Tuesday, June 1, 2010

ALKISAH RENDANG KERANG.

Sabtu lepas,aku gi makan kenduri kat Temerloh Jaya....punya la syok juadah yang mereka hidangkan,memang payah nak jumpa kat tempat lain.Mula2 kitorang dah senduk nasi minyak,tapi boleh buang balik sebab tengok lauknya yang memang best!Nak tergelak pun ada,boleh pulak main tukar2 nasi....tapi tak kesah la..teruja betul tengok masak lemak umbut kelapa,sambal lanun(sambal tempoyak berbagai jenis pucuk tu),sambal goreng perut,kerabu perut campur daun selom.....tak pandang dah lauk ayam masak merah ,acar2 ni...pergh!!!memang sedap....tahniah kat  tukang masak!!Kepada kawan lama Hairul dan pasangannya,Zuryani....semoga berbahagia hingga ke akhirnya....

Harini aku masak,rendang kerang...memang dah lama teringin nak makan,tapi susah sangat nak cari kerang,kalau ada pun cam tak segar je....Sebenarnya ada citer di sebalik rendang kerang ni.....jom layan citer aku ni,kalau yang nak layan le....

Masa tu penghujung tahun 80an rasanya,family aku dah dok kat Felda..Waktu tu memang ramai sedara mara dan kawan2 abah aku,tak setuju dengan keputusan abah aku untuk jadi peneroka Felda...malah mak aku sendiri pun tak setuju,diorang berpendapat tak berbaloi,meninggalkan gaji yang dah mencecah seribu lebih waktu itu,hanya untuk jadi peneroka Felda.Tapi pemikiran abah aku ni memang lain sikit....akhirnya sekarang,ramai yang memuji2 tindakan abah aku dulu,dan keputusan yang dia buat,adalah yang terbaik untuk dirinya sekarang.

Ok,sambung balik....masa tu hari raya,tapi hari raya yang ke 3 ke 4 gitu....di Felda waktu tu,jauh nak keluar,jadi ramai peniaga di dalam,yang masih bercuti dan memang susah nak dapatkan bekalan ikan atau ayam.Biasanya waktu itu memang laku la ikan sardin ni.Biasanya raya pertama kat rumah kitorang memang ada rendang daging dan ayam masak merah....sampai la sekarang ni cam makanan wajib ada!!Disebabkan masih dalam mood raya,semua masakan yang dimasak pada permulaan raya dah habis...mak buat la rendang kerang,sebab masa tu ada kerang je kat kedai.Kebetulan hari tu,adik mak sekeluarga datang dari Temerloh,mujur la mak masak nasi impit dan kuah kacang gak....Tengahari tu,siap berjamu nasi la kitorang,....Diorang makan dengan berselera sekali....teringat kat sepupu aku yang seronok sangat makan rendang kerang....sampai dia kata "sedapnya rendang ni,mak tak penah buat pun"!!

Beberapa hari kemudian,pak sedara aku pulak datang ke rumah,itu la satu2nya adik lelaki mak aku yang ada!Kedatangan dia kali ni memang pelik,sebab dia bawak beras,gula tepung,biskut,sardin....kitorang semua pun heran...apahal??Rupa2nya....suami adik mak aku yang datang tu ari,telefon ke adik lelaki dia,bagitau yang kononya mak aku ni hidup susah kat Felda,sampai ayam pun tak mampu nak beli.....kitorang rasa sedih sangat,nak marah pun ada...sampai hati diorang boleh anggap rendang kerang tu makanan untuk orang susah rupanya!!Pak sedara yang mengata mak aku susah sangat tu pun bukan la senang mana takat keje tukang kebun je..berlagak!!


Tapi semua pun kisah lama...aku dah maafkan pak sedara aku tu....sekarang ni pun dia baik sangat ngan suami aku....tapi setiap kali  terpandang rendang kerang mesti aku teringat peristiwa tu!!!

Tuesday, May 25, 2010

EK ELEH!!

Petang semalam semasa menyuap Hana makan nasi,sambil melepak depan tv,kami melihat sedutan Bersamamu yang akan ditayangkan malam ni.Tengok sambil lalu gitu,saya rasa orang yang mereka paparkan tu mungkin seorang yang bisu,spontan datang simpati pada orang tu..."la...orang ni bisu rupanya"!kata saya....Tetiba2 je   Hana menyambung,"kesian dia kan ibu,mesti dia kena tampar!"....Terasa cam kena karen jap...biasa dengar tak orang selalu buat lawak "aku tampar kang, bisu"!!itu yang Hana maksudkan......

Sunday, May 23, 2010

IKUT SUKA AKU LA!!

Hari Sabtu lepas,aku ke pasaraya besar,satu2nya pasaraya besar milik orang Islam di sini....mulanya nak beli minyak masak je,minyak cap buruh yang 5 litre RM12.50, murahkan??Tu la pasal, sebab tengok harga barangan basahnya pun banyak yang murah....melarat la plak!!Apa taknya,tomato sekilo RM1.40,timun RM1.30,udang yang biasanya harga RM15.90,sekilo....aritu cuma RM12.90...akhirnya berbagai jenis sayur yang diborong....telor sesarang,RM5.99....ok la tu....ops beli ayam sekali la.....bawang besar seguni,RM 3.99...rembat je la...geleng kepala suami aku .....tapi gula cuma boleh sekilo je...lantak la sekilo pun jadik la!!

Tengahari tu cadangnya nak masak sambal udang dan goreng sayur campur,tapi akhirnya menu yang siap,sambal sardin,petola masak air,(petola yang dah 3 hari dok dlm peti)telor goreng dadar,ikan masin goreng,ulam peria katak dan budu....
Suami aku kata ..."aik,mana yang beli tadi??"hehehe.....tu la orang pompuankan .....ikut suka la sebab kita yang masak!!

Monday, May 17, 2010

BANYAK SONGEH LA BUDAK NI!!

Semalam ,seperti biasa balik dari sekolah saya tanya anak bongsu saya si Hana....samada nak makan tengahari atau tidak?Dengan selambanya dia menjawab,"boring la ibu...hari2... asyik makan nasi je......"!"Amboi....baru besar ni dah pandai boring2 plak.....kalau zaman saya dulu.....favourite saya cuma telor je....x kira masak apa janji telor.....Dah tu nak makan apa??"tanya saya.....

Hari ni saya tunaikan permintaan Hana....ini le menu yang dia nak makan.....layannnn.....BUBUR NASI!!



Saturday, May 15, 2010

PENAMBAH SELERA TAPI..........


                         
                                                                                                                       
                                                    
Ini adalah antara makanan pembuka selera yang menjadi stok dirumahku...

gambar 1.Ikan masin...... dibeli dari kawan suami di Kg.Peramu,Kuantan,yang diusahakannya sendiri.
Istimewanya ikan masin ni,tak begitu masin....kalau kita rendam lama sikit sebelum digoreng garing.....rasa cam makan keropok je....

gambar 2.Ikan pekasam ....dibeli dari Pekan Rabu,Alor Star....memang best,kalau x ada lauk lain pun tak pe!

gambar 3.Belimbing hitam....dibeli dari Pekan Sari Dong....biarpun rupanya buruk,kalau dah jadi sambal....pergh!sehingga menjilat pinggan....

gambar 4.Telor masin yang dibuat sendiri....
tiada dlm gambar.....budu,cencaluk dan tempoyak....lupa nak ambik gambar hehehe....
.
Semua makanan yang dipaparkan adalah makanan yang mengandungi garam yang tinggi......walaupun menjadi makanan pembuka selera,tapi boleh membawa kesan yang buruk terhadap kesihatan.....jadi renung2kan la.....sendiri mau ingat lo!
                                                                
                                                                                          

Tuesday, May 11, 2010

ALAHAI ANAK OMAK!!



Ini adalah lah sebahagian hasil kerja Hana,anak bongsu saya...
Adoi....mungkin ramai yang menghadapi masalah cam gini kan??Bukan takat di dinding,di almari baju,rak buku,pintu bilik,atas meja,malah di atas sofa juga...
Sejak pandai menulis ABC ni, bukan main menjadi2 lagi ......semua tempat jadi mangsanya!!!

Wednesday, May 5, 2010

BERILAH RUANG UNTUK MEREKA!!

Sejak kebelakangan ni saya tak berpeluang sangat nak menggunakan pc...sebabnya anak saya kongker abih pc,sibuk benor dengan persediaannya untuk belajar semula.Alhamdulillah dia dapat tawaran ke uitm,Bkt.Mertajam.....emm..jauhnya nak mengantor...bercinta rasanya!!

Beberapa hari lepas,sewaktu mengambil serai,sempat le saya bermesorat tingkap ngan jiran belakang dapur...."Kak Hai,bagi ke anak2 main waktu petang?"itulah soklan dia.Sebenarnya jiran saya ni mempunyai 3 orang anak sorang pompuan dan 2 lelaki,anak sulong yg pompuan tu 10 tahun dan 2 lagi 6 tahun dan 4 tahun...Apa yang boleh saya katakan....bayangkan dari pukul 7 pagi - 1.30tghari bersekolah rendah....pukul 2.30 -5 petang,ke kelas fardhu ain.Bagi saya,anak2 saya bebas melakukan aktiviti petang mereka selepas pukul 5 petang tu sehingga pukul 7 petang sahaja.Walaupun kita memberi kebebasan,tapi pastikan anak2 mengikut jadual yang telah kita tetapkan meskipun pada hari cuti sekolah.

Anak2 dah terlalu terbeban dengan berbagai aktiviti sekolah dan kerja2 sekolah yang mesti disiapkan,jadi kita tak boleh menghalang perasaan dan naluri mereka untuk bermain bersama kawan2 mereka.Bagi saya waktu petang,adalah waktu terbaik untuk anak2 melepaskan segala tekanan perasaan mereka sebelum mereka menyambung semula tugas2 mereka di malam harinya pula.Ini pendapat saya,tapi jiran saya tak membenarkan anak2nya keluar bermain pada waktu petang sebab pertamanya dia sayang meninggalkan drama2 bersirinya yang dok ditayangkan kat tv3....keduanya dia malas nak memantau anak2nya ketika bermain di luar,ketiganya dia merasakan tak begitu selamat anak2 bermain di luar kerana bimbang keselamatan anak2nya.

Oleh kerana hampir semua kejiranan di sini membenarkan anak2 mereka bermain di waktu petang,jadi pada satu petang tu,dia lepaskan anak2nya keluar bermain basikal.Balik je dari bermain tu,anak dia yang sulong tu, ucapkan "terimakasih ummi,kakak rasa seronok sangat arini...!!".Dia kata ,"tak sedar airmata saya menitis,sedih sangat....saya dah berlaku kejam pada anak2 saya"....dan sekarang, saya selalu melihat anak2nya dah keluar bermain di waktu petang.Kita tak boleh menyekat naluri anak2 kerana memang lumrahnya anak2 itu perlu bermain,sampai masanya mereka akan berhenti sendiri setelah umur meningkat remaja.Sewaktu remaja mereka akan beralih kepada permainan bolasepak atau takraw pulak..dan bagi anak2 perempuan,waktu remaja biasanya mereka dah malu nak keluar.

Sebelum ni saya ada seorang jiran yang mempunyai 6 orang anak perempuan,dia memang tak kisah bila anak2 bermain petang,tapi tiba2 je dia menghalang anak2nya keluar petang.Saya tanyakan padanya kenapa tetiba je menyekat anak2nya begitu.Alkisahnya cuma kerana seorang jiran yang bermulut celupar,ya la kita sebagai jiran kalau nak menegur pun biarlah berbahasa sikit.Kebetulan anak dia yang bongsu,berumur 6 tahun bermain jauh sikit dari rumah dia...dia bgtau kat mak budak tu "eh,z.. aku jumpa anak ko bersepah"!!jadi kalau kita sendiri mendengar pun,terasa jugak...macam kita tak reti jaga anak plak....sedangkan anak dia tadi berlari2 ikut kawan2 je.. ikutkan bukan la jauh sangat,dalam taman tu juga.Tak sampai seminggu lepas jiran yang mulut celupar tu bercakap gitu,satu petang tu,anak dia yang sebaya dengan anak si z.. terjatuh ke dalam longkang dekat taman permainan...kalau ikutkan taman permainan tu pun kira jauh dari rumah dia.Adoi...macam2 hal,jadi jika hidup berjiran ni kita perlulah menghormati jiran2,kalau nampak ada yang tak kena pada anak2 jiran tegurlah mereka dengan baik kerana mereka akan menghormati anda.

**ada juga seorang jiran saya, yang tidak membenarkan anaknya bermain basikal kerana takut anaknya terjatuh nanti....sedangkan dia belikan basikal untuk anaknya sekadar menjadi pameran di dalam rumah!Masa tu anaknya dah berumur 10 tahun...kesian sungguh si anak....ibunya terlalu menyayangi anaknya kerana itu la satu2 anak yang dia ada!!