Pagi ni aku gi sebuah pasaraya....harga gula pasir kasar Prai RM1.90 sekilo.....Eh! harga gula dah naik ke...atau aku je yang tak tau!!
Bior betul....bila masa harga gula naik ni???
Atau harga gula terpaksa dinaikkan kerana harga minyak yang dah naik!!
Beras Nasional (beras untuk orang miskin)pun dah lama tak nampak di pasaran....Ini beras utama pilihan aku!!
Dah naik boring citer pasal harga barang naik ni......
Gaji tak naik2 plak....dahtu bonus untuk kaitangan awam pun tak ada.....bagi bantuan RM500 tu....bunyinya cam bagi sedekah je kat kakitangan awam.....
Iya la biasanya orang sebut bantuan banjir,bantuan warga emas....tak sama standard gitu ke??Nampak cam susah sangat nak bagi bonus.......banyak sangat alasan!!
Sori la ek..sesapa yang tak setuju ngan aku....ini hanya pendapat aku sorang!!... huhuhu....
Thursday, November 11, 2010
Wednesday, November 10, 2010
SYUKUR YA ALLAH......dan TERIMAKASIH CIKGU!!
Alhamdulillah!!Hari ni Haziq dah berjaya memecahkan rekod ......rekod UPSR di antara adik beradiknya.Sebelum ni paling tinggi pun hanya 4A1B yang dipegang oleh along dan angah.Lama menanti,untuk melihat sesuatu yang lain....sehingga anak ke 5,baru berlaku kejutan!Anak anak aku memang sangat lemah dalam subjek BI,termasuk Haziq!
Aku sangat bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan seorang insan yang dapat merealisasikan impian Haziq untuk mendapat keputusan yang cemerlang.Terima kasih cikgu Roseni.....cikgu yang pernah menemui aku dan memohon agar aku memasukkan Haziq dalam program tuisyen di sekolah.Dia begitu berkeyakinan yang Haziq boleh memperbaiki subjek BI dengan bantuan dia.Aku sendiri tak begitu yakin yang Haziq boleh melakukannya kerana ketika itu ,cuma tinggal 2 bulan sebelum peperiksaan sebenar!
Hari ni..seusai majlis,aku menemui guru2 tahun 6,tapi Cikgu Roseni,bagi aku sangat istimewa...Aku ucapkan syukur dan terimakasihku kepadanya,dalam suasana yang penuh syahdu,kami tidak dapat menahan perasan...Aku merangkulnya...kami saling bertangisan....sungguh mengharukan.Aku dapat merasakan perasaannya ketika itu...tangisan kegembiraan seorang pendidik kerana berjaya membuktikan bahawa usahanya selama ini tidak sia2.Semoga ada ramai cikgu,yang dapat mencontohi cikgu Roseni,jujur,ikhlas dan penyayang terhadap pelajarnya....tapi,jangan salah faham,kejayaan Haziq bukan atas usaha cikgu Roseni seorang, ianya atas kerjasama dan gandingan semua cikgu yang terlibat...kalau tidak tak mungkin sekolah Haziq berjaya melahirkan 34 pelajar 5A dan 33 pelajar lagi mendapat 4A1B....Tahniah pada semua!!

Monday, November 1, 2010
ALAHAI RINGTONE!!
Wah!Petang tadi dan le aku melepak seround dgn kengkawan depan rumah ni....Apa yang paling menarik perhatian aku ialah ringtone telefon salah sorang dari mereka...Main ko,tone mesej dia cam bunyi announcement kat KLIA je gayanya!!Ting tong.....bla..bla..bla...sedap gak bunyinya..hehehe..
Cakap pasal ringtone,teringat kat anak aku yang sorang ni,.. Ada la beberapa tahun lepas,sibuk benor orang guna ringtone suara anak kucing mengiau kan..Ntah mana plak dia dapat idea,dirakamnya suara anjing menyalak dan dijadikan ringtone mesej dia.Kebetulan ada cina kat taman ni yang bela anjing,jadi dia sengaja dok kat depan pagar dan rakamkan suara anjing tu menyalak!Nak jadikan cerita,satu ari tu...masa dalam perjalanan balik dari K.L-Kuantan,kitorang singgah di sebuah masjid dalam daerahTemerloh untuk bersolat.Oleh sebab kesengalannya,tak dimatikannya telefon dia....Dah la waktu tu orang sembahyang berjemaah,tetiba plak telefon dia dok menyalak kat dalam masjid!Apalagi....usai je solat...Zakwan jadi mangsa kemarahan abang2nya.....
Baru2 ni dia buat hal lagi....telefon dia dah rosak,jadi dia guna telefon adik dia yang dok kat asrama tu!Ya la telefon tu jarang2 digunakan,hanya sesekali bila adik dia balik baru la telefon tu aktif.Minggu tu adik dia balik dari asrama,dan keesokanya dia pergi ke perpustakaan di bandar.Al kisahnya....waktu adiknya tengah dok dalam tandas,tetiba bunyi orang azan,terkejut la kawan tu...Rupa2nya azan tu datang dari telefon dia....sengal betul la Zakwan!!

Thursday, October 28, 2010
NANGOI .....
Hujung2 tahun ni,nampaknya anak2 pun dah mula sibuk buat persediaan untuk peperiksaan akhir tahun.Zakwan yang selama ni tak penah ambik pot pasal 'exam' tiba2 je berubah angin secara mendadak....Dah hampir seminggu,dia dan beberapa orang kawan dia dok melepak kat anjung rumah ni belajar secara berkumpulan.Seminggu ni jugak la aku pun dok sibuk melayan tetamu2 Zakwan,siapkan air dan sedikit juadah sambil diorang belajar tu.Aku pun rasa seronok tengok diorang dok kat depan mata,nampak apa yang diorang buat,penat sikit pun tak apa,janji diorang betul2 belajar.
Semalam Izzah bertanya tentang maksud2 perkataan yang dia tak faham...kadang payah jugak kita nak menerangkannya,sebab kita jarang guna perkataan tu atau memang tak pernah dengar pun orang menyebutnya.Aku teringat kat arwah uwan ....dulu arwah uwan banyak guna perkataan yang aku tak pernah dengar,contohnya arwah uwan kata "air tu soom"-maksudnya air tu suam....."berpantih"-bercelak...
nangoi???dulu arwah uwan suka guna perkataan nangoi...kadang ayatnya...."jangan abihkan semua,tinggal la sikit ke nangoi2 tu kang"!Perkataan nangoi tu kadang ditujukan pada cucu2nya...atau orang lain juga.Perkataan nangoi tu dah memang selalu bermain dibibir orang2 di kejiranan dan sedaramara aku,sampai la satu ari tu kak long aku bertanya pada arwah uwan apa maksudnya?Arwah uwan aku kata,dia pun tak tau apa maksudnya,sebab perkataan tu dah jadi perkataan turun temurun dari orang2 terdahulu.
Kebetulan masa tu kitorang masih bersekolah,abah plak baru belikan kamus dewan,jadi kitorang pun carilah maknanya.....terkejut gak bila tengok maksud nangoi tu.."anak babi yang berderet2"!!Apalagi kitorang pun bagitau la kat arwah uwan...mengucap panjang dia!!Bahaya gak kan kalau main sebut je tapi tak tau makna!!

Tuesday, October 12, 2010
EEIII....SABOR JE LA KORANG NI !!!
Semalam pada hari yang sama aku dapat message dari 2 orang hero aku....macam berjanji la plak,padahal sorang di Bangi,sorang di Penang.
"ibu, balik nanti nak ikan keli masak lemak cili padi okay ? mengidam lak aihhh. =)"ni message dari along.
"nanti angah balik tlg wat dadih..hahah..matbe agh cuti sem lewat kot..de program.."ni plak message dari angah...
Adoi la...anak2 aku ni,buat aku serabut perut je...Kalau nak order makan apa pun,tunggu la dah balik nanti.Bila diorang order camni,kita rasa tak senang hati...ia la kan...diorang semua pun akan bercuti dalam bulan 11 nanti...lambat lagi tu!!Tanya la mana2 ibu pun bila anak2 teringin nak makan apa2 pun,mesti kita takkan ambik masa yang lama untuk sediakan...betul tak??Kalau boleh nak masakkan terus,kita rasa tak senang hati selagi tak memenuhi permintaan anak2...khasnya bab makan!!
Masa bulan puasa lepas pun gitu...baru 2-3 ari puasa dah bagitau,kalau diorang balik nanti nak makan makanan kegemaran diorang,yang sorang suruh buatkan puding karamel,spagetti,patin masak tempoyak,kuih lopes....yang sorang lagi suruh beli biskut marie sebab nak makan kek batik pastu boleh plak suruh aku stanby kurma banyak2 sikit...nak makan cekodok kurma,dengar cam kelakarkan.....Order bagai nak rak,padahal diorang nak balik tu seminggu sebelum raya.Hari2 la kita dok risaukan diorang...bila kita masak makanan kegemaran diorang,mula la teringatkan diorang...Apa taknya,masa tu ari2 buat cekodok kurma sebab ayahnya tak boleh makan mende lain,berpantang lepas eksiden tu!!
Kadang2 aku terpikir gak,agak2nya kan kalau kita dah tua nanti,boleh ke anak2 layan selera kita plak...huhuhu....
Monday, October 11, 2010
ORANG TAK LAYAN!
Sepanjang sebulan lebih suami aku bercuti lepas eksiden tu ari...aku la yang terpaksa mengambil alih menghantar anak2 ke sekolah...biasanya dia yang hantar dan terus ke pejabat,tugas aku plak cuma mengambil anak2 je!Semasa menghantar anak2,aku perasan juga ada sorang budak lelaki yang selalu menunggu teksi untuk ke sekolah.Tak tahu kenapa,satu ari tu aku tergerak hati nak menumpangkan dia...sebab aku rasa kesian la plak,nak kata dah besar sangat baru tahun 6,tapi keluarga dia boleh percaya lepaskan dia sorang...
Mula2 dia agak malu2 dan takut ...tapi bila dah selalu aku tumpangkan dia pergi sekolah...waktu balik pun dia nampak cam menempel je nak menumpang!!Aku tak kisah pun sebab kalau dia naik ke tidak...aku memang akan pergi dan balik seperti biasa,ke destinasi yang sama.Aku sebenarnya tak berapa kenal dengan keluarga budak tu sebab dia tinggal di taman lain yang berada jauh ke sebelah dalam dari taman aku ni!Oleh kerana rumah dia agak jauh ke dalam,selalunya waktu balik, aku akan menghantar dia terus ke depan rumahnya.
Dah masuk 2 bulan ni,baru le aku berpeluang berbual dengan dia,itu pun sementara menunggu Hana dan Izzah membeli jajan dia di sebuah kedai.Biasa la soklan makcik2....nama apa?pastu tanya pasal keluarga dia...adik beradiknya...hanya sekadar nak beramah mesra je...Amirul namanya....anak ke 5 dari 9 orang adik beradik...menurut cerita dia,ayahnya seorang pemandu lori yang dah lama tinggalkan mak dia selepas berkahwin lain.Dia tak tahu ayahnya dimana sebab ayahnya dah lama tak balik menjengok mereka.Ibunya bekerja sebagai atendan di Hospital dan terpaksa menanggung anak seramai 7 orang(sepatutnya 9,tapi 2 orang dah meninggal masa kecil ).Mujur juga abang sulongnya(22 tahun) dah bekerja,sebagai pengawal keselamatan di hospital,jadi abangnya la yang selalu menghantar ibunya pergi bekerja.
Aku rasa sangat bersimpati dengannya...dari cerita dia aku tau dia begitu kecewa dengan ayahnya.Aku cuba untuk meredakan ketidakpuasan hatinya dengan memberikan nasihat agar dia,adik beradik lebih menghargai jasa ibunya yang bersusah payah membesarkan mereka.Aku pesan kat dia supaya belajar bersungguh2 supaya menjadi orang yang berilmu dan dapat mengubah masa depan keluarganya...juga jangan terlibat dengan budak2 nakal dan jauhkan diri dari aktiviti yang tak sihat!!Aku katakan pada dia,soal ayahnya tu terpulang kepada Allah yang menentukannya nanti....
Aku perasan juga ada 2 orang jiran yang agak hampir dengan rumah Amirul tu pun menghantar dan mengambil anak diorang dari sekolah yang sama....pelik jugakan, takkan la mereka tak pernah terserempak dengan Amirul ni yang berjalan kaki pergi dan balik dari rumah ke jalan besar,sedangkan yang sorang tu tinggal beberapa pintu je dari rumah Amirul.Aku sekadar bertanya dengan Amirul....."Bukan ke jiran kat rumah awak tu pun hantar anak dia ke sekolah,napa awak tak tumpang dia?"Amirul jawab"orang tak layan"!!Terasa sedih bila mendengar jawapan sebegitu dari seorang budak.........jadi fikir2kan la bersama!!

Sunday, October 10, 2010
ARGHH....TAK RELA DIPERDAYA BEGINI!!!
Sumber diperolehi dari Facebook!!
Utk sape2 yg nak pegi indon @ dah penah pegi indon tp ada perancangan nak pegi lg... bacala statement azizah elias ok.. coz parents dia memang duduk kat sana ( Bandung ) & dia tau selok-belok pemakanan org2 kat sana ..
Just FYI & our knowledge only.
YANG PASTI DI JAKARTA , BANDUNG , MEDAN , SURABAYA,YOGJAKARTA,MAKASSAR DAN BALI . TEMPAT LAIN X SURE LA PLAK.....
PESANAN,
KEPADA SESIAPA YANG BERHAJAT UNTUK BERCUTI KE INDONESIA DI NASIHATKAN SUPAYA TIDAK MAKAN DI GERAI-GERAI TEPI JALAN ATAU DI PASARAYA.
PERINGATAN SUPAYA TIDAK MEMESAN NASI GORENG CAMPUR / GILA , BAKSO SAPI DAN SATE KERANA TERDAPAT CAMPURAN BABI DAN TIKUS. DI INDONESIA SAPI A.K.A LEMBU DAN AYAM MAHAL SO
DIAORANG GANTIKAN DENGAN DAGING BABI DAN TIKUS.
YUMMY!!
BERHATI-HATILAH PADA MEREKA YANG HENDAK PERGI BERCUTI DI SEKITAR BALI, BANDUNG , JAKARTA ... INDONESIA
Pada mereka yang pernah pergi Indonesia ...korang sure ke yang korang makan tuh ayam goreng? Hehehe ..??? Betul ke, macam tak percaya gitu??????? Di beberapa tempat di Indonesia tikus sawah ada yang dimakan? Kalau tidak ingin memakannya di interview aje dulu dagingnya? Tetapi yang paling membedakan adalah struktur tulangnya, tiap binatang ada bedanya maka, harus belajar anatomi tikus, ayam dll..
PENGUMUMAN !!!!!!!
Hati-hati... ...kelihatannya seperti daging ayam....?

Subscribe to:
Posts (Atom)