Aku biasa dengar beberapa citer kelakar Pahang versi lama,disebabkan salah paham yang berlaku kerana bahasa daerah yang digunakan.Lebih2 lagi kisah sorang pakcik yang minum di sebuah kedai menyebut "keh nok keh sebut"dan di bawakan air carlsberg...begitu juga dgn sorang pakcik ....tak tau le kalau pakcik yang sama,yang mintak air dgn menyebut "nehepe"....berulang kali bila ditanya nak minum apa?menyebabkan tuan kedai meninggikan suara kerana tak paham...sudahnya pakcik tu sebut "ala,bagi la air kupi hok dalam tv te!!".
Ini plak versi baru zaman ini.....ada la sorang mamat ni yang datang dari kampung hulu yang memang tak pandai langsung berbahasa inggeris,dia masuk ke sebuah restoran ...duduk di sebuah kerusi dan didatangi seorang pelayan untuk mengambil pesanan...dgn penuh yakin dan selambanya dia menyebut,"bagi saya air tujuh u p cap katun joget......."!!
Sunday, February 28, 2010
Monday, February 22, 2010
APA KE JADAH LE.......
Fuyoo.....lama betul x memblog....bukan busy sangat tapi bilamana cuti sekolah semakin panjang,bermakna .. ibu terpaksa beralah dan merelakan dengan paksa untuk memberi ruang pada anak2 menggunakan komputer,secara bergilir2!!huhuhu.......
Semalam aku ada sedikit urusan di Temerloh,jadi lepas hantar anak2 yang bersekolah pagi...aku dan suami meneruskan perjalanan ke destinasi yang ditujui...Kami berhenti di Petronas Jaya Gading untuk mengisi minyak....pemandangan biasa kalau pagi2 kat situ,memang bersusun kereta....Kami terus masuk di belakang sebuah kereta yang kami kira telah selesai mengisi minyak kerana tuan punya kereta telah meletakkan hos ke tempat asalnya ....tapi dengan selambanya dia terus menuju ke arah kaunter pembayaran....apahal lagi la si minah ni??
Oleh kerana di stesen berkenaan ada mesin ATM,jadi suami aku mengarahkan aku untuk mengeluarkan duit di situ sementara menunggu dia mengisi minyak....
Masalahnya,selepas aku telah berurusan di mesin ATM,tuan punya kereta masih tidak muncul2 lagi....Dan akhirnya bila dia datang semula,beberapa minit kemudian....barula kami tau,rupa2nya dia pergi mengisi borang peraduan Petronas 2 juta tu....haramjadah tol la....mutut2 talak otak punya olang!haiya,pagi2 sudah bikin olang manyak panas woo....!!!

Monday, February 8, 2010
Bau Ketiak Lelaki Menjadi Penawar Tension?
Benarkah bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar kepada gejala tekanan yang dialami oleh wanita? Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensyvania beberapa tahun lalu. Kajian dilakukan di sana membuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan dan melancarkan perjalanan haid.
Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America. Sebelum ini, bau ketiak lelaki yang sengaja ” diproses” daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh “digoda” dengan bau lawan sejenisnya.
Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia dalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut. Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur.
Hasilnya sungguh unik. Selain boleh mencerahkan mood, wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang…. dipetik dari majalah PA&MA…Feb 2004…kalau tak caya…
So kengkawan kalau tengah stress tu …..bolehlah cium ketiak suami atau adik lelaki anda..( yg halal shj)
Bagi kaum adam pulak, simpan bau ketiak tu utk orang tersayang.
Moral of the Story…. So kalau isteri dok tention tu … lepas balik riadah..calit sikit bau ketiak anda..yang masam tu insyaallah mood dia ok…….
Ha..ha…ha. … selamat mencuba…& Kepada para isteri jangan dok tension sangat…nanti kena cium bau ketiak suami ……..

Sunday, February 7, 2010
Najis Besar....Apa yg anda faham...???
Pada cuti hari minggu yang lalu, aku menghadiri Satu
Majlis akad nikah kawan pada kawan ku. Waktu tu aku
bercuti dikampung dia. Jadi bila ada kenduri macam tu
dia pun pergi dan ajak aku sekali. Aku pun ikut sama. Masa
tu majlis akad nikah tu dijalankan diruang tamu. Ramai
orang aku tengok, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi
dan pengantin lelaki. Dahsyat, pengantin tu duduk atas
bantal macam raja.. Aku jarang tengok majlis macam nih.
Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit2 untuk
dengar apa yang tok kadi akan tanya. Rupanya macam2 jugak
tok kadi tanya. Tapi ada satu soalan yang menyebabkan aku malu besar.....
Tok kadi tanya pasal satu hari berapa kali kene sembahyang,
dengan lajunye mamat pengantin tu jawab "lima". Tok kadi
tanya lagi, bagi contoh2 najis kecil, dia pun jawap kencing
baby yang kecik2 lagi. Tok kadi pun angguk ler, jadi
aku rasa jawapan tu ok la kut. Tok kadi tanya lagi
contoh najis besar, mamat tu mula dah panik, jeling
kiri, jeling kanan, mula tengok syiling, aku rasa macam
nak tolong je mamat pengantin tu...bukannye susah, jawapannya
anjing ngan babi je,..tapi mamat tu dah mula berpeluk jantan
keluar kat dahi....tok kadi mula senyum... Aku sebut dalam hati, moga2 dia dengar 'anjing ngan babi la hoi', tapi rupanya aku cakap dalam hati dia tak dengar. Aku tak tahu apa
yang jadi selepas itu, kerana majlis tu jadi kecoh kerana
ramai orang yang berada disekeliling majlis tu sambil minum
air sirap, tersembur keluar minuman tu terkena baju ramai
orang, aku pun sama, masa tu aku tengah minum sirap tu, tiba2
aku semburkan balik, dah kene member kat tepi2, kecoh
jadinya, aku pegang mata aku, penuh dengan air mata.
Yang aku ingat masa tok kadi tanya tentang contoh najis besar
kat pengantin tu keadaan senyap sunyi....tapi bila pengantin
tu jawap "Taik Gajah" suasana jadik hingar bingar dengan
gelak ketawa orang yang dah tak boleh tahan, nak control
macamana ...taik gajah... besar betul..nak2 bila gajah makan durian.
**citer ni saya copy dari seorang teman!!
Wednesday, February 3, 2010
BUKAN LELAKI SEJATI JIKA TIDAK BERKEINGINAN BERKAHWIN LEBIH ......
Bukan lelaki sejati jika tidak berkeinginan beristeri lebih dari satu.......Mungkin bagi sesetengah lelaki akan tersenyum meleret dan tidak dinafikan pula sebahagiannya akan menyangkal dakwaan ini.Bagi kaum wanita mesti ada yang kata gila ke hape ni...dah buang tebiat agaknya!!hehehe...jangan cepat melatah,walaupun kenyataan ini agak berat sebelah tapi itulah realitinya ...itulah sebenarnya sifat yang wujud dalam diri seorang yang bergelar lelaki...tak percaya tanya la suami anda.Tapi kalau si suami tu berterus terang,ada yang kena tidur kat luar...silap2 seminggu makan nasi bungkus.Itu la sebabnya para suami tak berani nak mengakuinya...walaupun hakikatnya adalah benar,tanya la dengan semua lelaki di dunia ni...bohong kalau mereka kata mereka tak ada perasaan tu,sikit sebanyak memang wujud perasaan tu cuma bagaimana caranya mereka menangani perasaan mereka dengan lebih bijaksana........Oleh kerana lelaki itu diciptakan dengan sifat yang begitu, maka itulah sebabnya agama kita sendiri membenarkan lelaki berkahwin sehingga 4!!
Walaupun semua lelaki berkeinginan untuk memiliki isteri yang lebih, tapi ada beberapa faktor yang menyebabkan mereka menolak keinginan mereka.Ini berdasar pula kepada kadar pemikiran mereka mengenai risiko,kesanggupan,tanggungjawab,kemampuan dari segi lahir dan batin,keadilan,kasih sayang termasuk menjaga perasaan isteri pertama serta anak2 yang sedia ada dan berbagai2 lagi.Dengan memikirkan masalah yang bakal mereka hadapi ini,secara tidak langsung akan menyekat hasrat mereka untuk menambah cawangan.Tapi tak dinafikan sebahagian mereka pula tidak terlalu memikirkan apa yang akan berlaku dan menganggap segala2nya adalah kerana jodoh,dan hidup perlu diteruskan dan hanya berserah kepada takdir yang akan mereka lalui......dan bukan kerana itu sahaja, terlalu banyak sebab yang menyebabkan suami berkahwin lagi!!

Thursday, January 28, 2010
KESILAPAN YANG TAK DISENGAJAKAN.
Sejak dari raya lepas,tak habis2 lagi acara menjejak kawan2 zaman sekolah dulu...semakin hari semakin ramai kawan2 yang berjaya ditemui...khasnya di ruangan facebook.Dalam seminggu tu ada saja panggilan telefon atau kiriman sms dari kawan2....semalam aku dihubungi oleh June.Dalam perbualan kami tu dia bagitau yang salah seorang kawan aku yang dok di JB tu dah ada kat facebook.Aku tau nama dia Maziah tapi terlupa plak nama bapaknya.June pun dah tak ingat,jgnkan nama bapak silap2 jumpa pun dah tak kenal,maklum la dah lebih 20 tahun kitorang tak bersua muka
Untuk nak memudahkan mencari seseorang di facebook,lebih mudah kalau kita tau nama penuh seseorang tu,setelah fikir sejenak,aku teringat kawan sekampung maziah ,yang aku temui minggu lepas.Aku pun sms kat Yati "Askm.Yati june baru cal aku ,dia bgtau yang maziah dah ada pesbuk..kita baru je sebut nama dia dah muncul.....maziah tu bt apa ek??"Tak sampai 10 minit si Yati membalas sms aku.."ye ke,aku jugak le yang murung,tak berpesbuk...maziah tu ceo kilang kat johor,tp dia ok je!!!"Habis je baca aku ketawa bagai nak rak....adoi la si Yati ni sengalnya tak habis2 sejak dari sekolah.....Aku pun balas balik msg dia"wei ..tak daya aku nak gelak...ko ni suka buat lawak..sakit perut aku...aku tanya betul2 la bt.. tu nama bapak dia la maziah bt....bukan buat...hahaha"....Yati balas semula.."hahaha...ko pun satu ,dah tau aku ni sengal,guna short form.. aku ingat ko tanya keje dia...nama bapak dia abdullah!"
Petangnya aku terima sms dari seorang teman yang dah terputus sejak berbelas tahun dulu..setelah bertanya khabar aku terima1 msg yang sangat mengelirukan "ko kat ktn, kat ner?dah lama ke kat sana?husband ko dgn dara lagi?"Ayat terakhir tu buat aku rasa tergamam kejap...laki aku ada affair ngan dara mana ek???Nak tanya kat member tu rasa cam segan la plak,puas aku flashback memori....dara?dara?....Aku baca msg dia byk kali....ops!!toing...baru aku teringat semula.....agaknya member aku ni tanya husband aku masih keje kat DARA (Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara)lagi kot...huh!aku senyum sensorang.....ye la dah lama husband aku berenti keje kat situ,jadi aku pun dah tak ingat...member aku pun satu hal kerana ejaannya dalam huruf kecik tu ..tak pepasal je,tertambah dosa sebab berprasangka buruk kat husband aku.....hehehe.....

Monday, January 25, 2010
BAIK BERPADA2!!
Baru2 ni ada sorang jiran minta tumpangkan anaknya ke kelas Fardhu Ain yang sama dengan anak2 aku...tapi aku rasa cam tak sedap hati, bukan kerana tak nak tolong tapi aku memang serik dengan apa yang telah berlaku sebelum ni.Walaupun tidak melibatkan aku tapi melibatkan kawan2 aku yang lain...dan berlaku didepan mata aku.Sebelum ni aku ada 3 orang kawan yang menghantar anak2 mereka ke Sek Fardhu Ain yang sama...2 orang tu memang surirumah yang tugasnya menguruskan anak2 sementara seorang lagi seorang peniaga yang agak sibuk.Aku tak tau apa motifnya dia menghantar anaknya ke Fardhu Ain tersebut sebab sekolah tu agak jauh dari rumahnya ..sedangkan yang sorang lagi tu menyekolahkan anaknya disitu kerana berhampiran dengan sekolah rendah anak2nya !!Aku sendiri menghantar anak2 aku di sekolah Fardhu Ain yang berdekatan.
Oleh kerana anak2 mereka bersekolah bersama jadi kedua2 surirumah tadi berpakat untuk bergilir2 menghantar anak mereka,kononya untuk berjimat sebab waktu tu harga minyak naik!!Jadi kalau sorang ni hantar,kejap lagi sorang lagi gi ambil anak2...memang boleh berjimat la....tapi si peniaga tadi,bila melihat suasana yang begitu,dia pun cuba nak berjimat sama dan memutuskan untuk terlibat sama dengan penghantaran secara bergilir ni...Pada mulanya semua pun berjalan dengan lancar,tapi bila dah lama sikit dia mula asyik sibuk dan meletakkan beban kepada 2 orang kawan ni untuk menghantar 2 orang anaknya tu!Paling menyakitkan hati mereka berdua ,bila tiba giliran dia menghantar anak2 dia akan bagitau anaknya tak ke sekolah ...tapi bila giliran orang lain anak dia akan ke sekolah.Sewaktu mengambil anak2 pun begitu kalau tiba giliran dia,dia akan menelefon memberitahu yang dia tak sempat balik,jadi terpaksa la mereka berdua juga yang terpaksa mengambil anak2!
Akhirnya kerana ketidakpuasan masing2 maka berlaku persengketaan antara si peniaga tadi dengan surirumah berdua tu...dan tak pepasal sehingga melibatkan aku pulak!!Bukan aku tak sudi nak membantu jiran ni,kalau dia memang tak mampu atau tak ada kemudahan mungkin kita akan senang hati membantu.Masalahnya dia ada kereta dan boleh memandu cuma tak ada lesen je dan dia cuma ada anak 2 orang je.Aku rasa bukan alasan dia tak boleh nak urus anak dia sendiri sebab sekolah Fardhu Ain yang aku maksudkan tu cuma terletak dalam 1 km.Tahun lepas,aku tidak ada kenderaan untuk menguruskan anak ke fardhu ain waktu pagi sebab suami gunakan kereta dan anak aku no 2 tu gunakan motor untuk ke sekolah.Dia sendiri bukan tak nampak, aku hanya gunakan basikal mengangkut 2 orang anak di seat belakang yang telah diletakkan bantal untuk mengelak sakitnya punggung diorang!!!Untuk mereper basikal tu pun,aku menghabiskan RM50.
Aku pun tak faham la dengan orang sekarang,anak baru je sorang yang bersekolah dah nak mengharapkan orang lain,sedangkan aku mempunyai 7 orang anak yang selama ni aku uruskan sendiri tanpa menyusahkan sesiapa.Suami aku pernah bertugas selama 2 tahun di Pulau Tioman,aku tak ikut dia ke sana dan kami menyewa di Pekan, di sebuah taman perumahan yang berdekatan dengan sekolah.Anak2 ke sekolah menggunakan basikal,tapi sekiranya basikal mereka buat hal,terpaksa la berjalan kaki ke sekolah.Kalau itu berlaku,aku tidak pernah meminta jiran2 berdekatan untuk menumpangkan anak2..dan anak2 tidak merungut pun.Kadang2 anak2 bercerita juga sewaktu mereka berjalan tu ada juga insan2 prihatin yang menumpangkan mereka dan aku anggap itu rezeki mereka!!
Sekarang ni aku memang agak cerewet,dan lebih berhati2 sebab orang sekarang ramai yang suka mengambil kesempatan di atas kebaikan orang lain (bukan nak kata aku ni baik sangat).Tapi bila selalu sangat terkena rasa serik!!Nampaknya memang benar ungkapan yang di sebut sebagai "buat baik berpada2 buat jahat jangan sekali!!"

Subscribe to:
Posts (Atom)