Wednesday, January 5, 2011

HUJANNNN.....SEJUKKK......LAPARRR........

Sejak 2 menjak ni,cuaca agak sejuk,kejap hujan lebat,kadang renyai2....save bajet sikit,sebab dah lama tak on aircond..bermakna jimat sikit bil letrik!Masalahnya sekarang ni,tak boleh gak nak berjimat,sebab perut la plak buat hal...asyik lapar je....Jam ni la dia teringin nak makan macam2!!Akhirnya aku stokkan mee,kuetiow,sausage,bihun,tepung....macam2 la!!Maknanya bila rajin nak masak,bahannya dah menanti...eii..gitu ek, teruknya melayan nafsu makan!

Pastu hari2 dok menggoogle resepi2 kat tenet....banyak giler resepi...menjadi ngan tidak je(sedap atau tak)tu terpulang pada skill masing2 la....tapi paling best resepi kat
http://www.myresipi.com/....kalau sesapa nak mencuba resepi kat sini....boleh la mencuba resepi2 yang ada ramai orang dah try buat tu....sebab biasanya resepinya memang menjadik dan sedap....Aku paling suka pilih resepi yang mudah,ringkas,tak byk bahan,sukat pakai cawan....tapi sedap.(x larat ikut resepi chef wan,over bajet la bahan2 yang digunakannya tu)...

Tensionnya....hari2 tengok harga barang asyik naik....naik...kalau tiap2 bulan gaji pun makin naik...naik... sonok gak ek!!

Monday, January 3, 2011

Eii... MAKBAPAK SEKARANG,OVER KE??

Hari ni hari pertama Hana,anak bongsu aku memulakan sessi persekolahan tahun 1.....Macam anak2 yang lain(6 orang sebelum ni),aku melayan mereka semua pun sama..hantar di pagar sekolah dan ambil setelah tamat waktu persekolahan.Aku percaya Hana boleh survive sendiri...cuma berbekalkan duit seringgit dan sebotol air bekal,aku mengharapkan Hana boleh menguruskan masa rehatnya nanti!Tak perlu bagi banyak,sebab dia dah makan tengahari sebelum ke sekolah.

Pukul 3 petang.... jiran belakang rumah menelefon,bertanyakan samada aku akan ke sekolah waktu rehat nanti...Aku bagitau dia yang aku tak pergi kot,kawan aku bercuti 2 hari untuk uruskan anaknya yang baru masuk tahun 1 tu!

Petangnya,semasa keluar pintu pagar sekolah,Hana menunjukkkan duit belanja sekolahnya yang tak luak pun....begitu juga anak sorang lagi yang maknya menunggu sama ngan aku kat luar pagar.Kenapa tak beli masa rehat?tanya aku...Dia bagitau yang terlalu ramai orang di kantin...ada kawannya yang bawa bekal menangis,tak dapat makan di kantin ,sebab kerusi penuh dengan makbapak yang melayan anak2 mereka makan ketika rehat.Sessi petang bukan hanya ada tahun 1 saja,termasuk tahun 2 dan 3,sepatutnya makbapak lebih prihatin pada pelajar sekolah yang lain.Aku pun heran dah macam trend,seminggu ni memang penuh makbapak kat sekolah....ntah apa yang diorang takut sangat nak tinggalkan anak kat sekolah ,kejap je pun!!

Bila aku imbas balik zaman aku sekolah sekitar tahun 70-80an dulu....mana la ada sangat makbapak yang melayan anak kat sekolah,pergi pun naik van/bas sekolah.Dah tu kita semua pun pandai je uruskan diri sendiri.Aku ingat lagi,masa hari pertama darjah 1 dah boleh terus main kejar2 ngan kawan2 yang baru,begitu cepatnya kita boleh sesuaikan diri...Takkan la zaman sekarang,semua pun dah semakin canggih dan anak2 dah semakin terdedah dengan berbagai2 kemudahan,kita masih takut anak tak makan!!Bukan bermaksud makbapak yang mengharapkan anak mereka boleh survive sendiri macam aku ni ha, tak sayangkan anak  tau!!Sapa yang tak sayang anak wooo.....

Tuesday, December 21, 2010

HILANGKAN KETAGIH ROKOK!!

Emmm...rupanya dah lama aku tak hapdetkan blog ni....Bukan la sibuk sangat,tapi kalau musim cuti sekolah ni memang tak merasa sangat nak mengadap komputer,berbaris anak2 menunggu giliran masing2,terpaksa la maknya beralah!!

Baru ni balik ke rumah mak di Mentakab,seronok tengok abah dah berenti merokok...Itu la kadang setiap musibah ada hikmahnya kan!!Dah setahun lebih abah berenti merokok(dulu boleh dikatakan perokok tegar),mak selalu bising,kadang katanya cam berganti puntung...abis je,hidupkan satu lagi!!

Tapi kerana mengalami katarak mata yang memerlukan pembedahan,maka abah terpaksa berenti merokok!Alhamdulillah,nampak ok dah tapi risau la plak,sebab dia dah gantikan rokok dengan gula2 hacks hitam tu!Memang la betul bila mak kata,"ok la makan gula2 hacks tu,50 sen sari je...kalau rokok dah dekat 10 hengget sari"!!Masalahnya,aku bimbang gak...tiap2 hari makan gula2 hacks tu,takut ada efek lain la plak...Orang kalau dah merokok ni memang payah nak kikis ketagihnya tu ek...Tu la pasal penagih dadah tu, susah nak hilangkan rasa ketagih diorang.

Suami aku memang tak merokok,jadi dia berusaha sangat supaya anak2 mengikut jejak langkah dia...tapi anak sulong aku penah la ngada2 cuba untuk merokok(curi2 merokok).Masa tu dia dah belajar di U,rasa dah besar sangat la tu!Bila ayah dia dapat tau,ayahnya hulurkan pada dia duit 10 hengget ngan 1 lighter....Ayah dia cabar dia untuk bakar duit 10 hengget tu....hehehe..terketar2 dia,tak sanggup nak bakar duit tu.Ayah dia bukannya apa,saja nak suruh anak dia berfikir,kalau dia menghisap rokok tu,sama je macam dia membakar duit!!Setakat ni nampak ok je,tapi kat tempat dia belajar tak tau la....harap2 dia pikir la sendiri.!!

Thursday, November 11, 2010

BIOR BETUL!!

Pagi ni aku gi sebuah pasaraya....harga gula pasir kasar Prai RM1.90 sekilo.....Eh! harga gula dah naik ke...atau aku je yang tak tau!!

Bior betul....bila masa harga gula naik ni???

Atau harga gula terpaksa dinaikkan kerana harga minyak yang dah naik!!

Beras Nasional (beras untuk orang miskin)pun dah lama tak nampak di pasaran....Ini beras utama pilihan aku!!

Dah naik boring citer pasal harga barang naik ni......

Gaji tak naik2 plak....dahtu bonus untuk kaitangan awam pun tak ada.....bagi bantuan RM500 tu....bunyinya cam bagi sedekah je kat kakitangan awam.....

Iya la biasanya orang sebut bantuan banjir,bantuan warga emas....tak sama standard gitu  ke??Nampak cam susah sangat nak bagi bonus.......banyak sangat alasan!!

Sori la ek..sesapa yang tak setuju ngan aku....ini hanya pendapat aku sorang!!... huhuhu....

Wednesday, November 10, 2010

SYUKUR YA ALLAH......dan TERIMAKASIH CIKGU!!

Alhamdulillah!!Hari ni Haziq dah berjaya memecahkan rekod ......rekod UPSR di antara adik beradiknya.Sebelum ni paling tinggi pun hanya 4A1B yang dipegang oleh along dan angah.Lama menanti,untuk melihat sesuatu yang lain....sehingga anak ke 5,baru berlaku kejutan!Anak anak aku memang sangat lemah dalam subjek BI,termasuk Haziq!

Aku sangat bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan seorang insan yang dapat merealisasikan impian Haziq untuk mendapat keputusan yang cemerlang.Terima kasih cikgu Roseni.....cikgu yang pernah menemui aku dan memohon agar aku memasukkan Haziq dalam program tuisyen di sekolah.Dia begitu berkeyakinan yang Haziq boleh memperbaiki subjek BI dengan bantuan dia.Aku sendiri tak begitu yakin yang Haziq boleh melakukannya kerana ketika itu ,cuma tinggal 2 bulan sebelum peperiksaan sebenar!

Hari ni..seusai majlis,aku menemui guru2 tahun 6,tapi Cikgu Roseni,bagi aku sangat istimewa...Aku ucapkan syukur dan terimakasihku kepadanya,dalam suasana yang penuh syahdu,kami tidak dapat menahan perasan...Aku merangkulnya...kami  saling bertangisan....sungguh mengharukan.Aku dapat merasakan perasaannya ketika itu...tangisan kegembiraan seorang pendidik kerana berjaya membuktikan bahawa usahanya selama ini tidak sia2.Semoga ada ramai cikgu,yang dapat mencontohi cikgu Roseni,jujur,ikhlas dan penyayang terhadap pelajarnya....tapi,jangan salah faham,kejayaan Haziq bukan atas usaha cikgu Roseni seorang, ianya atas kerjasama dan gandingan semua cikgu yang terlibat...kalau tidak tak mungkin sekolah Haziq berjaya melahirkan 34 pelajar 5A dan 33 pelajar lagi mendapat 4A1B....Tahniah pada semua!!

Monday, November 1, 2010

ALAHAI RINGTONE!!

Wah!Petang tadi dan  le aku melepak seround dgn kengkawan depan rumah ni....Apa yang paling menarik perhatian aku ialah  ringtone telefon salah sorang dari mereka...Main ko,tone mesej dia cam bunyi announcement  kat KLIA je gayanya!!Ting tong.....bla..bla..bla...sedap gak bunyinya..hehehe..

Cakap pasal ringtone,teringat kat anak aku yang sorang ni,.. Ada la beberapa tahun lepas,sibuk benor orang guna ringtone suara anak kucing mengiau kan..Ntah mana plak dia dapat idea,dirakamnya suara anjing menyalak dan dijadikan ringtone mesej dia.Kebetulan ada cina kat taman ni yang bela anjing,jadi dia sengaja dok kat depan pagar dan rakamkan suara anjing tu menyalak!Nak jadikan cerita,satu ari tu...masa dalam perjalanan balik dari K.L-Kuantan,kitorang singgah di sebuah masjid dalam daerahTemerloh untuk bersolat.Oleh sebab kesengalannya,tak dimatikannya telefon dia....Dah la waktu tu orang sembahyang berjemaah,tetiba plak telefon dia dok menyalak kat dalam masjid!Apalagi....usai je solat...Zakwan jadi mangsa kemarahan abang2nya.....

Baru2 ni dia buat hal lagi....telefon dia dah rosak,jadi dia guna telefon adik dia yang dok kat asrama tu!Ya la telefon tu jarang2 digunakan,hanya sesekali bila adik dia balik baru la telefon tu aktif.Minggu tu adik dia balik dari asrama,dan keesokanya dia pergi ke perpustakaan di bandar.Al kisahnya....waktu adiknya tengah dok dalam tandas,tetiba bunyi orang azan,terkejut la kawan tu...Rupa2nya azan tu datang dari telefon dia....sengal betul la Zakwan!!

Thursday, October 28, 2010

NANGOI .....

Hujung2 tahun ni,nampaknya anak2 pun dah mula sibuk buat persediaan untuk peperiksaan akhir tahun.Zakwan yang selama ni tak penah ambik pot pasal 'exam' tiba2 je berubah angin secara mendadak....Dah hampir seminggu,dia dan beberapa orang kawan dia dok melepak kat anjung rumah ni belajar secara berkumpulan.Seminggu ni jugak la aku pun dok sibuk melayan tetamu2 Zakwan,siapkan air dan sedikit juadah sambil diorang belajar tu.Aku pun rasa seronok tengok diorang dok kat depan mata,nampak apa yang diorang buat,penat sikit pun tak apa,janji diorang betul2 belajar.

Semalam Izzah bertanya tentang maksud2 perkataan yang dia tak faham...kadang payah jugak kita nak menerangkannya,sebab kita jarang guna perkataan tu atau memang tak pernah dengar pun orang menyebutnya.Aku teringat kat arwah uwan ....dulu arwah uwan banyak guna perkataan yang aku tak pernah dengar,contohnya arwah uwan kata "air tu soom"-maksudnya air tu suam....."berpantih"-bercelak...
nangoi???dulu arwah uwan suka guna perkataan nangoi...kadang ayatnya...."jangan abihkan semua,tinggal la sikit ke nangoi2 tu kang"!Perkataan nangoi tu kadang ditujukan pada cucu2nya...atau orang lain juga.Perkataan nangoi tu dah memang selalu bermain dibibir orang2 di kejiranan dan sedaramara aku,sampai la satu ari tu kak long aku bertanya pada arwah uwan apa maksudnya?Arwah uwan aku kata,dia pun tak tau apa maksudnya,sebab perkataan tu dah jadi perkataan turun temurun dari orang2 terdahulu.

Kebetulan masa tu kitorang  masih bersekolah,abah plak baru  belikan kamus dewan,jadi kitorang pun carilah maknanya.....terkejut gak bila tengok maksud nangoi tu.."anak babi yang berderet2"!!Apalagi kitorang pun bagitau la kat arwah uwan...mengucap panjang dia!!Bahaya gak kan kalau main sebut je tapi tak tau makna!!