Thursday, May 7, 2009

RAGUT!!!!

Sedihnya....Kemalangan yang menimpa 2 orang wanita hamil gara2 di ragut hingga menyebabkan kematiaan mereka memang perbuatan melampau.Pelakunya wajar di hukum mati,kerana membunuh 2 nyawa sekaligus.Perbuatannya menyebabkan anak2 yang masih kecil kehilangan kasih sayangnya seorang ibu dan meyatimkan mereka.
Isu "ragut" ini akan dibicarakan sepanjang minggu di kedai kopi,di pejabat, di pasar,di radio dan yang sewaktu dengannya.Selepas tu,semua orang pun akan senyap,dan habis begitu saja....

Dalam kes ragut ni,kadang2 sikap kaum wanita yang mengundang aktiviti si peragut .Si peragut dah tentulah mencari kesempatan di atas kelemahan dan kecuaian kita.Sesekali aku rasa,penampilan cara lama aku mungkin selamat dibandingkan dengan penampilan aku sekarang.Dulu aku tak pernah mempunyai beg tangan,sejak dari sekolah rendah aku memang tak sukakan beg duit.Duit aku, cukup dengan dimasukkan ke dalam poket sahaja,cepat dan mudah untuk dikeluarkan dan disimpan.

Di sekolah menengah pun begitu,aku hanya membawa duit dan i.c tanpa beg duit.I.c lama berwarna biru tu lebih tahan lasak dibandingkan dengan sekarang.I.c tu pun,walaupun banyak kali terbasuh tetapi masih tetap elok.Oleh kerana itulah aku suka mengenakan seluar dan t-shirt kerana ringkas dan selesa.Keburukannya jika aku tak perasan bahawa poket aku bocor,jawabnya...kering la poket.

Selepas tamat persekolahan,barulah aku cuba menggunakan beg duit atau wallet,biasanya aku gemarkan yang kecil dimana ianya sesuai memuatkan i.c dan boleh disumbatkan ke dalam poket seluar.Aku berasa cukup rimas dan tidak selesa jika di tangan terpaksa membawa sesuatu,malahan payung juga merupakan barangan yang paling tidak menjadi pilihan aku walaupun hujan.Aku pernah kehilangan duit RM10 kerana aku selitkan di pinggang kain sewaktu memakai baju kurung yang tiada berpoket.

Tabiat tidak suka berbeg tangan berterusan sehingga selepas berkahwin,aku tidak pandai mendokong anak bersekali dengan beg tangan yang menyusahkan.Aku cukup selesa kemana mana tanpa beg tangan,kerana aku tidak memiliki banyak barang seperti orang sekarang.Aku tidak ada telefon,make up,kunci,dan tah apa2,pendekata aku perlu bawa i.c dan duit je.Mak aku pun pening ........yang seronok tentulah laki aku,jimat duit tak yah nak beli beg tangan kat bini...

Sehinggalah 3-4 tahun lepas,setelah umur aku mencecah ke waktu senja,baru timbul keinginan
nak berbeg tangan lah pulak.Itupun mungkin aku dah rasa bebas tidak lagi mengelek anak kecik.Yang bestnya kakak ipar aku pun turut memberikan beg tangan,dan mak aku memberi sokongan yang padu dengan perubahan itu.Ditambah berkawan dengan pakar perunding imej dan penasihat kecantikan waktu itu....si Diana dan Zai....abih ditukarnya imej aku yang dah nak mula bertobat,jadi kepada yang lupa diri....maka bergaya la aku menjadi seorang makcik yang dulunya ala2 tomboy,.tapi satu, jalan laju tu aku tak leh ubah....hehehe...

Memandangkan suasana ragut sekarang semakin menggila,jadi aku mengambil keputusan untuk menjadi aku yang dulu kerana cara dulu lebih selesa dan selamat.

6 comments:

HBB said...

Hai kau ni pandai menulis, aku suka ayat ni "Ditambah berkawan dengan pakar perunding imej dan penasihat kecantikan waktu itu....si Diana dan Zai....abih ditukarnya imej aku yang dah nak mula bertobat,jadi kepada yang lupa diri....maka bergaya la aku menjadi seorang makcik yang dulunya ala2 tomboy,.tapi satu, jalan laju tu aku tak leh ubah". hehhehe

hai said...

hihihi pandai menulis???tang tu aku konpius...mgkn pandai tulis yang merapu kot!

Qmadelline said...
This comment has been removed by the author.
Vanderlin said...

Kak Ai, bill Pakar perunding imej tu lum settle lg rasa nye....hihihi

hai said...

jvanderllin,
kira halal la....hihihi...

Vanderlin said...

Kak Ai punya pasal,Halal...