Thursday, March 11, 2010

TAK PE LA NAK,KAMU DAH BERUSAHA!!

Semalam keputusan SPM 09 telah diumumkan....pagi2 lagi anak ke2 aku dah bersiap untuk ke sekolah...malam sebelumnya dia layan bola ,tak tidur sampai ke pagi....nervous sangat gamoknya!!Pukul 8 pagi dah keluar dari rumah...melihatkan keadaan dia menyebabkan aku juga rasa berdebar semacam!!
Jam 10.30 pagi masih lagi tak mendengar khabar dari dia...hati aku mula rasa tak senang,jadi aku telefon dia...."keputusan tak keluar lagi"!Itu jawapan yang aku terima...sehinggalah pukul 11 pagi,sekali lagi aku menelefon...jawapannya tetap sama....biar betul dia ni,kata pukul 10 pagi dah boleh ambik keputusan!!
Pukul 11.45 pagi baru aku dapat panggilan dari dia..".ibu,angah dapat 5A2B2C"...Aku terus menyahut Alhamdulillah!!.....tapi bunyi suaranya cam tak berapa gembira je...terdengar dia mendecit.."tapi BI angah dapat C la...camana ni???Dia memperolehi gred C untuk subjek Biologi juga....sementara gred B untuk Add Math dan Fizik.

Angah agak terkilan sangat dengan keputusan BI tu,sebab semasa peperiksaan percubaan dia memperolehi gred A,dia juga merasakan kemungkinan demam selsema yang menyerangnya pada hari peperiksaan kertas BI dan Sejarah mempengaruhi keputusan yang dia terimanya..aku teringat gak masa hari dia demam tu,dia kata sakit kepala sangat,dan sehinggakan dia tak sedar hingus menitik2 kena kertas jawapan.BI,.hiss...habat!!
Tapi walau apa pun aku cuba menenangkannya....ramai juga yang tak mendapat keputusan seperti yang diharapkan...aku kata padanya,bahawa dia perlu bersyukur,kerana keputusannya tidak la begitu teruk dan jangan terlalu kecewa kerana dia telah berusaha sebaik mungkin.... selepas ni dia boleh mencuba memohon kesemua IPT yang sesuai....semoga masih ada sinar yang diharapkan.....kami sentiasa mendoakan yang terbaik!!

15 comments:

piewahid said...

tahniah. moga lebih cemerlang akan dtg

al-mankaraqi said...

tahnioh dan usaha lebih gigih lagi di masa depan!

endiem said...

tahniah..

10 said...

tahniah... ok la keputusan tu... yg penting xda gagal kan?

hai said...

salam 10,
mmg x de yg gagal..tapi berbekalkan BI C tu,ada kemungkinan berlaku kesukaran untuk ke U..harap2 ada peluang la!!al maklum la,skrg ni ramai sgt anak2 yg bijak pandai,maka persaingannya hebat!!

salam piewahid,endiem n mangkaraqi,
tima kasih !!

a kl citizen said...

assalammualaikum

ok la keputusan tu..kan
insyaAllah adalah rezeki ke mana2 tu

Mazru Majid said...

ok le tu..tahniahhhhh

semuge terus berjaye

relevan said...

Ok result ni ..tahniah pada dia..

maiyah said...

alhamdulillah.. ok le tu

maiyah said...

ada award.. sudi ambik yek

INTAN RH said...

salam, result dh quite ok tu. tahniah. cuma BI tak credit, ssh jg..kena apply kat tmpt yg sesuai la.

dh beso rupanya ank kak :)

qaseh masyitah said...

salam Kak Hai;
"takpelah nak, yang penting dah berusaha" bagaikan mengimbau kenangan silam saya masa ambik result SPM dulu. Tahniah ya untuk anak akak.
Sekarang ni semuanya kena minta kak.Tak tahu rezeki anak-anak di mana. Institusi Perguruan utk pelajar cemerlang SPM dibuka sekarang ini. Matrikulasi dah apply kak?kalau di Pahang ni, ada 2 buah matrikulasi. Satu khas untuk teknikal
p/s: Kak Hai,sila ambil award di teratak saya ya.

hai said...

salam Intan,
actly BI dia credit..C6..tapi sepatutnya dia perlu dapatkan A.
salam masyitah,
tima kasih untuk info tu...budak lelaki ni payah,diorang tak nak ambik perguruan..anak akak ni matrik pun x mau...dia takut nanti x dapat apa bidang yg dia nak...so dia nak terus buat diploma..kita ni bukan pandai sgt,so ikut diorang je la....dan
pada semua yang memberi pandangan...terima kasih banyak...harap ada rezekinya untuk melangkah ke IPT...insyallah!!

atie said...

Salam Kak hai..

Tahniah utk anak akak.... usaha dan tawakal... tangga kejayaan...

日月神教-任我行 said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,a片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,性愛