Monday, May 25, 2009

AKU DAN BELIA.

Dulu,semasa menunggu keputusan peperiksaan SPM,aku tak tahu nak buat apa.Jadi abah aku cadangkan aku join persatuaan Belia kat tempat aku.Mula tu rasa cam...apa barang,jadi minah belia,berbatik dan berkasut kletak kletuk...mesti tak best!Oleh kerana tidak mahu menghampakan abah,jadi aku pun isikan je la borang yang abah bawak balik tu,bukan borang Belia je,ngan borang UMNO pun dia suruh aku isi.Aku tak cakap banyak,esoknya terus submit je....walaupun dengan perasaan yang berbelah bagi....

Tak berapa lama tu aku dimaklumkan ada mesyuarat Belia akan diadakan untuk pemilihan ajk baru.Abah mengingatkan aku supaya menghadirinya kerana abah mahu aku di beri pendedahan dan melihat sendiri bagaimana aktiviti sesebuah persatuan dijalankan.Aku ni kira malas nak banyak songeh,so aku ikut je la....Tapi aku memang tersentap oo...bila nama aku dicadangkan dan terpilih sebagai AJK persatuan Belia yang aku sendiri haram tak tahu apa ke mendenya...

Jadi bermula dari hari itu sahlah aku menjadi AJK baru,dan antara yang termuda ketika itu.Apalah pengalaman yang aku ada ,stakat jadi naib pengerusi persatuan BM dan AJK Kelab
Kerjaya masa zaman sekolah...em..nasiblah korang!

Selepas tu,diadakan lah mesyurat pertama selepas pemilihan.Mesyuarat akan diadakan pukul 2.00 petang.Fuh! Semangat jadi AJK baru,pukul 1.45 aku dah sampai,itu pun pasal abah kata kita mesti menepati masa,jangan biarkan orang menunggu kita.Mesti jadi orang yang mempunyai etika ketika bermesyuarat.Masa aku sampai baru ada 3-4 orang je,aku pun mengambil tempat dan hanya tercangak2 je dok menunggu Ajk yang lainnya.Aku memang seorang yang cukup penyabar,tahniah kepada diriku kerana dapat bertahan menunggu keseluruhan Ajk yang tiba dan mesyuarat bermula pada pukul 3.30 petang.

Selepas mengambil beberapa cadangan didalam mesyuarat tu,kami membuat keputusan untuk menjalankan perniagaan menjual makanan di pasar malam untuk menambah sumber kewangan untuk persatuan.Aktiviti ni diadakan secara sukarela kerana menggunakan dana yang ada dan keuntungan akan dimasukkan ke tabung persatuan semula.

Kami menjual karipap (goreng kat situ),beberapa jenis kuih serta mee.(goreng,sup dan kari).Jadi sepanjang hari Sabtu kami akan sibuk bergotong royang memasak untuk jualan di sebelah malam.Lokasi aktiviti di sebelah belakang kedai mak aku.Malamnya kami akan menjadi peniaga di Pasar Malam,sikit sebanyak aku mula rasa seronok juga,yang paling seronok sangat time kira duit untung hehehe..sayangnya bukan duit aku la....

Antara orang2 yang agak rapat dan boleh di bawak bergurau ketika itu,Kak Ijah dan Ustaz Mat(kawan abah aku)tetapi ada ramai lagi sukarelawan yang lain memberikan kerjasama termasuk seorang mamat ni yang telah menimbulkan kontroversi diantara kami.Mamat ni memang baik,rajin dan sangat boleh diharapkan.Kerana kebaikan yang di tonjolkan maka tersebar berbagai fitnah melibatkan aku dan Kak Ijah.Berbagai versi cerita yang kami dengar,malangnya semua tohmahan itu sangat menggelikan hati dan menjadi gurauan kami saja.

Antaranya ada orang menyebarkan cerita yang mamat ni syok kat aku,tapi mamat ni tak pernah pun menunjukkan ciri2 yang sebegitu dan aku pun memang tak ada perasaan langsung...not my taste..hahaha...sementara ada pulak yang bercerita ,si mamat ni tergila2kan Kak Ijah kerana dia suka bertandang ke rumah Kak Ijah.Kak Ijah pun cam tak caya je,pasal dia lebih tua pada mamat ni dan dia tak rasa mamat ni suka kat dia pun.

Disebabkan tiupan gossip yang semakin kencang melanda,akhirnya aku mula rasa cuak dengan masyarakat setempat.Ini di tambah lagi dengan mesyuarat yang sering aku hadiri di cemari dengan sikap2 Ajk yang tidak menepati masa(Janji Melayu).Ada juga Ajk yang tidak prihatin dengan tugas masing2,cthnya ada ke seorang Bendahari persatuan menghadiri mesyuarat tanpa penyata2 kewangan dan bertanya kepada Ajk lain agak2 berapa duit yang masih ada.Bila di tanya kenapa tidak membawa penyata bersama,alasannya tertinggal.Bukan sekali dua,maka aku semakin tawar hati dengan berbagai2 insiden yang membosankan!

Akhirnya aku menuju ke Pejabat Belia Daerah,aku bergerak secara solo....Fuh !Dasat aku,dengan beraninya aku menemui seorang Pegawai Belia dan memohon sekiranya ada apa2 aktiviti yang sesuai untuk aku.Alangkah terkejutnya aku bila Pegawai tersebut mengeluarkan senarai jadual aktiviti yang dianjurkan oleh Jabatan Belia untuk sepanjang tahun itu.(panjang kertasnya)Malahan dia menyuruh aku membuat pilihan aktiviti mana yang aku mahukan,dan aku di kehendaki meninggalkan nama dan alamat supaya senang di hubungi kemudian.


Selepas pada tu,aku pun tidaklah aktif lagi dengan Persatuan Belia kawasan aku.Mungkin juga kerana faktor umur yang terlalu muda menyebabkan aku cepat merasa bosan dengan situasi yang sebegitu dan suka untuk mencari cabaran yang lebih!Dan selepas itu juga maka tamatlah kisah kontroversi yang melanda aku dan Kak Ijah apabila sebenarnya Mamat tu menjalin hubungan cinta secara diam2 dengan adik Kak Ijah...pandai diorang simpan rahsia!Dan mereka menikah jua akhirnya.Yang jadi mangsa, aku jugak....Suwey!

*bersambung.

4 comments:

kuSut said...

bersambung la plak...
mcm crta drama...
best gak layan crta org2 pngalaman ni...
hehe

cayoi said...

hahaha..baru ku tahu ko sempatlah aktif dgn belia lps spm dulu ya..patutlah senyap sepi ms tu, layan persatuan rupanya..hehehe

HBB said...

teruskan menulis..aku dah jadi follower,, suka baca gaya penulisan jiran lama ni... hehehe.
xsabar nak jumpa, adakah macam dulu... :-)

hai said...

kuSut,
kalau tak bersambung tak larat akak nak tulis.. 5 tahun tak tidur plak!

cayoi,
hihihi...aku tau dah, mesti kena kutuknyer, tulah pasal aku diam je...

HBB,
perangai tetap cam dulu. rupa aku je lain, dulu zaman budak2,sekarang zaman mak budak!hehehe...