Friday, May 15, 2009

BERKONGSI RESIPI

Aku memang dah lama teringin nak membukukan resipi2 kegemaran aku,oleh kerana ada permintaan dari seorang kawan jadi aku ingin kongsikan beberapa resipi paling ringkas dan mudah.Sebenarnya aku ni jenis yang malas nak menyusahkan diri,jadi aku suka resepi2 yang menggunakan cawan(tak pening,nak menimbang2).Dulu kalau resepi tu ada main bergram2 ke,siang 2 aku dah letak tepi...semenjak dah ada penimbang ni rajin la sikit..hehehe...

KEK COKLAT

bahan2nya
*
1 ketul butter(250gm)
1 cawan gula halus
6 biji telor
2 cawan tepung kek (tepung gandum pun jadi jugak)
1/2 camca baking powder (tapi kalau guna tepung gandum up kan baking powder 1 sudu besar)

**1 cawan gula kasar
1 cawan serbuk koko
11/2cawan air

untuk ** masakkan sehingga cair(menggelegak)

untuk * pukul butter dan gula halus sehingga kembang.
kemudiaan masukkan telur sebiji,pukul...ulang sehingga habis.
masukkan bahan ** yang telah dimasak(biar sejuk dulu).
kemudian masukkan tepung( baking powder) secara sedikit2 dan gaul rata.....
setelah semuanya sebati,masukkan ke dalam bekas dan bakar ke dalam oven
dengan suhu 180 darjah selama sejam.(tapi kalau tak sampai sejam dah rasa cam masak
boleh la angkat begitu le sebaliknya tunggu sampai masak,nak test ambik garfu,
toothpick atau lidi sate(jangan sesekali menggunakan lidi penyapu)ko cucuk la kat kek
kira kalau tak melekat tu dah masak le).

TAMAT


KEK PISANG

Bahan2nya

11/2 cawan gula

5 biji telor

4 biji pisang(kalau besar cam pisang montel/embun 3 pun dah cukup)

1 cawan minyak

2 cawan tepong gandum

2 camca soda bikarbonat.


caranya:

pisang dilenyek dulu hingga hancur (pastu campurkan soda kedalam pisang)

Pukul telor dan gula sehingga kembang,kemudiaan masukkan pisang tadi,kemudiaan masukkan
minyak,dan akhirnya masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis.Masukkan ke dalam acuan kek dan bakar....kek pisang ni cukup senang untuk di sediakan cuma mengambil masa dalam 5 minit tapi untuk tunggu kek masak dalam 45min - 1 jam........Silalah mencuba....

Untuk perhatian semua,jangan la sesekali memandai2 menukarkan serbuk penaik seperti baking powder atau soda bikarbonat sesuka hati,kerana penggunaannya terhad kepada kesesuaian jenis kek tersebut.
Ini kerana pernah berlaku kepada seseorang yang cuba berjimat dan menggunakan kepakarannya membuat butter kek menggunakan soda,hasilnya pahit....dia juga pernah membuat kek menggunakan mauripan... korang pikir la sendiri...harap ambil perhatian.

9 comments:

Basuh Baju said...

wlpn aku hanya membasuh tp aku teringin nak blaja masak.haha

hai said...

lepas penat membasuh tu,boleh la join klas memasak plak...cerah masa depan...hihihi...

Vanderlin said...

baguslah basuh baju...tapi kerja yang lain perlu gak....hihhihi...pasni blaja masak..
Kak Ai, resepi spaggetti tak masuk k?

Vanderlin said...

ada betul ke? buat kek guna mauripan? kelakar je...

hai said...

heheh ....bigshow....

HBB said...

mauripan dan baking powder merupakan dua benda yg fungsi dia sama tapi cara bekerja dia aje berbeza. Maaf x explain kat sini..penuh ruang. Kalau rajin baca nanti jmplah dgn kenyataan sy tu. :-).
kalau dah bca dan dpti saya salah tolong le betulkan. ahaks

hai said...

memang betul....tidak dinafikan,fungsinya sama tapi penggunaannya harus bersesuaian dengan bahan2 lain yang digunakan, kerana tindakbalas yang berlaku memberikan kelainan dari segi rasa dan hasil dari pembuatan tersebut...cthnya,kek yg menggunakan mauripan,ada rasa masam2 dan pelik... mauripan sgt berfungsi untuk menjadikan roti atau pau lebih cantik dan gebu, kenapa bila diletakkan dalam bancuhan kek dia tidak naik?
penggunaan soda bikarbonat hanya sesuai untuk kek,apam,jemput (pisang)atau kek,apam(gula hangus)..yang ni ko cuba kaji kenapa dia lebih sesuai menggunakan soda ....

ji shahadan said...

err..terasa ingin menyampuk tp aku rasa begitu complicated sekali entry ini..hehehe

hai said...

ya la baru aku perasan,dari resepi dah jadi perbincangan berilmiah plak...hahaha...ko mmg dah sah takleh join,sebab ko haram tak tau nak bezakan jenis tepung pon...hihihi...