Monday, June 15, 2009

MARKAH TERTINGGI!!


Tengahari tadi ketika pulang dari sekolah Haziq kelihatan ceria je,tanpa ditanya dia terus bercerita yang hari ni dia dapat hadiah dari cikgu B.Inggeris.Sehelai tuala seperti di dalam gambar tu,itulah hadiah yang diberikan oleh cikgunya, kerana dia lah satu2nya pelajar yang dapat markah tertinggi subjek B.Inggeris bagi peperiksaan semester yang lalu.Wah!Bangga jugak,markah tertinggi tu,bila aku tanya berapa markah tertingginya tu??La...rupanya 60% je, beria aku gelak sakan!(itulah kesilapan yang telah aku lakukan).Betapa cikgu dia punyalah menghargai pelajarnya,walau tidak mendapat keputusan yang cemerlang tapi dia tetap menghargai pelajarnya dan cuba untuk memberikan semangat kepada pelajar2 yang lain.Aku telah memandang rendah ke atas keupayaan anakku sendiri,seolah2 menghinanya dengan gelakan itu,betapa sengalnya aku!

Haziq,pelajar tahun 5,di Sek.Keb.Fakeh Abdul Samad.Sekolah yang hanya 12km jauhnya dari bandar Kuantan.Dia ditempatkan di kelas yang ke 2 dari 7 buah kelas keseluruhan tahun 5 tersebut.Terdapat seramai 39 orang pelajar di kelasnya dan cuma Haziq yang mendapat B untuk subjek B.Inggeris itu.Sedangkan Haziq yang dok kat kelas yang ke 2 pun begitu,cuba bayangkan camana agaknya pelajar2 lain di kelas yang seterusnya.Sukar untuk aku membuat telahan,dimanakah kelemahannya bila ramai pelajar2 tidak dapat menguasai subjek B.Inggeris,sedangkan kedudukan sekolah ini bukanlah jauh sangat dengan bandar.Mungkinkah kerana majoriti pelajar2nya merupakan bangsa melayu dan cuma 1% je bukan melayu,atau mungkin kerana kurangnya kesedaran ibubapa untuk memberi tumpuan dalam subjek ni,atau mungkin pelajar2 itu yang tidak berminat untuk mempelajarinya??? Melihatkan senario yang berlaku,adakah wajar B.Inggeris diwajibkan lulus untuk melayakkan mendapat sijil SPM??

Aku merasa cukup terharu melihatkan semangat cikgu yang telah memberikan komitmen dan berusaha sepenuhnya terhadap tugas beliau.Aku juga merasa sedih dengan pencapaian anak2 kita di dalam subjek B.Inggeris ni,terlalu banyak kelemahannya dan aku rasa kita perlu berganding tangan membantu sedaya upaya kita agar mereka tidak terlalu jauh ketinggalan.Tidak sepatutnya kita meletakkan tanggungjawab itu semua dibahu para guru sekolah.Aku faham,tidak semua kita bernasib baik mendapat anak2 yang cemerlang IQ nya.Aku sendiri mempunyai seorang anak 'dysleksia'.(yang bermasalah dalam bidang akademik).Orang2 begini perlukan lebih perhatian dan lebih kesabaran kepada kita untuk membimbing mereka ke satu tahap yang boleh dibanggakan.

Kepada Puan Sharifah Sabariah,guru B.Inggeris Haziq,aku ingin merakamkan setinggi2 ucapan terimakasih diatas keprihatinan dan kasih sayangnya yang telah ditunjukkan dalam mencurahkan ilmu buat pelajar2nya. Juga, aku rasa sangat terhutang budi kepada Arwah En.Mubin,guru dysleksia yang pernah berusaha membimbing Zakwan dan memberikan aku keyakinan dan harapan kepada Zakwan bahawa dia pasti akan berjaya,jika lebih berusaha.....(untuk arwah, Al-Fatihah!)

4 comments:

kuSut said...

waa...
lama cgu x hapdet blog...
congrats la wat anak ngan cgu...
moga kejayaan berterusan...

NorRa2009 said...

Tahniah buat Haziq.Semoga usaha guru BI itu akan menjd MAGIC kepada pencapaian akademiknya. Senario BI di SK Fakeh adalah juga senario sek ren pinggir dan luar bandar.. murid akan datang barangkali akan muncul sebagai generasi yang "tolol" bahasa ibunda dan Bahasa Inggeris...ibarat tutup mayat dengan selimut pendek.. serba tak kena...

hai said...

harap2 selepas ni Haziq dan pelajar2 lain akan lebih bersemangat dan berusaha memperbaiki kelemahan mereka.

HBB said...

mata pelajaran BI di sekolah harus dikemaskini atau perbaiki cara pengajaran dan penyampaiannya agar lebih berjaya. Wujudkan suasana yang menggalakkan untuk belajar. Semoga berjaya bangsaku menguasai bahasa ibunda dan BI. SPM BI-F9. hehehehe