Pada bulan November,bermulanya cuti sekolah akhir tahun lepas saya ke rumah mak...mak menegur saya kerana dia perasan yang pada kepala si Hana anak bongsu saya tu terdapat kesan botak kecil di kepala......2 hari sebelum tu pun saya perasan gak,saya syak dia mencukur rambutnya dengan pencukur ayahnya,maklum la dia ni jenis lasak jugak!!Tapi mak saya tetap mengatakan botaknya tu bukan kerana pencukur sebab botaknya tu bulat cantik je...dan kelihatan juga seperti ada habuk2 putih di tempat yang botak tu....botaknya tu pun tak la besar sangat,cuma sebesar hujung jari kelingking....
Selepas balik dari rumah mak,saya membawa dia ke Klinik Kerajaan...MA tu mengatakan kesan botak tu di sebabkan oleh sejenis kurap yang dipanggil "tinea corpotis",sori kalo salah eja...selepas menggunakan krim dan makan ubat antibiotik....kesan botaknya semakin merebak dgn lebih besar...seperti gambar yg pertama....Saya pergi semula ke Klinik bila saya rasa ianya tidak berkesan,maka MA tu merujuk kepada doktor klinik,selepas tu doktor memberikan ubat yang lain dan meminta saya datang semula selepas seminggu.....Selepas seminggu,botaknya tu bukan saja semakin merebak lebih besar malah membengkak dan kelihatan seperti berisi nanah....Kali ni,doktor dah cam mati akal,dia leh kata kat saya...."Saya tak reti la nak buat apa dah ni,saya buat surat refer ke pakar la".....dan akhirnya Hana di rujuk ke doktor pakar.....untuk berjumpa pakar,appoinment yang di beri 2 minggu lagi....Huh!lambatnya...kepala dia dah semakin teruk...dan saya cuba berikhtiar berubat secara tradisional.....perubatan tradisional plak kata,kesan yang berlaku ni di sebabkan oleh "kenan"!!!
Kenan??...Takkan la Hana dah 5 tahun, baru nak kena kenan.....tapi menurut pakcik tu,kenan ni boleh terkena pada kanak2 sehingga berumur 7 tahun dan selepas tu ianya akan bertukar menjadi "badi".Menurut pakcik tu,biasanya kenan yang berlaku di kepala cam yang Hana kena ni disebabkan oleh kucing.....Saya pun cuba mengimbas kembali,huhuhu.....saya rasa cam betul la plak kata pakcik tu...saya memang tak membela kucing,dan bukan tak suka pada kucing,tapi kucing2 yang tak bertuan ni suka bertandang kat rumah saya,mungkin sebab saya suka beri diorang makan kot...cuma satu saya tak berkenan ngan kucing ni bila dia suka meleseh2 kat kaki...naknya masa saya tengah basuh pinggan ke,memasak ke....aww...geli......kadang2 tanpa sengaja memang saya tertendang dia..tapi tak la sampai terpelanting.....ianya berlaku secara spontan....sebab geli,meremang bulu roma.....heee..jadi beringat2 la ....tak boleh berkasar ngan binatang ni......
Pakcik tu cuma membekalkan "air tawar" yang telah dibacakan ayat2 al Quran,dan air tu digunakan untuk minum dan sebahgiannya dispraykan ke kepala Hana....Alhamdulillah....selepas tu memang nampak kesannya bila kerapkali air tu dispraykan di kepala,semakin banyak nanah yang keluar.....rasanya untuk merawat kepalanya yang bernanah tu telah habis 3 pack 400gm kapas.... .Saya tetap juga membawa Hana berjumpa Pakar kulit...dan setelah 2 kali berulang ke hospital,dan dibekalkankan dengan berbagai jenis ubat,nampaknya kepala Hana dah semakin pulih dan kelihatan rambut pun telah mulai tumbuh.....