Thursday, June 4, 2009

BERKONGSI KASIH


Kebiasaannya setiap kali cuti sekolah,anak ke 5 aku Haziq yang kini berusia 11 tahun pasti akan balik ke rumah atuknya di Raub.Ianya seperti rutin dalam hidupnya sejak hampir 7 tahun kebelakangan ini.Mungkin kerana aku pernah bermastautin dan dia dilahirkan di sana menyebabkan perasaannya agak lebih kepada keluarga atuknya di sebelah Raub.Dari hari pertama aku melahirkan dia pun Wan dia yang menguruskan urinya dan mungkin ditanamkan dekat dengan rumah Wan dia menyebabkan dia sukar untuk dipisahkan dengan Atuk dan Wan di Raub.Mungkin jugak kerana 'kecomelannya' sejak kecil tu menyebabkan dia menjadi kesukaan ramai..hehehe...

Apa yang nak di hairankan balik ke rumah wan dan atuk,biasa je la kan...tapi sebenarnya atuk dan wan yang aku maksudkan ini adalah mak dan bapa saudara aku iaitu wan dan atuk saudara dia.( atuk tu, adik abah aku).Aku rasa bukan setakat dia, tapi hampir kesemua anak2 aku berasa sangat selesa untuk balik ke Raub dibandingkan dengan balik ke rumah keluarga aku di Mentakab.Kekadang tu aku bimbang juga,takut mak dan abah terasa hati dengan sikap anak2 aku.Tapi pada luarannya aku rasa cam abah dan mak tak kisah kot,dalam hati mereka aku tak tau la!Kalau diikutkan,mak dan abah tak mungkin terasa hati sangat sebab mereka dah begitu mewah dengan cucu.Bayangkan la anak 3 orang yang dah berkahwin tapi cucu mereka dah 13 orang dan bulan 8 ni,nak dapat sorang lagi.Itu pun abah dah tak larat nak layan karenah cucu2nya yang ramai sangat hero,dan cuma 3 orang cucu perempuan yang ada.Mak aku pun dah mengidap darah tinggi selepas dah dapat beberapa orang cucu...

Berbeza dengan atuk kat sini, masih belum bercucu,walaupun mempunyai 5 orang anak dan salah seorang dari mereka telah pun berkahwin,tapi atuk masih belum ada rezeki nak menimang cucu sendiri.Mungkin kerana itu atuk dan wan suka kalau mereka bercuti ke rumahnya,ini ditambah lagi dengan mak2 sedara yang rajin melayan karenah budak2 tu.Al maklumlah mak2 sedaranya semua pun cikgu,mungkin ada skill yang menyebabkan anak2 aku seronok sangat nak balik ke sana.

Setiap kali cuti sekolah,begini la suasana rumah aku agak sunyi.Kali ini bukan saja Haziq malah Nabila pun bercuti ke rumah atuk.Kalau cuti akhir tahun tu,aku pernah tinggal dengan suami je,habis semuanya menyibuk kat rumah atuk.Kadang tu kalau aku tak menghantar mereka balik ke rumah atuk,nanti atuk pulak datang menjemput mereka,itulah lemaknya mereka ni.Dulu,suami aku pernah rasa tidak sedap hati untuk membiarkan anak2 aku bercuti ke rumah atuk,dia takut anak2 aku menyusahkan atuk dan wan.

Tapi setelah kami berbincang bersama dan demi memikirkan kegembiraan dan kepuasan di kedua2 belah pihak, akhirnya kami mengambil keputusan untuk membenarkan anak2 kami menghabiskan setiap cuti persekolahan mereka disana.Bagi kami,walaupun Allah telah menganugerahkan kami anak yang ramai,tapi semuanya kepunyaanNYA yang di pinjamkan kepada kami.Kami tidak punya harta dan wang ringgit yang dapat dikongsikan bersama orang lain tapi kami punya anak2 yang boleh kami berkongsi kasih sayang mereka!

Sekurang2nya diwaktu cuti persekolahan begini,mereka boleh memberikan sedikit keceriaan dan kegembiraan kepada atuk dan wan.Sesekali juga,bolehlah mereka memecahkan kesunyiaan rumah atuk dan memeningkan kepala wan dengan berbagai2 ragam dan karenah mereka.Antara orang yang akan tetap menjadikan dirinya wajib hadir disetiap cuti persekolahan itu dah tentulah Haziq.Anak aku yang paling baik dan tidak banyak ragam sejak kecil lagi,janji perutnya sentiasa terisi dan dia merupakan tong sampah dalam rumah ni....hahaha...kerana badannya tidak pernah susut sehinggakan ramai orang tidak menyangka bahawa dia salah sorang anakku.

6 comments:

budak kampung online said...

ANAK-ANAK ADALAH PEMBERIAN ILAHI.. TANPA ANAK-ANAK TIADA KECERIAAN HIDUP. SEKADAR BERKONGSI... SALAM

Basuh Baju said...

walaupun sy belum berkeluarga apatah lagi berkahwin, ttp sbg seorang anak, memang kita mampu mengembirakan hati kedua ibu bapa.. kan?:)

kuSut said...

cerita balik kmpung best...
tpi aku skali balik kmpung trus mnyeberang laut cina seltan, tu baru kmpung mak ayah...
klu kmpung atuk, ke luar negara pula...huhuuu

Emblem of Purity said...

teringat masa kecik2 dulu, kalau esoknya start cuti sekolah, esok jugak kena eksport balik temerloh. tiap2 kali cuti sekolah mcm tu. balik kl pulak bila esoknya dah mula sekolah. akak jgn risau menyusahkan ke tak sebabnya wan dgn aki diorg mmg suka cucu2 balik. terhibur hati. dlm 365, hanya lebih kurang 100 hari je cucu2 semua dapat tunggangterbalikan umah wan dan aki. yang selebihnya, aki tgk muka wan, wan tgk muka aki sambil berkata dalam ati: "lambatnya cuti sekolah nak mula".

hai said...

budak kampung online,
Alhamdulillah!kerana di berikan kesempatan merasai segala pengalaman suka duka membesarkan anak2, sedangkan ramai orang yang masih tertunggu2 untuk memilikinya dan sedih juga bila ramai manusia yg bergelar ibu,tidak menghargainya dan dicampakkan merata2.

Basuh Baju,
sudah tentu anak2 yang baik,patuh dan menghormati kedua ibubapa mereka sangat menyenangkan hati.mereka tidak meminta balasan apa2 selain dari kasih sayang dan doa dari anak2

kuSut,
mesti sekarang ni tgh menghitung hari nak balik kampungkan?Semoga berbahagialah bertemu keluarga disana..krm salam pada mereka.

Emblem of Purity,
memang kesian pada uwan dan atuk,bila suma cucu dah balik..rumah mereka sunyi sepi,kadang tu wan kata,atuk melaung nama2 cucu sorang2 untuk nak lepaskan tension!
Temerloh kat ner ek?

ZULKIFLI MOHAMED said...

Salam kunjungan Hai,

bagi yang "masih ada" kampung seronok sekali ...,

jemput ke KOTA PUISI saya.