Sunday, July 11, 2010

KERANA HARTA DUNIA......SANGGUP BUAT APA SAJA!!!

Minggu lepas semasa bermalam dirumah kakak ipar,dia bertanya pada suami saya pasal rumah tinggalan arwah mak diorang....Mereka ni sebenarnya cuma 2 beradik,oleh kerana kakak tinggal di Selangor dan kami punya rumah sendiri,jadi rumah arwah tu tinggal kosong begitu....Oleh kerana anak sepupu suami ada masalah rumah,maka sekarang ni mereka sekeluarga yang tinggal dirumah tersebut.Kami pun tidak berniat untuk menyewakan rumah tu,cukup sekadar mereka menjaga rumah dan segala peralatannya dengan baik...mudah2an segala kebajikan akan terus dapat kepada arwah mak!!

Kakak ipar mengingatkan suami saya supaya selalu melawat ke rumah tu,takut2 esok hakmilik tanah dah bertukar pada penama lain...Bila dengar akak cakap camtu kitorang gelakkan je...tak logik langsung!!Betul ke tak logik....????Tapi bila dengar cerita akak pasal jiran dia.....terlopong gak kitorang!!

Kisahnya.....akak berjiran dengan Nani....rumah yang mereka duduki sekarang ni,ialah rumah teres 2 tingkat.Nani ialah seorang balu,mempunyai 2 orang anak.Walaupun begitu Nani ni boleh la dikategorikan sebagai balu berharta sebab arwah suaminya dulu orang yang berpangkat.Nak dijadikan cerita...baru2 ni Nani pergi ke pejabat tanah untuk membayar cukai tanah,memang terkejut beruk la dia bila orang pejabat tanah bagitau yang cukai tanah tu bukan lagi atas namanya,tapi dah bertukar kepada nama abangnya.Apalagi meraung la si Nani ni....iya la sesapa pun mesti terkezut bila rumah yang dibeli atas namanya,dan dah dihuni hampir 10 tahun tiba2 boleh bertukar nama....bukan tu je pihak yang menukarkan namanya tu memaklumkan bahawa Nani ni telah meninggal dan tidak meninggalkan waris!!

Oleh kerana tidak berpuas hati maka dia pun mohon untuk meneliti semula dokumen yang menyebabkan pihak lain menukarkan penama rumahnya.....Setelah di siasat,maka pada tarikh permohonan di buat ....abang yang dinamakan atas rumahnya,ketika tu sedang terlantar di hospital dalam keadaan koma kerana stroke!!Pelikkan ...jadi siapa yang buat semua kerja ni????Semua kerja ni dilakukan oleh kakak iparnya(isteri pada abangnya)dengan dibantu oleh abang ipar perempuan tu.....Abang ipar perempuan tu memang orang yang berpengaruh yang bergelar .....

Nani tak kuasa untuk memanjangkan cerita,kerana membabitkan keluarga.....yang penting sekarang dia telah berjaya mendapatkan semula nama dan hak rumah tersebut.......Macam tak cayakan,manusia sanggup buat apa saja untuk dapatkan harta orang lain.... memang kerja GILA!!!

7 comments:

Tirana said...

Orang yang melakukan begitu memang tak berperikemanusiaan dan boleh dianggap sebagai penyamun... penyamun tarbus..hehehe

endiem said...

masyaallah... tak takut ke?. Mintak dijauhilah perangai seumpama itu.

ada award kat blog koi .. bolehlah ambik tepek kat mana blog aok te.

Hanisham Ab Halim said...

Bahaya wehhhh.. langsung tak ingat dosa pahala. Gitulah dunia ni yerrrr...

piewahid said...

yg selalu dikejar adalah perkara yg bersifat pinjaman & sementara, (sekalipun dgn cara yg sgt keji)

peliknya pula bila yg kekal abadi sbagai bekalan ke sana sering diabai2kan...

Hashim Zabidi said...

Pelik tetapi benar telah berlaku, Ya! puan hai...

Itulah harta dunia.

mazru said...

is is is...

kak hai,ambik award kat blog koi te...

p/s:baru2 ni koi ngeteh dgn akak aok kat Bkt bendera...

hai said...

salam tirana,
mmg x bermaruah ..ni la namanya tamak haloba...bukan dia nak tlg tengok2kan anak2 yatim tu...hak diorang pun nak di sapunya!!

salam endiem,
insyallah!!mudah2an kita terpelihara dari sifat2 gitu!!
psl award..tq..dah ambik...puas nak ngambiknya...lembab..hehehe....

salam echam,
tu yg koi heran sgt...rete byk2 nak bwk kemana???

salam piewahid,
tu lakan..manusia x penah puas dgn apa yg mereka ada...selalu kejar mende yg nampak je..kadang terlupa pada pemberi nikmat tu!!

salam pak hashim,
ya la,kerana harta dunia yg sementara....membuat manusia gelap mata!!lupa dosa pahala,asalkan impian terlaksana,walau dgn apa cara..hatta bergadai nyawa!!

salam mazru,
tq mazru...
weh,jeles koi...dia jarang balik tapi awok leh ngeteh ngan dia yak...apa cer??ada sessi wat ketupat x???hihihi.....