Tuesday, June 2, 2009

PEROSAK RUMAHTANGGA ORANG?

Aku rasa serba salah la pulak bila entri yang lepas,telah menyentuh perasaan seorang teman.Sumpah!Aku tiada niat nak menyinggung sesiapa sekadar luahan hati dan simpati terhadap insan yang bergelar wanita teraniaya.Bagi aku tidak ada salahnya hidup berpoligami kerana agama kita juga membenarkannya.Apa yang menyebabkan masyarakat sukar menerimanya, kerana terlalu banyak masalah yang ditimbulkan oleh pengamal poligami itu.Jika poligami itu berjalan dengan suasana yang lebih aman dan mesra,serta dapat diterima oleh semua ahli keluarga yang terlibat,mungkin ianya lebih harmonis dan membahagiakan.

Kita selalu mendengar ungkapan ini "perempuan mana yang sanggup berkongsi kasih"?Benar!Aku juga mengakuinya,tapi kita juga harus sedar bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah sebuah pinjaman.Allah memberikan kita suami/isteri,anak2 dan segala harta benda yang kita miliki adalah bersifat sementara.Kita hanya diamanahkan oleh Allah untuk menjaga segala harta yang dipinjamkan dan bila2 masa jua Allah akan mengambilnya semula.Sesungguhnya kita memang tidak dapat lari dari segala macam dugaan atau takdir yang telah Allah tentukan untuk kita.Setiap perkara yang berlaku,hanya Allah yang lebih mengetahui!

Sebelum mengambil keputusan untuk menikah dengan suami orang atau dalam kata lain hidup berpoligami,cubalah kita menilai sejauh mana kemampuan kita untuk menghadapi berbagai permasalahan yang mungkin timbul.Menanggung apa jua bebanan yang menimpa dan sanggup menghadapi sebarang risiko serta memberikan komitmen yang lebih terhadap semua ahli keluarga suami.Fikirkan juga segala kebaikan dan keburukan yang akan wujud dengan keputusan yang telah kita buat.Perkara pertama yang perlu kita lakukan ialah:
1.Mendapat keizinan isteri pertama.
2.Mendapat restu kedua ibubapa kedua belah pihak.
3.Mendapat restu dari bakal anak2 tiri.

Kalau 3 ni boleh lepas, insyaallah cerah masa depan....
Perkahwinan yang akan didirikan,perlulah mendapat restu dari kedua ibubapa dari kedua2 belah pihak,dan lebih baik lagi mendapat keizinan dari isteri lelaki yang akan kita kahwini(part ni yang susah sikit)Perkahwinan juga bukan setakat perkongsian kasih diantara suami isteri malah melibatkan seluruh keluarga mereka berdua.Pastikan suami itu dapat memberikan keadilan yang sewajarnya.(ini yang payah dilaksanakan oleh para suami yang berpoligami).

Pada pandangan aku la,jika sememangnya kita telah terperangkap didalam situasi sebegini,seboleh2nya kita cuba mengelakkan diri dari meneruskannya.Jika ianya tidak berhasil,dan kita rasakan dialah lelaki yang terbaik buat kita,maka cubalah melakukan solat istikharah untuk mencari petunjuk Allah bahawa adakah pilihan kita itu benar.Jika kita mendapat petunjuk yang baik,maka teruskan segala perancangan yang baik itu.Banyakkan juga melakukan solat2 sunat yang lain,dan mohon keberkatan dariNYA.Jika itu sememangnya jodoh yang terbaik yang Allah telah tentukan buat kita,insyaallah segala2nya akan berjalan dengan lancar dan mudah!Yang penting niat pasangan itu untuk mendirikan rumahtangga kerana apa?Segala yang berlaku tentu ada hikmah disebaliknya dan tidak perlu risau dilabelkan sebagai 'perosak rumahtangga orang'atau'perampas suami orang'!

**Sekadar pandangan aku saja.Maaf jika ada yang tidak bersetuju atau menyinggung perasaan kalian.

6 comments:

MdSuak said...

Kadang setuju kadang tidak...tajuk baru OKB,

" Orang Kantoi Bini " - ramai
" Orang apa lagi ?????

MdSuak said...

I tenguk you minat tentang sejarah PKM so sila click blog berikut :-

http://www.matamin.blogspot.com/

kuSut said...

btul tu...nak kawin pndai, wat plan gagal...ape daaa...

Basuh Baju said...

kawin, kawin lagi, kawin lagi lagi..

hahaha macam2..

hai said...

MdSuak,
OKB-Orang Kaya Bini
Orang Klentong Bini
Orang Kapur Bini
Orang Kontrol Bini
Orang Kuntau Bini
Orang Kemaruk Bini.
hehehe..meraban dah ni...

Pasal PKM tu.......Ini pandangan Pak Hashim :
Rejemin 10 ialah Tentera Rakyat Malaya (TRM) berjuang bersama Parti Komunis Malaya (PKM) untuk memerdekakan Malaya.

Orang melayu sendiri telah menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu (PKM) yg dipelopori oleh Mokhtarudin Lasoh dan Dr. Burhanuddin Al Hilmy tetapi telah diharamkan oleh Kerajaan British kerana parti agak keras, hendakkan kemerdekaan secara keras. Apbila diharankan anggota nya yg terlatih keras itu ditangkap. Setengahnya lari ke hutan utk berjuang dari hutan secara militan.
Gerakan ini ekonominya tidak kuat lalu mereka bergabung dengan Parti Komunis Malaya (PKM) yg juga diharamkan oleh Penjajah British. Akhirya kumpulan ini dicap sebagai penjahat dan disokong oleh Elite melayu termasuklah Dato Onn Jaafar, Tengku Abd.Rahman dan Dato Razak Hussin yang kemudiannya menubuhkan UMNO.

Untuk menimbulkan Elite melayu ini sebagai hero org melayu maka perjuangan yg dipelopori oleh Parti Kebangsaan Melayu itu dipadamkan dari sejarah.

Dan pandangan Pak Hashim tu sama dengan apa yang di ceritakan oleh abah saya.Menurut abah lagi,tidak semua komunis melayu itu tak beragama,mereka tetap beragama Islam dan hanya menumpang PKM untuk meneruskan perjuangan mereka.

Kalau kita kaji balik,berapa lama org2 kita diperbodohkan dengan cerita Hang Tuah seorang pahlawan melayu.Sedangkan baru sekarang ramai yang menyedari sebenarnya Hang Jebat lah sebenarnya wira yang berani.
Begitu juga dengan kisah laksamana Bentan,dia derhaka kerana membunuh raja,tapi sebenarnya dia wira yang telah berjaya menamatkan kezaliman seorang raja walau dirinya terkorban.tapi kita telah di tanamkan dengan fahaman2 yang salah sejak sekian lama dan tidak ada salahnya menceritakan sejarah yang sebenar.nama pun sejarah,hanya sekadar untuk pengetahuan.
Generasi sekarang ramai yang intelek mereka tidak akan terpengaruh dengan ideologi PKM itu,hanya sekadar keinginan ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku satu masa dulu....

hai said...

kuSut n Basuh Baju,
korang jangan pandai gelak je,jadikan semua yang berlaku hari ni sebagai iktibar untuk diri sendiri dalam mengharungi hidup berumahtangga di kemudian hari.Jangan sia2kan anak orang weh!hehehe...