Wednesday, February 3, 2010

BUKAN LELAKI SEJATI JIKA TIDAK BERKEINGINAN BERKAHWIN LEBIH ......

Bukan lelaki sejati jika tidak berkeinginan beristeri lebih dari satu.......Mungkin bagi sesetengah lelaki akan tersenyum meleret dan tidak dinafikan pula sebahagiannya akan menyangkal dakwaan ini.Bagi kaum wanita mesti ada yang kata gila ke hape ni...dah buang tebiat agaknya!!hehehe...jangan cepat melatah,walaupun kenyataan ini agak berat sebelah tapi itulah realitinya ...itulah sebenarnya sifat yang wujud dalam diri seorang yang bergelar lelaki...tak percaya tanya la suami anda.Tapi kalau si suami tu berterus terang,ada yang kena tidur kat luar...silap2 seminggu  makan nasi bungkus.Itu la sebabnya para suami tak berani nak mengakuinya...walaupun hakikatnya adalah benar,tanya la dengan semua lelaki di dunia ni...bohong kalau mereka kata mereka tak ada perasaan tu,sikit sebanyak memang wujud perasaan tu cuma bagaimana caranya mereka menangani perasaan mereka dengan lebih bijaksana........Oleh kerana lelaki itu diciptakan dengan sifat yang begitu, maka itulah sebabnya agama kita sendiri membenarkan lelaki berkahwin sehingga 4!!

Walaupun semua lelaki berkeinginan untuk memiliki isteri yang lebih, tapi ada beberapa faktor yang menyebabkan mereka menolak keinginan mereka.Ini berdasar pula kepada kadar pemikiran mereka mengenai risiko,kesanggupan,tanggungjawab,kemampuan dari segi lahir dan batin,keadilan,kasih sayang termasuk menjaga perasaan isteri pertama serta anak2 yang sedia ada dan berbagai2 lagi.Dengan memikirkan masalah yang bakal mereka hadapi ini,secara tidak langsung akan menyekat hasrat mereka untuk menambah cawangan.Tapi tak dinafikan sebahagian mereka pula tidak terlalu memikirkan apa yang akan berlaku dan menganggap segala2nya adalah kerana jodoh,dan hidup perlu diteruskan dan hanya berserah kepada takdir yang akan mereka lalui......dan bukan kerana itu sahaja, terlalu banyak sebab yang menyebabkan suami berkahwin lagi!!

12 comments:

relevan said...

Tu dia Hai..Lelaki kena berani untuk menghadapi risiko..baru namanye lelaki sejati dalam bab ini..

Sanggup kena baling antan lesung batu..mesin basuh..almari hiasan..sterika..basikal dan bermacam macam lagi..dan juga cuba cubalah buat latihan tidor di surau atau masjid maupun rumah wakaf kubur..hehe!

endiem said...

biasa orang lelaki akan kata : "dia nak ke kawan, nak buat macam mana?"

piewahid said...

apabila Allah berkata "kun", "fayakun".
manusia hanya merancang, Dia yg Maha Perencana!

maiyah said...

lelaki mmg ada lesen pe nak kawin 4 hehe.. tapi kekadang mrk lebih sygkan hubungan yg ada ataupun mrk rasa x bape kemampuan tapi keinginan tetap ada kan kan kan

al-mankaraqi said...

kak hai...........saya berkecuali kakakakakakakaka

Mazru Majid said...

huhu..itu lah lelaki...baik bujang maupun bergelar suami...hehehhe

hai said...

salam relevan,
huh!dasat gak persediaan mental tu yek...hehehe

salam endiem,
alasan tu tak relevan langsung pada zaman sekarang!!

salam piewahid,
betul tu,kadang tu x de angin x de ribut..tetiba je dah selamat!!Semua pun adalah ketentuan Allah belaka!

salam maiyah,
ya maiyah,keinginan tu tetap ada cuma terlalu banyak memikirkan ketidakmampuan sendiri..kira ala2 kador ke diri le tu..hehehe..

salam al mangkaraqi,
sebenornya awak ni dari kalangan orang2 yang rugi...hehehe....

salam mazru,
memang itulah kenyataannya kan,kan???

INTAN RH said...

Klu asben nak kawin lg, make sure ppuan tu lebih segala2nya drp yg sedia ada.

Klu kureng...tak yah la.. ada berani? :)

Hashim Zabidi said...

Kawan dok weh. Kawan kawin no 2 lepas no.1 meninggal. Kalau no 2 ni takdirnya meninggal, kawan mesti kawin lagi. Bior sampai 4 kali, ha ha

abu muaz said...

t.kasih, t.kasih. okes.

Fadh said...

uikss...apasal aku terasa plak hehehehe

hai said...

salam intan,
kita tgk sapa yang berani....hehehe..

salam pak hashim,
koi rasa elok pak hashim dijadikan contoh terbaik la..hihihi...

salam abu muaz,
ceria nampak!!

salam fadh,
memang dah agak dah!!