Thursday, October 28, 2010

NANGOI .....

Hujung2 tahun ni,nampaknya anak2 pun dah mula sibuk buat persediaan untuk peperiksaan akhir tahun.Zakwan yang selama ni tak penah ambik pot pasal 'exam' tiba2 je berubah angin secara mendadak....Dah hampir seminggu,dia dan beberapa orang kawan dia dok melepak kat anjung rumah ni belajar secara berkumpulan.Seminggu ni jugak la aku pun dok sibuk melayan tetamu2 Zakwan,siapkan air dan sedikit juadah sambil diorang belajar tu.Aku pun rasa seronok tengok diorang dok kat depan mata,nampak apa yang diorang buat,penat sikit pun tak apa,janji diorang betul2 belajar.

Semalam Izzah bertanya tentang maksud2 perkataan yang dia tak faham...kadang payah jugak kita nak menerangkannya,sebab kita jarang guna perkataan tu atau memang tak pernah dengar pun orang menyebutnya.Aku teringat kat arwah uwan ....dulu arwah uwan banyak guna perkataan yang aku tak pernah dengar,contohnya arwah uwan kata "air tu soom"-maksudnya air tu suam....."berpantih"-bercelak...
nangoi???dulu arwah uwan suka guna perkataan nangoi...kadang ayatnya...."jangan abihkan semua,tinggal la sikit ke nangoi2 tu kang"!Perkataan nangoi tu kadang ditujukan pada cucu2nya...atau orang lain juga.Perkataan nangoi tu dah memang selalu bermain dibibir orang2 di kejiranan dan sedaramara aku,sampai la satu ari tu kak long aku bertanya pada arwah uwan apa maksudnya?Arwah uwan aku kata,dia pun tak tau apa maksudnya,sebab perkataan tu dah jadi perkataan turun temurun dari orang2 terdahulu.

Kebetulan masa tu kitorang  masih bersekolah,abah plak baru  belikan kamus dewan,jadi kitorang pun carilah maknanya.....terkejut gak bila tengok maksud nangoi tu.."anak babi yang berderet2"!!Apalagi kitorang pun bagitau la kat arwah uwan...mengucap panjang dia!!Bahaya gak kan kalau main sebut je tapi tak tau makna!!

7 comments:

endiem said...

salam..anak babi kadang orang panggil coreng.

Mazru Majid said...

lorr...ye ke aok?huhu..tak payah guna la kot perkataan nangoi te lepas ni..

relevan said...

Babi pula ada yang panggil Toyok..!

INTAN RH said...

koi tak rajin lg dgr atau guna word te...ke word org asli?

hai said...

salam endiem,
oo...gitu ke!!perkataan baru koi belajar hehehe...

salam mazru,
sejak tau maknanya tu,koi x penah dah dengor org terdekat ngan koi gunakannya!!

salam relevan,
hehehe..itu nama glamour...

salam intan,
x tau le bahasa apanya gitu...yg pasti ayat turun temurun..mungkin juga bahasa asli..hihihi...

Hashim Zabidi said...

Baguslah kamu tu. Tak jadi gurupun, jadi tukang kobar semangat bertuah dah.

Nangoi! digunakan oleh orang tua dulu adalah kias separuh geram dan marah kerana ramai sangat atau ada yang tak reti basa. Ada rasa keletihan pada yang melayan budak-budak tu.

"Macam Jut Mak Jut!" lebih kuranglah mesej nya.

hai said...

salam pak hashim,
klakar saya pun tak penah dengar macam jut mak jut tu....