Tuesday, May 26, 2009

APA DAH JADI???

Apasal aku jadi geram sangat dengan berita kontroversi yang membabitkan Ustaz Akhil,bini dia Maizawati dan Waheeda.Padahal sebelum ni pun, aku tak ambil kisah sangat,selebriti mana nak menikah ke,nak bercerai ke,sukahati diorang la.Aku setuju sangat bila ,bini Ustaz Akhil mengaku bahawa dia ibarat bom jangka.Kalau aku meletakkan diri aku dalam situasi dia pun aku pasti akan mengambil keputusan yang sama.

Bini Ustaz ni kalo dia nak marah pun aku tak kisah,tapi sekarang ni nampak si Waheeda tu pulak yang nak melenting sangat...Sampai keluar kenyataan kononnya jangan sampai saya tak sabar...Banyak dia punya sabar konon,bini Ustaz tu dah 2 tahun bersabar,tapi nampak relax je!Pastu ada ke patut,dia buat kenyataan kat akhbar"Saya suka Akhill"!mana lah bini Akhil tu tak sawan,aku ingat mana2 suami lah,kalau kawan bini dia kata "saya suka bini awak",ada kawan bini dia tu makan kasut size 9!Ini lah yang bini Akhil tak leh nak buat...terpaksa pendam je.Tu belum kes menonton wayang ( midnite show),ni bukan takat bini dia boleh naik angin,aku pun bengang...Selama aku kawin,laki aku tak pernah ajak tengok wayang!Bukan tak penah tengok wayang je,bercanda di tepian pantai pun tak ade. Pernah la aku ajak dia menghirup udara malam sambil melihat bulan sedang mengambang tapi dia kata "haramjadah bendenye dok tepi pantai malam2,baik layan mimpi".Sedihkan....tapi taklah sesedih bini si Akhil tu tengok laki dia di tepi pantai bersama teman2 dimalam buta sambil pekena ikan bakar lagi....

Secara logiknya kalau dah laki tak balik sampai 3 bulan tanpa sebab yang munasabah,tak ke sesuatu yang pelikkan.Bagi aku la bila laki dah la tak balik sekian lama tanpa bertanya khabar kita dan anak2,maksudnya apa???Dah tentulah dia dah memang tak perlukan kita lagi...dia memang dah lupakan kita dan sememangnya dah tak ada lagi apa2 perasaan langsung pada kita ni.Jadi kita nak buat apa,takkan nak tunggu dia melutut kat kita balik setelah semua perasaannya dilemparkan tah kemana...Kalau aku pun akan rasa pehal lak nak kata ada laki tapi cam tak de....nak kata dah berpisah masih lagi bini orang,dari hidup berlaki tapi laki asyik tak de,dan kita terpaksa layan cerita sensasi dia pulak, baik tak yah berlaki langsung.Hati tak sakit,kepala tak pening,jiwa tak terseksa......

Kebanyakan pompuan memang mempunyai sifat lebih penyabar,lembut hati dan mudah dipujuk tetapi jangan ambil mudah kerana sampai kepada suatu tahap bila kesabaran telah hilang,pompuan akan menjadi lebih keras hati dan tidak mudah untuk melembutkan hatinya walau diberi segunung emas...dan merayu untuk dia kembali semula.Bagi mereka selagi mereka boleh bersabar mereka akan cuba untuk bersabar,selagi mereka boleh bertahan mereka akan cuba untuk mempertahankannya.Dan selagi mereka masih memiliki rasa sayang,mereka akan cuba menyimpan kasih sayang itu dilipatan hati mereka.Tetapi bila kesabaran semakin tercabar dan luka yang terguris akan menjadi nanah yang membarah,maka perasaan sayang itu sudah pasti akan terbang melayang bersama semua kemanisan yang ada.....Dan mungkin ini yang dialami oleh Maiza,bini Ustaz Akhil Hayy, 2 tahun merana memendam perasaan yang lara, menanggung kesakitan yang amat perit dan memedihkan.Maka,bila tiba saatnya.. dia menjadi lebih berani dan nekad dengan keputusannya.

Kenapa aku pulak melalut ni,yang nak emo lebih2, nak marah sangat tu pahal?Apa kena mengenanya hidup aku dengan Ustaz tu??Sebenarnya aku rasa malu sangat...(tak tau la Ustaz tu),sebabnya aku lah orang yang' recommend' kat anak2 aku,kat kawan2 aku suruh diorang tengok ceramah2 ustaz ni.Aku korbankan duit untuk mendapatkan beberapa buah CD ceramahnya.Aku yang bagitau diorang, ni lah Ustaz yang boleh menjadi 'ikon' pada anak2 remaja hari ni untuk belajar mencintai 'Islam'.Sejak itulah anak2 aku pun dah mula menyukai Ustaz ni dengan ceramah2 nya,zikir munajatnya dan Cafe Akhill nyer...tapi apa dah jadi ni Ustaz???

Pada Maiza, tabahkanlah hati,anggaplah ini semuanya ujian dari Allah,semoga semuanya dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik.Kamu pun lawa giler,cam tak caya dah beranak enam pun masih nampak maintain gitu.Jangankan pulak lepas ni,kamu pulak dapat banyak 'offer' jadi model pakaian muslimah ke tak pun dapat jadi pengacara ke atau dapat jadi duta produk ke.Mana tau rezeki orang .....ye dak!

20 comments:

HBB said...

dugaan dugaan dugaan pada watak dalam cerita dan juga penulis. :-). Tak lupa juga kepada pembaca semua. Ingat Allah selalu.

cayoi said...

hehehe..aku baru nak fikir aku ni masuk kategori siti nurhaliza ke, memey ke ataupun waheeda..hehehe..siti lah kot ala2 diva gitu..

AMMOSHAM said...

kasi laa jadi madu...

Vanderlin said...

sengal....! Apasal jd gitu tapi rasanye cam dah kahwin je takkan ustaz nak wat gitu tak kahwin lg... cuma skarang ni nape tak balik...and apa hak Waheeda nak marah sampai tahap tu...dah tu konon ugut nak bukak pekung orang! Amende tah. Gerammmnya ngan budak tu..Dasar artis! Bertudung ke tak bertudung sama je...tak boleh dipercayai! Aku pun sakit hati ni Kak Ai bila baca komen Waheeda. Macam bagus-bagus

hai said...

HBB,
sememang kita tidak dapat lari dari menghadapi berbagai2 dugaan yang mendatang.Hanya Allah yang maha mengetahui!

cayoi,
tak ada salahnya nak masuk kategori yang mana.apa yang penting mengikut procedure yang betul...hehehe..

AMMOSHAM,
Jadi madu tu tak kisah,masalahnya biarlah adil!

Vanderlin,
Tu lah...kalu dah kawin,tak dak sapa nak bising pon...dia ada 3 kuota lagi,masalahnya yang diorang tu dok nafikan sangat, pastu asyik berkepit kesana kemari...meluatlah!kalu dah kawin,apa salahnya berlaku adil,gila la sampai 3 bulan tak leh nak balik..tgk salih yaakob bini 4 pun org tak kisah!

Emblem of Purity said...

Akak! Cakkkk! Sabar kak sabar.

Basuh Baju said...

akil hay ni kena sunat lg sekali ni..hahaha

sabar sabar..

hai said...

Emblem of Purity,
hehehe...dah berjaya nampak!

Basuh Baju,
kejam tu!bagi la can dia kawin lagi..haha

zalia said...

yg paling sy kecewa, adalah sikap ustaz yg x nak balik ke rumah selama 3 bulan... klu pon dah bosan dengan isteri dia yg cun tuh... anak-anak macam mana pulak?. Tak sayang ker kat anak-anak... itu yg sy x setuju tuh. lagi satu pasal hal menikah dengan wahida secara diam2... apa tujuannya ustaz buat macam tuh, wahida pon macam desperado jer... klu nikah secara senyap, maka byk ler panafian yg dorg boleh buat, penafian hak kpd isteri pertama tu yg menjadi isu, bukan kah biler nak berkawin lagi satu, si suami kena istiharkan dulu harta dia & hak-hak isteri pertama ?.

Abang Terrer said...

Bila nak jadi pendakwah, byk dugaannya. Apatah lagi kalo sampai pendakwah berstatus selebriti. Jadi eloknya berdakwah secara low-profile aje. Senang. X gitu?

hai said...

zalia,
kalo kita rasa kecewa dan terkilan dengan kejadian seumpama ini,maka bagaimana rasanya diri org yang terlibat?Tentu bebanannya lebih berat lagi.Apa2 pun saya doakan mereka tidak meneruskan niat untuk bercerai kerana yang akan menjadi mangsanya tentulah anak2.Semoga mereka lebih tabah dan ceria dalam menempuh kehidupan mendatang dan anggaplah ini hanya sebuah kesilapan teknik dalam rumahtangga saja...

hai said...

Abang Terrer,
terer benor ke ni..hehee..saya setuju ngan pendapat anda.menjadi pendakwah ni memanglah satu kerja yang berat,penuh dengan ujian dan dugaan tapi yang penting niat asalnya kerana apa?

Abang Terrer said...

"Jadi madu tu tak kisah,masalahnya biarlah adil!" - Hai

Memang xkan boleh adil. Sebab dlm Quran Allah dah bagitau mcm tu. Jadi kalau nak tunggu adil, sampai bila2 pun x capai. Dulu saya pernah tulis pasal benda ni dlm forum, tp forum tu dah close plak huhu...

p/s: Allah Yang Maha Hebat.. saya x terror..

Kucing Parsi said...

sepatutnya terima je kenyataan kalau suami nak poligami, kalau melayu tu memang melayu jugak (resam hindu), orang arab banyak poligami...

hai said...

Abang Terrer,
itulah sebabnya Allah dah ingatkan awal2 kalau tak berani bersikap adil takyah la gatal nak pasang banyak2...ini masalah kaum lelaki..hehehe!

Kucing Parsi,
kalau bini2 yang tak leh nak terima madu camne pulak?

Kucing Parsi said...

Tu lah, kalau kita di serapkan dengan nilai2 agama memang boleh terima punya, seperti mana wanita boleh menerima bahawa kuasa talak pada orang lelaki, lelaki ni dia boleh fikir sebelum berpoligami...

kebanyakkan nya lah, saya bersikap neutral kerana sunnah nabi adalah poligami, jika mampu dan boleh bersikap adil...

tak salah kan?

jadi kalau saya menjadi wanita, apa salah nya kita berkongsi kasih sayang, senangkan kita pernah mempunyai adik beradik di mana kasih sayang itu di kongsi bersama.

Perlukah kita nak fikir, semua poligami itu akan membawa effect negatif, mungkin pada melayu je la...

sebab orang melayu tak beriman dengan al-quran dan rasul

Abang Terrer said...

Itulah sebabnya Allah dah ingatkan awal2 kalau tak berani bersikap adil takyah la gatal nak pasang banyak2...ini masalah kaum lelaki..hehehe! - Hai

Allah yg membolehkan poligami, dan Allah juga bagitau spy berusahalah utk adil sekadar termampu. 100% adil adalah mustahil. Adil adalah sesuatu yang subjektif. Dan memang lelaki jarang peduli adil atau tidak, janji kawin hehe...

Abang Terrer said...

jadi kalau saya menjadi wanita, apa salah nya kita berkongsi kasih sayang, senangkan kita pernah mempunyai adik beradik di mana kasih sayang itu di kongsi bersama - Kucing Parsi

Kalau semua wanita fikir macam ni, syok aaa hehehehehehe (gelak ada makna tu)...

hai said...

Kucing Parsi,
tidak ada yang salahnya undang2 yang telah Allah aturkan untuk makhluknya,malangnya kita yang tidak dapat menghayatinya dengan keimanan dan ketakwaan kita terhadap Allah!maka banyaklah berlakunya kemusnahan dalam hidup kita kerana kesilapan kita sendiri..walahhualam!

Abang Terrer,
Itulah sebabnya Allah menghadkan lelaki hanya boleh berkahwin 4 sahaja.kalau tidak mungkin akan berlaku banyak kes2 penganiayaan terhadap wanita.Sebab kalau semua perempuan sanggup berkongsi kasih,ko punya gelak lagi power daripada itu,tak sedar dah berbini 10.hahaha....

Abang Terrer said...

10? Oh tidak... aku x mampu huhu...