Wednesday, March 24, 2010

LAMA BERCUTI DARI BERBLOG!!

Wah!Lama betul x menjenguk blog....walaupun seminggu je cuti sekolah, sempat gak cuti2 malaysia lagik....Sesekali buat kerja giler memang memenatkan.Apa ke taknya,kami bergerak dari Kuantan pada Sabtu minggu lepas,jam 4 petang...kononya nak mengelakkan cuaca yang panas,maklum la cuaca sekarang ni panas semacam je...Destinasi yang kami tujui ialah ke Kuala Perlis,Itupun kami melalui Batangkali untuk menjimatkan masa.Oleh kerana perjalanan ni terlalu jauh jadi kami membuat pemanduan yang sangat santai....dengan mengambil kira waktu berhenti rehat tah berapa kali dan tidor di RnR Bukit Gantang untuk beberapa jam.....orang kat situ punya la ramainya,meriah cam waktu siang...cadang nak lelapkan mata kejap,tapi hampeh...bisingnya bukan main lagi..yang paling x syok,enjin2 lori berlawan2 dengan bunyi enjin2 bas express....sudahnya saya dok peratikan para peniaga kat situ...bestnya diorang,pukul 2-3 pagi pun pelanggan tak putus2,memang mahsyuk betul...

Akhirnya kami sampai juga ke destinasi yang dituju pada jam 6 pagi.,ah...penat weh!!Selepas solat subuh di stesen petronas,kami terus ke jeti Kuala Perlis dan bersarapan sambil menunggu feri seterusnya ke Pulau Langkawi.Sampai di Langkawi dalam pukul 10 pagi,terus ke tempat penginapan dan kami melayan mimpi semula....zzzzzz...Selepas zohor baru la kami keluar mengisi perut yang lapar,sambil tu pergi melawat kawasan pekan Kuah.Langkawi sekarang memang berbeza,pembangunannya semakin pesat,kenderaan semakin banyak,terasa kesesakannya....ala malas nak citer pasal Langkawi ni sebab semua orang dah pergi pun...yang x berapa nak puas hati,ialah semua tempat2 yang kita nak pergi tu mesti ada bayaran masuk....yang tak laratnya semua pun mahal giler....ye la kalau setakat datang honeymoon ok la kot ni datang ngan anak2 yang ramai....beratus gak tu,kalau nak masuk ke sesuatu tempat!!
Kalau 15 tahun dulu,pergi ke makam mahsuri,cuma ada makam dia dan rumah mahsuri,tapi sekarang leh ada plak 2 biji rumah lagi...iaitu rumah Datuk Pekerma Jaya dan rumah Panglima Hitam.Siap dengan muzium Mahsuri lagi,dan kompleks perniagaan pun dok kat situ.Sesekali rasa cam x sesuai bila kawasan makam mahsuri tu dibuat beria2 camtu,seolah2 cam mengagung2kan Mahsuri..Sepatutnya orang2 yang pergi kat situ,sedekahkan la al-fatihah ke....tapi ada gak dengar citer,yang makam mahsuri tu terletak dalam kawasan tu tapi bukan tempat yang diwartakan makam dia sekarang ni..walahualam!!


Secara keseluruhan,rasanya barang2 kat Langkawi tu,tak la murah sangat......mungkin yang betul2 murah arak ngan rokok kot....yang lain tu kena pandai2 jugak la pilih tempat...sebab harganya agak berbeza2 di setiap kedai....tapi minyak gamat yang di jual di kawasan makam mahsuri memang murah,15 botol cuma 8 hengget je.Kami berpuashati dengan makanan di sana,sedap dan berpatutan....tak de la terkena ke!!
Kami hanya bermalam di Langkawi untuk 2 malam je,dan selepas keluar dari Langkawi,kami terus ke Padang Besar,dah terlanjur sampai ke sini,jadi kita jalan je la.....Ok gak la,kawasan shopping kat situ luas jugak la...dari tak beli apa2 jadi  kami hanya belikan anak2 patung untuk budak2 ni....huhuhu..tapi yang sebenornya saya dah berjanji dengan Hana,jadi terpaksa tunaikan janji.!!Haziq dan la beli baju chelsea,siap dengan seluar harga RM20...tapi kainnya cantik gak la!!Hala balik tu kononya nak bawak budak2 ni melawat ke Gua Kelam,tapi sebab masalah signboard,akhirnya selepas mendaki dan menuruni bukit,alih2 dah terlepas ke Wang Kelian....redah je la....rupa2nya kat area situ pun ada kawasan untuk pelancong membeli belah tapi kedai2nya tak la cantik dan agak bersepah...ramai gak orang datang ke situ.Masalahnya peniaga2 di situ majoritinya berbahasa siam...bukan tu je,barangan diorang pun dijual dalam bath,dan menggunakan matawang Thailand!Kelakar gakkan,kalau nak tawar menawar gunakan kalkulator je..hehehe....sabo je la!!

Oleh kerana keesokannya kami akan menghadiri kenduri kawin anak kepada seorang kawan lama,jadi malam tu kami bermalam pulak di Alor Star.Sebelah malamnya kami meronda2 sekitar bandar sambil pekena kueteow kerang ...kebetulan adik saya  belajar di Insaniah,jadi ajak dia join sekali.Saya tertarik sangat dengan restoran Radix Fried Chicken(lupa nak ambik gambar).....fuh!memang terasa bangga tengok restorannya yang besar(2 tingkat tu)dan cantik,setanding dengan KFC,kalau mereka boleh manage dengan baik, insyallah ...kita akan ada pilihan untuk memilih restoran yang diyakini halal dan diusahakan oleh orang kita!!Harap2 perniagaan mereka berkembang di seluruh malaysia....di Sg.Petani pun nampaknya dah ada.

Keesokannya sebelum ke rumah kenduri,sempat jugak kami ke Pekan Rabu,di pusat bandar Alor Star.Ingatkan Pekan Rabu tu cam pekan sari ke,rupa2nya ianya sebuah bangunan ala2 Pasar Siti Khadijah atau Pasar Payang gitu.....kat situ memang seronok tengok berbagai barangan yang dijual....tapi kami berminat untuk mencari ikan pekasam je.....ikan sepat memang mahal sikit dibandingkan dengan ikan lain...tapi kalau dah digoreng semua ikan pun rasa sama je....ikan sepat pekasam RM20 sekilo dan ikan2 lain macam puyu,lampam dan beberapa jenis ikan yang lain tu,RM10 sekilo!!Boleh la..janji sodap....selepas membeli beberapa jenis barang,kami terus ke kenduri dan selepas tu bermula la ekspedisi kami untuk meneruskan perjalanan kembali ke rumah......hari Khamis baru sampai ke rumah,memang penat giler..dah sampai rumah,paham2 je la aktiviti mendobi pun bermula...adoyai.....tu la sebabnya x de masa nak berblog ke hape....!!

12 comments:

piewahid said...

slm cikgu.
waa...
sronok lah cikgu bcuti2 malaysia.

endiem said...

seronok pergi langkawi.

Mazru Majid said...

salam kak hai

waa jauh nye berjalan aok..sonok la

INTAN RH said...

salam kak, beli mnde kat langkawi te?

:)

hai said...

salam piewahid,
koi ni malu ngat nak ngabokan...ramai org salah paham,koi ni bukan lalu cikgu ke atau cikgi, jadi segan bila org gelor gitu..hihihi...

salam endiem,
goner nak kate...seronok tapi sakit..almaklum la kering poket dibuatnya!!

salam mazru,
seminggu tak abih lagi penatnya....

salam intan,
yg banyok sekali koi bwk balik minyak gamat je...sbab ringan sikit nak banding ngan mende lain...hehehe....

Hashim Zabidi said...

Pekan Rabu Alok Staq tak sama dengan Pekan Rabu Dong, Raub. Produk jualan pun tak sama, he he he

maiyah said...

amboii.. sakan.. mmg sronok le jejalan.. bwk ole ole kerr

relevan said...

Patutlah senyap jer..rupanye aok pergi bermakan angin..

atie said...

Salam Kak Hai..

Syoknya bercuti.... langkawi saya tak nah gi lagi la kak...

hai said...

salam pak hashim,
betul tu ...nama je sama...kat dong lebih byk hasilan kampung yg susah nak jumpa kat lain...

salam maiyah,
mmg jalan je,x byk beli barang2 ada pun hanya minyak gamat je..hehehe....

salam relevan,
teringin gak nak berjalan sesekali..asyik terperuk je kat rmh...sian ke koi!!

salam atie,
eh bior betul..awak bukan org kedah ke??

qaseh mas said...

Salam kak hai
wah dah berubah dah langkawi..cepatnya masa berlalu

hai said...

salam Qaseh,
mmg pun...cam bandar besar la plak!!