Sunday, August 22, 2010

BIMBANGNYA SAYA!!

Melihatkan fenomena pembuangan bayi yang semakin parah masakini memang menakutkan.....Hati ibu bapa mana yang tak risau dengan anak2 yang  tinggal berjauhan dari mereka.Hanya pesanan dan doa saja mampu mengiringi agar mereka terpelihara dari melakukan perkara2 maksiat dan terkutuk itu!!

Bukan itu je,kes penculikan kanak2 pun dah kedengaran semula....sangat membimbangkan.Pagi tadi saya terbaca kegagalan pihak penculik melakukan penculikan di sebuah sek.cina di Perak.Hati saya terus terbayangkan anak2 yang belajar di sekolah rendah.Saya cukup bimbangkan Hana sebab dia jenis yang berani....Tekad saya dalam hati,dia balik nanti saya akan nasihatkan dia....

Kebetulan pula arini saya ada hal di bandar,saya ambil Hana agak lewat sikit,risaunya hati saya,tuhan saja yang tahu.Bila lihat Hana ada dalam kawasan sekolah,lega rasanya.Hana naik je kereta saya terus buka cerita ...saya bagitau Hana,"Hana,kalau ada sesiapa yang Hana tak kenal ajak balik,Hana jangan ikut tau....kecuali macam atuk ke wan atau mak long,mak tam....kira kalau Hana kenal baru boleh ikut"!"kalau kawan ayah ke?"tanya Hana...."Tak payah..tak de kawan ayah atau kawan ibu yang nak ambik Hana,hanya ibu atau ayah je yang akan ambik Hana....lain pada tu orang jahat."!

"Ala ibu,kalau orang tu kata,mari la saya ni kawan ibu awak,Hana boleh tanya dia,kalau awak kawan ibu,apa nama sebenar ibu saya??Kalau dia tak boleh jawab,dia penipu la"!!adoi.....sabor je la anak!!

12 comments:

YanDarwisy said...

Cerdiknyer anak2 sekarang. As parent memang risau gak. Byg gejala yg x sihat lately ni.

marinahunny said...

hehehe bagusnye hana.. dia dh blh fikir..

endiem said...

satu pengenalan yg bijak.. kalau orang tu tak boleh jawab.. cepat cepat lari,, tentu pencolek.

relevan said...

Senantiasa mengawasi anak anak..kemana pergi..begitu juga suami sentiasa kena awasi..

10 said...

idea yg bernas tu... syabas...

eL said...

Jawapan Hana tu buat saya teringat akan kegagalan seorang perempuan nak menculik seorang budak perempuan umur 9 tahun bulan Mac lalu. Budak tu jawab, "So I asked her what my mum's name was and she couldn't answer me,". Sekurang-kurangnya tektik budak perempuan ni jadi panduan untuk kanak-kanak lain.

atie said...

salam kak hai...

kesian anak2 sekarang tak bebas macam kita dulu kan,.... balik sek.. naik basikal je.....main pun dalam parit ...... sekarang saya anak nak main kat luar rumah pun tak bagi....

Mazru Majid said...

salam..

zaman skrg ni kena extra hati2 dlm segala hal..

kes buang bayi pulok smakin paroh gayenye te..

Gone la pulok dizaman anok2 kite te sok

piewahid said...

kampung bandar, tua muda, cerdik jahil semua buat perkara yg diluar jangka di akhir zaman ni. mcm2 kes pelik skang ni.

maju fizikal, mundur jiwa.

suka ke tidak, hanya kembali kpd agamalah sajalah penyelesaian kita.

maiyah said...

salam.. sudi kiranya terima kad raya dr sy.. makasih

INTAN RH said...

selamat hari raya kak, maaf zahir n batin.

piewahid said...

salam,
singgah utk mengucapkan:

1. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

2. Semoga segala doa, ibadah dan taubat kita dimakbulkan-Nya dan semoga berbahagia dunia akhirat.

3. Terima kasih sudi menjalin silaturrahim yang sungguh bermakna & berkongsi pengalaman yang sangat berharga.

4. Terima kasih juga kerana sentiasa memberi sokongan.

5. Berhati-hati di jalanraya.