Friday, August 7, 2009

NAKALNYA ALONG!!!

Pengalaman mengandung,dan melahirkan anak memang satu pengalaman yang paling indah dalam hidup.Aku bersyukur kerana Allah telah memberi aku peluang merasainya, namun mendapat anak yang agak lasak,nakal,terlebih kretiviti juga sangat mencabar kesabaran aku.Karenah dan kenakalan anak sulong aku memang banyak meninggalkan berbagai kenangan dalam hidup kami sekeluarga,antaranya...jom layan!!

Masa tu dah nak senja,biasa la waktu hampir senja ni memang waktu paling sibuk bagi kaum2 ibu cam aku,tambahan pulak masa tu aku masih dalam kategori berkerjaya..sibuk nak menyediakan makan malam.Along yang ketika itu berusia 3 tahun sedang bermain dengan Angah yang berusia 1 tahun lebih.Tetiba aku dengar Angah meraung...terkejutnya aku bila aku tengok Along tengah mengadap Angah sambil pegang putik kapas yang berdarah dah tu,muka dia nampak panik je .Bayangkan la,camana perasaan aku masa tu,jadi tak tentu arahnya bila tengok darah meleleh dari telinga Angah.Aku jerit panggil ayah dia,sambil tu aku dah mula nangis sama.Ayah dia cepat2 ambik Angah dan terus bawak ke klinik yang kebetulan kat belakang rumah aku je.Masa tu, keluarga aku tinggal selang 4 pintu je dari rumah aku,jadi senja tu memang gempar la di kejiranan kami.Doktor kata darah yang terlalu banyak menyebabkan dia tak pasti telah mengenai gegendangnya ataupun tidak,dia menasihatkan kami membawa Angah ke Hospital Besar keesokannya,tambahnya lagi biar darah tu kering dulu,baru senang nak buat pemeriksaan.Bila dengar penjelasan doktor begitu,menyebabkan aku lagi kecut perut...pada saat tu,sukar untuk aku menerima kenyataan seandainya, anak yang aku lahirkan normal akan menjadi tuli!!

Belum lagi perasaan aku reda,heboh pulak Along hilang dari rumah.Aku ingat dia pergi ke rumah mak sewaktu aku dan ayahnya sibuk berurusan di klinik,tapi menurut mak dia pun tak perasan kemana Along pergi.Ah, sudah!!..Jadi satu kerja la pulak orang kena mencari dia,ini semua berlaku gara2 dia takut sendiri la tu!!Hampir setengah jam jugak orang ramai dok mencari dia,akhirnya abah aku berjaya menemui lokasi persembunyiannya.Rupa2nya dia menyorok kat bawah meja bulat kat rumah mak,zaman tu memang trend meja bulat siap dengan skirting yang labuh.Abah aku hanya menemui lokasinya je,tapi dia suruh aku atau ayah dia yang pujuk Along keluar..Kalau tengok dari segi tempat dia sembunyi tu,memang orang tak terfikirkan yang dia boleh dok kat situ dekat sejam lamanya!!Malam tu kami pujuk dia elok2 dan pesan padanya supaya tak melakukan perbuatan itu lagi....begitulah Along,kenakalannya banyak melibatkan ramai orang!!

Keesokannya,berlaku satu masalah pula, Angah tak boleh duduk, bila dia duduk je dia tak boleh imbangkan badan,dia terjatuh ke tepi atau terlentang ke belakang. Bila kita dirikan dia,dia jalan terhuyung hayang,pastu terus jatuh....buatkan jiwa aku tambah kacau!!Setelah diperiksa oleh doktor pakar di Mentakab,baru la aku rasa lega...Syukur Alhamdulillah,Angah tak pekak..doktor kata luka tu berlaku di dinding telinga saja!!Habis kenapa Angah tak stabil..asyik nak jatuh je???Doktor kata dia akan normal dalam masa sehari dua ni,sebab dia cuma mengalami masalah bengang..pasal terlalu banyak darah(cecair) yang memenuhi kat dalam telinga dia.Alhamdullilah selepas tu Angah sihat seperti biasa!!
******************************************
Di kampung suami aku ramai sangat orang yang membela lembu,malangnya tuanpunya lembu2 ni tak reti nak mengandangkan lembu2 mereka.Jadi di kampung tu bersepah dengan taik2 lembu dan berlakulah pencemaran bau yang amat kritikal.Kalau nak ditegur kang semua pun sedara mara,apatah lagi tok empatnya pun sama, dua kali lima...abis nak buat camna???
Disebabkan setiap kali balik ke kampung,anak2 aku akan dijamu dengan pemandangan kawanan lembu dan taik lembu,jadi Along menggelarkan kampung tu dengan nama "Kampung Lembu".Ni kalau orang kampung tau...maroh deme!!!

Pagi tu,kitorang ikut arwah tok dia ke rumah waris dia dihulu,kami hanya berjalan kaki,semasa dalam perjalanan balik tu,kebetulan kami terserempak dengan beberapa ekor lembu.Along ni memang berani,sesekali dapat melihat lembu secara live tentu sangat teruja bagi seorang budak berusia 4 tahun ketika itu,dia mendahului semua orang,tak sabar nak tengok lembu dekat2.Mula2 ok je,kitorang pun buat tak kisah la,tapi tak tau bila masa dia ada sebatang kayu ditangannya.Dia pegi kat sekor lembu tu dan terus jolokkan kayu tu kat bontot lembu tu,ha...apalagi,secara spontan la lembu tu bagi back kick...ambik nak!!.dia tercampak ke belakang terus terduduk.Arwah mak mertua aku terus berkejor"Allah,cucu aku!!...Tapi aku memang tak tahan nak tergelak sangat...nampak real tu,melayang...jadi aku gelak je la....nasib dia tak apa2..Tapi dia memang terror, cuma terkejut sikit tapi haram tak nangis pun!!
**********************************************
Semasa dia berumur 6 tahun,kitorang menyewa di sebuah rumah yang bersebelahan dengan Hutan Simpan Rotan Tunggal di Raub.Kebetulan jiran dibelakang rumah tu,berbangsa India dan memelihara berbagai jenis binatang peliharaan,dari anjing,kucing,ayam,itik,angsa dan beberapa spesis burung merpati .Al maklum la tinggal bersebelahan hutan jadi serba mak nenek binatang yang dibelanya.Disebabkan rumah aku dan rumahnya bertemu dapur,jadi aku tak kisah la kalau ayam, itik atau merpatinya masuk ke halaman aku untuk mencari makanan.Kadang tu memang aku sengaja membuang lebihan makanan tu kepada binatang peliharaannya .Dalam banyak2 binatang tu Along dan Angah cukup tertarik dengan burung merpati,dan burung merpati peliharannya sangat jinak, boleh tangkap gitu je.

Satu petang tu,Along dan Angah bermain di belakang rumah,tapi aku dengar kecoh semacam je..aku pun menjenguk,menyirap darah aku....Along tengah bagi burung merpati tu minum air paip dengan cara mengangakan mulut merpati tu,cam tadah air dalam kole je dibuatnya mulut merpati tu!!
Apalagi merpati tu kelemasan agaknya terus tak bernyawa...bila aku jerit suruh lepaskan,memang merpati tu dah lembik.....Aku pun panggil aci ,aku bagi balik merpati dia,dan cerita kat dia yang anak aku dah bunuh merpati tu!!Kesian pulak kat aci tu,dia kata banyak2 merpati tu,yang mati nilah yang paling jinak dan paling disayangi oleh anak lelaki dia!!Lagipun spesisnya payah nak dapat kat Malaysia.Hati aku berkata juga,tu la nasib ko merpati,apsal la ko jinak sangat!!Dapat gak Along sedas dua ngan aku petang tu.

Balik dari kerja petang tu,aku citer la dengan ayah dia pasal Along punya kes ...nampak sangat la ayah dia pun rasa kesal dengan kejadian tu,kebetulan anak lelaki aci tu,merupakan staff dia kat opis.Masa minum petang tu,ayah tanyakan Along.."kenapa awak bagi burung merpati tu minum"?Along kata"tadi Along kasi dia makan lepas dia dah makan,Along kasi la dia minum!!"adoi.....la anak tak abih2 buat hal!!!

13 comments:

Maiyah said...

salam.. samalah macam anak lelaki saya hyper aktif, susah nak kontrol terlalu nakal sangat selalu tarik rambut kakaknya tak semena-mena, kecoh satu umah, sabar je lah

eL said...

Sian along ke tendang dgn lembu sampai melayang....hehehe...tak tahan nak gelak ni.Tapikan kak...lembu tu tak ngamuk menyondol2 pulak ek kena kacau camtu...takut wehhh!!!

Relevan said...

Nak ajak along tengok kawanan lembu kat kampong uncle relevan pula..senalor berkelayor lembu2 itu..mcm tak ada tuan..

endiem said...

dah minum.. kasilah tido pulak.. betul tak along?

Guru said...

orang kata budak nakal ni geliga otaknya...
insyaallah...

Basuh Baju said...

biarlah budak2 ni membesar dgn perangai nakal...selalunya budak nakal ni byk ideanya..

kalau dihalang, nnti terhalang jgk ideanya..hehe

hai said...

salam maiyah,
anak lelaki yang hyper ni...kena banyak sabar je la...dia akan berubah bila dah berumur 10 thn ke atas!!

Emblem O P,
hehehe..ni dinamakan jalan2 cari pasal!!

relevan,
sama je ngan kampong tu,berkelayor jugak...tapi lepas banjir besar 2 tahun lepas dok,byk lembunya dah pupus dek banjir!!

endiem,
budok nakal biasanya payah nok tido!!

a kl citizen,
memang tak di nafikan...dia cerdik tapi masalahnya malas la plak!!

BB,
hehehe..BB sebenarnya ni kisah lama la,zaman dia kecik2...dia ni sebaya awak!!

zai said...

Salam Hai..

Rasa2nya anak2 kita ni dari specis yang sama kot..zai pun tak terlarat nak cerita tentang 4 orang hero kat umah tu..macam2 sejarah dok ada..apapun sekarang dah kurang sikit..tapi kenangan tetap berbekas..

ummu said...

Salam Kak Hai;

kisah Along ni bagai mengimbas kenangan saya semasa kanak2.kiranya saya pun nakal jugak macam Along.hi hi.sekarang,anak sulong saya ikut kenakalan saya kut.

hai said...

salam zai,
hehehe..dah namanya hero takkan nak bawak watak heroin...tapi mujur la mereka ni akan berubah juga...cuma lambat sikit je!!kenangan2 tu kadang seronok gak bila di kenang dan ceritakan pada mereka bila dah besar2 ni!

Salam ummu Masyitah,
hihihi...mesti mak selalu sebut,ha...perangai anak awak tu saling tak tumpah cam masa awak kecik2 dulu...!!

ummu said...

iyerlah tu kak hai.sebijik cam tulah mak saya cakap.aduss terkena batang hidung yang tak mancung nih

Anonymous said...

agak malu disini.. haha

hai said...

tau tak pe!!