Saturday, May 23, 2009

SENGAL BETUL !

Hari ni aku terpaksa hantar anakku, Zakwan pergi ke tuisyen.Kebiasaannya Angah,abangnya yang uruskan,tapi hari ni dia ada kelas di sekolah.Tak tau kenapalah hari ni aku rasa tension sangat....Kebetulan pulak hari ni hari Sabtu,orang ramai bercuti dan jalanraya pun agak sesak dengan kenderaan menyebabkan perjalanan agak kurang lancar.

Bermula dari Batu 3,Jalan Gambang lagi...sebuah lori yang baru buat pusingan U masuk ke jalan susur dan tak sabar2 nak masuk ke laluan utama.Aku perhatikan dari jauh,tak ada kenderaan pun yang sudi memberikan peluang laluan kepadanya,maka aku bersikap 'macho'lah konon,bagi can kat dia masuk dilaluan aku.Aduh,rasa menyesal la pulak,macam gam...ha mula nak menyumpah je,dah masuk kat lorong orang ,bawak lori terkemut2 cam lelabi...eeiii geram betul!Sampai je kat tempat tuisyen,aku masuk kat tempat parking sebab nak pergi SevenE kejap.Lepas ni aku kena pergi ke hostel Nabila pulak,macam2 bende dia order..mengadanya la.

Semasa nak keluar pada parking,aku dah tengok belakang,line clear...cantekk,elok aku masuk gear je,alarm signal belakang berbunyi.Gabra aku kejap,ah!pahal lak ni?Siot punya orang,ada ke patut India ni boleh berenti betul2 kat bontot kereta aku sebab nak turunkan anak dia yang nak ke tuisyen yang sama.Tak de otak betul,padahal banyak tempat lapang lagi....Elok kerete tu blah je,la.. bunyi balik,rupanya ada 2 orang budak bermotor pulak berhenti kat belakang gantikan kerete tadi...adoi, panas tol la....aku honkan baru dia perasan aku nak keluar.

Perjalanan seterusnya untuk ke hostel Nabila,jadi aku harus melalui Jalan Mahkota,sekali lagi darah aku menyirap...ya la jalan elok2 lancar tapi dihadapannya tiba2 jadi sesak pasal ada pemandu bas sekolah bodo mana tah yang parking kat atas laluan utama.Dari 3 lorong dah jadi 2 lorong,tambahan pulak orang yang dikanan nak ke kiri,orang kiri nak ke kanan,bencinya asyik kena tekan brek je.

Bila dah masuk ke Jalan Telok Sisik,lega sikit pasal jalannya agak clear ,tapi selepas satu trafik light kat depan 'Sate Zul' tu jalan jadi lembab pulak.Rupanya 4 kereta dihadapan tu slow pasal ada sebuah kereta didepan tu yang bawak kereta dalam istilah 'bersior sior'.Kalau kata kereta dia kokak,nak roboh dah, kot la kan...tapi dia bawak 'bmw'cam kayuh basikal....sapa2 pun benkeq!

Selepas aku melalui ke sebuah taman perumahan,barulah jalan betul2 lenggang dan aku memandu dengan tenang.Tapi sempat pulak mata aku ni terpandangkan sebuah kereta kancil(driving school) yang datang dari arah bertentangan.Driver tu seorang awek cun,yang kelihatan terhegeh2 mengawal kereta yang di pandunya,dan di sebelahnya seorang anak muda yang mungkin cikgu kelas memandunya.Apa yang peliknya,apsal cikgu dia mengajar sampai melentok lain macam je...mungkin juga mengikut sylabus yang terkini kot.

Dalam perjalanan balik,semuanya berjalan lancar sehinggalah aku berhenti di sebuah pasaraya untuk membeli sedikit keperluan.Sampai je kat kereta,ada lori 'Vitagen' pulak menghalang kereta aku...lahabau mana plak la ni?Nasib aku tak tunggu lama....budak Vitagen tu cepat2 lari dan alihkan lori dia....Geram betul aku,apsal hari ni aku jumpa ramai orang SENGALLLLL....

6 comments:

Vanderlin said...

Driving kat KB lagi lah buat aku sendiri sengal....bayangkanlah pagi2 nak anta anak sekolah...drive 30-40km/h dah lah jalan raya nye plak selorong 2 hala...camane nak potong...Diorg ni bersior sior gak lah...tapi kalau bleh ikutlah masa dan tempat...aku rasa teringin nak anta diorg ni drive kat KL baru diorg tau sengal k tak diorg ni...

kuSut said...

ahaha...
hdup x slalunya indah...
layan je la kak...hehe

NorRa09 said...

Program ke kelantan... jadi kot... pegi hari khamis pagi 7.00 pagi, sampai petang dalam kul 1 cam tu... tido kat kota baru...dalam pukul 5 petang g rumah abg atan. Pagi jumaat g shopping jap, dalam kul 12 pegi kenduri lepas makan dalam kul 3 bertolak baliklah coz awin n de fobia balik malam coz naik bukit.. n kat jalan mybe dah mula bzy org nak balik KL semula. Apa-apa pun kitaorang ikut abah je.. dia nak pegi kitaorang ikut je...

hai said...

Vanderlin,
itu cadangan yg agak baik...hehehe...

kuSut,
ya la kan..slalu tak gitu...cobaan....

NorRa09,
K,jadik!

cayoi said...

hehehe..bad day for u, kat atas jln pulak tu ye..aku pun selalu jd adegan mcm tu sampai aku fikir blh pendek umur jdnya sbb selalu bengang kat atas jln..

hai said...

cayoi,

asyik nak marah je,boleh naik darah dan cepat tua!!