Monday, September 27, 2010

HARAP, BELUM TERLAMBAT UNTUK UCAPKAN SALAM AIDIL FITRI!!

Mak oii....dah naik bersawang blog aku ni.....bznya mengalahkan menteri...sampai terlupa nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri,Maaf Zahir Batin pada kengkawan semua...Harap2 ucapan tu masih relevan lagik....hehehe...walaupun ramai dah selamat menamatkan puasa sunat aidil fitri la plak!!

Raya tahun ni,sangat bermakna dan menjadi sejarah dalam hidup kami sekeluarga,bila abah ngan mak sanggup meraikannya bersama kami di rumah kami.Selalunya anak2 akan balik beraya ke rumah family,ni diorang plak yang berkorban untuk meraikannya di sini.Ini semua sebab keadaan suami aku....huhuhu...terharukan!!

Selepas hari raya ke3 baru mak ngan abah balik....tapi beberapa hari lepas tu,aku dikhabarkan yang mak demam teruk,sampai tak larat nak bangun....sakit kepala sesangat.Rupanya mak menjadi suspek demam denggi...mujur tak sampai masuk wad,cuma berulang alik ke klinik dan dimasukkan air setiap hari.Hari Jumaat tu aku berkejar ke rumah mak,itupun pergi dengan Zakwan,anak ke3 aku...buat peneman je la.Kebetulan pulak Haziq tengah sibuk buat persiapan menghadapi UPSR,hari2 ada kelas termasuk hari Ahad.
.
Masa aku sampai tu,keadaan mak memang nampak teruk,sampaikan tak boleh nak celik mata....dia dok kata kepala dia pening sangat sampai rasa nak pecah!!Malam tu adik aku panggil seorang ustaz,jiran mak.Dia ada kebolehan mengubat menggunakan perubatan Islam.Mak aku ni memang jenis yang lemah semangat,asal demam sikit,mudah benor mengalami gangguan.Ustaz tu memulakan pengubatannya dengan bacaan Yassin,sambil meletakkan tangannya di atas perut mak, sebab selain dari sakit kepala dia mengadu sakit perut yang teramat sangat.

Selepas melepasi beberapa ayat...mak kelihatan lebih tenang dan pulih sedikit...sakit kepala dan perutnya semakin hilang!!Tapi Ustaz merasakan ada sesuatu yang tak kena berada di dalam rumah mak....setelah menamatkan surah Yassin..maka bermula la operasi melawan gangguan tersebut melalui adik aku yang "down syndrome"tu.Ustaz kata,benda2 macam ni memang suka memilih orang2 macam adik aku tu....yang tak boleh berkomunikasi tapi  faham apa yang kita cakap!!Walaupun bertubuh kecil,seperti budak bersekolah rendah,tapi malam tu, 6 orang yang memegang dia pun lelah dibuatnya.....kuat betul dia....tapi yang sebenarnya bukan dia pun!!

Tapi beberapa hari berikutnya kami dikejutkan pulak,adik perempuan aku dimasukkan ke hospital Selayang kerana denggi berdarah!!Risau kami dibuatnya,mengenangkan anak2nya yang baru berusia 3 dan setahun tu buat aku rasa sedih....Pulak tu aku tak berkesempatan untuk melawat dia sebab Haziq akan menjalani peperiksaan UPSR....Hanya iringan doa saja yang mampu aku berikan semoga mak ngan adikku cepat sembuh....Kini adikku telah pun pulang ke rumah.

Alhamdulillah!! Mereka telah beransur pulih,walaupun badan masih terasa lemah dan letih...semoga mereka kembali sihat seperti sediakala!!

7 comments:

INTAN RH said...

salam kak. selamat hari raya. moga segalanya baik.

relevan said...

Selamat hari raya..maaf zahir batin..
Guane dah nak dekat dengan raya haji dah ni..

atie said...

salam kak hai...

selamat hari raya maaf zahir dan batin..

semoga keluarga kak hai di beri kesihatan dan kemudahan ... amin...

endiem said...

Selamat hari raya..semoga segala masalah dapat diatasi..

maiyah said...

slmt hr raya.. maaf zahir batin

mcm2 dugaan ya.. alhamdulillah segalanya ok

hai said...

salam Intan,
selamat hari raya...insyallah semuanya baik!!

salam relevan,
selamat hari raya,maaf zahir batin..iya la weh,org dah gi haji pun...

salam atie,
selamat hari raya maaf zahir batin...amin!!

salam endiem.selamat hari raya...maaf zahir batin...alhamdulillah, setakat ni nampaknya semakin baik!!

YanDarwisy said...

Seklamat Hari Raya..Moga2 semuanya selamat. Amin...