Monday, June 22, 2009

TAKDIR ILLAHI.

2 hari lepas aku mendapat berita sedih ,apabila anak jiran yang baru berusia 6 bulan telah meninggal dunia.Apa yang menyedihkan kerana bayi tersebut tidak mengalami sebarang penyakit,dan masalah timbul selepas dia tersedak makanan(bubur nasi) yang diberi oleh pengasuhnya di sebuah Taska.Selepas itu, dia telah mengalami muntah sebanyak 3 kali dan wajahnya bertukar kebiru2an.Dengan itu pihak Taska telah membawanya ke Klinik berdekatan,dan kesnya terus dirujuk ke hospital.Pihak Taska menghubungi keluarga bayi tersebut dan mereka terus membawanya ke hospital,kemudian bayi tersebut dimasukkan ke wad icu.Selepas sehari dirawat, dia telah menghembuskan nafasnya pada 20.6 yang lalu.Setelah dibedah siasat,didapati terdapat nasi diparu2nya.

Aku rasa mungkin ramai dari kita yang merasa marah atau kesal dengan kejadiaan yang menimpa nasib temanku ini.Tapi tahukah anda bahawa keluarganya ini sangat penyabar dan tabah menghadapi dugaan Allah.Walaupun kehilangan satu2nya anak lelaki mereka(2 perempuan) tetapi dia menerima segalanya dengan redha.Dia tidak berhajat untuk mengambil sebarang tindakan terhadap Taska tersebut kerana bagi mereka ianya bukan satu penderaan atau kecuaian pihak Taska cuma satu kejadiaan yang tidak disengajakan dan mungkin hanya penyebab kematiaan anaknya.

Apapun aku rasa terharu dan menghormati pendirian mereka kerana setiap yang berlaku adalah ketentuan Allah.Hanya ucapan takziah yang dapat aku ucapkan,dan aku memikirkan sesuatu, mampukah aku menjadi seorang yang tabah sepertinya??

7 comments:

Fa-T said...

emmm...

NorRa09 said...

Tompang simpati. Allah maha mengetahui atas sesuatu takdir yang diturunkan kepada hambanya. Mesti ada rahmatnya. Dalam kes cam ,ni ramai kanak2/bayi meninggal dalam kes tersedak ni ...orang kata tersedak susu.. sebab tu bayi jangan disuapkan ketika baring atau biarkan menyusu sambil tidur.. biarkan sendawa dahulu . maklumat ni i dapat dr rakan yang jd misi kanak2.

Abang Terrer said...

Fuhhh... mmg sabar... kalo aku pun x boleh sabar tahap mcm tu.. x apa, bayi2 yg meninggal manakala ibubapanya sabar dan redha, insya Allah akhirat nanti bayi tu akan tarik ibubapa dia masuk syurga sama-sama... ada hadis rasanya tp dah lupa..

Basuh Baju said...

salam takziah..moga dikuatkan semangat..

hai said...

Fa-T,Nor,AT n BB,

dulu pernah berlaku,seorang yg dikenali mengalami nasib yang sama.tetapi kerana berkat kesabarannya dan redha menerima ujian dari Allah,maka selepas kehilangan anak mereka itu Allah gantikan dengan anak kembar pula.Setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya..Hanya Allah yang maha mengetahui!

cayoi said...

semoga jiran ko itu medpt ganjaran yg besar di atas kesabaran tu..anak cousin aku kehilangan jari ms dlm asuhan pengasuh, pengasuh tu sgt rs berslh dan tidak berhenti2 meminta maaf dan cosin aku menerimanya malah sampai hari ni pun msh dijaga olh pengasuh yg sama. dlm hidup ni semua org melakukan kesilapan, bagaimana kita mengakui kesilapan dan memperbaiki kesilapan itu yg penting..

Kucing Parsi said...

al-fatihah