sama seperti saya,keluar pagi balik makan tengahari dan mereka akan keluar semula dan akan balik pada waktu petang.Jadi saya tidak pernah hiraukan mereka,apatah lagi saya seorang pelajar ketika itu,kononnya!!Kadang petang2 tu ada juga mereka dok kat depan dan membuat bunyi2an yang paling saya benci dalam hidup saya...pstt..pstt...

Pada satu malam,beberapa bulan selepas mereka menjadi penghuni di rumah hadapan tu,mereka datang berkunjung ke rumah.Rupa2nya kedatangan mereka hanya untuk menyampaikan ucapan selamat tinggal kepada keluarga saya kerana tugas mereka telah selesai.Apa yang paling nostalgiknya bila bos budak2 tu memberikan cenderahati kepada saya,iaitu sebuah kaset nyanyian Barry Manilow......eeiiii!Lagu sapa ni,sumpah saya tak pernah tau pun,camana la mamat tu boleh bagi saya lagu cam tu...hihihi....
Dan...dan yang lebih menyagat hati saya bila mamat tu dok kata,"adik,suara adik sedap...abang suka dengar adik menyanyi,anggaplah ni hadiah dari abang"!!Ahak!Ahak!!Balik je diorang tu,apalagi...mak saya terus bersyarah panjang....sebabnya kalau saya tak melalak sekuat2nya mesti bebudak tu tak dengar..jadi pikir la sendiri betapa powernya suara saya menembusi rumah diorang yang jaraknya tidakla dekat sangat!!

Selepas peristiwa tu, baru la saya kontrol sikit kalau gian sangat nak menyanyi ...tak la mengikut perasaan lagi.Kadang bila saya menyanyi sambil memasak tu mak berbunyi juga "ha!kang dapat laki tua"!!Saya rasa tak de kena mengena nyanyi kat dapur boleh dapat laki tua,yang betulnya masin mulut orang tua2 , asyik dok kata 'dapat laki tua'!!Bila selalu sangat mengungkap kata2 tu dah jadi cam doa la pulak!!Hasilnya memang saya dapat laki yang lebih tua dan perbezaan umur kami 10 tahun!Tapi tak la tua sangatkan,kalau dipandang pada ketika ini apalah bezanya sangat...tapi cuba bayangkan,agak2 kalau dia berumur 20 tahun,tergamak ke dia nak bercinta dengan budak umur 10 tahun...hehehe.....

14 comments:

zai said...

Dapat lelaki tua ni bagus sebenarnya...
Lebih matang bila berfikir dan bertindak.., Zai sendiri banyak kawan2 yg berkahwin lelaki yg jarak umur lbh 10 tahun dan keatas tetapi bahagia sangat2 sbb lelaki pada masa tu dah matang dan lebih sabar dengan kerenah isteri, tak macam yg muda2 ni lbh panas baran..

endiem said...

hai..
ada benarnya jugak.. cuba aok tengok penyanyi kita.. contohnya siti umor bape dato k umor bape .. banyak lagi kot.

relevan said...

Dapat somi tua besh..caring jer..he2

NorRa09 said...

mak kome n abah kome 12 tahun jaraknye! gamaknye suke nyanyi kat dapur le tu...tak kisahlah tua ke muda ke asal bahagiaaaaaaaaa.......

hai said...

zai,
Masa mula2 dulu,teragak2 juga,tapi sekarang alhamdullillah!setakat arini,memang banyak kebenarannya..kira tak salah pilih la..hihihi!!

endiem,
koi rasa mok dia pun cam mok koi,asyik khabor dapat laki tua,tu yang menjadik!!

relevan,
gamoknya, mesti aok gitu dak??

NorRa09,
hehehe..kena siasat balik,sebab suma adik beradik mok koi pun kawin ngan laki yang tua lebih pada 10 tahun...menyanyi di dapur belaka la tu....tapi betul, janji bahagia...

Fadh said...

org tua2 larang tue bukan apa...takut nanti tersembur air liur kat dlm masakan he he he

Fa-T said...

betul kot.. sebab bini sya suka menyanyi di dapur... last-last dapat suami SAMA TUA

hai said...

Fadh,
hihihi...logik gak!!

Fa-T,
bini awk nyanyi masa bebudak ke masa dah kawin ni???

semut-terbersin said...

ptt ler byk lagu2 makteh nyanyi tuk bebudak tuh mase kecik2..mcm2 lagu kitorg dgr makteh nyanyikan tuk bebudak tu..tp bezz!!tikus bawah ketiak la..cak cekur la..n tah pape tah lagik.. ni kene blaja kat makteh ni lagu2 tuuk nyanyi kat aariz plak..nnti ajar angah tau!!hehe

hai said...

hehehe..awak kalo nak belajar kena kursus seminggu..banyak lagu2 klasik ni..sure aariz suka...
"pak abu pergi memancing,
dapat seekor ikan gelama,
hati adik jangan la runsing,
dapat makan bersama2".
nyanyi sambil buat eksyen...baru nampak real..nanti aariz boleh ikut...hihihi...

महामंत्री - तस्लीम said...

Nice Blog. Congrats.
-Zakir Ali ‘Rajnish’
{ Secretary-TSALIIM & SBAI }
[Editor- Children’s Poem & Adult’s Poem]

hai said...

Zakir Ali,

Thanks!!

Abang Terrer said...

Gua dpt isteri lagi tua dari gua.. slumber je hihi...

hai said...

bukan semua yang orang2 tua dulu kata tu,boleh pakai!!yang ianya jodoh/rezeki/hidup/mati tu Allah dah tentukan dari mula roh ditiupkan semasa janin lagi!!