Saturday, May 9, 2009

INDAHNYA KENANGAN

Hari ini,aku kembali ke taman itu,dan aku memilih bangku yang sama semasa dia meluahkan segala isi hatinya yang sarat membengkak.Di sinilah dia mencurahkan segala perasaan yang sekian lama terpendam dengan luka dan nanah yang semakin parah,membarah.

Setahun,dia memendam segala kelukaan dan kepedihan sendiri,menelan setiap kesakitan dan kesengsaraan dengan bertemankan airmata...Tiada siapa disisinya untuk meredakan segala penderitaan jiwa yang dialaminya.Tapi,apalah daya dia hanya seorang perempuan yang akhirnya tertewas jua dan terpaksa akur menerima ujian paling getir dalam hidupnya yang bergelar isteri...

Di bangku inilah dia,mengongsikan penderitaan dan kesengsaraan yang cuba dipertahankan selama ini,yang cuba di selindungkan dengan wajahnya yang sentiasa tenang dan ceria itu.Dia sememangnya teman yang sungguh menyenangkan dan tuturkatanya tidak pernah menyakiti hati.

Aku hanya mampu menjadi seorang pendengar yang setia,yang cuba berkongsi rasa setiap kepedihan yang menyelubungi hatinya.Harapan ku agar luahannya bisa mengurangkan bebanan yang ditanggungnya selama ini.Apa yang mampu aku lakukan cuma ungkapan 'sabar' dan 'berdoa'....

Aku memang amat bersimpati kepadanya,dia umpama 'sebatang kara'...walaupun masih mempunyai keluarga.Dia adalah 'saudara baru' yang jauh dari kalangan keluarganya kerana dipisahkan oleh Laut China Selatan.Dia amat bertuah kerana diberi hidayah Allah dan telah membuat pilihan terbaik untuk dirinya.Keputusan ini jugalah yang telah merubah keseluruhan hidupnya.Walaupun keluarga menerima keputusannya untuk memilih kepercayaan yang lain,namun perkahwinan dengan pilihan hatinya mendapat sedikit tentangan kerana pilihannya lelaki melayu...

Setelah mengharungi setiap cabaran dan dugaan,meredah rintangan untuk mendaki ke puncak yang lebih selesa dan bahagia, bermulalah badai yang melanda mereka. Adakah kerana keselesaan ini membutakan mata suaminya atau adakah kerana keselesaan ini telah memberi ruang kepada perempuan2 materialistik yang bersepah di kala ini,mengambil kesempatan.
Disaat ini dia terkenangkan,mungkinkah kerana perkahwinannya yang tidak direstui..dia mendapat balasannya.

Aku cukup berbangga dengan semangatnya,aku terharu dengan keredaannya,penuh dengan kesabaran,tabah menghadapi dugaan dan pasrah pada ketentuannya.Baginya setiap ujian dan dugaan pasti ada hikmah di sebaliknya...

Keyakinannya terhadap pertolongan Allah tetap teguh,pendiriaanya bahawa senjata yang paling berkuasa adalah doa dan akhirnya serahkan segala galanya kepada urusan Allah kerana Dia yang maha mengetahui...

Berkat kesabaran serta doa yang sering dipanjatkan,akhirnya dia berjaya memiliki kembali kebahagiaan itu,aku menjadi saksi kebahagiaan mereka, semoga jodoh kamu berpanjangan hingga ke akhir hayat...

Aku bangkit dari bangku itu,tiba2 hatiku berbunga rindu padanya,dia telah kembali ke kampung halamannya yang dipisahkan oleh Laut China Selatan dan apakhabarnya kamu sekarang?Aku rindu dengan kenangan yang pernah kita lalui dulu.......

2 comments:

jvanderllin said...

aku juga rindu...akan sahabat ini...sangat rindu sekali...apa khabarnya ye Kak Ai..lama dia menyepi... message tak berbalas hanya doa dapat diutuskan...

hai said...

semoga dia sentiasa di berkati Allah selalu...