Monday, July 27, 2009

SENYUM SUMBING!!!

Seorang kanak2 lelaki berusia setahun lebih,baru cuba belajar bercakap dengan mengajukkan perkataan2 yang diajarkan.Petang tu,sambil ditemani oleh ibunya,mereka memerhatikan kakaknya yang sedang bermain di halaman rumah.Sambil itu ibunya mengajar dia memanggil nama kakaknya "tu,kak Huda...panggil kak Huda...kak Huda..."maknya mengulangi beberapa kali lagi.Lalu anaknya pun mengikut"kak Uda..."ibunya berasa gembira lalu menyuruh lagi anaknya memanggil lagi,beria2 si ibu hendak mendengar lagi kebolehan anaknya itu!!Ha,panggil lagi kak Huda...kak Huda...ha..panggil....panggil....".Oleh kerana tidak mahu menghampakan ibunya anak itu pun menunjukkan bakatnya sekali lagi dengan terkeluarnya perkataan "anggil...anggil"!!

Pada satu hari,sewaktu budak lelaki tu berusia 5 tahun,dia memberitahu maknya,"mak!Adik rasa adik nak bakar la rumah kita ni!!Terkejut sakan mak dia sambil bertanya"la,kenapa adik nak bakar rumah kita???Biarlah.. nanti bomba datang,adik boleh dengar bunyi keter bomba tu"!!Ada nak rasa makan penampo mak!!

Satu hari,semasa berusia 9 tahun pula...budak lelaki ini,mandi terlalu lama sehinggakan menimbulkan kemarahan kepada kakaknya,lalu kakaknya menjerit beberapa kali memaksa dia segera keluar.Apabila dia keluar saja dari bilik air,kakaknya terus bertanya sambil menahan geram"awak buat apa,lama sangat dalam bilik air??"dengan selambanya dia menjawab "la,lambat a..sebab adik mandi hadas besar!"Terbeliak mata kakaknya mendengar penjelasan adik sambil tu kakak bertanya lagi "kenapa pulak awak kena mandi hadas besar"??"Dah,adik baru buang air besar"!!!!wakakaka.....terburai gelak kakak!!

Satu malam,semasa anak itu berusia 11 tahun,dia dimarahi oleh kakaknya kerana mendapat keputusan peperiksaan yang teruk untuk subjek B.Inggeris."Cuba awak tengok ni,awak tak faham ke apa makna 'clean','wipe',brush....ni kalau budak darjah 1 pun reti nak jawab,awak dah darjah 5 ,tapi perkataan senang ni pun awak tak faham!!Apa yang awak belajar selama ni???Main je...kerjanya!!"Adik yang dari tadi kena bebel hanya menundukkan kepala merenung kosong ke lantai.Oleh kerana tidak berpuas hati dengan adik,maka kakak cuba untuk menguji pemahaman adik lalu kakak menanya adik,apa maksudnya "blackboard?"Adik pun menjawab "papan hitam"."window"?
"Tingkap".."Broom"?Lama adik dok terkial2,tak boleh nak menjawab,kakak pun dah semakin panas hati tengok muka adik yang terhegeh2 tu.Kakak terus sergah adik "tau tak jawapannya"?Adik tersentak sambil jawab "tau"!Kakak semakin menyinga dengan perangai adik"dah tau jawab la,apa dia?Dengan suara yang lemah longlai adik menjawab "moto"!!

8 comments:

a kl citizen said...

kesian kat adik tu....

ummu Masyitah said...

garangnyer kakak dia kan?macam manalah gamaknye klu kakak jd cikgu?hi hi

Tirana said...

Memang tersenyum kambing sorang-sorang depan komputer ni..hehehe

Fadh said...

:) mcm nie ke senyum sumbing

ke macam nie

;) salam kenal

zai said...

Hai...

Wah dah pandai buat cite kelakar nampak hehehe..tak lama layi..tak adolah oghang nak poyi lagi ke blog zai nie..

hai said...

a kl citizen,
nak buat camna,adik..memang selalu kena buli..hihihi...

ummu Masyitah,
kakak dia dah jadi ustazah pun!!

Tirana,
tak boleh bayangkan camna senyuman tu..

Fadh,
rasanya senyum sumbing tu boleh la dikategorikan cam senyum lawak tak lawak je kot!!

zai,
sebenarnya saya ni memang jenis yang suka bergurau...hidup mesti ceria!!
Jgn risau..,tak larat nak baca citer lawak je,kadang hidup kena serius jugak!:)

relevan said...

wehh..senyum sambil sumbing kwn baca citer aok ni..terkedu kakok nye yak....

hai said...

memula terkedu jugok,pastu tak jadi nak maroh ...gelak sakan le!!