Tuesday, June 1, 2010

ALKISAH RENDANG KERANG.

Sabtu lepas,aku gi makan kenduri kat Temerloh Jaya....punya la syok juadah yang mereka hidangkan,memang payah nak jumpa kat tempat lain.Mula2 kitorang dah senduk nasi minyak,tapi boleh buang balik sebab tengok lauknya yang memang best!Nak tergelak pun ada,boleh pulak main tukar2 nasi....tapi tak kesah la..teruja betul tengok masak lemak umbut kelapa,sambal lanun(sambal tempoyak berbagai jenis pucuk tu),sambal goreng perut,kerabu perut campur daun selom.....tak pandang dah lauk ayam masak merah ,acar2 ni...pergh!!!memang sedap....tahniah kat  tukang masak!!Kepada kawan lama Hairul dan pasangannya,Zuryani....semoga berbahagia hingga ke akhirnya....

Harini aku masak,rendang kerang...memang dah lama teringin nak makan,tapi susah sangat nak cari kerang,kalau ada pun cam tak segar je....Sebenarnya ada citer di sebalik rendang kerang ni.....jom layan citer aku ni,kalau yang nak layan le....

Masa tu penghujung tahun 80an rasanya,family aku dah dok kat Felda..Waktu tu memang ramai sedara mara dan kawan2 abah aku,tak setuju dengan keputusan abah aku untuk jadi peneroka Felda...malah mak aku sendiri pun tak setuju,diorang berpendapat tak berbaloi,meninggalkan gaji yang dah mencecah seribu lebih waktu itu,hanya untuk jadi peneroka Felda.Tapi pemikiran abah aku ni memang lain sikit....akhirnya sekarang,ramai yang memuji2 tindakan abah aku dulu,dan keputusan yang dia buat,adalah yang terbaik untuk dirinya sekarang.

Ok,sambung balik....masa tu hari raya,tapi hari raya yang ke 3 ke 4 gitu....di Felda waktu tu,jauh nak keluar,jadi ramai peniaga di dalam,yang masih bercuti dan memang susah nak dapatkan bekalan ikan atau ayam.Biasanya waktu itu memang laku la ikan sardin ni.Biasanya raya pertama kat rumah kitorang memang ada rendang daging dan ayam masak merah....sampai la sekarang ni cam makanan wajib ada!!Disebabkan masih dalam mood raya,semua masakan yang dimasak pada permulaan raya dah habis...mak buat la rendang kerang,sebab masa tu ada kerang je kat kedai.Kebetulan hari tu,adik mak sekeluarga datang dari Temerloh,mujur la mak masak nasi impit dan kuah kacang gak....Tengahari tu,siap berjamu nasi la kitorang,....Diorang makan dengan berselera sekali....teringat kat sepupu aku yang seronok sangat makan rendang kerang....sampai dia kata "sedapnya rendang ni,mak tak penah buat pun"!!

Beberapa hari kemudian,pak sedara aku pulak datang ke rumah,itu la satu2nya adik lelaki mak aku yang ada!Kedatangan dia kali ni memang pelik,sebab dia bawak beras,gula tepung,biskut,sardin....kitorang semua pun heran...apahal??Rupa2nya....suami adik mak aku yang datang tu ari,telefon ke adik lelaki dia,bagitau yang kononya mak aku ni hidup susah kat Felda,sampai ayam pun tak mampu nak beli.....kitorang rasa sedih sangat,nak marah pun ada...sampai hati diorang boleh anggap rendang kerang tu makanan untuk orang susah rupanya!!Pak sedara yang mengata mak aku susah sangat tu pun bukan la senang mana takat keje tukang kebun je..berlagak!!


Tapi semua pun kisah lama...aku dah maafkan pak sedara aku tu....sekarang ni pun dia baik sangat ngan suami aku....tapi setiap kali  terpandang rendang kerang mesti aku teringat peristiwa tu!!!

10 comments:

endiem said...

salam..
mungkin niat dia baik dan tak tahu cerita sebenarnya..

hai said...

betul la tu,mgkn caranya tak kena tapi niat dia baik!!

Fadh said...

wow...sedap nye...nak sikit bleh? ehehhee

Ummi Aisyah said...

tak pernah buat rendang kerang..macam sedap jer

Hashim Zabidi said...

Siput sedut, kalau buat rendang mungkin sedap juga rasanya, he he he...

ummu said...

salam kak Hai
ayah mertua saya masuk Felda sekitar tahun 70-an,tapi masatu ramai yang tak mahu masuk Felda.Siap macam2 yang menggugahkan semangat aayah.tapi syukurlah ayah bertahan...Mungkin pakcik akak prihatin kot.

relevan said...

Rendang kerang sedap apa..cicah sama ketupat pulut daun palas..8 bungkus gerenti boleh habis..tak caya cuba..

Apa dah Pak Sedara Hai tu..orang FELDA kaya kaya belaka..

hai said...

salam fadh,
nanti raya dtg rmh ek..hehehe...

salam ummi,
try la masak...gerenti menjilat jari...makan ngan nasi lemak atau pulut lagi best!

salam pak hashim,
mungkin sedap gak kot,tapi kalo nak tau rasanya kena cuba la..hehehe

salam ummu,
betul tu,zaman dulu org felda mmg susah,ramai yang x tahan lari balik kg..pakcik akak tu hatinya baik tapi mulut laser sikit la..tapi kalo org dah tau...x ambik pot pun!!

salam relevan,
tu la kan mmg lawan dia kalo ngan pulut ni...
tu la dia pun cam nyesal je x masuk Felda dulu..nak kata kaya ngat tu x le sgt,tapi cam senang2 je leh dapat tanah 10 ekar..rezeki diorang le..kita tengok je la kan..hehehe....

pak long said...

salam..
rendang kerang ni kalau buat cicah ketupat palas sedap ni....belah tepen mewah la kerang..

eL said...

Saya hantu kerang. Tak kira la masak apa pun. Tapi jangan la campur dengan kayu. Yang tu saya tak makan. Akak, kawan saya kawen dgn orang Sarawak. Dia kata, bagi orang Sarawak, kerang adalah makanan mewah. Udang yang besar2 tu pulak makanan untuk org susah bagi orang sana. Terbalik dengan kita kat sini tentang udang tu. Belum pernah dengar lagi kerang tu makanan orang susah walaupun 10 thn dulu kerang sekilo harga 30sen :-) Kalau saya, kerang tu kira dah mewah sebab orang susah macam saya tiap-taip hari makan ikan selar kuning :-)