Monday, July 5, 2010

ADAKAH PROSEDUR INI MEMBEBANKAN???

Baru2 ni saya ada terbaca,sini...http://www.bharian.com.my/bharian/articles/2010070306582420100703065824/Article/index_html.Mari saya berkongsi sedikit pengalaman sewaktu ingin menukar tempat mengundi sebelum pilihanraya yang ke 12 dulu.Sebelum ni saya mengundi di Pekan,tapi setelah menetap di Kuantan,tak kuasa la saya nak mengundi ke Pekan lagi.Jadi saya ke meja SPR di sebuah pasaraya untuk membuat pertukaran tempat mengundi....setelah melihat ic saya dia mengarahkan saya ke Jab.Pendaftaran,untuk menukar alamat baru....bertukar alamat maksudnya menukarkan ic yang baru.Selepas itu baru saya boleh didaftarkan ke tempat mengundi yang baru.

Saya tidak kisah sangat berbuat demikian kerana alamat baru saya nanti adalah alamat rumah sebenar saya,sedangkan alamat terdahulu di Pekan tu alamat rumah sewa.Saya juga tidak kisah sekadar dicaj dengan RM10 untuk menukar ic yang baru.Maka urusan saya selesai juga akhirnya.......Tapi bagaimana pula dengan masalah kawan2 saya yang mempunyai masalah yang sama dengan saya???

Masa tu saya ada 3 orang kawan,pada mulanya mereka juga bercadang untuk mengundi di sini pada tahun tu.
Sorang dari Melaka ,sorang dari Sabah dan sorang lagi dari Johor,mereka hanya penyewa di sini dan berpindah kemari kerana mengikut suami berkerja, tapi kesemuanya pun tak jadi menukarkan ic mereka kerana mereka cuma menetap sementara saja di sini.Oleh kerana prosedurnya begitu...akhirnya  mereka semua pun tidak mengundi langsung!Bagi mereka,takkan la setiap kali mengundi,mereka perlu bertukar ic!!Kenapa tidak balik mengundi di tempat mereka??Kawan yang orang Melaka tu,suaminya mendaftar undi di Selangor....menjadi masalah pada mereka kena balik ke Melaka dan  Selangor.....Kawan yang orang Johor pula nama dia di Johor,dan suaminya di Kelantan...dan kawan yang di Sabah kedua2nya mendaftar di Sabah...

Kalau zaman dulu,kita tak perlu menukar ic,sebaliknya boleh membuat kad tukar alamat,dimana kita menetap ketika itu.....tapi zaman sekarang,sudah pasti mereka yang alamat asalnya di kampung2,tentu akan ke Jab.Pendaftaran dulu unuk menukarkan ic mereka dan selepas itu baru boleh mendaftarkan diri ke SPR,jika berhajat mengundi di kawasan kediaman mereka sekarang.....Prosedur sebegitu dibuat oleh kerana zaman sekarang  lebih canggih,ikut perlembagaan dan yang lebih penting,untuk mengelak daripada  berlakunya sebarang masalah,tapi secara tak langsung ianya mungkin menyukarkan dan menjadi penyebab kenapa orang sekarang 'bercinta' nak mendaftar dengan SPR.....dan ditambah lagi dengan tiada kesedaran diri untuk menjadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab!!

7 comments:

relevan said...

Payah juga begini..tapi jangan tidak mengundi..

piewahid said...

tak patutlah kalau bgini. kalau ada yg tuduh ada agenda tersembunyi, nanti marah pulak.

abg sy dulu2 mtk tukar mudah je. dari keratong ke k lipis tapi tau2 nama lepas ke perak. ada ke patut!

isteri saya pulak, alamat sama tapi disuruhnya mengundi tempat lain.

ayuh semua, jgn cuai. kena semak nama tu betul2. tq beri peringatan...

penjejak maya said...

salam,

menyusahkan juga tu tapi mengundi tu tetap hak kita..

a kl citizen said...

susah nak kata tentang spr ni kan... saya tidak berada di dalamnya jadi tak tahu apa masalah diorang...

Hashim Zabidi said...

Undi jangan tak undi. Agak-agak tak berkenan ke calun yg bertanding, pangkah aje mukanya, hu hu hu...

Agaknya pihak Jbtn Pendaftaran diarah buat gitu, biar pengundi bercempera...

hai said...

salam relevan,
mula2 dulu saya pun kata menyusahkan tapi terpaksa gak buat...sebab saya rasa satu kerugian plak!!

salam piewahid,
selepas melihat senario waktu tu,saya penah menghubungi sinar harian untuk mengetengahkan isu ni..tapi sapa la sayakan...dan hari ni ternyata...apa yg saya bimbangkan itu telah terbukti,malah angka yg tidak berdaftar juga terlalu tinggi...

salam penjejak maya,
tu la,kalo diorang bertanggungjawab,tentu mereka akan berusaha sedaya mungkin!!

salam teacher,
kadang heran jugak,bila zaman semakin canggih tapi terpaksa melalui suasana yg lebih menyukarkan.

salam pak hashim,
hehehe....setiap pertukaran ic yg baru...dikenakan bayaran RM10 tau!!

Mazru Majid said...

saje nak merumitkan keadaan gamok koi