Wednesday, May 5, 2010

BERILAH RUANG UNTUK MEREKA!!

Sejak kebelakangan ni saya tak berpeluang sangat nak menggunakan pc...sebabnya anak saya kongker abih pc,sibuk benor dengan persediaannya untuk belajar semula.Alhamdulillah dia dapat tawaran ke uitm,Bkt.Mertajam.....emm..jauhnya nak mengantor...bercinta rasanya!!

Beberapa hari lepas,sewaktu mengambil serai,sempat le saya bermesorat tingkap ngan jiran belakang dapur...."Kak Hai,bagi ke anak2 main waktu petang?"itulah soklan dia.Sebenarnya jiran saya ni mempunyai 3 orang anak sorang pompuan dan 2 lelaki,anak sulong yg pompuan tu 10 tahun dan 2 lagi 6 tahun dan 4 tahun...Apa yang boleh saya katakan....bayangkan dari pukul 7 pagi - 1.30tghari bersekolah rendah....pukul 2.30 -5 petang,ke kelas fardhu ain.Bagi saya,anak2 saya bebas melakukan aktiviti petang mereka selepas pukul 5 petang tu sehingga pukul 7 petang sahaja.Walaupun kita memberi kebebasan,tapi pastikan anak2 mengikut jadual yang telah kita tetapkan meskipun pada hari cuti sekolah.

Anak2 dah terlalu terbeban dengan berbagai aktiviti sekolah dan kerja2 sekolah yang mesti disiapkan,jadi kita tak boleh menghalang perasaan dan naluri mereka untuk bermain bersama kawan2 mereka.Bagi saya waktu petang,adalah waktu terbaik untuk anak2 melepaskan segala tekanan perasaan mereka sebelum mereka menyambung semula tugas2 mereka di malam harinya pula.Ini pendapat saya,tapi jiran saya tak membenarkan anak2nya keluar bermain pada waktu petang sebab pertamanya dia sayang meninggalkan drama2 bersirinya yang dok ditayangkan kat tv3....keduanya dia malas nak memantau anak2nya ketika bermain di luar,ketiganya dia merasakan tak begitu selamat anak2 bermain di luar kerana bimbang keselamatan anak2nya.

Oleh kerana hampir semua kejiranan di sini membenarkan anak2 mereka bermain di waktu petang,jadi pada satu petang tu,dia lepaskan anak2nya keluar bermain basikal.Balik je dari bermain tu,anak dia yang sulong tu, ucapkan "terimakasih ummi,kakak rasa seronok sangat arini...!!".Dia kata ,"tak sedar airmata saya menitis,sedih sangat....saya dah berlaku kejam pada anak2 saya"....dan sekarang, saya selalu melihat anak2nya dah keluar bermain di waktu petang.Kita tak boleh menyekat naluri anak2 kerana memang lumrahnya anak2 itu perlu bermain,sampai masanya mereka akan berhenti sendiri setelah umur meningkat remaja.Sewaktu remaja mereka akan beralih kepada permainan bolasepak atau takraw pulak..dan bagi anak2 perempuan,waktu remaja biasanya mereka dah malu nak keluar.

Sebelum ni saya ada seorang jiran yang mempunyai 6 orang anak perempuan,dia memang tak kisah bila anak2 bermain petang,tapi tiba2 je dia menghalang anak2nya keluar petang.Saya tanyakan padanya kenapa tetiba je menyekat anak2nya begitu.Alkisahnya cuma kerana seorang jiran yang bermulut celupar,ya la kita sebagai jiran kalau nak menegur pun biarlah berbahasa sikit.Kebetulan anak dia yang bongsu,berumur 6 tahun bermain jauh sikit dari rumah dia...dia bgtau kat mak budak tu "eh,z.. aku jumpa anak ko bersepah"!!jadi kalau kita sendiri mendengar pun,terasa jugak...macam kita tak reti jaga anak plak....sedangkan anak dia tadi berlari2 ikut kawan2 je.. ikutkan bukan la jauh sangat,dalam taman tu juga.Tak sampai seminggu lepas jiran yang mulut celupar tu bercakap gitu,satu petang tu,anak dia yang sebaya dengan anak si z.. terjatuh ke dalam longkang dekat taman permainan...kalau ikutkan taman permainan tu pun kira jauh dari rumah dia.Adoi...macam2 hal,jadi jika hidup berjiran ni kita perlulah menghormati jiran2,kalau nampak ada yang tak kena pada anak2 jiran tegurlah mereka dengan baik kerana mereka akan menghormati anda.

**ada juga seorang jiran saya, yang tidak membenarkan anaknya bermain basikal kerana takut anaknya terjatuh nanti....sedangkan dia belikan basikal untuk anaknya sekadar menjadi pameran di dalam rumah!Masa tu anaknya dah berumur 10 tahun...kesian sungguh si anak....ibunya terlalu menyayangi anaknya kerana itu la satu2 anak yang dia ada!!

9 comments:

endiem said...

masa 5 hingga 7 memang sesuai untuk budak budak bermain diluar. Tapi kena pastikan dia tidak bermain benda tak tentu pasal

relevan said...

Betul sangat Hai..ada ruang bagi lah kat mereka..ni tidak asyik kita saja..jika tidak beli saja komputer atau laptop sorang satu..begitu juga dengan besikal..sorang satu.. hehe!

Hashim Zabidi said...

hai, salam...

1. Seorang ayah mahu anaknya berjaya. Paksa budak itu belajar dan kurung dlm bilik... Akhirnya budak itu jadi gila.

2. Seorang ayah mau anaknya jadi alim, hantar sekolah mengaji ke Melaka. Budak tu bahan balik jln kaki.

Didiklah anak dengan bersahaja
jadikanlah rumah tangga bahagia
Nyior setandan belum tentu baik belaka dan
sedarlah bahawa kita hamba...

hai said...

salam endiem,
biasanya budak2 pompuan bawah umo ni diorang akan main kat taman permainan,main seremban dan congkak...abih2 pun main kejar2..yang lelakinya ramai yang main bolasepak...yang risaunya budak2 remaja....ramai yg bijak sgt memanfaatkan aktiviti dengan menghidu gam,merempit,merokok!!

salam relevan,
budak2 dah bosan terperap dlm rumah,kadang dah jemu mengadap komputer dan ps3...sesekali teringin gak nak main ngan kawan2!!

salam pak hashim,
betul saya setuju sgt...anak2 perlu dididik bersahaja..sesetengah perkara perlu ada ketegasannya...tapi biarlah mereka bertindak cara yang mereka selesa...kita hanya perlu memantau dan memastikan cara mereka tidak bertentangan dgn ajaran agama dan budaya!!

a kl citizen said...

saya ni salah seorang yang kedekut anak

sebab anak seorang je

memang kesian...

qaseh mas said...

salam kak hai
kata2 jiran akak yg bermulut celupar tu mengingatkan pengalaman saya dulu sewaktu menjaga adik2 saya 10 tahun lalu.maklumlah waktu itu kami baru berpindah dari JB ke sebuah penempatan kampung,adik2 saya seronok sangat dapat ke sungai dan ke tepi laut.ibubapa sibuk dgn kerja selain jawtan/amanah yang bapa kena pegang,jadi saya kenalah tengok2kan adik2.
saya ni pula,seganlah asyik nak mengekor adik2 dengan motor sebab saya ni tak berapa reti naik motor.kalau saya ada kawan perempuan jiran sebelah nak temankan je baru saya tak malu nak keluar ngekor adik2.
maklum suasana kampung.adik2 sangat suka lihat tepi laut di belakang penempatan itu.
ada hamba Allah ni tegur seperti jiran kak hai.sejak itu saya tak beri adik2 saya kerap bermain2 jauh.cukup keliling rumah dan lorong kampung itu.
sekarang masa menjaga anak sendiri,penatnya lain.padahal cuma 2 orang je.mungkin situasi saya dah berbeza dengan dulu.

hai said...

salam cikgu,
alhamdulillah,syukur la walau sorang pun,kalau nak dibandingkan dgn mereka yang masih belum ada rezeki lagi..bukan kehendak kitakan,semuanya ketentuan Allah!!

salam Qaseh,
begitu la lumrahnya hidup berjiran...macam2 karenah,ada yang anak2 bergaduh sikit sibuk nak masuk campur..anak2 bergaduh 5 minit je,maknya bergaduh 5 hari,silap2 sampai sudah bermasam muka....tapi apapun yang kita tgk perkara2 yang x sepatutnya berlaku..elokla kita jadikan panduan agar tidak mengulangi kesilapan yang sama...
mas,anak2 ni masa kecik je payah sikit kot,bila dah semakin membesar...dia boleh survive sendiri!!

mamawana said...

Salam ziarah Hai...

Sayang bertempat, marah kan anak2 biar bertempat dan kebebasan utk anak2 bagai mengawal layang2 di langit, boleh terbang bebas tapi ke mana, di mana dgn siapa wajib ambil tahu.....kan. Sebaiknya kita kenal pula kedua ibu bapa mrk itu lebih baik. Senyum pagi... :-)

hai said...

salam mamawana,
ya setuju sgt dgn mamawana...tu yang keluarga saya lakukan pada kami..tidak terlalu mengongkong, tapi sentiasa di awasi..zaman dulu abah selalu jadi spy... mengintai kami kemana,walaupun bagi izin....kelakar..tapi bila ngan anak2 sendiri,x rajin nak ikut style abah..sebenarnya cara tu bagus...untuk pastikan anak2 tak bercakap bohongkan...