Monday, September 27, 2010

HARAP, BELUM TERLAMBAT UNTUK UCAPKAN SALAM AIDIL FITRI!!

Mak oii....dah naik bersawang blog aku ni.....bznya mengalahkan menteri...sampai terlupa nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri,Maaf Zahir Batin pada kengkawan semua...Harap2 ucapan tu masih relevan lagik....hehehe...walaupun ramai dah selamat menamatkan puasa sunat aidil fitri la plak!!

Raya tahun ni,sangat bermakna dan menjadi sejarah dalam hidup kami sekeluarga,bila abah ngan mak sanggup meraikannya bersama kami di rumah kami.Selalunya anak2 akan balik beraya ke rumah family,ni diorang plak yang berkorban untuk meraikannya di sini.Ini semua sebab keadaan suami aku....huhuhu...terharukan!!

Selepas hari raya ke3 baru mak ngan abah balik....tapi beberapa hari lepas tu,aku dikhabarkan yang mak demam teruk,sampai tak larat nak bangun....sakit kepala sesangat.Rupanya mak menjadi suspek demam denggi...mujur tak sampai masuk wad,cuma berulang alik ke klinik dan dimasukkan air setiap hari.Hari Jumaat tu aku berkejar ke rumah mak,itupun pergi dengan Zakwan,anak ke3 aku...buat peneman je la.Kebetulan pulak Haziq tengah sibuk buat persiapan menghadapi UPSR,hari2 ada kelas termasuk hari Ahad.
.
Masa aku sampai tu,keadaan mak memang nampak teruk,sampaikan tak boleh nak celik mata....dia dok kata kepala dia pening sangat sampai rasa nak pecah!!Malam tu adik aku panggil seorang ustaz,jiran mak.Dia ada kebolehan mengubat menggunakan perubatan Islam.Mak aku ni memang jenis yang lemah semangat,asal demam sikit,mudah benor mengalami gangguan.Ustaz tu memulakan pengubatannya dengan bacaan Yassin,sambil meletakkan tangannya di atas perut mak, sebab selain dari sakit kepala dia mengadu sakit perut yang teramat sangat.

Selepas melepasi beberapa ayat...mak kelihatan lebih tenang dan pulih sedikit...sakit kepala dan perutnya semakin hilang!!Tapi Ustaz merasakan ada sesuatu yang tak kena berada di dalam rumah mak....setelah menamatkan surah Yassin..maka bermula la operasi melawan gangguan tersebut melalui adik aku yang "down syndrome"tu.Ustaz kata,benda2 macam ni memang suka memilih orang2 macam adik aku tu....yang tak boleh berkomunikasi tapi  faham apa yang kita cakap!!Walaupun bertubuh kecil,seperti budak bersekolah rendah,tapi malam tu, 6 orang yang memegang dia pun lelah dibuatnya.....kuat betul dia....tapi yang sebenarnya bukan dia pun!!

Tapi beberapa hari berikutnya kami dikejutkan pulak,adik perempuan aku dimasukkan ke hospital Selayang kerana denggi berdarah!!Risau kami dibuatnya,mengenangkan anak2nya yang baru berusia 3 dan setahun tu buat aku rasa sedih....Pulak tu aku tak berkesempatan untuk melawat dia sebab Haziq akan menjalani peperiksaan UPSR....Hanya iringan doa saja yang mampu aku berikan semoga mak ngan adikku cepat sembuh....Kini adikku telah pun pulang ke rumah.

Alhamdulillah!! Mereka telah beransur pulih,walaupun badan masih terasa lemah dan letih...semoga mereka kembali sihat seperti sediakala!!

Sunday, August 22, 2010

BIMBANGNYA SAYA!!

Melihatkan fenomena pembuangan bayi yang semakin parah masakini memang menakutkan.....Hati ibu bapa mana yang tak risau dengan anak2 yang  tinggal berjauhan dari mereka.Hanya pesanan dan doa saja mampu mengiringi agar mereka terpelihara dari melakukan perkara2 maksiat dan terkutuk itu!!

Bukan itu je,kes penculikan kanak2 pun dah kedengaran semula....sangat membimbangkan.Pagi tadi saya terbaca kegagalan pihak penculik melakukan penculikan di sebuah sek.cina di Perak.Hati saya terus terbayangkan anak2 yang belajar di sekolah rendah.Saya cukup bimbangkan Hana sebab dia jenis yang berani....Tekad saya dalam hati,dia balik nanti saya akan nasihatkan dia....

Kebetulan pula arini saya ada hal di bandar,saya ambil Hana agak lewat sikit,risaunya hati saya,tuhan saja yang tahu.Bila lihat Hana ada dalam kawasan sekolah,lega rasanya.Hana naik je kereta saya terus buka cerita ...saya bagitau Hana,"Hana,kalau ada sesiapa yang Hana tak kenal ajak balik,Hana jangan ikut tau....kecuali macam atuk ke wan atau mak long,mak tam....kira kalau Hana kenal baru boleh ikut"!"kalau kawan ayah ke?"tanya Hana...."Tak payah..tak de kawan ayah atau kawan ibu yang nak ambik Hana,hanya ibu atau ayah je yang akan ambik Hana....lain pada tu orang jahat."!

"Ala ibu,kalau orang tu kata,mari la saya ni kawan ibu awak,Hana boleh tanya dia,kalau awak kawan ibu,apa nama sebenar ibu saya??Kalau dia tak boleh jawab,dia penipu la"!!adoi.....sabor je la anak!!

Wednesday, August 18, 2010

HANA MEMANG COOL!!

Arini dah ari ke 9 kita berpuasa,maknanya dah masuk 9 ari Hana,si bongsu saya mempertahankan puasanya.Nampaknya tahun ni dia semakin matang....ari pertama je dia ada la merengek2 lapar tapi ari berikutnya dah ok...Apa taknya,berbuka je dia terkam nasi dulu...tak macam anak2 yang lain,makan kuih2 dulu.Waktu sahur nasinya sama banyak masa waktu berbuka....susu plak segelas,tu agaknya buat Hana tak rasa lapar!

Aktiviti petang dia berjalan cam biasa,asal petang je dia mesti nak keluar main....kita ni kesiankan dia takut dia penat tapi Hana relax je...Walaupun gitu saya tak kasi dia main jauh2 ,hanya depan rumah je....atau kat Taman depan tu ...Semalam dia bermain dengan anak jiran saya yang sebaya dengan dia,tapi kawannya tak puasa.Kawannya tu anak sulong,bersekolah pulak di pra sek.keb cina...saya tak nafikan memang susah sikit nak mengajar anak sulong berpuasa,sebab dia selalu akan rasa keliru,kenapa dia je kena puasa sedangkan adik2 tak perlu puasa.Tambahan lagi faktor sekolahnya yang bercampur dengan anak2 cina...bulan puasa ni pun,sekolah tetap sediakan makanan untuk mereka....Tak macam pra sek Hana,tidak ada makanan disediakan dan majoriti murid2nya semua pun berpuasa.

Petang semalam saya lihat Tasya,kawan Hana tu makan aiskrim depan Hana....tengok Hana cool je,tak de la dia merengek nak makan aiskrim atau nampak  cam teringin ke...Untuk nak menguji Hana suami saya tanya Hana,"Hana,tengok tasya makan aiskrim,Hana tak teringin ke??Ke Hana dah rasa aiskrim Tasya tu sikit"?"Eh,mana ada,Hana puasa la...Hana tak makan pun,Hana cuma belanja Tasya je"!La....rupanya Hana yang belikan aiskrim tu untuk Tasya...lawak la,orang puasa belanja orang tak puasa,pastu makan depan orang yang puasa tu.....hihihi...

Wednesday, August 11, 2010

SALAM RAMADHAN

Alhamdulillah..arini seluruh umat islam telah mula menjalani ibadah berpuasa ...Saya ingin mengucapkan,selamat berpuasa buat semuanya,semoga tahun ini akan lebih membawa keberkatan dan keinsafan kepada  kita,mudah2an kita sentiasa dirahmati oleh Allah SWT. Terimakasih pada yang mendoakan kesembuhan buat suami saya...nampaknya kesihatan dia semakin pulih walaupun masih lagi bercuti....

Harap2 tahun ni Hana mampu berpuasa penuh...Seperti selalu,rasanya bulan puasa ni bulan paling menjimatkan dari segi kewangan dan tenaga kerja....hehehe...sebab hanya perlu memasak pada waktu petang je...masa sahur,tak la teruk sangat juga,kalau dibandingkan dengan bulan lain...Awal2 lagi anak2 dah pesan,menu manisan untuk hari pertama berbuka puasa....'puding karamel'...hmm....alhamdulillah dah disejukkan dalam peti.Untuk suami,saya akan sediakan 'cekodok kurma' untuk dia,sebab dia kena berpantang makan(banyak makanan yg tidak sesuai untuk orang yang mengalami patah macam dia).

Apa yang kurang menyeronokkan tahun ni,sebab tak dapat nak pergi bertarawih....tak sampai ati nak tinggalkan suami yang kurang sihat gitu...Dia pun cam terkilan jugak....tapi menaruh gak harapan,seminggu  dua nanti...boleh pergi kot!!

Thursday, July 29, 2010

MALANG TIDAK BERBAU!!!

Mungkin aku terpaksa berehat dari berblog buat sementara  waktu ni.....Jumaat lepas suami aku eksiden,jatuh motor selepas dihimpit oleh sebuah kereta sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja....Tak la teruk sangat,tapi berjahit la kepala...patah tulang selangka dan tulang rusuk....3 hari jugak la dok spital!!Kesian tengokkan dia sebab tak larat nak bangun dan baring..Selepas keluar spital tu,kami dah bawa dia ke bomoh patah dan alhamdulillah...nampaknya tahan la sikit.
Aku pun tak ada masa nak online sangat, sebab sibuk melayan dia ngan anak2,dan sejak balik dari spital ni pun ramai jiran2 dan sedaramara yang datang berziarah,jadi aku sibuk  melayan tetamu.....Tak de apa yang aku harapkan...cukuplah sekadar doa dari teman2 di sini.... semoga dia pulih seperti sediakala!!Kami redha dengan ujian dariNYA.....

Wednesday, July 21, 2010

MEMANG AKU HANGIN....

Semalam masa mengemas bilik anak lelaki...terjumpa telefon anak yang form 4 tu,bersepah je kat atas katil.Tah camana tergerak hati nak tengok baki kredit dia...tapi sebab telefon dia lain pesyen sikit,terbukak message inbox.So aku pun baca message yg ada....terdapat 3 message dari kawan satu taman ni yang mintak dia tolong hantarkan kasut,sejak dari Sabtu hingga pagi Isnin.....dalam message tu kawannya tu suruh dia datang ke rumah bawakkan kasut yang dia nak pinjam tu.Pelik gak,kasut apa yang dia maksudkan,kalau takat kasut sekolah....anak aku pun cuma ada sepasang je....kasut sekolah diorang ni warna hitam.

Syok ni,aku memang suka bab siasat menyiasat ni....aku gi kat tempat kasut,dok perati kasut2 yang ada.Baru aku perasan,kasut Angah yang warna hitam tu tak de....Jangan2 dia pinjamkan kasut Angah kat kawan dia,tak pe tunggu dia balik.Dia balik dari sekolah terus aku tanyakan pasal kasut Angah,mula2 tu dia macam buat blurr...x tau la konon...sebab takut!!Tapi lepas aku tunjukkkan message dia tu baru dia nak ngaku.Ha... tu yang buat aku lagi hangin.....aku tanyakan juga sampai bila dia nak pinjam.Dia sendiri pun tak pasti sampai bila.....aik,panjang lagi masa sekolah untuk tahun ni......

Aku ni bukan la berkira sangat,tapi  aku rasa memang tak munasabah langsung dia meminjamkan kasut Angah tu,Dia sendiri tak berani nak pakai kasut Angah,boleh pulak meminjamkan kat orang lain.Sebenarnya kasut tu kasut berjenama dan harganya pun melebihi RM100....,Angah beli dengan menggunakan duitnya sendiri.Itupun hasil dari dia bekerja di restoran makanan segera semasa menunggu keputusan SPM aritu.Angah ni jenis yang sangat cermat dan pandai berjimat...untuk nak mendapatkan sesuatu barang yang dia berkenan,dia akan mengumpul duit sikit2.Dia akan fikir banyak kali untuk nak membeli sesuatu barang.Kasut yang dia tinggalkan ni pun,dia dah bagitau  yang dia akan ambil masa balik cuti raya nanti,sebab barang yang dia bawak ke Penang tu dah banyak sangat.Semasa nak masuk ke uitm tu ari,suami aku cuma bayarkan yuran pendaftaran sebanyak RM570...kemudian topupkan separuh harga laptop dia....untuk keperluan yang lain semua gunakan duit dia...duit dari biasiswa yang dia simpan untuk 5 tahun,dari tingkatan 1-5,duit dermasiswa dari yayasan  RM500,duit gaji dia masa keje 3 bulan.....setakat ni duit poket dia pun dia gunakan duit dia sendiri.Sedih pun ada bila fikirkan Angah cuba untuk meringankan beban ayahnya....Baru2 ni dia ada call,dia cerita tentang suasana di sana,dan sempat pulak tu dia bagitau,yang makanan paling murah dia makan tengahari cuma RM1.60..nasi +telor....fuh!berkira betul.....tu yang buat aku rasa tak patut untuk nak menolong orang lain, menggunakan barang dia!!

Kalau ikutkan memang aku hangin ngan anak aku yang sorang ni.....sengal betul,apa la salahnya cakap kat kawan dia yang dia pun tak de kasut lebih untuk dipinjamkan sebab kasut sekolah dia memang sepasang je.Dahtu sakit hati je,bila dia dipaksa2 oleh kawan dia untuk hantarkan kasut ke rumah dia...banyak cantekk ek,dia nak pinjam barang orang,suruh orang hantarkan kat rumah dia.Aku memang perasan pun anak aku ni selalu sangat di buli oleh kawan2,sejak dari sekolah rendah....tu yang aku tak berani nak lepaskan dia belajar jauh.Selepas PMR,dia sebut jugak nak masuk ke sek.teknik tapi aku tak benarkan sebab cara dia,membuatkan kita tak yakin dia boleh survive!!Kalau ikutkan aku,memang tak bersimpati sangat ngan budak tu,sebab keluarga dia bukan la orang susah sangat ...ada kereta,ada motor,budak tu pun pakai telefon bimbit.Dia pun cuma 2 beradik je....sedangkan aku ada 7 orang anak.Takkan la tak boleh beli kasut sepasang,sedangkan rokok pun dia mampu beli.(memang geram tengok budak sekolah hisap rokok)Kasut sekolah anak aku tu pun bukan mahal sangat reganya cuma RM25 je...tu pun mampu beli sepasang je.

Monday, July 19, 2010

CHICKENPOX OR CHICKEN PORK???

"Chickenpox"....biasa kan dengar perkataan tu....tapi kalau zaman  dulu,selalunya dengar cikgu ngan doktor je sebut perkataan tu....makcik2 kat rumah panggil "demam campak",tak pun "demam buah" la..atau "cacar" gitu...Tapi zaman sekarang,semua orang pun dah pandai meyebutnya ....sampaikan budak2 kecik pun reti sebut,tapi tak tau la diorang tau  maknanya tu... .Baru2 ni anak bongsu saya si Hana mengorder nak makan chickenpox....tentu la terkejut budak yang mengambik order tu kan....faham2 je la sebutan cara budak2...silap2 dengar bunyinya macam "chicken pork".....tapi sebenarnya Hana maksudkan ialah "chicken chop"!!

Pasal tersalah cakap nikan....teringat masa zaman sekolah dulu...masa tu saya di tingkatan 4.Petang tu kami melepak selepas berlatih sukan dipadang...memang la penat dan haus...Tiba2 sorang kawan bagi idea paling cantekk..."Eh,bebudak,jom kita gi sekolah sebelah nak,pekena waterfall!!"Apalagi semua pun berpandangan sesama sendiri,lepas tu berderai ketawa kami.....kawan saya tu sebenarnya maksudkan air "water cooler" kat sekolah sebelah tu,...hehehe....sukahati je kan gi sekolah orang!!