Tuesday, July 7, 2009

POS MALAYSIA KINI...

Semalam aku pergi ke sebuah Pej.Pos Mini di batu 5,hanya untuk mengeposkan bungkusan kepada anak sulong aku di Bangi.Dia minta aku poskan adaptor dan beberapa jenis kabel komputernya.Aku mengganggarkan belanja pos barang tu mungkin dalam RM3.50 je,sebab beratnya tak sampai sekilo pun.Dulu,masa aku buat kerja yang sama,kalau berat bungkusan biasa yang di bawah sekilo hanya RM2.50.Itu zaman stem surat biasa 20 sen,sekarang ni kan cajnya 30sen jadi aku rasa ok la dalam RM3.50 je kot!

Masa berurusan tu,aku bagitau kerani tu nak buat hantaran bungkusan biasa je,tapi dia kata urusan tu dah tak ada,semua urusan bungkusan kena buat cara poslaju..Gila!!Camni kaya cepatla Pos Malaysia,tak logik langsung!Disebabkan orang beratur panjang, nak tak nak bayar je la kos tu RM 8.20.
Bungkusan biasa ni sebenarnya merupakan penghantaran yang mengambil masa untuk sampai ke destinasi,dan kebiasaannya barangannya pun jenis yang tidak berharga sangat,sama lah cam surat2 biasa tu. Kalau seseorang tu mahukan barangannya terjamin sampai dengan selamat,maka boleh la menggunakan bungkusan berdaftar,sama cam surat berdaftar dan harga kosnya tidak la mahal mana.Poslaju ni merupakan urusniaga yang diperkenalkan kemudiannya,bila seseorang memerlukan penghantaran surat atau barangan untuk tiba ke destinasi dengan kadar lebih cepat berbanding surat biasa,lebih kurang cam urusan yang disediakan oleh syarikat2 courier tu.Untuk surat biasa pun dalam RM 4.20 gitu,tapi tak kisah la sebab biasanya orang akan menggunakan perkhidmatan tu untuk urusan2 penting.

Itu pun,aku tak kirimkan toto yang dia mintak aku pos sekali ngan barang dia tu.Aku suruh dia ambik je kat rumah mak2 sedara yang dok kat K.L tu.Lagipun toto yang dia mintak tu dah boleh dibuat tukun.Cuba bayangkan kalau setakat mengeposkan barang yang tak berharga begitu dengan kos yang lebih,agak2 berbaloi ke???Ini lah masalahnya bila semua jabatan kerajaan diswastakan,yang menanggung bebannya hanya rakyat marhaen cam kita2 ni!

5 comments:

Xpuasati said...

tak sangka akak sporting. Anak minta kat mak spot toto tu...... berapa nombornye...

hai said...

eii...tlg sikit,kalo toto yang tu le...bukan sporting namanya,itu kira tebiat nak mampos!!!:)

10 said...

ooooooo.... mmg pn... mahal dh skrg ni...

hai said...

10,
tak patut sungguh,kerana orang tak boleh buat pilihan!

hai said...

opss...satu lagi,org2 poslaju ni suka tinggalkan memo je,suruh kita ambik barang tu kat tempat diorang sedangkan kita dok congok dalam rumah tapi diorang tak hon pun...dah banyak kali kena cam tu,melampau betul!!!