Sunday, June 28, 2009

SEPANJANG PERJALANAN

BERSYUKUR DENGAN APA YANG KITA ADA!
Aku baru je balik dari menghantar rombongan pertunangan sepupu aku ke Felda Palong Timur di Segamat.Fuh!boleh dikatakan jauh jugak la,tapi rombongan kami punya la ramai ...berkonvoi 8 buah kereta.Pihak sebelah perempuan pulak buat kenduri 'bertunang' sampai tumbang lembu sekor,dasyat tu!Sebenarnya sepupu aku ni mempunyai 4 beradik,kesemuanya lelaki...Tapi aku tumpang gembira bila melihat sendiri pakcu dan makcu aku bukan main ceria kini,bila mereka dikurniakan 2 orang cucu perempuan hasil dari perkahwinan 2 dari anaknya itu.Semua menantu2 dia pun comel2 je...pandai gak sepupu2 aku ni mencari bini...Aku teringat kata2 mereka dulu,bila sering di perli kerana tiada anak perempuan"alah tak pe la,nanti dapat jugak menantu perempuan",bunyinya macam menutup kekecewaan hati.Sekarang ni bukan saja mendapat 3 menantu perempuan dalam jangkamasa yang singkat,malah sempat juga merasa menjaga cucu perempuan yang sangat menjadi idamannya sejak dahulu.Lihatlah kekuasaan Allah,setiap kekurangan ada kelebihannya dan setiap kelebihan ada kekurangannya.......Wallahualam!

CALON MENANTU!
Sepanjang perjalanan ke destinasi hari ini,mak tam(mak sedara)aku menumpang kereta kami.Melaluinya kami mendapat tahu bahawa sepupu aku dan bakal tunangnya ini merupakan anak sulung.Suami aku berkata, anak sulung dari perkahwinan pasangan sulung ini,sangat diingini oleh pengamal ilmu hitam.....kemudian kami melarat2 bercerita tentang menantu2 yang menjadi pilihan mertua.Tiba2 terkeluar cerita pelik dari mak tam, yang belum pernah aku dengar sepanjang hidup aku.Cerita ni melibatkan kawan mak tam yang mencari calon menantu untuk anak sulongnya,dia ingin bermenantukan seseorang yang dikhatankan cara kampong(disunatkan oleh Tok mudim)!Ringkasnya dia tidak mahu menantunya yang dikhatankan cara moden.Kelakarkan,apa relevennya menantu dan cara dia dikhatankan....bunyinya macam tak masuk diakal!Gara2 ingin bermenantukan lelaki yang berkhatan cara tradisional akhirnya,anak sulongnya yang kini berusia 37 tahun menjadi mangsa dan masih belum bertemu jodoh!Yang menghairankan selepas itu kesemua anaknya yang lain berkahwin mengikut pilihan masing2.Susah untuk mendapatkan menantu sebegitu pada zaman sekarang atau menyesal la tu....Manusia ni, macam2 ada................

7 comments:

10 said...

emmmm.... ramainyer p rombongan tu ek?
ooooo.... orang yg macam tu pn ada ek? cian kt anak dia kn? sabar je la...

Kucing Parsi said...

ni belanja kahwin dia tak sampai berhutang ke?

kenapa melayu kahwin mengalahkan bangsa lain

kalau di compare dengan Lichtenstein artis melayu dengan anak raja kat sana, I rasa lah artis kita lagi besar belanja dia

hai said...

rasanya,kalau di buat perbandingan kaum...perkahwinan melayu paling jimat kos..dibandingkan india dan cina...
nampak macam beria tu kerana perkahwinan melayu jemputannya ramai termasuk jiran setaman/sekmpg,bygkan kalau jiran je mencecah 1000 org belum termasuk sedaramara dan sahabat handai...
Sedangkan bangsa lain hanya jemput sedara mara dan kenalan rapat,buat makan pun di tempat tertutup tapi cuba tanya,kos untuk makanan tetamu je dah berapa...sedangkan orang melayu masih mengamalkan konsep memasak secara gotong royong...sebahagian duit hantaran dari pihak lelaki akan digunakan untuk kos jamuan tersebut....

Artis tu kadang diorang dapat sponsor...kalau ikutkan tah ya tah tidak je hantarannya yang "wow"...gempak je kot!

Abang Terrer said...

Khatan kampung ke, khatan moden ke, insya Allah dpt zuriat jgk hihi...

hai said...

tu la pasal...mak cik tu buat lawak la plak!

Basuh Baju said...

bila la nak ada calon ni...hehe

Abang Terrer said...

Sabar Basuhbaju...